Monday, June 29, 2009

musang berbulu ayam

sory semua, aku off topic jap. nk citer jap sal seleb seko nih. korang kenal x Megan Fox? alaaaaaa awek Hot gile babas dalam cte Transformers tu.. ok, so kite tgk jap pix die eh..


pic mula2 tu mmg cantik gila kan? tgk pic no 2 lak.. korang tak terasa ke muka dia 'drag' sgt2??

info: drag tu mcm fake @ bukan asli la kaedahnye..

Maybe ramai @ sume kot yang dah tau cter HOT ni.. aku je yg tertinggal keretapi 10 stesen,baru aku dpt tau arini yang MEGAN FOX ni JANTAN!!

korang xpercaya? aku lg laaaa xpercaya! mmg cun habis smpi aku yang pompan ni pon menggilai betapa 'hot'nya body dia.. jantan ropanya! ceh! patotla,tarikan pompan dan laki katekan,ptotla aku minat die gile2,rupa2nya dia seorang lelaki(ayat cover)

ok.. kalo korang xpcaya jugak, baca ni k..

LOS ANGELES, CA – The internet has been abuzz since this Sunday’s Golden Globes ceremony, where Megan Fox jokingly remarked that she looked like a man.

When interviewed on the red carpet, she said “I look like Alan Alda in drag. I’m a tranny. I’m a man.”

At the time, reporters passed it off as a jovial attempt to cover for her nerves.

However, today she has cleared the air and officially reported: she’s really a man.

Megan Fox was born Mitchell Reed Fox in Rockwood, Tennessee. From an early age, Mitchell showed an interest in both performing and women’s clothing. When having a preacher lay hands on him did not ‘cure’ him of these interests, his parents simply put him on the pageant circuit.

By the age of 13, Mitchell had already started a career as a female child performer called ‘Megan Fox’. Making her debut on an Olsen Twins straight-to-video release, the twins have kept his secret all this time.

As a sweet 16 present, Fox’s parents offered him sexual reassignment surgery, which, given their child’s career, they’d hoped to write off as a business expense. Unfortunately laws prohibit such surgery to be done to minors.

Since then Megan has been working non-stop, and been included on many Hottest Women lists in publications around the world.

Megan, as she goes by now exclusively, also noted this Sunday how much she wants Salma Hayek’s figure. She has even scheduled surgery later this month to get it. After the two met in New York this week, Hayek offered to have a cast made of her bust so doctors can match them exactly on Megan Fox’s chest.

The internet is already speculating whether this news will be worked into the plot of the upcoming Transformers sequel.

maaf Megan Fox,aku lambat sgt tau yg ko nih lelaki ropanya.. DRAG QUEEN rupa2nya! penat je aku g tgk cte tu ari 1st tayangan, aku tgk homo kiss ropanya.. terbayang lak Shia Lebouf bercium penuh nafsu ngan jantan bernama Mitchell aka Megan? xke geli noX?? =P

padan muka uols kne tipu ngan i. melerts x mak? ahaks~

mungkin ini RUMOURS? tgu dan lihat~~,

Sunday, June 28, 2009

dulu xsama dengan sekarang

dulu - dulu :

- bangun pagi lewat. sudah hampir pukul 7 barulah aku bangun. itupun lepas mak aku bising2 kat depan bilik aku.

- mak mesti masak. iyelah,aku kan praktikal,so mak aku la yang masak kat rumah. balik je rumah, mandi jap, selongkar periuk.. terus MAKAN!

- mak mesti ada kat ruang tamu, subuh2 lagi pasang kuliah subuh kat tv9. aku salam tangan mak aku, pergi kerja naik motor dengan abah aku.

- hari - hari mak mesty membebel. biasalah, nama pun mak.

SEKARANG :

- bangun awal. aku kena masukkan baju dalam washing machine, kemas rumah etc. kalau kerja mmg aku xmasak sbb balik pun lewat.

- sekarang, aku kena masak. kdg2 nenek antakan lauk kat rumah.

- sekarang mak dah xmembebel sbb mak dah xlarat. hurm X(

banyak sebenarnya, tapi aku dpt pikirkan yang ni jer.

kesimpulan: memang berbeza dulu dan sekarang. aku kena berdiri atas kaki sendiri sekarang. bukan nak kata aku xpernah wat kerja - kerja rumah, tapi kelainan itu sangat2 dirasai sekarang, aku yang kena ambil alih semua tugas mak aku sekarang. aku xberniat nak meraih simpati sesiapa, cuma nak harapkan semoga korang hargai lah mak korang sementara beliau sihat.

mak, semoga mak cepat sembuh ya!

='(

Friday, June 26, 2009

cerita bergambar

hari ini aku kena buat record audit finding. hari ini juga Kak Masita xdapat datang sebab demam kura - kura. maka tinggal aku seorang sahaja yang perlu menyiapkan laporan ini. T.T. tambahan pula, mood aku tiada disebabkan hari ini, Michael Jackson meninggal. so aku nak berkabung hari ini (alasan)

aku tiada laptop. maka aku membuat muka kasihan seperti ini di hadapan bos aku.

"Bos,saya xde laptop. Laptop kat rumah pon mati kena influenza A(wtf?)" sambil wat muka cute seperti ini;

bos pon ckp " Baiklah, awak amik la laptop saya ni, laptop baru lagi ni. Saya pon xpakai lagi laptop ni" kesan tersentuh hati melihat betapa kasihannya saya ini.

"wow! laptop bos bau kedai la!" kata saya. "dah dah.. g wat report tu," kata bos setelah mengetahui aku memuji laptop tu ada makna. ;P

alamak.. report nak wat pe ni? kak Ita pon xde.. arghh.. idea,idea,marilah kau! eh,tgk video blue pon bagus gak ni. bos bukan tau pon. miahahaha. (tanduk - tanduk nakal muka kelihatan)

wahhhhh.. blue nye video ni! heeeee korang pikir ape hah?? >:D

akhirnya, selepas puas melihat video blue,tetap mengantuk juga. maka tidur lah aku tanpa apa - apa hasil pada hari ini.

peringatan : gambar tiada kaitan antara hidup dan mati. juga bukan mengenai aku. aku hanya mengikut arahan Usop Selam dan filem pendek terbaru beliau - Sembulu berbulu- bulu.

keadaan sebenar : aku sudah menyiapkan 3-4 baris keje howkeyh! aku xcuri tulang. aku pekerja baik. lalala~;P

hari ini Michael Jackson @ nama Islamnya Mikhail ( correct me if im wrong ) meninggal dunia pada hari Khamis di US. Punca kematian beliau disebabkan sakit jantung. kita kehilangan Raja Pop yang sangat2 bernilai. may him rest in peace. (hukhuk sedeyh)

Sunday, June 21, 2009

puisi sumbang untuk abah

oh abah..
walaopon abah xmelahirkan aku..
tp abah menyumbang gak laaa sedikit kromosom tok aku..

oh abah..
walaopon abah agak garang..
tapi bila abah kentut kuat2, aku jd tergelak berguling panda di hadapanmu..

oh abah..
walaopon mak ckp abah kurang hensem zaman muda2 dlu..
tapi last2 mak kawin ngan abah yang xhensem dpt gak aku yg meletop ni..(perasan xleh blah)

oh abah..
walaopon abah belajar xsetinggi aku..
aku janji aku akan balas jasa baik abah selama abah memelihara aku sampai laaa skang..

touching2 la plak kann...

kepada semua lelaki yang bergelar bapa,abah,ayah,papa,daddy..( KECUALI pakwe makwe yang panggil pa n ma howkeyh~ ) dan bakal2 bapa, haku ingin mengucapkan..

seLamaT haRi baPa! =D

terutama kepada Encik Mohamad Sakroji Bin Abbas. ye bapak aku mmg jawa. lalala~

*hakmilik puisi ini terpelihara,jika nak tiru sila berurusan dgn peguam aku - KARPAL SINGH KAPAL KARAM* =P

bapaku kelihatan sangat feminin bersama lolipop ini. =D
love u bapak!! =)

Saturday, June 20, 2009

sekian lama

beberapa hari yang lepas aku tidak dapat menghupdate blog ini kerana minda paranormal aku mengarahkan supaya tangan aku berehat. walaupun banyak sgt perkara yang berlaku dalam tempoh tu, tapi aku rasa malas nk menaip memandangkan aku terasa cerita ni sangat basi walaupun korang terasa cter tu baru bg korang.

tepat hari semalam, mak aku telah menjalani pembedahan - 3 pembedahan major dan alhamdulillah selamat. kepada kawan - kawan yang mendoakan, terima kasih aku ucapkan. dan seribu kemaafan reunion KMKN terpaksa dibatalkan atas sebab ini. Family first. :)

mood nk berblog masih tiada memandangkan banyak perkara yang berlaku hampir2 menggagat gugat iman aku, dan nasib baik aku dpt bertahan dan aku dapat balik apa yang sememangnya milik aku. terima kasih kepada orang - orang yang terpenting dalam hidup aku.:)

aku nk tujukan lagu ni khas kepada kawan baik aku, miss XX. aku tau ko mesti suka lagu ni. :D selamat menjadi penghuni setia 10! (nama xleh dinyatakan sebab banyak sgt spy, nanti kecoh2 la plak.. lalala~)

Sunday, June 14, 2009

kuat berlakon kah anda?

aku terbaca blog kawan aku baru - baru ni dan dia telah join satu pertandingan ni, KUAT BERLAKON - adakah anda kuat berlakon? bersama Afdlin Shauki dan aku nk mempromote kawan aku ni sbb die mmg pandai berlakon!

jgn lupa vote ok! papepon, lakonan ko mmg xmenghampakan! a good way for a new beginner.. :)

bg aku,ciri2 kuat berlakon ada byk jenis. antaranya:

1. bakat yang sedia ada diaplikasi.
2. berlakon di dalam dunia realiti yang sememangnya pura2 atau dipanggil hippopotamus~
3. inginkan perhatian meluas.
4. lahir2 mmg diamik berlakon. cam anak Wardina. =D

utk browse ke video yang lain2 sila ke www.kuatberlakon.com di galeri penyertaan ok~


Mohd Nasrul Faiz B. Abu Azal
Adakah Anda Kuat Berlakon - Kenapa Tak Pengsan Lagi?

dan hari ini merupakan hari yang boleh dikatakan amat amat laaa penat kerana sedari awal lagi keluar ke KL untuk membeli baju rayaaaaa. awal kan? ini kerana tidak mahu bersesak2 di bulan puasa nanti!

perjalanan dimulakan di sogo - memilih baju - baju rayaa pada mulanya mahu membeli baju plaid tetapi parentsku mengatakan baju itu baju tidur. huhu~ mati tros seleraku T.T

kemudian ke Harits - membeli kain untuk nenek2ku(budget byk nenek)

membuat perangai di tempat org - bukan membeli kain sebaliknya bergambar perasan di sini


pergi pula ke Jakel - eh ada sale!

mata makku bersinar - sinar! dan penjelajahan kami di Jakel penuh dengan stress kerana kesesakan org. ya kerana ia Hari Sabtu! kecerewetan makku memilih kain menambah lagi masa kami di sini dan..


berdoa semoga mak berjumpa kain yang berkenan. cepat cepat lah balik! =P

dan akhirnya beliau berjumpa kain idaman nya dan.. balik!

akhirnya kami kepenatan giler babun.. balik je landing - TIDO!

Friday, June 12, 2009

kini aku tinggal seorang

arini merupakan ari terakhir teman pelatihku habis praktikal dan actually dia dah lama masuk, tapi muda dalam 2 tahun dari aku coz dia Diploma Perakaunan.. kini tinggal aku sorang jela budak praktikal dalam Unit Audit Dalaman pasni. tetapi aku tidak terasa di'treat' sebagai pelatih di sini sbb akak tmpt keje aku pon lebey krg same cm aku je. hihi~ jgn marah Kak Ita =P tade makna nk sentap alam ni kan kak? =D

oh ya, nama dia Mira, 6 bulan dah dia kat sini. aku pon tgk die cm da mati kutu je coz team audit die dah berlepas ke JB untuk audit UDALAND. naseb bek la ade kawan senasib anda di UDALAND.

papepon, walaupon kita xserapat mana, daku sgt menghargai kewujudan anda di sini. budak ni la keje mendengar luahan ati aku yang xseberapa neyh. mekaseyh dong! =D

kalo dpt masuk UM jgn lupa roger - roger!


walaupun kita x serupa, tapi hati anda lebey murni dari org lain yang akak knal! =) Btw, Mira ni Hot Momma tau. ops, bukan berlawak menyakitkan hati kamu ya, tulus ikhlas dari akak,kamu mmg baik. =)

untuk keselamatan diri dan kehormatan blog ini, dengan rendah hatinya aku ingin mengingatkan kepada pembaca @ follower @ silent reader bahawa :

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

credit to kak honey marcello :)

~its 5 month now! happy happy happy..:)~

Thursday, June 11, 2009

poketku terkontang kanting

hari ini aku ada date lg! dalam keadaan yang kering kontang begini, aku gigihkan usaha untuk mengorek-ngorek poketku yang dipenuhi dengan sawang2 yang menandakan BILA ELAUN AKU NAK MASUK NI? T_T

ya,semalam aku mendapat mesej dari kawan seuniversiti ku iaitu KayMay.. mesti korang pelik kan kenapa nama dia camtuh? aku pon mula2 xjelas yang nama sebutannya KayMay,so dengan yakin aku panggil die KeMek.. ish3.. xpatot2(sambil menggeleng2 kepala tanda xbersalah) 0_o

KayMay ade program ngan PWC kat Hotel Sheraton Imperial dan die ajak aku lunch! yayyy! sejak aku kerja kat UDA ni, ade je undangan undangan memenuhi jadual lunch aku ni(kembang kempiskan hidung)

budget hendak makan di tempat yang ekonomikal dan murah murah sahaja, tetapi kawan2 KayMay mahu makan di tempat yang selesa. layankan ajeeee.. (dengan nada poket kering kontang minta diisi) =(

papepon, thx sbb susah2 dtg kemari! xsempat nak snap pic byk2 kerana MCD BB sangatttlaaa bising! nak je haku hempuk2 pale seko2,tau la korang ngah cuti sekolah!
sori KayMay sbb tpakse mendengar luahan hati ku yang entah apa apa ini~ apa apa aje.. =P

to KayMay, enjoy urself at ur workplace even u feel bit tough & tight there..xlama,2 bulan jer lalala~ =D

Kami warga 12th! =D
sekali lagi dua sahabat ini bergambar tanpa segan silu di hadapan org yang lalu lalang


KayMay dengan sut kerjanya.. amat berbeda dengan aku..

kerna aku berbaju kurung! Kontra tetapi kita tetap sama sbb.. UM is ONE! kan KayMay? ^_^

Wednesday, June 10, 2009

youngtown black kopiko

pada satu hari yang bley diibaratkan hari "dapur x berasap sedunia", aku dan family aku xtau nak decide makan katne. adakah tapau sahaja @ makan di rumah?

lantas dengan yakin bapakku mengembang ngempiskan idong beliau dan berkata , " jom makan kat lua!" ape lagi, adik2 aku melompat kegirangan cam cimpanzi baru lepas dari sangkar plastik dan aku pon terkesima jap, "wah, bapak aku ni cam masyuk lak arini," habis laa kalo bapak aku baca ni. XD

masing2 memerah otak mencurahkan idea kat mana nak makan, alih2 aku gak jd tempat bertanya kat mana nak makan. aku pon dengan yakin la jawab, OLD TOWN WHITE COFFEE nak x? roti die sedap! dorang pon layaaaan je la.. dan ktorg pon g la OTWC kat Bangsar South kat PJ. ekceli aku xtau Old Town laen, kot2 xcantik lak kan hehe.

one happy family at home.. eh mana Ika? 0_o

haaa.. ni die XD

menu hari itu:

roti eskrem yang mahal xhengat!

roti bulat tenyeh planta sebuku jerk.

nasi berlemak rendang kegemaran abahku

ni lak aku punye. nasi kari ayam. apekah?

yogurt orange+yogurt grapeberry+ice blended mocha = pening pening lalats

sangat teruja dengan roti istimewa

setelah penuh perut kami diisi, kami mendapat bil tersebut hampir mencecah RM100!! warghzzzz... bek makan KFC 10 kali! hahaha..papepon, bapakku serik nk makan kt cni kerana harganya sangat Diva Meletopz!

eh aritu penyelia aku dtg. kembang kempis aku dipuji oleh manager dpn Dr Anna. padahal.. (isi tempat kosong) :P

alamak, elaun xdpt masuk lak minggu ni. dah kering bangat deyh! =(

sape sape leh belanja aku lunch minggu ni?
kalo sudi, sila komen di bawah ni ye, maseyh! XD

terasa lak blog aku ni cam Jalan2 Cari Makang. tapi aku bukan Maria Tunku Sabri hokeyH! :D

Tuesday, June 9, 2009

lelaki + perempuan = kawan baik??


satu hari yang hening, aku terpikir satu benda - ade ke hubungan 'kawan baik' antara lelaki dan perempuan? aku resah memikirkannya. Ustaz aku penah cakap, antara lelaki dan perempuan xkan ada hubungan 'bestfriend' kecuali wujud 'hubungan lain' dinamakan 'perasaan istimewa'. betul ke? aku kawan ngan naim ok jerr. lantas aku menggoogle mengenai isu ini. mungkin xsama, tetapi lebih kurang. sekadar berkongsi.

Bicara Kalbu:
Suami larang terus hubungan dengan rakan

SEMASA bujang saya mempunyai ramai kenalan tetapi selepas mendirikan rumah tangga saya tidak lagi menghubungi mereka kerana larangan keras daripada suami. Saya ingin penjelasan daripada sudut agama mengenai memutuskan silaturahim antara sesama Islam atas arahan suami. Adakah tindakan itu berdosa? Saya tidak mahu menimbulkan perasaan tidak sedap hati suami terhadap saya. Atau adakah kerana taatkan suami maka saya berdosa memutuskan silaturahim. Saya ingin bertanya apakah hukumnya memutuskan silaturahim dengan kawan lama disebabkan kecurigaan suami terhadap kawan berkenaan.

Isteri serba salah

Kg Nakhoda,

Kuala Lumpur


jawapan Ustaz :

Jika kawan yang dimaksudkan puan itu ‘kenalan lelaki’ sememangnya suami puan mempunyai hak untuk menghalang puan menghubungi mereka selepas berumahtangga. Dalam Islam, istilah kawan tidak selayaknya pada jantina yang berlawanan jenis.

Jika kawan yang dimaksudkan itu tempat kita bergurau senda atau bermesra, maka Islam membataskan hanya kepada jantina yang sama. Sebolehnya kenalan dengan berlawanan jantina dibataskan mengikut adab dan peraturan pergaulan ditetapkan dalam Islam.

Apabila seseorang itu sudah berumahtangga, maka dia harus memelihara pergaulannya dengan jantina berlainan jenis dengan membataskan kepada urusan rasmi seperti kerja, persatuan dan seumpamanya.


Imam Jalaluddin as-Suyuthi meriwayatkan dalam kitab Lubabun Nuqul fi Asbabin Nuzul satu hadis daripada Ibnu Abbas bahawa Umayyah bin Khalaf, Abu Jahal bin Hisyam dan beberapa tokoh Quraisy lainnya pernah bertanya Rasulullah SAW: “Hai Muhammad! Mari, mintalah berkat daripada tuhan-tuhan kami, nanti kami akan masuk agamamu.”

Rasulullah SAW ingin sangat mereka memeluk agama Islam dengan menjelaskan mengenai Islam kepada mereka. Maka Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu daripada apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, supaya kamu membuat yang lain secara bohong terhadap Kami; dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil kamu jadi sahabat yang setia. Dan kalau Kami tidak memperkuat (hatimu), nescaya kamu hampir-hampir condong sedikit kepada mereka. Jika terjadi demikian, benar-benarlah Kami akan rasakan kepadamu (seksaan) berlipat ganda di dunia ini dan begitu (pula seksaan) berlipat ganda sesudah mati, dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun terhadap Kami.” (Surah al-Isra’, ayat 73-75)

Imam Muhammad bin Ibrahim al-Wazir (775-840 Hijrah) berkata: “Perhatikan ancaman (dari Allah SWT) yang keras ini kepada yang paling Dia cintai (Nabi Muhammad SAW), orang yang diampuni dosa-dosanya baik yang sudah lalu mahupun yang akan datang. Sesungguhnya penyebab daripada ancaman itu tidak lain adalah kerana pergaulan.”

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "(Agama) Seseorang itu adalah sama seperti (mengikuti) agama sahabat karibnya, maka perhatikan dengan siapa kalian bersahabat.” (Hadits riwayat Abu Dawud)


Berdasarkan dalil di atas tindakan puan atas arahan suami tidaklah dikategorikan sebagai memutus silaturahim. Apabila kita tidak menjauhkan diri daripada orang yang membawa kemungkaran, lambat laun nanti kitapun akan terbawa-bawa atau terikut olehnya.

Jika kawan puan itu perempuan, maka tiada yang menghalang puan untuk meneruskan hubungan seperti biasa. Bahkan hubungan itu perlu dipupuk ke arah kebaikan dan suami puan tidak seharusnya menghalang puan.

Memutuskan silaturahim adalah satu istilah yang berat kerana ia satu perbuatan dosa. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang memutuskan silaturahim.” Ertinya perbuatan ini termasuk dalam dosa besar.

Malah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturahim.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang terbina terhadap saudara, kerabat dan teman.

Membina dan mengeratkan silaturahim adalah tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah SAW membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang Muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”

Mewujudkan silaturahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang sudah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan, malah ia membawa erti lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa saja menerusi sifat saling membantu dan bertolak ansur.

Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Seorang Muslim berkewajipan mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara menemui, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

Seseorang yang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain.

Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan kemudian barulah boleh diampunkan Allah.

Jika suami puan melarang puan menghubungi kenalan perempuan, mungkin ada sebab dia bertindak demikian. Contohnya, sikapnya tidak elok atau akhlaknya yang kurang manis, maka suami puan punya asas untuk menasihati puan supaya menjauhinya. Carilah sebab musababnya dan berbincanglah secara hati ke hati dengan suami. Tetapi ini tidaklah bermakna puan harus memutuskan silaturahim dengan kenalan.

Memutuskan silaturahim bererti tidak bertegur sapa dan tidak memenuhi hak seseorang Muslim. Cukup sekadar puan mengurangkan interaksi dengannya. Adapun haknya sebagai Muslim perlu dipenuhi seperti menjawab salam, memenuhi jemputan, menziarahi apabila dia sakit, berkongsi kedukaan dan mengucapkan tahniah di atas kejayaannya, memberi nasihat apabila diminta dan menghantar jenazahnya ke tempat persemadian apabila dia meninggal dunia.

kini aku paham. berkawan kena tau batasan - batasan nya. ok, saya paham sekarang. terima kasih Ustaz! ^_^

Sunday, June 7, 2009

kendurism

cuti - cuti sekolah cmni mmg banyak sungguh undangan kenduri.. maklumlah, time ni je org2 bekerja cm aku ni free especially sabtu&ahad..

sabtu baru2 ( 6 Jun 09) ni akak sepupu aku kawin, dan majlis dibuat di Dewan Banquet kat UPM Serdang.. not bad la kebesaran dan kelebarannya.. tp xleh lawan DTC - bak kata zaty, wat kat DTC.. ops..

as usual,kalo kenduri sedara terdekat sudah tentu aku kena mencemar duli sama. mula2 jadi ketua bagi souvenir time org nak balik,pas2 naik pangkat jd usherer tetamu.. alih2, naik pangkat ke atas pelamin pulak. eh,bukan pengapit kalini, jadi tukang bunga telur pun jd laaa. serik jd pengapit, penat nak jd hippopotamus & coverina.

tema : Maroon 5 + gold
lokasi : Dewan Banquet UPM
hari : Sabtu ( 6 June 09) 10a.m - 4 p.m

sebelum memulakan perjalanan

selepas sesi briefing utk penanggar. eh,bkn penanggal tau.
pensyarah UPM + doktor = L.O.V.E
well, im not asked to be on this stage okay. lalala~
ske pic ni. damn sweet! =)
sepadan x? lalala~
our big family! xnampak? jap ek, close up sket..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
meet my cousin,kak ita.. kenal x? ptotla kelaseran kami lebey krg jer.. hehe..

papepon, diucapkan selamat pengantin baru kepada Kak Wani & Abg Zeid.. smoga bahagia hingga ke akhir hayat.. when is my turn ek? =P


Friday, June 5, 2009

Deli - O

meskipun minggu ni aku leh iktirafkan minggu paling 'jiwa kacau', namun aku membusykan diri aku bagi mengubat hati yang lara ini. eceyhhhh.. haha~ arini aku ada dating ngan kawan aku.. opps.. jgn slh paham, pompan ye :D kalo laki xleh publish kat cni, haha( ade ker masalahnye?)

lokasi: Delifrance, Sg Wang Plaza.(betul2 belakang opis aku)

suasana di Delifrance(sebut: Deli-ferrans) :D
wah,sgt romantika D Amor!

kelihatan dua sahabat baik gila bergambar,hoho~
wajah2 pekerja contoh ;D

atip baru dpt gaji, sbb tu dia belanja makan mahal2,haha.. mekasih ye! ;)

demmm! hancur diet aku tip, makanan sume menyelerakan!
tadi ada sepasang kekasih marah2 waitress sbb makanan lambat. laaaa rileks la, dah ramai customer kot,bwk bersabar cam kami leyh x? hehe. tlupa lak, ni tempat keje lama aku. sangat2 nostalgia walaupun hanya 3 hari sahaja aku bekerja di sini! :P

mekasih tip kerana sudi menjadi kaunselor xrasmi aku td, nasihat anda amat berguna! :D
pasni aku dpt elaun aku blanje ko plak yer, tapi versi murah sikit la ek.. lalala~

mekaseyh Sai!

sedang aku sibuk2 belek blog2 aku ni, tbe2 teringin la plak nk tgk my old fwen(dia xtua,dia baya aku je haha) nyer blog.. dan sedar xsedar aku dpt award ni! dari bulan lepas lg die bg.. ahaha.. sowi donggg,xlink kamu..:)

anyway mekaseyh bangat2 kpd Sai yang memberi Friendship Award- the best blogger niyh, aku amat menghargainya! hehehe.. so, dengan rendah dirinya aku nak pass award ni kepada blog2 yang memang aku sgt2 berkenan!

1. kak dila kudozu -> blog akak mmg bez sbb sinikal cm saya ;P

2. syima masyimaro -> bez sbb kamu gile shopping! ;P

3. kak nabilah wardrobe rehab -> best coz kamu leh jd fashion icon :P

4. hazzy -> blog kamu sgt menarik! especially layout. hehe

5. zaty zhafir -> permulaan bgus bagi org yg baru wat blog.. wpon baru, bez! its all about lurv! :P

6. aduka -> blog yang byk info berguna~

dan yang paling penting, of coz la Kem aku.. aku xde nye lupa ko even ape yg aku Tag ko xpenah ko wat :P

7. Paan a.k.a MK Farhan @ Kem -> blog ni sinikal cam aku, hanya aku je leh tahan ngan perli dia. maklumlah anak dacing.. kehkehkeh

kepada kawan2 di atas," i can be ur sweetest hello and the worst goodbye " - petikan dari otak sendiri. =D

Thursday, June 4, 2009

hari mengulart sedunia

ari ini aku terasa sangat busy padahal arini paling xde keje yang aku buat.

yang aku buat arini ialah:

1. Kol 11 tgahari g mengulart-ing (ulat+ular) dengan staff2 unit IA ke HUKM melawat isteri Encik Ibrahim kat wad sebab dia operate buang kanser Rahimah Rahim(aku saje tambah).

2. Kemudian aku menjalankan sesi lawatan kedua level bwh dr yg td, jumpa lak PakGad UDA kena tikam ngan cina lalok nak pecah kete kat parking semalam. baru tego & nak report guna walkie talkie da kena tikam. ish2 sungguh kijam!

3. Sekali lagi, ttpi tanpa delegasi IA, selepas keje pula aku melawat Kem aku kat Hospital Pakar Ampang Puteri. rupa2nya dia kena denggi. punyalah kepo2 kat blog yang die xsehat. sempat lagi nk ckp masuk ospital. paparazzi sungguh hehe. sampai2 je kat hospital tu, aku terasa cam aku masuk rancangan cari menantu. tiba2 mak Kem ada. eh x, satu famili dia ada. ape lagi, dengan kepakaran menjadi hippopotamus aku mentransformkan diri menjadi gadis melayu yang sopan sambil menyapa dan bersalam "makcik apa khabar?" namun aku xsempat nk update gosip2 terkini memandangkan mata mak Kem asik melirik2 manja kat aku. adakah bermakna aku dibawah pemerhatian beliau? ahaha sori Kem! bak kata ko, anak2 Libra memang Hot! papepon Kem,aku doakan ko kuar wad cepat2, riso lak nurse2 tu histeria ngan wajah oversea ko tu(bak kata ko la kan). alamak, aku xsempat nk bergambo ngan ko, sbb mak ko ada. mati aku dikata paparazzi anak bujang die yg seko ni. kehkehkeh

semoga ko cepat sembuh!

Wednesday, June 3, 2009

finally

to da people that hurt me so much, terima kasih kerana berjaya mengutuk kemudian meminta maaf balik. saya kagum dengan sikap anda yang mengaku salah dalam tempoh kurang dari 24 jam. namun, saya masih belum pasti punca kenapa anda memulakan permusuhan ini.

aku delete semua ni.. malas nk dikata mengungkit lak.. lain yg aku nk sampaikan, lain lak yg dipahamkan. xtau nk ckp bahasa melayu @ bahasa lain. terasa jijik lak tgk entry smlm, tertulis bnda xsepatutnya.
sorry follower..we move on to next chapter.. asal laaa aku tulis entry budak2 ni.. baik aku jd cam naim.. wat bodo sudeyh..
lpekan ape yg ak ckp, anggap ia xwujud k kengkawan! =D

lessons for today

hari ini aku xwat pape keje langsung. atau dlm erti kata lain aku telah mendapat memo ini :

SESI PERBINCANGAN DAN LATIHAN AUDIT- BUSINESS PROCESS MAPPING FOR INTERNAL AUDITORS

ini bermakna sepanjang-panjang hari ini aku xpayah wat keje audit! yeay~! makan cam biasa, FOC for the whole day(jimat duit aku).

bos wat2 bz je tuuu..=P

sesi pagi sebelum lunch agak kemengantukan, keseluruhannya teori dan 99% adalah apa yg aku belajar dalam paper IA(CAEA3211). tapi nyawa hidup balik bila minum tgahari! =D

sampai ke sesi petang.. kami diminta membuat mind mapping. dan ianya adalah benda yang telah aku pelajari sewaktu Tahun 2 dahulu - Accounting Information System! =)
dan hasilnya:


aku,kak ita dan mira bergaya bersama hasil kerja.
masing2 berbangga dengan kertas kerja yang sudah siap -jawapan kami paling terbaek dr group En Ramli! =P
dan siap ditampal dalam bilik kami! wohooo..~

lessons for today:

1. Internal Audit
2. Accounting Information System(versi refresh balik!)
3. kerjasama!
4. kan best ari2 cmni, leh makan free ari2!! =P

eh,esok ada Hari Anugerah Kecemerlangan anak - anak UDA. yaaaayyy! makan free lagi! =D

nak balik~ byebye~!

p/s: sekalipun kau da delete pe yg ko tulis,aku akan ingat sampai bila2 apa yg kau pernah tulis. bak kata ko," sekali aku marah,sampai bila2 aku marah" .aku xkutuk ko,aku xganggu hidup @ rumahtangga ko dan jauh sekali nak memalukan ko sedangkan aku tau banyak perkara memalukan pasal ko dan aku sebagai sedara sesama Islam menjaga aib sesama saudara Islam. what to do? biarlah Allah yang balas. sedih d hati ni tuhan je yg tau. persahabatan yang selama ni penah terjalin hancur sama sekali. Nobody's perfect. im not ustazah or angel dan aku mmg xperfect. stop for today. titik.

LESSON FROM THIS CASE: "the surface might be deceive, u shud look into the deep."
and thanx to dira for this word - "if you say good n beatiful things, it shows that you have such a beautiful heart" =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails