Wednesday, May 26, 2010

org lain dah konvo,die pon nak jugaaaak! :D



wah! aku dah nak konvo! cam xpercaya je! pejam celik pejam celik 4 tahun aku berjaya lepasi sepanjang di UM ni. Syabas kepada diri sendiri! :D

oke,kepada semua pelajar UM yang dijangka konvo pada bulan Ogos ini,sila ambil perhatian!!


Sesi merembat jubah - Rabu (28 july) (830am-1pm ATAU 2pm-430pm)
Sesi Ulangkaji/Latih Tubi a.k.a Rehearsal - Sabtu (31 july) (9am)
Sesi Berkonvo Secara Riang Ria- Khamis (5 aug) (petang)

adui,kalau dah kerja,nampaknya aku kena amik cuti tanpa gaji la kan?

Pic kenangan menyambut rakan baik berkonvo. Wah,giliran aku pulak yang pakai jubah ni! Yay!

pi.es: harap2 FESKUM tahun ni lagi meriah dan banyak barang2 menarik yang dijual. bole cuci2 mata sambil beli2 barang! ^_^

siapa nak tangkap gambar aku konvo? Siyes aku tengah mencari-cari ni!;D

Rerakans dipersilakan datang ke majlis konvo aku! Nak bungaaaa besar oke? ;P

sebarang info tambahan akan diupdate dari semasa ke semasa. Thanks to dija!

maklumat lanjut,lawati http://umconvo.um.edu.my/

Saturday, May 22, 2010

Bebudak zaman sekarang baru nak up memang cenggini ke?



budak zaman sekarang, belajar TAK MINAT, tapi tahu nak bercinta je.
oh ya. budak zaman sekarang ni merujuk kepada lingkungan umur sebelum ambil SPM.
darjah 1- tingkatan 5.

Pelik sungguh!
apa yang bestnya bercinta sambil pergi sekolah-naik bas sekolah-masuk kelas-balik dating-sms bagai. mai stori kat akak sikit nih meh.


mode: cuba nak menyelami jiwa ronggeng budak remaja zaman sekarang yang penuh dengan kecanggihan techno(logy)



pi.es; Zaman skolah dulu akak bercinta gak. tapi waktu tu hp xde. xmampu nak beli. takat kol telefon rumah,gayut2 kemudian bila mak datang terus letak. Paling canggih pun pakai email. tu pon belum komersial. Friendster ala2 semput jer.

Zaman sekarang? Apa susah? SMS,MMS,Video Call sudah..! pas2 tup2 dah kuar video .3gp. FTW!

lu pikir ar sendiri. xperlu explain lagi kot?

Thursday, May 20, 2010

Pabila mulut yang mungil mengeluarkan statement,director trus naik marah!



Ok rakan - rakan,kalini entry ni tidak sama sekali menyentuh tentang kesahihan jantina Megan Fox macam entri lama dahulu, (kekonfiusan itu tetap ada) tapi lebih menjurus kepada penglibatan beliau dalam Transformers 3 akan datang. (apsal formal gila entri ni?huh!)

abang-abang,pakcik-pakcik,datuk-datuk,sila jangan sedih dan murung kerana..



kerana...





Megan Fox digugurkan dalam Filem Transformers 3.

Kenapa?

LINK

kerana mulut,watak Mikaela yang cun melecun tu binasa. aihhh xdapat la sang lelaki nak cuci mata sambil menikmati kehebatan Bumblebee.

agak2 kutipan masih meletup x walaupun Megan Fox xde?

kredit

serius santek!

mungil ke? xkan? xkan?

Tuesday, May 18, 2010

Update sedikit.



Karnival ni dah berlangsung lama dah. 7-9 May lepas kot. Tapi entah mengapa jari jemari ni semakin malas nk update belog. nak kata dah kerja,belum lagi. dok terhegeh2 mencari. Ok,aku dah update ni. jom layan~~

Setiap pengunjung akan dapat bendalah ni beserta dengan barkod. so xpayah susah2 bawak kertas,fotostat sijil merata2, dengan scan barkod je resume korang dah masuk database company tuh! senang kan?

Ruangan mengupdate resume

ha,akak yang angkat tangan tinggi2 ni sebenarnya dia pegang signboard yang bermaksud- Hey laptop ni kosong, meh datang sini! :D




setelah berpenat lelah merayau2 di JobsDB Fair ni...













memberi diri sendiri 'upah' sebagai membalas jasa sebab rajin sangat merayau dari Pandan Jaya ke KLCC. Penat wei naik LRT! =_=''


Sedap x? Sedap x? Spaghetti Marinara dan Waffle Apple Cinnamon dari Kafe Milano. Ala,yang tengah2 tu. Sedap sgt! Kalo datang KLCC WAJIB rasa yang ini! :D

Thursday, May 13, 2010

Job Hunting Bebeh! Part IV

Oh ya! sudah lama tidak mengupdet belog! ampun yaaaaaa..kini sibuk dengan undangan temuduga(ceh ceh budget Tan Sri kejap) saban hari. Walaupun begitu,haruslah aku mengosongkan jadual pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad memandangkan ada expo yang penting akan berlangsung!

THE LARGEST GRADUATE JOB FAIR EVER

PUTRA WOLRD TRADE CENTRE (PWTC)
14 - 16 MAY 2010 • 9 am - 6 pm

Officiated by
YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia

atau dikenali K3G

dengan nama;

sapa2 mau pergi esok??

Jumpa korang di sana eh!

pi.es;lupa nak cerita pasal JobsDB Career Expo.Nantikan! :D

Friday, May 7, 2010

Kriteria Pemandu yang Paling Menjengkelkan



wahh; baca tajuk je dah tau aku emo. tapi aku tak PMS ye. auww auww. haha. Tiba2 dapat idea wat tajuk ni setelah sentap habis dengan pemandu di jalan raya di KL yang sungguh jalang. ohtidak!

Aku rasa kebanyakan bekas student UM(wah tak tahan,dah guna bekas sebab bangga habis exam last paper) yang mengenali aku dah tentu masak benar dengan kenderaan yang hangkut aku ke sana ke mari sepanjang 4 tahun. Ya,aku penunggang Skuter Yamaha EGO dan aku penunggang perempuan yang cermat tapi tidak lembap seperti penunggang motor wanita typical yang lain.

Korang penah ada rasa hangin satu badan tak tatkala membawa motor,pas2 ada kelibat pemandu kereta yang korang rasakan nakkk je angkat jari tengah kat depan mata diorang?(ha ha mesti la aku xkan wat cmtu,mampuih ceq!)






1. Menghisap rokok dan meletakkan tangan di tingkap kete sambil ketuk2 abu rokok semasa aku nak mencelah masuk. Pastu memang sedap la abu rokok tu kena lengan@tangan aku ni. So FTW!






2. Meng'SET' signal kenderaan ke kanan dan secara tiba2 ke kiri tatkala moto aku dah siap sedia nak menambah tahap kelajuan. Memang dikira boleh membunuh kalo aku lajuuu sikitttt je! Ni memang dapat sumpah seranah tanpa henti selama 10 minit dari aku!





3. Kenderaan yang bawak banyak kaum lelaki, nak nak pula kenderaan tu Van,jadi bila tengah on the road, diri ini diusya macam buat salah maka timbullah rasa tak selesa yang amat bila bawak moto. Yeah,memang orang ada mata dan boleh tengok, tapi tolong jangan bukak tingkap dan buat signal nak menggatal boleh x? Terganggu konsentrasi tahu x?!






4. Bawak kereta dah lah laju kat belakang aku. Pastu bila nak sampai kat signal traffic light yang nk ke warna kuning,ko laju dan mendesak aku laju jugak. Wadehel? ko hengat aku ironman? Nak mampus jangan libatkan aku. Aku paling benci kalo pemandu2 kereta yang semakin laju meternya bila nampak lampu isyarat dari kuning nak ke merah. Tolong lah! Tak pernah g kelas memandu ke So'od?






5. Ha,yang ni aku pantang bila hak aku sebagai pengguna jalan LURUS dinafikan. Paham ke idok ni? Yer laaaaa,nak masuk simpang,mesti la ko kena RESPEK pengguna jalan yang LURUS dulu,baru la nak pikir bole belok ke x. Ni tak menyempat,ko main masukkk je! Pastu kalo aku terbawak laju? X ke naya? Mind ur own path of jalan la weyyy!







6. Cucuk2 belakang. Pergh, panas beb! Kalo aku terberhenti mengejut,sapa nak jawab? Dah2,malas cakap banyak, pegi masuk kelas memandu balik!




7. Dah buat salah,pastu maki hamun orang lain. Sorry la,aku sungguh benci fenomena road-bully ni. Dah waktu zaman sekolah ko selalu kena buli, orang lain lak jadi tempat lampias ko pulak kan? Berbudi bahasa angkat tangan susah sgt ke? Mulut kalo xringan tulang nak menghina pengguna lain xsah!




8. Banyak lagi la weh! Ish,bak kata Nabil,LU PIKIR AR SENDIRI. Please Please Please lah! Tolong respek other pengguna jalan raya lain, orang yang bawak motor@skuter lagi mudah terdedah pada bahaya berbanding pemandu kereta dan setaraf dengannya. Tolongla ye,SEMUA PENUNGGANG KENDERAAN SEPERTI KAMI NI ADA AHLI KELUARGA JUGAK KAT RUMAH.


ingatlah orang yang tersayang ok? ;-)

Wednesday, May 5, 2010

Job Hunting Bebeh! part III

seperti yang dah dijanjikan aku akan tunaikan mende yang aku nak cakap ni...

ok kawan2,kepada sesiapa yang xdapat kerja lagi.. ada berita baik kepada Job Hunters sekalian!

JobsDB.com Career Expo 2010


klik pic di atas untuk redirect ke page JOBSDB

Date: 7 - 9 May, 2010
Location: Hall 4 & 5, KL Convention Centre

Time: 10am – 7pm



  • If you have pre-register, please bring your Acknowledgement for Speedy Access

  • If you have yet to register, please bring your e-resume for registration

  • so korang dah tau ye apa yang perlu buat? Jom serbu ramai2 ke sana ok?
    p.s:kalo jumpa aku kat sana,tegur2 la ye..:-)

    oh ya,aku dah pre-register tok career fair ni,kiranya aku dpt masuk lane express berbanding orang lain yang datang tanpa wat pre-register dulu.. apa lagi,jom kawan2,kita pre-register,pas2 print dan tunjuk bukti pendaftaran tersebut ok..=)

    camne nak prereg? korang masuk website JobsDB.com.my dulu,daftar akaun dan ada iklan pasar career fair ni,trus klik untuk wat pra-pendaftaraN!

    Antara Big Company yang ada di sana ialah Maybank,Media Prima,Toshiba,HSBC,OCBC,Tv3,CANON,RHB,PLUS dan banyaaaaaak lagi! ;-)

    papepon,kepada rakan2 UM yang dah dapat kerja,sekalung syabas dan tahniah diucapkan..semoga korang semua sukses dalam alam pekerjaan dan dapat mencapaikan Job Satisfaction yang tinggi di sana ok!

    dah kali keberapa dah aku wat posting pasal Job Hunting, bila lah rezeki aku nak muncul ye? ;)(doa3kan aku ya!)

    Sekian Saya,Sofahani melaporkan dari Blok D,Kolej Kediaman Raja DR Nazrin Shah,Universiti Malaya. :D

    Tuesday, May 4, 2010

    kelegaan kekal


    Dang!!
    What a Relief!!

    Yeaaaaaaahaaaa!!

    Merdeka Merdeka Merdeka!

    Akhirnya aku dah bunuh dengan kijam paper Islamic Finance tuh..Kejam ke? ;D

    Sorry lama xupdate, EXAM FEVER punya pasal,facebook je sanggup hadap :D

    kelegaan kekal? yap yap! sebab pasni xde paper da :D
    kena cari keje la pulakkk..damn!

    Actually,banyak benda mau cakap. esok jela ye?

    Tunggu di kaca skrin lappy anda!(hehe Xhabis2 perasan budak nih) :p

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails