Monday, June 30, 2008

dari KFC ke RFC =D

memandangkan aku penah sebut pasal RFC kat dalam blog aku yg lepas2,ade sstgh kwn aku nk tau sedikit sbyk pasal RFC ni. Actually aku da posting pasal RFC ni kat Forum aku( forum ape? rahsia ekekekek)
aku malas nk ckp byk,korang mesti tau kalau RFC ni disimplify as Radix Fried Chicken.
produk terbaru keluaran HPA industries yang selalu sebelum ni kita tgk iklan Radix yang omputih cakap "mai sechawan' :P
ayam2 yang digunakan sume ayam organik( xsilap aku aa) dan ayam ni diternak sendiri oleh HPA industries gak. so xde word 'ayam import' dalam RFC ni sebab dorang jaga kualiti maaa.
ni sedikit sebanyak pic die. enjoy!

p/s= semalam 29jun2008 berita pasal RFC ni dah kuar kat dalam tv3.

info tambahan: HPA akan buka Hotel dan Restoran Radix Fried Chicken. Boleh lihat Metro ruangan Bisnes Isnin 25 hb Feb 2008.


ni logo die.


ni restoran RFC kat Sg Petani,Kedah.

  
suasana dalam RFC.

ni menu2 dia pulak.





nampak menyelerakan kan? harga pun berpatutan. menurut kawan aku SS( bukan nama sebenar ) dia dok Sg Petani g sana gak ntok makan kt RFC,memang crowded hbes n beratur panjang. kawan aku siap ckp leh celen KFC lg tuu. dan menurut salah seorang pekerja HPA yang merupakan salah seorang forumers kat forum tu ckp HPA bakal bukak cawangan kat alor star lak.

nak lebih lanjut tgk blog pengarah urusan terus...
www.jawiherbshop.blogspot.com
nama dia Tuan Hj.Ismail b.Ahmad ( anak jati perlis )semoga membantu,InsyaAllah.
mcm ni la kita nak! produk local kita,xterlalu bergantung ngan produk luar yang lom tentu kesahihannye. tol x? :)


p/s= waaa bila nak dtg KL ni!!  teringin arr~
=D

Sunday, June 29, 2008

blog berwajah baru! ;P

*p/s= pic ni xde kaitan ngan tajuknye k. stakat commercial break jer,ahaks!

salams oll... aku dah menuka layout blog aku kepada kaler pink itam( warna peberet aku tuu)..
so,dengan xmalunye aku berbangga nk mengheboh2 kat sumer orang yang aku punye blog berwajah baru!

hari ini aku baca kosmo bertarikh 29jun2008(budget update sgt la tu) bertajuk "IPTS bantu kurang beban pelajar",baca punya baca punya baca,aku dapat tau yang yuran IPTS takkan ada kenaikan buat masa ni. wah bestnye! apa cer ngan IPTA? aku nk tau gak! dahla yuran UM mahal bapak nak mati(bukan bapak aku ek) pastu ditambah dengan pelbagai spekulasi2 hingga aku rasa nilai rm100 ni da xdenilai sgt da.

aku cukup takut ngan kenaikan yuran kolej aku sebab yuran kolej aku satu sem je nk dekat seribu(ye aku tau kolej tun syed zahiruddin lg mahal) tp kolej aku xdela kemudahan yang super duper cam kolej laen. paling hebat pon sebab ada internet dalam bilik.

so aku harap janganlah yuran kolej aku ngan yuran subjek2 aku naik same ngan kenaikan minyak yang macam magnet ditarik2 jer. papepon,aku nak habaq mai yang borang permohonan JPA dah kuar since minggu lepas dan sape2 yang still xdpt scholar / masih menuntut di IPTA (degree) leh la login ke http://www.jpa.gov.my/ ..xrugi woo korang apply,masyuk pon masyuk beb.:P

*p/s= dengan bermurah hatinye,aku menderma lagu fav aku,nih link lagu bau-warkah ost sindarela.. sdap woo! sedut jgn xsedut!

Saturday, June 28, 2008

starbucks akan beroperasi kt ipta! so nak dtg kt UM la ni? :P


slurrrp!!


haih~ nampak menyelerakan huh? kelmarin aku terbaca dalam paper UTUSAN bertarikh 26jun2008 yang bertajuk, "Starbucks beroperasi di IPTA".
wow! ini sudah bgus! aku da berangan2 lepak2 ngan memember aku kt kafe starbucks smbil borak2.. pasni xpyhla aku kuar kawasan UM da disbbkn starbucks dah ada kat dalam(padahal aku xminat pun starbucks sgt ekekek :P)
aku pnah minum pon 2kali jer,1st time ex-bf aku blnje ( tupon sbb aku pakse2 sbb kepingin sgt,ahaks!) and 2nd time colleagues aku blnje aku minum (waktu tu aku keje kt GSC heheheh)

tp,nk dipikirkan,penting sgtke starbucks ni ditambah branch sampai ke IPTA? bukan ke bagus if kite gantikan dengan produk tempatan cam laksa shack ke,kedai nasi ayam linda onn ke,RFC(radix fried chicken) ker,bukan ker bagus? sekurang - kurangnya kita dapatla memajukan produk tempatan kan?
ape hina sgt ke produk kita sbb xmampu nk dipasarkan ke luar segment? cmtu?
tu pendapat aku la,terpulang la kepada org lain kan especially kpd penggemar starbucks cam am..hehe~

so,renung2kan dan selamat ber-thinking! ahax~


*RFC(radix fried chicken ) ala2 KFC tp keluaran tempatan gak,dah bukak kat sg petani,kedah. aku tanya kawan aku kat sana,dia kata lg sedap dr KFC! haih! bila nk wat cawangan kt KL lak? aku nk rasa!! :P

Friday, June 20, 2008

yeay! kenduri wireless ari2!!


setelah penat dan lelah dan xde keje memosting gambar2 sayuran ngan pasal minyak,terlupa nk citer pe yg aku nk wat arini...
pe ek?
aku pon xtau...
aku da lama gler dok terperap kat umah cm anak dara(mmg anakdara pung) ahaks~
aku rasa mcm nk kuar jenjalan,boring lak dok umah,tp aku rela dok umah mentekedarah tenet free ni..wahaha~
ha..sbot pasal net free ni,sepanjang aku cuti,keje aku menghangguk dpn laptop je..
ekceli aku dok kat umah flat area pandan jaya(alamat xperlu la aku bgtau ek sbb bukan korang nk dtg beraya pon ekekekk) dan bagaikan pucuk dicita ulam mendatang sedang aku pakai lappy kt dlm bilik tetbe skype aku berkaler ijau menunjukkan online.
aku memula igt laptop aku kne sawan ke ape n den bila cek2 ade lak wireless kt dalam umah flat aku ni..
n den kebetulan lappy aku leh detect wireless so aku balun ar wireless tu puas2 disbbkn owner wireless tu xpasang password kat wireless die..kenduri internet la aku ari2..
tp org kata brg free ni xsemestinye btol2 free.. yg hampeh nye die online pg2 dr kol 10lbeypg smpi kol 5 jer..pas2 die 0ffline mlm2... yg geram nye sabtu ahad die xonline..balik kg kot sbb org tu dok n9...
ceit,xpela..wireless free...bersyukur jela ngan pe yg da terbentang ni haha...
aku da xsbr ekceli nak masuk blaja ni,,,ari2 blaja masak je keje hahahaha gile pemalas nye anak dara aku ni...lgpon aku da rasa otak aku tumpul sket..pasal debit kredit aku da lupe da... haish!!
doakan aku smoga aku dpt bilik best2 time aku dftr kolej t.... daaa!!

pabila sayur dikreatifkan(mode xde keje) :P

aku sbenonye xminat langsung makan sayur... sbb tu la kaki aku slalu merekah2 sbb kulit kering.. haha.. xtau la,asal nampak benda berkaler ijau je aku rasa xminat nak makan.. paling2 pon aku makan kangkung xpon bayam sbb mak aku kate tambah drh (btol ke?) haha..abaikan la...

ekceli aku nk tjukkan rupabentuk sayur bila dikreatifkan...nmpk very the comel la...haha..:P



lompat si katak lompat~

alalala~ ikan!

bapak oren naik hantu!

penguin bagi arahan kat anak2 buah~


oren ade hati mengorat! :P

uik~so shweet!

lagi-lagi minyak!

aku dapat info ni dari sorang forumers dari segugus forum yang aku selalu lawat. forum ape? xperlu la tau nyah... hehe..

petikannya cenggini(ekceli kopipes jerkk ekekekek):

Wahai warga Malaysia sekelian.... .hebahkanlah cerita benar ini kpd rakan2 anda sekelian mengapa perlu boikot minyak petronas.... .
Sebenarnya semua warga malaysia kena tipu dengan dasar kenaikan harga minyak ni..baru2 ni kenaikan harga minyak sebanyak RM0.78.Tinggi tuuuuu.Mengapa kita perlu menaikkan harga minyak setinggi tuuuuuuu....
Haaaaaa ini lah yang warga malaysia tak tahu.... Sebenarnya kita ni duduk je Malaysia...tapi minyak yang kita cari gali kat trengganu dan Srawak tu, kita tak penah pakai pun...Minyak yang kita gali tu ialah minyak Gred A...Diulangi Minyak Gred A.......semua minyak tersebut dijual keseluruhannya keluar negara...jadi petronas telah beli pulak minyak gred C...Diulang Gred C.....untuk digunakan dimalaysia dan diletak logo Petronas.... dalam kajian oleh syarikat2 kereta yg bukan keta nasional, bahawa minyak petronas ini adalah minyak paling kotor sekali...maklumlah minyak gred C.
Minyak yang paling bersih adalah minyak Caltex @ Mobil/Esso @ Shell. Mengapa minyak tersebut lebih bersih??? Sebab minyak tersebut adalah dari gred B...Inilah yg rakyat malaysia tak tahu...kenaikan harga minyak disebabkan kenaikan harga minyak dunia yang dikawal oleh US yg mana setong hampir mencecah usd130.00..Semua orng tertanya-tanya mengapa kita negara peneluar minyak kena mengikut harga minyak dunia kan. Itu lah antara sebab2 nye...
Untuk pengetahuan anda semua...semasa kenaikan harga minyak dari RM 1.62 kepada RM1.92 anda pasti pernah menerima E-mail yang mengatakan "isilah minyak petronas ramai-ramai. Jika semua rakyat malaysia isi minyak petronas, harga minyak tidak akan naik"...Semua e-mail tersebut adalah mengarut.Anda semua kena tipu.....Minyak tetap naik jugak kan....Sebenarnya yang untung paling besar adalah sebahagian orang2 besar kat atas tu dan org2 yang bekerja dengan petronas...sebab bila reramai isi minyak petronas, makin besar lah untung petronas...bila makin besar untung...makin besar lah bonus yang orang2 petronas dapat...Tahun lepas sahaja bonus org2 petronas dapat antara 6-13 bulan bergantung pada perkhidmatan. ..Tapi yang petronas istihar ialah 2 bulan bonus sahaja...Bonus yang selebihnya diletakkan atas nama saguhati.... Dasyat betul diorg menipu rakyat.mengambil untung dari hasil perut bumi yang ALLAH bagi tanpa mengagaihkan sama rata kepada rakyat....Cerita ini bukan rekaan tetapi cerita ini aku perolehi sendiri dari abg ipar aku yg bekerja di KLCC. Dia yg menguruskan sendiri Jualan minyak Gred A kita keluar dan membeli Minyak Gred C untuk di pakai di malaysia...masa aku dengar dia bercerita menyirap jugak darah aku bila dia cakap "bonus aku tahun ni 9 bulan (masa tu tahun 2007)"dah la gaji dia rm 6+++...Siapa yang keja kerajaan tahun 2007 mana ada bonus....Pasal Peraduan Car Craze......yang menang tu semua org yg senang2 dan ada contribute dgn petronas...apa salahnya kalau petronas kurangkan harga minyak RM 0.20 keee tapi takde pertandingan Car Craze...Semua rakyat dapat rasa..ni tidak...dahla jual minyak gred C....Pas tu nak tarik ramai orang isi minyak petronas dengan peraduan mcm tu...aku bukan nak kondem petronas tetapi aku rasa terkilan ditipu buta2 dengan cara demikian.Selama ni aku isi minyak petronas nak support produk malaysia...tetapi setelah aku tahu aku terus betukar ke minyak Caltex @ Mobil/Esso dan skang ni sudah 7 bulan aku tak isi minyak petronas. dan aku dpat rasakan minyak tersebut lagi menjimatkan. .Terpulang pada anda untuk mengisi minyak yg anda suka kerana duit tersebut adalah duit anda..


aku xtau nk komen ape,tp kalau ikotkan logik,btol gak kan?
hurm..mungkin korang kata,xhbes2 rungut pasal minyak!ko tu student lagi,xpyh sebok2! ye aku tau dan aku penah dgr dari sorang mamat friendster ni..padahal dia student gax..
so,aku nk bgtau walaupun kita student,kita berhak amik tau hal cmni,bnda ni la yang leh mengugat gagat keamanan negara kita,kerana disbbkn minyak ar Amerika serang Iraq,Afghanistan..xpyhlah aku nk citer panjang lebaq,korang pon mesti da tau kan?
so,kita sbg student / senang kata pelapis /bakal pengganti paklah/najib ekekekek kena bersedia dalam apa jua cara... jangan bila keluar U bila nk interview ternganga bila interviewer tanya pasal isu semasa.. xke malu!!

p/s:aku menulis topik ini atas good faith,haha..so aku harap buku company act 1967 tidak akan digunakan dalam isu ini,ekekekek

Wednesday, June 18, 2008

jangan lupakan.

ku berjalan terus tanpa henti
adn dia pun kini telah pergi
ku berdoa di tengah
indahnya dunia
ku berdoa untuk dia yang kurindukan

memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi
berselimut di tengah dingin dunia
berselimut dengan dia yang kurindukan

would it be nice to hold you ..
would it be nice to take you home..
would it be nice to kiss you..

memohon untuk tetap ptinggal
dan jangan engkau pergi lagi
bernyanyilah na na na na na
bernyanyilah untuk dia yang kurindukan

would it be nice to hold you ..
would it be nice to take you home ..
would it be nice to kiss you..

jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku
jangan pergi dari aku

my fav anime!



www.friendster.com/honeylalala

ni la layout friendster aku skang,aku yg create layout ni since 3thn lpas n still xubah2 xmcm sstgh org tu ekekekeke.
kdg2 de org kata emo sbb aku taruh wallpaper ni.
oh maaf ya,sy tidak melayan emo jauh skali nk ikot budaya2 senget tuh.
kalo emo(feeling) tu mmg ar weh,sume mesti emo kan?
well,ada kwn2 aku tnye napa aku minat sgt ngan DEATH NOTE?
aku start minat deathnote bile aku ngah lepak2 ngan kwn2 aku kt mid valley,cadang nk tgk wayang,tgk2 muvie yg aku nk tgk sume da fully booked,so aku tnmpk la poster movie death note ni cam kool jer,maka aku dgn yakinnya ajak kwn2 aku tgk.
bila aku tgk,citer ni lain dari yg lain(tmbhan lak aku xtau sinopsis citer sblm aku msuk tgk)
dan kebanyakan kawan aku minat giler ngan watak L tapi aku minat gyle ngan kira aka raito yagami. aku ni maybe mcm sstgh org,xminat watak protagonis tp minat watak antagonis.
tgk la mana2 cita ,mesti aku minat watak antagonis.
watak antagonis yg paling aku admire habis ialah TARABAS dalam citer the cave of the golden roses. perh..layan sey!
betapa obsesnye aku kat death note ni sampai aku jumpa replika death note yg berharga
RM29.90,aku sggup kuarkan duit poket aku yg kebetulan tgh sengkek gyle semata2 nk beli death note tu.
till now aku still kumpul komik death note and sampai email aku pon pasal death note gak!
kira_yamagi87@yahoo.com @ kirayamagi87@gmail.com

dan yg penting skali aku ni peminat gile anime!
sape minat anime angkat tangan!!

anime2 yang aku minat smpi skang and kumpul2 komik dorg ialah
1.sailormoon
2.dragonball
3.GS mikami
4.detective conan
5.doraemon
6.chibimaruka
7.dr slump
8.shin chan
9.death note
10.etc..byk sgt!

sape2 yg minat nk kongsi citer anime best2 pm la aku!


=D

sesi karok! =P

bau- warkah OST sindarela



Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
Kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
Melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada




 

Tuesday, June 17, 2008

what an emo day!


sori if posting aku arini pendek semacam.
aku rasa teruk sgt arini.
dengan driving lesson yg makin cam hampeh.
otak aku hilang fokus skang.
makin lama makin trok.
hurm.

aku balik2 je,ada je masalah timbul bila aku online..
aku kdg2 terfikir,nape la aku ni asik fikirkan org laen sdgkn org len xpenah fikir sal aku?
nape aku ni terlalu jaga ati org sedangkan org lain xpenah nk jaga ati aku?

aku rasa cm nk je pentingkan diri sendiri,xpyh fikir ati org lain.
bila dah ada member,die cari kita bila die susah jer.. bila dah senang/jumpa org len,wat2 xknal je...

korang rasa better aku jd selfish or jd cm dulu gak?
hurm,xpela...biar la aku jaga ati org.. aku sakit pon xpe.. korang bukan peduli pon..
even if aku mati one day pon korang xde nye nak amik tau...

aku tau nape aku emo,and nape aku hilang fokus..

and aku akan keep this word, living your life like your dead .



Thursday, June 12, 2008

1st driving lesson!

haha. im trying to forward myself into english writing.
so dont laugh out loud if my english is broken or something.hehe!!

emm..today 12june08 i am having my first driving lesson!
just imagine,i've never touch the stereng and i feel my heart like dub-dab-dub-dab.:P

and the classes was started smoothly,its started when the instructor taught me which one is brake,clutch,and oil.sound lyk dumb huh? nevermind dude.haha.
well,i can manage the clutch but the worst part is when i try to turn to another lane/road and when want to 'hike' the 'mountain'.:P.sorry,bit poor english.

well,at last,i drive the car back to my home by myself and i proud of myself because just one day he give me trustee to drove his car back to my home. ^,,^
just one thing i want to say that,the instructor is very2 fierce and luckily my heart is like a stone. if my lil sister in my place,her eyedrop will tear like flood. hahaha!

well,since i trying to write in english,theres no a lot of word i think of it.
just pray for my jpj test this 4July08.huhu~

bbBasya sofahani!!




Tuesday, June 10, 2008

photographer la konon!!

aku xde la ske tgkp pic.
tp pic diri sdiri aku ske la.
ahaks!
menyampah ko kan?
aku nk share sket pic2 yg aku rasa menarik. aku tgkp sdiri.
mungkin funny? mungkin annoying? mungkin xbest?
aaahhhh lantak korang la! ni blog aku(gengster la plak)..




apa yg pelik kt pic ni? cuba korang cek! no offence kayh~:P




transformers versi Malaysia. aku jumpa kt cineleisure damansara.




well,UM is one!hehe~



guess,which one is mine?:P



motiff??



ABU merujuk aku bukan umno..berbaur politik di sini..



maaf,aku agak pantang dgn makanan..hehe!!



p/s: if ada lg pic best2 aku akan upload. sekian mekasih!! ;)

welcome denggi!


oh ya,dalam menyemak menyibuk ckp pasal daftar subjek ni,aku de pengalaman nk share ngan korang..
waktu aku hbes exam semester 2 part 2,aku balik umah (almaklumla da nama cuti)..
xsampai 2 ari aku dok umah,aku demam panas tahap dewa 4 hari..
pergh..badan susut siot! makan xlalu,nk muntah je(bukan ngandung okeh!) pas2 kpala berat cm kne letak ngan gunung je time tu,huhu..
disebabkan bapak aku naik rimas tgk aku dok berbaring malas atas katil macam org berpantang,maka bapak aku campakkan aku ke hospital Pantai Indah..
bile cek2,aku kena demam denggi!!!
terkejut aku! ni dah kali kedua dah aku msuk hospital!
aku kena tahan wad seminggu.
mmg xbest la duduk kt wad ni,sebabnye ko akan rasa diri ko ni sorang2 je n then terngiang2 la lagu bila izrail datang memanggil sbb tido sorang2 kat dalam wad(tu pon kalo xde patient kat katil sebelah)..


wad yg aku duduk ni satu bilik 2patient..dalam tempoh seminggu aku duduk hospital ni,patient aku bertukar nk dkt 3,4 kali..
tapi yang bestnye ada sorang patient ni..patient ni Chinese..
dulu pandangan aku thdp mereka ni kureng sket la disbbkn ex manager tmpt keje aku wat palat ngan aku..racist memanjang..
sampailah tiba waktu ni..patient Chinese ni nenek..dah tua,sakit kencing manis..anak2  dia baya bapak aku sume da bsar2 n cucu dia baya adik aku drjh 5..
yg wat aku buang perception buruk aku kt dorng ni apb anak patient ni mmg peramah gila,everytime nak melawat mak dia yang sakit tu mesti belanja aku sama(i mean,dia belikan air ribena la,100 plus la,aku kan denggi xdpt la minum starbusks,huhu)
penah mak aku dtg melawat aku bwk geng2 marhaban dia ngan anak2 kwn mak aku,mmg bising wa ckp lu..mcm pasar seni sbb mak aku borak2 sampai aku rasa malu ngan nenek tu sbb nenek tu dh la sakit pas2 bising2 tp anak dia wat dunno je..kan kadang2 kalo org rasa annoying mesti tego xpon sound tepek..tahap kesabaran dia ni mmg da tahap moksya tol..
pas2 tibala waktu nenek ni discaj dari hospital ni..nenek ni siap tnya aku bila nak kua la,suruh jaga diri la..mmg terharu la gak sbb dorg ni xsombong.. so xsume org sombong dalam dunia ni..

ha..tu hal lain..

ni lagi satu,kes doc yg gatal..

sepanjang aku kne tahan wad seminggu ni,mcm2 aku kne..mmg aku rasa dianiaya je..mana xnye,aku dpt doc India mix singh rasanya..aku ingat nama dia Dr Matvinder Singh pakar gastreonologi kot?
yg x syoknye,doc ni gtl thap gaban ko tau x!
ada ke nk cek pernafasan aku kt jantung pakai alat tu siap suruh aku bukak baju..
pas2 aku dpt rasakan yg aku ni mcm dicabul secara halus(detail xleh diceritakan kerana akan mengundang kekeliruan pembaca)
time tu batin aku meronta2 nak balik secepat mungkin dan tibalah satu ari aku dpt kekuatan utk menyesound doc tu..aku ckp "doc,doc cek kt lua baju sy je la ek,sy xselesa la" . muka doc tu merah padam mcm kne lap ngan bontot beruk je time tu,tros cek kt lua je.. time tu aku rasa dignity aku da melonjak ke paras selamat hoho~ dan doc tu xberani lg nk bertindak di luar jangkaa sbb aku da bijak(padahal bodoh gle da 4hari baru nk sound,huhu)

sepanjang aku dok ospital ni,ramai gak dtg melawat aku,so aku nk ucap thanx kpd Am,Aini,Naufal,Hafiz,Ja,John dan jiran2 n sedara mara aku sbb sudi dtg jauh2 semata2 nk melawat aku ni..terharu siot..siap dpt kek secret recipe gitu! dan sori la kpd sesapa yg terasa aku xberitahu yg aku sakit kerana sesungguhnya aku ni low profile..xske publisiti haha.

and lastly aku nk citer sket environment sepanjang aku kt hospital ni...

agak best la sbb hari2 ngadap astro jerk..kdang2 mlm2 aku leh lyn cte antu padahal patient kat sebelah aku tu dok nyenyak tido..
tp yg paling aku sakit ati ngan makanan ..
ya! makanan!
aku xkisah la korang ckp aku ni buruk lantak ke,tp aku xpuas ati!
sbbnye,time tea time dia just bagi peket milo jer,kalau aku msuk pusrawi dulu siap ngan kuih mcm2 gaya..
pas2 xde supper..haish..aku time mlm2 la cpt kebulur..ada ke xbg supper??
bengang tu xpyh ckp la.. mmg sakit ati beb..
bil perubatan mahal tahap cipan..rm5,000 dia caj,,tp service xseberapa..
padahal dulu aku duk pusrawi kne caj rm3,000 je..duk seminggu gak..
haish..pasni taubat aku xnk masuk Hosp Pantai dah..
menyampah!
huhu~
aku nasihatkan korang,masuklah Pusrawi sbb lg besttttt..
hehe~




 
ni la tag name aku! still simpan lg tuuuu~

  

sakit ooo masuk air... tp bdan rse sejuk2 je..hehe  

 
keadaan meja aku sbg pesakit..pesakit yg malas..haha




pintu masuk.. opsss.. air 100 plus tu aku yg pnye ek..




ni la rupa katil patient..hodoh kan?:P




peace!!




p/s: ha? nk pic aku? sori la...gua ngah free hair time kt hosp tu..mane leh tjuk..auurattt..auucak!! hehehehehehe~


sekian trimas~

semester baru akan bermula! anda bagaimana?


exam semester 2 part 2 dah selesai!!
result pon da kuar..
so tinggal nk dftr subjek je..
korang da plan nak amik pe?

dalam plan aku,aku ada 2 plan utk diproposekan tok dftr subject..if xleh nk dftr subject yg diidam2kan tuh..uhuhu~

plan A
1.corporate tax 4jkdt 7nov
2.critical thingking 3jkdt 5nov
3.ko-ke(asas teater moden) 2jkdt
4.english 3jkdt 11nov
5.teori akaun 4jkdt 11nov
6.advance audit 4jkdt 14nov                                  jumlah=20 jam kredit

plan B
1. management accounting 4jkdt 7nov
2.corporate tax 4jkdt 12nov
3.critical thingking 3jkdt 5nov
4.english 3jkdt 11nov
5.advance audit 4jkdt 14nov                                  
 jumlah=18jam kredit




tapi ati aku memberat ke plan B sbb time exam pon de gap,so xpayah la terkocoh2 lg cm sem lpas,exam rapat2 nak mati..tu pon da result cukup2 makan je..alhamdulillah..

lgpon,better amik byk subjek berat sem ni sbbnye:

1. aku leh fokus utk sem ni,lgpon ati da manyak sinang woo dapat stay kolej wpon tdpt org2 yg hampeh2 namun aku abaikan demi pelajaran (cheeeewah!!)
2.kalo amik ringan2 sgt sem ni,part akhir aku kne amik berat2..so aku target nk goyang kaki jer time part akhir..hehe..so better amik berat2 sem ni..kuikui
3.kalo amik berat2 sem ni,next sem leh amik subjek lua fak ngan ko ke...so sng la idop aku..n nseb bek la aku xde paper2 prasyarat yg kne repeat..kalo x mmg naya je..alhamdulillah..even ckup2 mkn asalkan lopeh...

hurm...oh ya! masuk part 3 ni..semester 3 aku akan start praktikal! aku dh ada tempat2 yg seswai(rahsiaaaa ) msuk arini dah ada 2list tmpt aku akan pilih..hehe..so hows urs?? yg dh praktikal tu jgn nk berlagak erkkk..lalalala...

p/s=UM is one! hehe~


akibat gatal sgt di majlis kenduri!

7-6-2008 kak nurul merangkap kazen aku bertunang ! wah... jelesnyer aku~ masing2 dah nak berumah tangga.. aku? jangankan bertunang,calon pon xjumpe lg..:P
sebut pasal majlis tunang kak nurul aku ni,dalam acara gilang gemilang ni,aku secara xlangsung menjadi kamerawoman berjaya.. keje mengsnap ape je gambo yg menarik di hati.. alkisahnya bermula apb pihak rombongan jantan(ahaks) dtg dari perak(jgn main2,bakal suami die pegawai bank tuu) nk menghulurkan cincin pertunangan(formal la pulok) pada pukul 3..
mmg tpt kol 3 dorang dtg,ni bukan janji melayu tau! n then xsemena2 rumah mak ngah aku(mak kak nurul aku le) penuh mcm tin sardin..ko bygkan,umah yg boleh kata besar pon leh penoh,apatah lagi umah flat aku,konfem roboh kot?ahaks...
pergh..panas mmg panas ar beb,berpinar mata aku kt dlm umah,g mana2 je ada tetamu,nk xnk aku wat muka hipokrit jap(ala2 mesra alam gitu) kt sume tetamu pdhl aku dh tertunggu2 bile la korang ni nk balik(dont try this at home!)..

waktu acara menyarung cincin,aku terpksa bersesak2 ngan kengkawan kak nurul dlm menangkap gambar paling cantik time 2,pergh..aku dah xtahan ni! panas beb! sabar2...
bila dh selesai je upacara tu,tetamu pon makin lama makin menyusut macam tau2 je aku nk halau(hehe) n then pihak jantan sume g kat khemah g makan2 jap...
ha,lupa nak habaq kat korang,pihak laki bg hantaran siap2 ngan maskahwin rm8000 cheque gitu! pas2 hantaran sume serba satu(bukan serba serbi tau xpon serba boleh!:P)
pas2 dtgla niat gatal aku ni(aku pon nak kawin gak!) dalam otak sbb kawan aku penah cite,kalau makan sirih org bertunang,jodoh cepat sampai(sbb nya kawan aku yg cite ni pon pnah wat n skang ni die btunang) n aku pon mula la menggeletis mcm lipan kne ridsect tunggu bila la tetamu nk kua dr bilik kak nurul sbb dorg sume dok khusyuk masyuk tgk brg hantaran kak nurul aku tu!
aku tunggu punya tunggu punya tunggu,akhirnya masa yg aku nantikan dah tiba! ape lg,dengan bantuan mak ndak aku,ktorg cilok a sehelai pas2 amik pinang..dengan xbasuhnye aku tros sumbat kt mulut aku kunyah ala2 chewinggum..

xsampai 1minit aku kunyah,muka aku da merah..tekak aku dh kembang gler da,mak aih pedasnye! xsedap siot sirih ni! pahit payau dan macam2 la ayat aku sumpah2 kan kt sirih hantaran ni(xbaik doh sumpah2 ni)..
aku ngan muka rakon(ratu konfiden)nye g kt sinki aku muntah mcm org mengandung..
mana xnye,berpijar lidah aku rasa cm panas sket pas2 sirih tu siyes xsedap!
mak aku dah terkekeh2 gelakkan aku n then die sindir aku,ai...lambat jgkla jodoh ko sbb ko xmkn hbes"
muka aku dh merah padam..malu siot! mak aku perli2 je aku sbb aku ni dah diiktiraf anak dara gatal tahap mengenyam sbb g kunyah sirih tu semata2 nk cepat jodoh..adui2..mana nk letak muka ni beb!

pasni aku sumpah aku xnk mkn sirih lg! bek aku smayang istikharah je untuk cpt dpt jodoh (nak jugak cpt jodoh ni,mmg dsr gatal tol la ko ni sofahani oiiiii)


hehe...nk wat cmne..:P









 ni la kak nurul aku..best2 jd org bertunang ni kan?^,^

  ni la sirih yang aku gatal dok kunyah tu,hehe:P



sekian terima kasih. ^_^

Monday, June 9, 2008

screwed!

paham x ngan tajuk di atas?
bg aku,ia mempunyai makna tertentu.
mungkin rasa disabotaj,dipergunakan,dipermainkan atau diperalatkan?
aku juga rasa begitu.

kenapa ya?

sila cari apakah masalahnya.:

1. lesen-oh ya,katanya lesen L siap dalam masa 2 hari,tp sejak ari rabu lepas blom lagi dpt penggilan utk driving class yg seterusnya. apa ni? semester akan bermula bulan dpn,xkn la xsiap2 lagi? aku xnk amik test jpj dalam keadaan bermulanya semester! aku sudah serve siap2 untuk lesen keretaku. pleasa tolong jangan spoil!

2.gemuk yg perv-oh oh,mungkin aku seorang saja yg tau siapa dia. sejenis parasit yg suka hinggap di setiap manusia dan hanya meninggalkan kesan yg menyakitkan apabila dia meninggalkan perumahnya. aku perumahnya?ya! satu ketika dulu dan aku rasa,aku dah lama bebas dari menjadi perumahnya sejak tahun lepas. tetapi kenapa si gemuk itu juga yang masih kuingat? mungkin dia telah meninggalkan jejak asidnya sepeninggalan dia di perumahnya iaitu aku! be strong sofahani!!
p/s:oh ya,jgn slh sangka. kami tiada apa2 jenis hubungan istimewa yg anda fikirkan!

aku rasa,mungkin sbb segala jenis barang yg naik harga buat aku gila mcm ini. tapi entahla,aku rasa bosan duduk di rumah tp aku xberkeinginan mau keluar. maybe better aku melayan internet. huhu!



sekian terima kasih kerana membaca blogku yg bosan ni.

=)

update!!

huhu~
aku rasa cm malas jerk nk citer pasal isu semasa ni..
sbb nye da byk blog cenggitu..
so aku nk ubah kpd personal n myself only..
hehe~



sOOn will be update!! i'll promise~!
:P

Thursday, June 5, 2008

larangan jual minyak kepada rakyat asing dimansuhkan!

haaaa...pasal isu ni pon aku pening gak... aritu kerajaan xbagi rakyat asing atau senang kata pendatang la mengisi minyak kita kat dalam keta diorang. sejurus selepas harga minyak naik melonjak kepada rm2.70,secepat kilat kerajaan memansuhkan larangan tu,tp ada2 la hadnya kalau nak isi.
haishh,yang aku peliknye,perkara (rakyat asing isi minyak kt negara kita) ni dah lama dah,tp apesal laaaa bijak sangat kerajaan ni baru nk detect benda ni?pastu barulah terhegeh2 nak wat larangan... lepas tu,bila harga minyak da naik,baru la nak mansuhkan larangan tu.. efisien ke x? nampak sangat la orang atasan ni tutup mata dari turun padang.. macam pahat dengan penukul betul!


haaaa,sambung balik pasal cons dari posting aku yang lepas tu,aku da fikir2 sejenak...


cons2:

1. harga barang naik -  bohongla kalo kerajaan kata harga barang xnaik kan? memangla Pak Lah kate,kita kena membendung kenaikan harga barang. tapi apa plak kata rakyat2 cm kita ni?tambah2 mek nah jual nasi lemak takpon ah toi jual sayur kat pasar pagi. mesti naaaiiik punye. xpcaya? kelmarin aku pergi UM(ada program menyambut student dari Hong Kong),aku pon saje2 la lepak jap kat kedai makan kat fakulti aku,order teh o ais limau..slalunye harga biasa rm1.00,aritu aku kene cas rm1.10! mak aih..tekexot aku time tu! nak je aku g kat dapur tu aku g bancuh sdiri air tu,mana xnye,minyak naik esok arini gak die naikkan harga(aii,cam nak cover harga barang modal besokk je?) ..panas2... tp nk wat cmne,dah xde kedai lain sbb die monopoli kat fak aku,tpksa la aku dgn x rela hatinye..isk2.. dan aku mula berfikir2,adakah aku ptot merombak kembali jadual belanjawan aku? jawapannya ya!

2.wujud anasir luar- maksud aku,anasir luar tu adalah pihak2 luar yang akan mengambil kesempatan terhadap isu2 ni..almaklumlah tengah hot2 goreng pisang,la ni la diorang amik kesempatan dengan seludup minyak,petrol,beras siam tp elektrik aku xtau la leh seludup ke x,kalo leh korang memang x g sekolah!

3. mood pon naik hot sama - ko kalo xcaya ko g kat bapak korang,pastu pi ajak die jalan2 g KLCC ke, blanja KFC ke,konfem dpt penampo free punye. yela! bapak ko punye la pening nak pikir samada nak naikkan ke tak duit belanja sayur kt mak korang,korang leh lak ajak g berjoli2 sakan kat luar.. xpon korang sdiri pon naik hot macam aku! sbbnye aku pon tgh runsing dok pikir yuran kolej kediaman aku ni makin naik ke,aduhai,,alamat makin sikit la duit poket JPA aku..isk3...

p/s: byk tu jela aku leh gtau,bapak aku tetbe naik hot lak kat adik aku pasal pc die lingkup,,bek aku off jap..chow!

minyakk 00 minyak!! nape xpakai air je?

pergh...
berhabuk giler blog aku ni rasanyer...
join da lama da...tang nak menaip tu yang malas..
papepon,aku telah mendapat hidayah menulis blog ni setelah aku die dikejutkan dengan berita bahawa minyak naik kpd rm2.70 seliter...
mak aih...
aku yg pakai skuter kecik kemetot ni pon terasa perit..
mane xnye..
sejurus selepas kenaikan harga minyak yg giler babeng tuh,elektrik pon nak join sekaki naik sama..
hadush..
ape la nak jadi..
ekonomi xjgk2 meningkat...
rakyat makin lama makin ramai yg hidup susah..
pasni makin ramai la yang join program Bersamamu kat Tv3 tu..

papepon,de pro n cons dari isu kenaikan harga minyak dan beras ni...dari pandangan aku la...xtau la plak korang kan?

pro:
1.inspirasi untuk menguruskan badan - nape aku ckp cm2? sbb dulu kan penah masuk berita yang di Malaysia ni kan hampir sejuta gadis2 ayu(termasuk aku ke?) mengalami obesiti..aku xla kata aku ni obes..tp kadang2 ada gak lemak2 yang xperlu ada kt tubuh badan ni..so dengan berlakunya kenaikan harga minyak yang diibaratkan jualan murah makin mendadak2,sesape yg terasa diri korang tu gemok ke,terberisi ke,diet2 la ek..
kesan dari minyak naik ni,korang akan lebih bermotivasi dengan mengelakkan penggunaan motor/kereta yg berasaskan minyak kepada berjalan kaki,menaiki bas yg mungkin tambang juga akan naik kepada mengayuh basikal...jadi secara tidak langsung lemak2 korang akan terbakar secara sedar/separa sedar.

2.berjimat cermat - ya! memandangkan pakar2 di Msia menyarankan makan segenggam beras sahaja berbanding berpinggan2 nasi cam slalu korang lantak dulu2,maka amalkanlah ape yang pakar sarankan. caranya,setiap ahli keluarga disarankan menggenggam setiap sorg beras disebabkan tangan masing2 kan lain,maka kadar pembaziran beras tu makin berkurangan dan korang akan rasa betapa pentingnya beras tu kalo korang bazir. bak kata raja farah,sebiji beras itu ibarat setitik peluh petani. untuk minyak pulak,korang jimat2 la mcm beras ni,kalo nak g kelas,xpyh la malas2 menggunakan kaki yg tuhan dah bagi tu. dan sesape yg rajin g Mid Valley tgk wayang setiap ari rabu tu,kurang2kan la yek! daripada g tgk wyg de pekdahnye gak korang g library.muahahahaa!!

3.buka mata rakyat betapa alpanya kita tentang kerajaan masakini - aha! mungkin kedengaran agak kontroversi di sini,tapi aku xpeduli la,sebagai manusia yg mempunyai mulut,kaki,tangan dan yang penting otak,maka rakyat2 sekarang dah mula berfikir setelah PRU lepas,apakah ekonomi Msia makin trun atau naik? apa tindakan kerajaan nk membendung masalah kenaikan harga bermacam2 brg secara sukaria ni? adakah corak pemerintahan harus diubah atau pucuk pimpinan perlu dicantas?fikir2kanlah......

renung2kan dan selamat beramal!

p/s: next time aku wat lak cons...idea sedang dikerah memandangkan otak aku blank kejap sbb berendam dlm minyak lama sgt..wahahah!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails