Sunday, September 27, 2009

Aidilfitri 09 yang besh!

yeeeeha! seminggu aku tidak mengadap benda yang bernama internet ibarat bermusafir selama setahun! cuba bayangkan betapa perlunya internet dalam hidupku ini walaupun sbenanya bukan wat keje penting pon! janji broadband @ stimix depan mata jer.=p

raya tahun ini kali ini jatuh ke kampung yang agak jauh dari ibukota k-heLL iaitu Gerik, Perak! oh ya, kebanyakan kawan2 mengatakan kampungku ni terceruk dihujung dunia. xpe2, janji best walaopon sedikit angker!

kenapa aku kata angker? sebabnya, kawasan kampung aku ni agak terkenal dengan kes Santau menyantau dan sekaum dengannya. dah2, bukan ini yang hendak aku bincangkan, tapi raya aku kali ini!

Seronok! itu yang aku mampu ucapkan. perjalanan dari k-HeLL dari pukul 10 malam telah menyebabkan bapaku menyesal xsudah kerna akhirnya kami sampai pada pukul 6 pagi! ini kerana jem ya amat pada malam tersebut. sampaikan aku pon tertido beberapa round dalam kete.

seperti biasa, persalinan raya aku kali ini sama bilangannya dengan raya tahun lepas di Klang, Selangor. 3 pasang yer.

mengikut perjanjian, hari pertama dirasmikan dengan warna orange sebagai tema utama, manakala yang lain2 adalah sebagai sampingan. tetapi warna biru terpaksa diberi prioriti memandangkan familyku telah menetapkan shooting dengan baju berwarna tersebut. yea, family first!

Lokasi: Rumah Maksu, Taman Haji Wan Teh, Gerik, Perak.
Masa : Hari Raya Pertama & Kedua.


potret family ku! =)


orange!

bersama Maksu ku yang sebaya.

bertelagah sesama sendiri =p

di Kupang, Kedah.

aku dan Maksuku memang akrab, xde maknanya nak memangkat2 antara masing2, aku ko sudahhh =p

ThinkOutOfBox: Walaupun Raya disifatkan sebagai hari untuk memaafkan sesama umat islam, tetapi masih adakah segelintir manusia yang tidak memaafkan manusia lain? sedangkan, Nabi pun maafkan umatnya kan? alhamdulillah, Azwan Ali pun da insaf (tiba2)

p/s: tiba2 rajin nak mengwatermarkkan pic. ahh, poyo ke x, blog aku. =p

recommended song of this post: Trouble is a Friend - Lenka. Trouble ke? Sometimes.. hehe.. =p

Friday, September 18, 2009

Raya Weyh! =D

pada malam ini aku akan bertolak balik kampung belah mak aku di Gerik, Perak. Yay~ memang sangat2 xsabar nak beraya, nak merasa suasana kampung yang aku anggap dapat rasa sekali sekali setiap 2 tahun kerana tahun berikutnya pula beraya di kampung belah ayah di Klang. xla berapa kampung sangat kan? =p

papepon, di hari baik bulan baik ni.. sementara nafas aku masih ada.. aku ingin mengucapkan..

tulus ikhlas dari aku..

entry ni khas kepada kalian yang membaca blog ini.. andai terkasar bahasa di entry yang lepas.. aku nak minta maaf banyak2.. setiap manusia akan lakukan kesilapan,bukan sekali malah berkali2.. maka dikesempatan ini, sementara pintu kemaafan & taubat dari-NYA masih terbuka, aku ingin meminta maaf kepada semua makhluk di bumi ini yang pernah aku sakiti.. dan sesungguhnya :~

orang yg paling gagah perkasa di antara kalian semua adalah mereka yang dpt mengawal nafsunya di waktu marah dan org yang TERSABAR di antara kamu adalah yang suka memaafkan kesalahan org lain padahal dia mampu membalasnya.
Ali imran ayat 133,134

salam aidilfitri kepada semua~
enjoy raya sakan~
kumpul duit raya banyak2 kepada yang masih belajar seperti aku~ =p
jangan main mercun~
puasa 6 jangan lupa pas raya~

dan..

jumpa di entry baru selepas raya okay~

assalamualaikum..

p/s= oh ya, doakan aku sampai dengan selamat dan keselamatan perjalanan aku ye..=)

tekun mendengar - M.Nasir-Andalusia a.k.a Anak Dara Lanjut Usia~

Thursday, September 17, 2009

buka puasa secara berkumpulan

walaupun agak lambat aku menghupdate blog ini, tapi aku akan update jugak!
bak kata pepatah, diam - diam ubi berisi, diam honeylalala byk isi nk dicerita.

ikotkan memang banyak sangat sangat sangat!! aku nk cerita kat dlm blog ni, namun kekangan masa ditambah dengan assignment yang super melambak2 menyebabkan aku terpaksa membantutkan hasrat menghupdate blog aku. tapi xpe! dh update da pon =D

aku nk ucapkan setinggi tinggi jutaan tahniah kepada classmates aku yang berjaya hadir untuk reunion EX- Sekolah Menengah Jalan Cochrane 5 Ikhlas batch 2004. perhatian: sekolah aku ini sekolah harian.


sangat merindui sekolah ini!

kalau korang yang belajar kat Uni, masa mula2 masuk, mesti kawan2 baru korang akan tanya, " ko dlu MRSM mana? Teknik mana? Sekolah Berasrama mana? dan bla3.."

ya, aku bukan bersekolah dari mana2 yang ditanya dalam soalan tersebut. aku dari Sekolah Harian. yeahhh.. mesti orang lain akan cakap, aku pon sekolah harian gak beb. aku bangga menjadi bekas sekolah harian sebab aku xsuka dikongkong dalam environment sekolah berasrama @ intelektual yang terlalu tinggi. dan sekolah aku adalah sekolah Sukan. malangnya, aku bukanlah budak sukan sebaliknya ahli pengakap yang taksub dengan unggun api dan khemah. =D

sudah2, kembali ke reunion sekolah aku yang baru berlangsung 12 September 2009, bagi aku reunion ini da best walaupun xberapa ramai yang datang. kebanyakannya dah berjanji dengan classmates di Uni masing2. =(



berkumpul dulu di Times Square sebelum gerak bersama ke O.U

di One Utama (kami budak KL! =p)

sempat berkarok!

gangster 5 ikhlas dolu2 =p

rancangan asal nk berbuka di Tupai2@ Seoul Garden yang bertemakan Steamboat, namun xjadi sebab masalah booking yg terlampau penuh ya amat! sangat sedey ok! =(

maka kami beramai2 mencari tempat makan di One Utama, dan mata kami tertancap di tempat yang menarik ini! The Garden (bertempat di Voir Gallery)

Buffet RM 45 perhead. terdiri daripada beberapa chinese food & local food. Dijamin halal!

yang penting.......................SEDAP!

the garden menjadi pilihan

buka puasa - Heaven of Food!!

kaum adam yang datang hanya sebanyak ini =="

KAMI semua!!

aku ni jenis berjimat. jadi, bila makan dengan buffet RM45 per head ni, berpeluh peluh gak la nk membayarnya. manakan tidak, berbuka di asrama pun aku berkira-kira, inikan pula nak makan makanan semahal ini. tapi, reunion ni sekali setahun, apa salahnya kalo aku berbelanja lebih sikit kan? nasib baik makanan nya sangat sangat laa sedap! puas ati! =)

dalam perjalanan pulang, kami singgah pula ke Canai Cafe di Subang semata2 nak minum2. aduish, jam da pukul 12 da, mmg kena marah ngan mak la! nasib baik Cik Sarah menghantar semua kawan2 di hadapan rumah.. terima kasih! =)

akhir kata, terima kasih banyak2 sekali lagi kepada yang hadir! lain kali buat lagi kayh~ =)

pengajaran dalam episod ini:

1. nak wat jemputan, kena RSVP, baru dpt estimation. kalo x, jadi cam aku, teragak2 nk budget berapa ramai org.

2. book 2 minggu lebih awal terutama di bulan puasa.

3. bawak kenderaan lebih, senang nk bergerak.

4. kena pandai organise masa dan plan!

yang paling penting..

5. PUNCTUAL!!

Friday, September 4, 2009

mari meraikan kanak kanak riang

tajuk di atas sudah menggambarkan entry ini melibatkan beberapa org kanak - kanak riang di dalam blog ini. tujuan meraikan kanak kanak riang hanya satu - kanak kanak riang tersebut telah menjadi kanak kanak matang. mahu tahu siapa kanak kanak riang tersebut?

(iklan)ikotkan ati aku rasa mcm nk berehat blogging jap, nak bersedia menghadapi 2 peperangan besar minggu ni. idea pun da kering, kene sedut dek siput sedut kat bazaar ramadan UIA (apekah?)

mengikut kalendar Cina dalam bilik aku, 29 hb yang lepas merupakan ari jadi kanak kanak riang tersebut,cik farah. opss, bukan cik lagi, cik puan farah. namun telah disambut dua hari awal yang dijangka memandangkan dira nak balik pada minggu tersebut.

sekitar penyeleberetan besday farah a.k.a ketua kanak kanak riang secara advance:

ya, sudah tentu bertempat di Riang Riang =D

barisan kanak kanak riang yang terlibat:-

aku, arm dan ecah

dira dan ketua kanak2 riang itu sendiri

dan juga naib presiden kanak kanak riang turut bersama ;p

nama ketua tersilap tulis - FARAHAYIAH =p

ketua tidak kisah, tetap memotong kek =_=

kanak kanak yang gelojoh merebut kek

Selamat Hari Jadi kpd Puan Farah!
semoga panjang umur dan bahagia2 selalu! ^_^
sweet 22nd!


oh ya, menu berbuka untuk anda semua pada hari ini :-

dapatkan hanya di Riang Riang =p

Tuesday, September 1, 2009

poco - poco = HARAM??

sedang aku rajin belek isuhangat, aku terbaca artikel ni..

Mari sama-sama baca emel ini "Assalammualaikum. Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus. Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.

Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa.

Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama2 fikirkan." Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman?

Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.

WALLAHUALAM...

p/s: xsilap aku, tarian poco - poco ni fofuler & dianggap tradisi di kalangan PM - PM(pembantu mahasiswa) waktu haluansiswa. seminggu haluansiswa,seminggu tulah wat tarian ni. ish, bahaya sungguh kalo sape2 yg xsedar pasal tarian ni. patotnya pasni xpayah teruskan tarian ni. tarian zapin ke, joget lambak ke pe slhnye? sibuk sgt nk agung2kan budaya luar. xpaham aku. haish~

p/s/s: nasib baik tyme aku haluansiswa,aku xske wat tarian ni & aku deman tym tu. bg aku, camdoh jer~ =_=

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails