Thursday, May 28, 2009

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

asik citer pasal diri sendiri jer.. meh kita muhasabah diri!

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
komen aku: aku setuju. lebih2 lagi kalau xleh terima gurauan pastu nk dendam2 n kutuk2 dalam blog. pengecut & xde kawan je wat cmtu.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
komen aku: lebih2 lagi dengki xbertempat.dan dengki dengan kebahagiaan orang.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
komen aku: ye, ego lebih2 lagi persahabatan selama ni yang dibina hancur berkecai, maka ego yang akan menguasai diri.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..


9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan Kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.

So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"

p/s: credit to isuhangat

aku tidak berfoya - foya

walaopon aku bz dok mengaudit UdaMall, tapi aku sempat lagi mengular dan mengulat di kawasan yang sewaktu dengannya. dan td, naim merangkap bestie aku kena g auditee's place kat Jalan Raja Chulan dan dia singgah BB plaza sbb nk lunch ngan aku. tapi atip lak xdpt join sbb dak recruitment die ade prob lak. maka terpaksalah makan berdua. eh aku xcurang tau. naim tu lemah lembut. haha jahatnya mulut aku nih!

dtg2 jumpa aku jer Naim dok menyumpah seranah kat kompeni yang die g td. ade ke patut die kne marah tanpa sebab? meh aku citer,time 2 die g jumpa kompeni secretary tuh;

Naim : Miss, Saya dari bla2..(memperkenalkan diri dulu. aku maleh nk type!) so, kompeni awak kena isi form ni dan pastu tlg chop kat sini.

Betina : What's this? (sambil wat muka kekwat). U give me this damn plain form and u want our company's chop? That's not my type!

Naim : Usually we give this plain form and company..(blom habis berkata2)

Betina: No, this not my type! U fill this form first,make any photocopy and then u give it to me then i give our company chop. (nada berlagak cm kompeni bapak aku punya)

Naim yang cam samdol pon wat la pe pihak auditee ni suoh..

In the other side, kalo aku la..

Aku: Miss, Saya dari bla2..(memperkenalkan diri dulu. aku maleh nk type!) so, kompeni awak kena isi form ni dan pastu tlg chop kat sini.

Betina : What's this? (sambil wat muka kekwat). U give me this damn plain form and u want our company's chop? That's not my type!

Aku : wei pompan berak x cebok! selama ni aku g kompeni auditee xde keco2 cm ko! Ko isi je la, tangan ko da cacat ke nk menulis? aku dtg ni da ckup baik da! Sundal! ( amik borang tu tempek kat muka dia)

Betina: No, this not my type! U fill this form first,make any photocopy and then u give it to me then i give our company chop. (nada berlagak cm kompeni bapak aku punya)

Aku : Setakat secretary ko xpayah berlagak ok? aku ni auditor kompeni ko, nak audit kompeni ko yang busuk dan xbercebok niyh, ko panggil bos ko! tah2 ko ni takat SPM jer nak blagak cm kompeni nenek ko! Pigidah! ( sambil amik cop kat meja betina tu cop kat dahi dia pas komot borang tu sumbat kat dalam mulut dia)

masalahnye berani ker aku?

hahahaha.

tinggi sungguh imiginasi aku!

tenks naim sbb sudi dtg opis aku! gahahaha~ bestie forever okeh!

Wednesday, May 27, 2009

do u smell what makcik is cookin'?


harap mahap! haku sangat2 bz skang ni.. terase lame gak laa xhupdate blog ni~

sebenarnye aku ngah 'busy mode' mengaudit subsidiary UHB iaitu Uda Mall S/B.. so paham2 jerla,aku xde kt meja haku yang besar & lebar tu. ish, riaknya ko Sofahani!

tp bukan tu yang aku nak citer,selaku auditor yang xlaku nih, td aku sedang giat memfotostet Findings2 kat mesin fotostet. sudah tentu la mesin fotostet takkan mesin basuh lak. terasa bodoh lak wat lawak xbodoh ni.(nota: Findings tu ibarat isu @ bnda xkena jumpa semasa wat audit)

namun, deria rasa aku yang satu ni ibarat hampir2 lumpuh pabila ade sorang makcik cleaner ni(perhatian: tiada niat hinaan disini). keje makcik ni mmg kutip plastik yg ade sampah cm kertas2 whatsoever laa kan.

sekali die lalu tepi aku.

guess what?

aku nk pengsan!!


aku xtau la makcik tu da xmandi baper lame dah. tapi sekali die lalu ngan angin bayu, bau die,pergh.. mencucuk2 idung aku siot!!

pastu makcik tu masuk lak dalam bilik yang ktorg wat audit tu, pergh, berkepam bau tu dalam bilik tu! aku ngan kak Masita dah menahan jer..

oh makcik, tolonglah mandi walaupun kamu penat bekerja. saya pon penat bekerja. nanti saya adiahkan Ridsect..opssssss Downy kat akak eK?

Saturday, May 23, 2009

aku tetiba insaf

sehari selepas insiden tersebut, aku mula memakai selipar.. haih~

setelah tragedi tersebut, aku mula FOBIA nak menunggang motor. nak tido pon asik dok teringat2 insiden jatuh moto tuh. adakah ini dipanggil TRAUMA? ~_~

bapak aku da xbg aku bwk moto da pasni. tpkse la berhimpit2 cm nasi impit kat monorel+LRT Star pasnih! demmmmm~

dan aku mula berpikir2, kalo aku dah 'pergi' time 2, sape nk jaga keluarga aku? adik2 aku maseyh kecik lg. dan kalo aku ditakdirkan 'pergi' dalam keadaan begitu,sape nk angkat jasad aku? sape yang akan kapankan aku? mandikan aku? melawat aku? haish ..~_~ mak aku pesan,setiap ari kne sentiasa taubat, sng tok bekalan kalo esok lusa mati..~_~

kalau aku ditakdirkan tiada di dunia ni, adakah korang @ kawan2 akan maafkan segala kesalahan lalu aku? adakah korang akan mengingati aku? ish emo lak huhU~

dan lagu ni ditujukan khas tok sape2 yg membaca ni.. hehehe..

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati

Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri

Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu

Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa


haha xley blah!;P

p/s: thx kpd kengkawan2 yg xputus2 amik berat ttg aku pas insiden nih. ada gak org sygkan aku rupenye. :) syg korang sgt2 :-*

Thursday, May 21, 2009

syukur Allah masih sayangkan aku

beberapa puluh minit sebelum kejadian berlaku

AMARAN : DILARANG MEMBACA BLOG INI SAMBIL MAKAN @ MINUM. HARAP MAKYONG!

huhu~ tajuk nk gempak je kan?

macam ni, petang tadi dalam perjalanan hendak pulang ke rumah, aku eksiden.

macam mana boleh berlaku? meh aku criter, kalo xmo tau tutup mata yek!

bunyi Ego menderum...
penunggang tersebut membawa dengan kelajuan 60 km/j yang boleh dianggap berhemat,mahu berhenti di dpn lampu isyarat yg bertukar merah, tiba2 gagal mengawal skuter tersebut apabila tayar tersebut mahu terseret dan... kapow!!
aku jatuh terbaring macam Superman kat atas jalan. side mirror pecah, tempat letak kaki tercabut. dan NASIB BAIK SANGAT2 proton wira kat belakang sempat berhenti. kalo x, (isi tempat kosong)..

bunyi mmg la cm xde ape sangat kan, tapi cuba bayangkan kalo keter tu xbenti? lampu tu kaler ijau? dan nasib baik luka kat kaki dan jaket yg aku pakai berjaya melindungi dari kulit aku tercalar. cuma kaki jela luka sikit,x banyak, haisy, menurun la nilai hantaran nanti XD

puncanya : jalan licin sbb baru lepas ujan + tayar motor yang dikhuatiri semakin botak Chin! dan mungkin aku ada wat something yang Dia xsuka, tanpa aku sedari dan Dia mahu menunjukkan pengajaran kepada aku. muhasabah diri beb! huhu~ =(



kulit terkoyak =(

fokuskan lagi. ish,huduhnye kakiku!

wohoooo! aku dan myra menjadi budak praktikal UHB yang paling bertuuuuah dpt menyelit dalam Audit Committee meeting tok Penyata Pendapatan Suku Tahun Berakhir arini!(info: semua dalam AC meeting bergelar Dato' dan Tn Haji,kami? :D) xpenah2 budak praktikal dibawak masuk dalam AC meeting ni -bak kata Dato' Jaafar XD(oh ya, Dato Jaafar Managing Director UHB) - bila aku lak nk bergelar Dato'? :P

Wednesday, May 20, 2009

krispy kreme plis?


aku mengalami krisis kemurungan arini dan aku mau masa untuk muhasabah diri.

tapi sebelum tu, ade sape2 leh belanja aku Krispy Kreme Donut x?

alaaa dkt Times Square jer, termengidam lak! XD


semalam aku mengidam sate, dapat gak makan sate, arini aku mengidam krispy kreme, agak2 leh dpt x? lalala~

Tuesday, May 19, 2009

aku penat bekerja

setelah aku bz bekerja niyh, nk mengadap tenet siang2 pon payah! (ini menandakan tiada internet di notebook kompeni aku),dan tibe2 aku mendapat cahaya nur apabila mata aku tertancap ke arah bawah meja, kelihatan seperti wayar internet? (ish,makin mantap lak BM aku sejak kerja kat Uda ni kuikuikui) dan... ye betol! anda menang moto! sah2 tu mmg wayar tenet! dengan syahdu nye aku menyumbat wayar tu ke bontot notebook(maaf x berniat timbulkan kekeliruan bahasa) dan bermulalah epilog baru - berinternet semasa bekerja (fenomena biasa dalam ofis gomen, harap makyong)

namun, itu bukanlah persoalan yg hendak aku utarakan, tetapi aku cuma hendak menyatakan bahawa aku pergi kerja dengan menggunakan sepasang kaki setelah scootku telah tenat digerit dek Cik T (sape teka aku bg adiah misteri).


biarpun begitu, ini bukan lah juga persoalan UTAMA hendak aku utarakan(mesti korang bengang). tatkala aku terasa penat pulang ke rumah selepas penat lelah mencari sesuap nasi, (padahal naik monorel pastu nek LRT jer), sedang kaki aku melangkah ke dalam monorel, tumpuan aku telah ditarik2 oleh seorang lelaki dan perempuan. aku kira mungkin mereka sahabat baik berdasarkan dialog ini :

gadis A : dah la mesej aku pon jarang, pastu aritu die balik kampung x gtau aku pon, tgk2 sejam pas aku mesej die, baru die gtau yang die balik kg! (nada geram)

mamat B : alaaaa.. die penat kut, ko kena la paham.

gadis A : banyak la penat dia! dulu bukan main boleh mesej aku je all the time, takkan sekarangpun da penat? ishzxnbcn (nada geram lg)

..aku dpt mengagak topik apa yg mereka utarakan.. kudekatkan capang telinga ku dengan lebih lebar..


mamat B : ala biase la tu, mula2 gaduh la,pastu mesti baik balik kan?

gadis A : memang la, mula2 gaduh, pastu baik balik ngan aku, penah aritu die gado ngan aku, ptg tu die ajak aku jumpa lak..(nada geram semakin berkurang nampaknya)

mamat B : biase la long distance r/ship, dorg ni mcm burung camar, senang terbang bebas,pas2 berhenti la kat mane2 dorg suke ( dlm ati aku: eh,pandai lak mamat ni berbunga2 lak,)

..dan seterusnya aku lupa sebab operator monorel dok melalak " Hang Tuah Hang Tuah" ..

dan aku dapati & analisis dr perbualan mereka,

1. awek ni nk meluahkan perasaan ketidakpuashatian kepada boifren beliau yang boifren beliau jarang mesej die..

2. boifren die maybe jauh dari kawasan KL sekarang..

3. lelaki itu mungkin bakal jadi skandal gadis A tersebut berdasarkan ayat2 skeptikal yg aku selalu dengar time zaman kenakalan aku dolu2.. ^_^

4. dan yang pasti, SATU MONOREL dengar PERBUALAN DORANG TUH!! haha~ ini dibuktikan dengan pakcik depan aku, belakang aku, dak2 yg lain semua memandang mereka.. terfeymes sekejap anda berdua!


pengajarannya, kalo de problem ngan bf korang, silalah g oldtown cafe ke Kopitiam ke,Bowling ke, pas2 borak la ikot ske ko, ni sampai hal boifren ko pon aku tumpang dengar sekaki.. lalala~ harap2 gadis A tu dapat mempertahankan status in a relationship beliau ngan boifren jauhnye ittew..~

Friday, May 15, 2009

i.n.t.e.r.n.s.h.i.p

arini baru laa aku leh menulis blog disebabkan esok n lusa cuti, kalo x,mmg tpakse tido awal laaa jawabnye(konon2 laa menjaga kualiti keje :P)..

this week is my very2 first week working as a professional.. no more waitress, jaga kedai,jaga popcorn counter dan jaga music station cam zaman2 habis SPM dulu2..

at 1st aku ditempatkan dalam finance department & setelah disedari yang finance dept full-house,aku ditempatkan kat Internal Audit Unit.. Yaaaayyy! sangat2 la best dan yg penting mmg minat aku nk bergelumang dalam audit ni than finance..

and the best part working kat Uda Holdings ni is..

1)UHB ada surau khas tok staff2 mereka.. so mmg xde masalah kalo nk g solat..siap ade tazkirah.. best sgt2..

2) UHB pon ade kafe khas tok staff2 Uda gak.. yg penting murah bangat,sampaikan org luar pon dtg.. kawan Matrik aku,Atip yg kebetulan kerja kat 7 eleven HQ kat Plaza Berjaya sggup dtg makan kat kafe Uda.. see..

3)environment Uda tu sendiri.. utk pengetahuan, Uda dah diambil alih bawah government in this past few years.. before this non-gov.. masih di Main Board.. tp stelah diambil alih bawah Mecd, UHB totally gov.. dan kebanyakn staff uda tuh sume Melayu.. diulangi.. Melayu.. tapi tu bukan subjek utama yang aku nk utarakan.. org2 lat situ mmg baik giler.. peramah giler!!

actually banyak lg.. tp aku xlarat nk state di sini dan aku masih dlm proses nak explore UHB ni..dan barun je sehari bekerja aku da dpt kawan yg kebetulan satu Unit ngan aku,but not UM person la.. tp sume peramah giler2.. siyes mmg best!

tapi mestila ade disadvantagenye kan.. maybe sbb UHB ni gov company,so org2 yg keje kt sini kebanyakannye Veteran.. xpon otaimer.. so agak susahla nk jumpa org kacak bergaya,macho.. opssss.. kebanyakan yg baya aku pon dak2 praktikal.. dan yg agak sedeynyer,IA dept xpakai pape2 software.. dats mean, kena buat MANUAL procedure.. tp xpe.. sume tu dah belajar time amik paper Internal Audit.. bley belajar lagi byk time keje..:) anyway.. banyak lagi nk gtau,but nanti2 aku tambah la yer..


ni la keadaan bilik aku.. sharing 2 org je.. spacious!

ni plak meja aku.. mcm meja bos kan? :P

1st day.. biasela,bosan xde keje lg.. menung2 jap..:P

hari pertama keje.. rujuk ISPPIA dulu.. yang penting sem lepas da amik IA,so,no worries..:P

p/s: kecoh kat surau td pasal virus H1N1 @ virus b@b! kat Malaysia.. so beware! pakai topeng ke ape ke.. skang da dikesan kt Sg Buloh.. tkot je nk g keje.. huhu~

Friday, May 8, 2009

goodbye KKTAZ! T.T

at last.. cuti dah bermula, exam pon dh hbes.. tiba masa tok balik umah..

isnin ni bermulalah status aku sebagai pekerja,sgtlaa berdebar2 even aku pernah keje di banyak tempat. maybe kalini di tempat yg professional, b4 dis keje pas SPM,tao2 jela keje pe kannn...

tapi tu bukan persoalannya sekarang..

kaki aku berat tuk melangkah pegi..

kenapa?

sebab... sebab...

sem ni sem terakhir aku bersama kolej Tun Ahmad Zaidi a.k.a 10th college.. dat means aku dah xditerima lagi tok menduduki kolej yang sekian lama aku duduki semenjak aku 1st year lagi..
haluansiswa di sini,join kelab2 pon disini, kenal ramai kawan2 API pon disini.. apakan daya? nasib baik kolej lain sudi menerima aku, guhuhu~ :( walaubagaimanapun,aku akan tetap mengunjungi KKTAZ sbb aku suka sgt makan masakan kak sarah ngan nasi ayam pak abu! ngehehe~

barang aku saja dah memenuhi ruang bilik ni..

dah kemas habis ni.. damn.. im gonna miss dis room.. ;(

and dis board too.. sampai skang masih xtanggal2 kertas2 tuh.. (padahal terlupa) :P

selamat tinggal Kolej Kediaman Kesepuluh! T.T


p/s: aku malas nk g L.I!! ponteng cam ponteng kuliah leh x? :P

Sunday, May 3, 2009

Bijou Bazaar epi 2


seperti yang telah dijanjikan maka pic baru telah dihupload!
dinyatakan di sini, tiada sebarang edit mengedit dilakukan :D
ingat x yang aku pernah ckp yang sesungguhnya aku maw pergi bijou bazaar wat kesekian kali? yaaaaay hajat tercapai! XD

Jeumpa D'ramo nama tempat itu : aku berpendapat nama ni diambil sempena untuk Berjumpa2 secara Ramai2.. Jumpa + Ramai = Jeumpa D'ramo. betol x? :D
kelihatan dua anak remaja gigih melangkah masuk ke dalam Jeumpa D'ramo
Dyra dan Farah gembira berjumpa cardigan :D
shoes anyone? :)
farah dengan gaya gediknya, dyra dengan muka xbersalah mahu mencuba pakaian yang sgt daring ini :P
bilik ni dah jadi tempat fitting room da, camwhoring dulu!
hari ini hari kedua,agak kurang ramai org walaopon kami dtg pada pukul 10.59(waktu bermula 10 pg XD). dan barang2 yang best pon byk dah xde :(
maka xde la Xrated nyer shopping,sume tinggal sikit jer,uhuk2 :( tapi potongan harga yg kami dpt harini super duper extravaganza! :D terima kasih kakak La Senza! :P
ni kat belah luar rumah, cuppy cakes n Barbie-Q pon ade jual *meleleh air liur*
rajin mereka ni! *ya ampun akak & abg,terfemeskan kamu disini*
rehat dulu ar,penat jalan ar weyh.. heeee
farah pon nak jugak~
farah,dyra,udah2 la tu,xberpusing punye.. dah2 jom balik!! *mak tiri naik marah* >:/
seperti yang diberitahu pada entry sebelum ini, kesemua bernilai kurang daripada RM100! *tepuktepuk*
lunch di Restoran Pelita Nasi Kandar kegemaran Farah, mendapat layanan 5 bintang disana! kepada cik dyra,lainkali kte g Bijou Bazaar awal2 ye?;)
pssst: gambate hora2 kepada sape2 yang amik Treasury Management Selasa ni (termasuk aku). balik lambat la jawabnye! T.T

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails