Friday, April 30, 2010

Berpantang Maut Sebelum Ajal

pada satu tengahari yang hening.....



korang nampak tak ape yang aku nampak??


xnampak?

cuba tengok betul3....




ok3,aku bagi focus view jap...

nampak tak ni??




xnampak jugak??



ok3..mengalah ye! ;p




jeng..jeng..jeng.......!!




nampak x? opsss.. sory la,kamera henpon saya ni kurang power,xmacam kamera DSLR sbb xmampu lagi. kerjanya xlagi,mane leh berangan nak beli! ;p

Lokasi aku: Beranda bilik aku
Lokasi bendalah ni: depan bilik aku! Pembinaan yang dah dua sem yang menyebabkan aku sakit pala bila nak bukak buku.PungPang! Keting KetonG! *bengong tros~*

kejadian ni berlaku pada hari semalam.lagi 2 jam nak tunggu paper Organizational Behavior start.lebih kurang dalam pukul 1 tengahari. Kan ade orang kat kren tu.Pergh! Memang memperjudikan nyawa betul. Ni dinamakan BERANI! memang berani dengan ketinggian(aku dahla gayat weyh)

tengah2 aku SNAP pic dia ni,dia leh perasan,dengan selamba jalan tu lambai. aku pelik la,dia lambai kat sapa? Dua kali wei! Xkan dia perasan aku? DAHLA XTAKOT TINGGI PASTU SEMPAT PANDANG BAWAH LAMBAI AKU. ha kan dah kena CAPSLOCK dengan aku!
Aku rasa dia memang lambai aku la,sebab semalam semua sibuk g exam(yakin je budak ni) ;p

Teringat aku pepatah,Berpantang Maut Sebelum Ajal(kalo silap tolong betulkan ye)

Agak2 orang tempatan ke,orang asing?? ;p

(kuiz bagi korang berfikir jap)

Thursday, April 29, 2010

N.E.R.D K.E.J.A.P!!

wah,gambar ini betul2 menunjukkan aku sangat2 P.O.Y.O! :p
(sekali sekala je pon,kan?)


lama xmenulis belog,dah nak seminggu rasanya! Yelah, bertapa kejap kat GUA MUSANG eh tak tak GUA UM jap.. Final Exam buat kali terakhir beb! Bak kata orang Kedah, Pulun Sofa Pulun! :D

Dua Paper baru sahaja lepas di'bunuh' dengan menggunakan taktik tertentu, dan tinggal SATU sahaja paper yang ada,iaitu pada 4 Haribulan Mei. Pastu,Merdeka!!:)

Doakan aku ya rakan-rakan! :))

next paper to be kill;

ISLAMIC FINANCE
4 MAY 2010
LAST PAPER
BASYA!

Sunday, April 18, 2010

Job Hunting Bebeh! part II



Yes, today i am going again to MCTF(Malaysian Career & Training Fair '10) to accompany my friend;



searching for vacant job?
closer view: just SMS to the specified number together with the code, so that your resume will be sent automatically through da JobStreet. Coolness right?
30 cent/sms okay~
(but you have to register at JobStreet & update your particular details along with your resume)

see I told ya? This is Asia-Europe Institute UM booth. The biggest one among other Uni's booth. Dont jealous okay!
Interested to continue your study in this Institute? please get ready RM8k. :D

Proud to be UMians.. :-)

Not a motorshow okay!
Naza booth with their Ducati motorcycle and what the most important is Naza Ferrari!
See this guy? The sign/screen at his bag states "On your bluetooth"
Register to their lucky draw,or maybe I am lucky enough to have that Ferrari?*perasan*

oh ya, that guy says that bag is quite heavy.. waaaa, I can feel that!:p

mode: started to freaking out about the job eventhough not graduating yet! =S
Who wants to hire me? thehehehe...

*gotta study*bye~!

Saturday, April 17, 2010

Job Hunting Bebeh!

*hasil tangkapan sendiri*

Fresh Graduates?
Bakal Bergraduasi?
Menganggur?

atau..

Tiba2 teringin mahu bekerja?

Ini belog yang tepat anda lawati. tettt!

Aku pun baru je pergi AWAL PAGI tadi. Sila tanya pukul berapa? Pukul 10 ye rakan-rakan. Dan YA, buka pun pukul 10. Tapi, MAAAASYARAKAT, banyak sangat UMAAAT MANUSIA tadi,sampai aku naik tensi dengan kesempitan jalanan dalam Mid Valley Exhibition tuh. Nasib baik ada Air-Cond,kurang kehangatan dalam diri ini. Oh, masih sempat lagi ye. Esok masih ada. Sila datang seawal mungkin,dan mana tahu? Anda ada rejeki kat sana.

Tapi, nak bagitahu sesuatu ye. Anda kena tahan dengan keSISTEMATIKan perjalanan di dalam career fair ni. Umat Manusia sangat2 lah ramai,sampai macam2 bau ada, dan route perjalanan dalam tu akan menyebabkan kaki korang akan patah dan terpele'ot. Korang ibarat masuk dari tempat yang sama, keluar pun kena melalui tempat yang sama(takkan pintu belakang pulak kan). Ibarat pusing ke booth 2 kali. Dan sila bayangkan kamu semua kena mengharungi lautan manusia seramai itu.
Sabar tu separuh daripada Iman ye.=D

Jadi kamu semua!
Bermula pada pukul 10pagi sampai 7 malam;
di Mid Valley Exhibition Centre;
Esok LAST!!

Wah,sangat bangga booth UM ada sampai 3, dan paling BESAR berbanding booth Uni yang lain. Paling xtahan booth Institut Asia-Eropah UM. Memang Gabak gila!=D

Bawak resume banyak2! *dan xlupa juga,goodies sangat banyak dan menarik!* (Misae sungguh)

Eh jap, untuk siapa2 nak sambung master pun,digalakkan,banyak booth Uni seluruh Malaysia ada. Teringin nak mik MBA. Tapi siapa nak sponsor aku 18k? Aku tros amik arini jugak! :D

pi.es:sebelum nak pergi seeloknya sila daftar di JobStreet.com. Bole apply keje guna SMS. Kan senang? Jimat kertas! :-)

Save the environment bebeh!

Cya!

(AL-FATIHAH)Achik Spin meninggal dunia


kredit

Salam semua!

Berita buruk khas untuk peminat Achik Spin(termasuk aku)..

Achik Spin telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan berhampiran Perhentian Nilai, PLUS pada jam 7 malam tadi (17 April 2010). Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki Toyota Estima dikatakan terbabas dan melanggar sign board lebuhraya. Arwah tersepit di dalam kereta yang terbakar. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta.


Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat beliau dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Amin..

kredit berita OhArtis

mari kita sama-sama join facebook Al-Fatihah to Achik Spin

pi.es: zaman sekolah dulu aku memang layan lagu Paling Comel dan Janji Kita. Sekarang dia sudah tiada lagi...=(



dari Johnny Depp kepada budak ini pulak;

Aku rasa aku dah terlalu tua untuk meminati budak ini ;




ARGHH! *faint kejap*


Bakat budak ni dikenalpasti di Youtube sahaja, dan kemudian terus joint venture dengan Usher (siapa dah amik Consol mesti paham istilah bold ni hehe)



lagu faveret aku.top gila nih.



kenapa sume awek2 dia mesti cun? =_=''

wah aku sudah minat gila sama budak berumur 16 tahun!!
era zaman skolah aku ;seluar jeans lower cut ala hiphop, pakai hooded sweater mungkin akan popular balik disebabkan budak kiut ni!

ada siapa2 baya aku dan taste sama cam aku x? :D

ni sume punca dari tekan link lagu kat fb ej la ni! sume salah ko! huuuuuu


eh!! STUDY!! *cabut*

Thursday, April 15, 2010

foya-foya sebelum study week

Salam semua! Mau habaq ini celita, dengar baik2 aaaaa...

Pada satu malam yang sepi..

(kedengaran Hp Sony Ericsson berbunyi lagu Jason Derulo-Whatcha Say memekak,tanda mesej sudah masuk!)

*bukak hp*

Wei,nak join kitorang g Pahang x? Aku xdapat nak g,ko tolong gantikan aku leh?
-Aida

Eh, apa yang ada kat sana? Best ke?

Best la,lawat kampung Orang Asli, main2 dengan GAJAH, mandi dengan GAJAH.. jomla wei..

Wah,main dengan GAJAH? siap Mandi lagi!?? xsabar nih! Errr, kena bayar x? Makan minum camne?

Free,ko jangan risau, ditanggung BERES!!

*tiba2 mata berkelip2 seperti Misae ibu Shinchan*

Ok,konpom aku g! =D

Dan akhirnya, dengan jayanya aku telah menyemak nyamunkan diri mengikuti rombongan Cik Kiah kelas Gender ke Janda Baik. Coursework katanyerrr..~

Eh,malas nak bebel-lah! Biar gambar je yang berbicara! :p





bersama rakan-rakan peneman. Sampai2 jer dah bergambo.


Aktiviti 1:
Melawat Kandang Kambing di Perkampungan Orang Asli.
Bau dia.. Asyur~ o_0'

bersama Orang Asli merangkap tauke kandang kambing tersebut.
Hensem sungguh pakcik tauke! Kambing satu.. :p


Aktiviti 2:
Melawat Pusat Sinar Harapan(ala ko baca jela papan tanda tuh!)
*tempat ni macam tempat training kemahiran tok OKU*


di dalam rumah tersebut. Colourful kan? =D

dress:Wardrobe Rehab
Jeans: Chic Avenue
Crop Cardi: Sg Wang Plaza
Tudung: Rembat mak punya!
Botol air: UMNO :p


Aktiviti 3:
Melawat ladang sayuran&asrama kanak-kanak.
*muka sudah penat kerana tidak makan tengahari*


*posing pon macam nak patah pinggang, LAPA =(*


tiba2 perasan TINGGI di sebelah Yus. =D


kembali bertenaga kerana sudah makan :D

Aktiviti yang lama dinanti2kan
: Melawat Gajah!

*pandai ek diorang ni, aktiviti best2 kasi kat belakang2 sekali,budget kitorang xsabar tunggu dengan eksaited, ala2 Faizal Tahir kena nyanyi last sekali supaya penonton xbalik awal. Motif??*(siapa berani nak balik awal kat Pahang ni? Gila hape?Naik bus kilang je pon :p)


*tunjuk bukti sket*

Sape kata aku takot Gajah? Sape? Sape? Meh aku luku sket pale die! :D


Gajah ni cam tau je diorang nak masuk dalam belog.
Pandai korang posing eh. Biasa tu!

tengok! Jinak je Gajah ni amik makanan kat tapak tangan aku yang kecik ni
*perasan*


Haha! Budak baju merah tu pon xdapat nak bagi makanan, aku juga yang diUTAMAkan!
*kredit to hencek Gajah*
nak panggil ape eh? Carrie Junior? Tapi ni kaler itam.
Jack Black je lah~~
:p


macam g trip bertiga je kan?
*haha padahal xkenal ahli2 lain dalam rombongan tu,kami je akak-akak kat situ.malu la nk tego adik~* ;P


bersama Lecturer Gender budak berdua ni ha. haku tolong tumpang gi jalan2 jer.
Lecturer Sporting! Kek Cekelat anda sangat syedap! :D

terima kasih rakan-rakan!
terima kasih UM!
terima kasih Janda Baik!
:D

Eh sape tau x kenapa nama tempat tu Janda Baik? Janda2 kat sana baik2 ke? *questioning diri sendiri*

DAH! Dua jam telah digunakan semata2 untuk mengupdate belog ini. Maka harus dihukum study sampai TEPU!.. :p

*sila jangan salahkan aku jika lama xupdate. Exam woi exam!* :p

Tuesday, April 13, 2010

apekah nilai duit bagi manusia sebegini?

A: Mak, saya nak kahwin dengan gf saya,voley x?
B: ko ada duit x? kalo xde duit jangan nak verangan!
A: =_=''

Z: Mat, artis ni cun giler ar. kan best kalo aku dapat jadi pakwe die ke, hubby die ke bla bla bla..
Q: Ko da buang tebiat ke? Kalo ko Dato' ke,berpangkat baru ko boleh berangan! Tula kecik2 mak ko suoh belajo xmoh,membuang beras je!
Z: (tapak kasut sudah hinggap di pipi Q)

R: Beb, laptop VAIO special edition ni cam kool je kan? Macam nak rembat satu!
S: Silakan rembat kalo ko pun ade duit yang kool dalam poket ko tu! Baru darjah 1 nak verangan!

Haha. maafkan daku kerana dialog ini penuh dengan kejengkelan jika korang semua membacanya. Tapi,percaya tak cakap aku kalau kita nak buat apa,sume kena duit?(halah aku takpayah cakap pon memang korang setuju,ha, tu siap hangguk2 jepun lagi tuh!)
Nak kahwin pun kena duit, zaman dolu-dolu xpayah kenduri kendara besar2, JALANnnnn...



wei siapa yang edit ni,sila mengaku! *aku jumpa kat google da..*

Tapi pabila duit pon dah takda nilai bagi seseorang, sampaikan kita nak sesuatu yang sangat BESAR pun DUIT dikeluarkan dengan tanpa berfikir pro dan cons nya, camne???

---------------------------------------------------

bagaimana dengan manusia yang sanggup dan sangap menggunakan duit demi kepentingan diri sendiri?




wah,aku malu sebagai seorang perempuan! ko nak gi beli sendiri la wei! dah jadi hubby baru la bole nak demand2! ~_~


Dan manusia yang langsung xrasa duit tu sangat berharga, senang sahaja nak lempar ke muka-muka sesiapa. Wah,ibarat satu shopping mall ni engko yang punya!





rasa nak je jadi BFF ngan budak perempuan ni voley? =D

kredit(bukan topup kredit ye) kepada: nik hafizal dan youtube

pi.es: giat mengumpul dan memikir budget untuk baju konvo. Cett! exam xhabis lagi,verangan nk konvo! :p

Sunday, April 11, 2010

air liur meleleh leleh tengok kehenseman hencek drakula!


mungkin ianya terlalu awal,tapi rasa cam da xlih nak tahan nafsu yang membuak-buak ni nak tengok Robby Pattinson dalam cerita ini;



dan sememangnya aku TAK baca novel twilight ni, bukan apa,tengah mabuk novel Ramlee Awang Murshid; Cinta Sufi, nanti2 aku rajin aku akan baca novel dalam versi bahasa melayu; Senja(wah tajuk sangat kelakar bila ditranslate ok!)

menurut website rasmi Twilight Eclipse ni, Bella terpaksa pilih antara 2 jejaka; Jacob atau Edward. dan Victoria telah kembali untuk memburu si Bella ni.
Jap, Bella jadi vampire tak dalam Eclipse ni?

wah xsabar nak tunggu bulan June ni okay!
=D

nah trailer rasmi tok twlight eclipse ni, take a peek jap!



Friday, April 9, 2010

My last day holding status as a student





Today will be my last replacement lecture for Islamic Finance. Dont know why, but I feel so sad to leave this style as a student. Hanging out with friends, no deadline to submit(except assignments), everyone have their time to shopping anytime, kara-Oking with buddies, relaxing at hostel while surf net, evening sleep(yeah thats student life habit), gossipping at lecture hall, chit-chatting with friends, having some vacation and publish it in the net(tell that ya goin' holiday) and all the sweetest memory that we have done for this 4 years together!

..yeah, no lecturer will giving me hardest assignment to be submit,
..no lecturer will give hint what going into the final exam paper after this,
..yeah, i will not stay in residential college anymore! waaaaa~



and NOW,

i have to face the fact that i have to enter into working life, reality life that life is not easy like student life. The reality is, working life is simply different than student life; and the saddest part is;

NO SCHOLARSHIP MONEY to SPEND ANYMORE!

have to earn money yourself. Blergh!

Face the fact Sofahani! =( (how i wish time going slowly)

don't ever give me an idea to extend the semester okay! I wanna grad! >:/

GOODBYE UM! ='(

Thursday, April 8, 2010

Mari Review: Perihal Drift di KL





Salam semua (:

Cerita dah nak basi,baru nak pergi tengok,heh c(:

Tapi xpe,nak kasi review ini muvie jugak. Baru je lepas melayan wayang ni kat Pavilion. Honestly,kerusi GSC di Pavilion lebih empuk dan sedap dihenyak berbanding kerusi GSC kat One Utama yang keras kematu tuh. Eh,ni nak cerita pasal kerusi ke pasal movie ni? heh.

Xberniat mahu 'poyo',tapi aku bukan peminat setia filem tempatan lebih2 lagi filem yang bertujuan nak kaut keuntungan dengan mempamerkan kebodohan orang lain. Ala pengarah yang suka buat cerita yang mengarut tuh,korang mesti kenal kan? Xnak sebut,nanti kena saman :p

Tiba2 terasa nak melayan movie camni sebab ;
1. Aku xpernah tengok Evolusi KL Drift 1
2. First time nak tengok filem arahan anak Yusof Haslam

Kesimpulannya;
1. Kemana tumpahnya kuah kalo x ke nasi kan? Style pengarahan Shamsul sememangnya terikut2 gaya bapanya, lebih-lebih lagi tang dialog,nampak skema je tengok.Cuba tengok Adnan Sempit,memang berbeza!
2. Babak percintaan Scha dan Shamsul menjadi bahan gelak penonton kat dalam wayang tuh. Wah, dah penat2 kena kejar dek samseng,pas2 maki hamun Scha sedas dua,leh berjiwang. Kalo haku la kan,dah kena cop 'kawan sial' dek hero mampuih xlayan dah.



3. Sememangnya pendekatan Shamsul dalam watak samseng Cina menjadi. Aku tak sangka ada jugak orang Cina layan cerita Melayu. Maknanya filem ni dah global! Dialek mandarin Shaheizy Sam macam real!
4.Pendapat ikhlas aku; kenapa Farid Kamil xjadi hero? mungkin lebih ummph berbanding dia jadi hero samseng v3 jalanan tuh. :)

Bintang;
3.5 out of 5.00 star
not bad!

Wednesday, April 7, 2010

kenapa kita kena join MyLook?



ramai pening2 lalat kenapa aku post kat facebook rakan-rakan suruh diorang register ramai2 kat dalam MyLook ni.

MyLook ialah sebuah enjin carian baru yang menawarkan saham percuma kepada ahli-ahli yang mendaftar dan melakukan carian menggunakan MyLook. Pendaftaran dan keahlian adalah percuma.

Tawaran ini mungkin hanya sah pada peringkat awal pelancaran dan MyLook berhak menarik balik tawaran ini di masa hadapan. Bagaimana pun, semua unit saham yang telah anda kumpul akan terus menjadi milik anda dan mendatangkan pulangan bulanan.

Setiap unit saham MyLook.com bernilai 22 cents (USD) buat masa sekarang. Setiap unit saham akan memberikan pendapatan bulanan kepada anda dalam bentuk dividen bulanan.

Sertai MyLook.com sekarang dan dapatkan:

-> 5 unit saham percuma setiap hari (maksima) sekiranya anda melakukan 5 carian menggunakan MyLook.com pada hari tersebut.

-> 5 unit saham percuma untuk setiap ahli yang anda kenalkan (tiada had).

-> Insentif 20% dari jumlah saham terkumpul ahli-ahli yang anda kenalkan dan 20% dari pendapatan bulanan mereka (tiada had).

Anda tidak perlu memperkenalkan peluang ini kepada sesiapa pun untuk menerima bayaran dari MyLook tetapi jumlah saham yang dapat anda kumpul adalah terhad kepada $0.22 x 5 = $1.10 sahaja setiap hari.

Tetapi sekiranya anda ingin mendapat pendapatan bulanan secara pasif dan percuma untuk jangkamasa panjang, anda boleh memperkenalkan rakan-rakan dan anda akan mendapat lebih banyak saham percuma pulangan yang berlipat-ganda.

Jadi.. kepada yang belum join lagi…klik laman MYLOOK

DAFTAR PERCUMA !!! Enjin carian sama seperti yahoo atau google, dapat duit dan anda x rugi satu sen pun.

kita tolong sesama kita je,pe salahnya kan?;)

credit this entry to http://anjungweb.com
(maaf kopipes,kawan-kawan semua dok tanya kenapa kena reg,ni info yang betul2 padat la)

kelik sini

Ini manusia ke binatang?


Sumber berita; Kosmo Online

Ini merupakan rakaman video rahsia yang memaparkan askar-askar Amerika Syarikat (AS) ketawa semasa melancarkan serangan udara dan membunuh 12 penduduk Iraq tersebar di Internet menerusi sebuah laman web.(xsure website mana)

Dua juruterbang dalam rakaman video itu sedang berbual dengan menyatakan pembunuhan itu mirip satu permainan video.

Beberapa lelaki yang melepaskan tembakan dengan menggunakan mesingan dari helikopter lantas ketawa: "Ha-ha sasaran saya kena."

Rakaman di Baghad,bertarikh 12 Julai 2007.

**************

Kejam dan tak bereperikemanusiaan.
Serius memang takde hati perut diorang nih!
Sekadar mahu berkongsi pendapat bahawa;

Dunia kini tidak selamat
Manusia semakin hilang common sense
Suami pun boleh pukul dan ugut isteri(kes Badrul Muhayat)
Ibu pun boleh tikam anak kandung sendiri(Berita semalam)
Berjaga-jagalah di sekeliling anda!

Siapa mangsa yang seterusnya?

Tuesday, April 6, 2010

Muvee Marathon- Charlie & The Choco Factory

Nini cokolat celup,(celup celup!)
Nini cokolat celup,(celup celup!)
Rasa kacang strawberry,
Sungguh Enak Sekali,
Nini.... Nini!

Eh silap lagu! Tetiba la pulak nyanyi lagu Nini. =D



Oh ya,disebabkan aku keboringan dan takde
Mood nak mengadap buku buat masa ni, aku pun layan la muvie ni. Ketinggalan zaman gila kan? Muvie tahun 2005, pastuh layan pada tahun 2010. Takpe takpe. Ni namanya peram dahulu, tengok kemudian.=D

Lepas aku tengok muvie ni,terus aku rasa aku ni macam kanak-kanak. Mengidam coklat. Eh perlu ke bila mengidam coklat pastuh terus CLAIM diri ni macam kanak -kanak? Pastuh kan,baru aku perasan kenapa sorang kawan baik aku ni obses sangat dengan Willy Wonka;



Jambu gila kot! Jambu air pun kalah!(mati2 aku ingat pondan mana)

Setelah ketinggalan berzaman-zaman baru aku perasan Johnny Depp memang hensem dalam watak Willy Wonka ni. Siap jadi fans dalam FB hokay!



Ok pilih mana korang nak? Aku rela amik pondan bertopi tuh. Woops!

Cerita ni adaptasi dari novel Roald Dahl.Patutlah fantasi dia melampau2.Nak fikir logik? Naaah.. Pergi jauh2 tengok cerita CSI Miami kalau nak logik. :p

Dialog best dalam citer ni:

Willy Wonka
: You can't run a chocolate factory with a family hanging over you like an old, dead goose. No offense.
Grandpa George
: None taken. Jerk.

Wahh tiba-tiba terasa nak bukak kilang coklat dengan family aku lak. Eh hiperbola terlebih la aku ni. =D



yang ni pon belum tengok lagi. Tunggu lagi 5 tahun lah baru aku wat entry pasal citer ni pulak ye.=P

Sunday, April 4, 2010

Kehilangan



Salam semua,maaf la,entry ini tidak bernada riang seperti selalu..

Ini kerana..

Semalam aku dikejutkan dengan berita pemergian adik sahabat aku..

Berita itu ibarat tamparan hebat, Seolah-olah kita sedang berjalan-jalan bersama org tersayang,kemudian beliau menampar kita tanpa sebab. Terperanjat bukan? Ya,mungkin itu apa yang dia;sebagai kakak dan aku dan rakan-rakan rasa sebaik sahaja menerima berita tersebut.

Kepada Nor Aminah, takziah atas pemergian adik lelaki kesayanganmu semalam,semoga kamu tabah menghadapi ujian yang sangat besar ini.. tambah2 lagi kita nak habis belajar,banyak2kan bersabar..

Tak banyak yang aku dapat bantu selain berdoa semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman,amin.. Al-fatihah~

***************

Bercerita mengenai kehilangan orang tersayang, masih segar dalam ingatan di mana aku kehilangan seorang sahabat baik. Kejadian itu berlaku di saat aku baru menuntut di Universiti Malaya. Kenal pun tidak lama, semasa aku menuntut di Matrikulasi dahulu, tetapi gayanya ibarat sudah kenal lama. Beliau sentiasa mengambil berat, memberi dorongan dan galakan pada aku untuk belajar. Dia juga menjadi tempat aku meluahkan segala masalah,termasuklah saat-saat aku hampir putus asa semasa menuntut di Matrikulasi.

Namun Allah lebih menyayangi arwah, beliau disahkan menghidap kanser tulang akibat kecederaan dialami selama dia berkhidmat sebagai pejuang tanah air. Alhamdulillah, aku sempat menemani keberangkatan mayatnya sehingga dikapankan,namun xsempat mengiringi sampai ke tanah perkuburan berikutan arwah dikebumikan di kampungnya,Johor.

















Al-fatihah kepada ALLAHYARHAM MOHD NURHANIFF B HANAFIAH(sebelah kiri),semoga kamu tenang di alam sana..
='(
19/6/87 - 25/6/2006






Lyrics | Dido Lyrics | Life For Rent Lyrics
yes,life for rent..


pi.es:hargai apa yang ada di sekeliling kita selagi masih ada..perit rasanya kehilangan org yg amat2 kita sayang..=(

Friday, April 2, 2010

Malas! Malas! Malas!



Malas laa nak tulis pape boleh x?

Ikotkan aku dah sedap duduk rumah sambil berbaring2 malas di katil.
Tapi.. ada kelas ganti Islamic Finance pulak.=S
Terpaksa tangguh balik awal!
Haish.Pergi jela. Dah la Isnin aritu aku ponteng.
Alasan sakit perempuan katanya.
Ok, cuba mengumpul aura rajin nak ke kelas jap lagi!
Sila bagi sokongan!

Ok rakan-rakan,nak tido kejap! Bye!
(jatuh gedebuk)

Al-Fatihah atas pemergian Din Beramboi.

Thursday, April 1, 2010

Jangan nak menyengalkan diri seperti sesendal pintu pada April Fool



Wah! cepat sungguh masa berlalu. Tau2 jer,tepat pukul 12.00 malam tadi, dah 1 April.
Tau x 1 April tu apa dia? Tak tau? Memang Skema habis la korang ni.

April Fool.

Menurut belog Zool,April Fool ni merupakan perayaan yang disambut sempena kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.

Kalau korang sambut, sama lah dengan korang menyambut kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Nak sambut ke x?

Dari segi pemikiran logik, kalau sambut;

*Buang masa dan idea nak pikirkan camne nak kenakan kawan-kawan korang.
*Bila kawan korang terkena,korang mungkin akan kena lebih teruk pada masa akan datang.



Ya Allah kesian betul la siapa jadi rumet dia ni. Memang kena sabar jela!
Nasib ni kat luar negara. =_='

pi.es; xpayah mengada nak sambut,bukan budaya kita. haih!
apa pengalaman April Fool korang? Pernah terkena? Nasib aku x. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails