Monday, January 31, 2011

Kad rosak! Dan esok TAK CUTI!

Kalau esok semua orang dok beryahoo sana sini (bukan yahoo messenger ye kawan-kawan) esok cuti, aku tidak cuti ye ESOK. ESOK KERJA. dan, memandangkan bos aku ni menyambut Gong XI Fa Cai, maka kami mengikut sama lah bermood raya cina seperti beliau. Tapi tidak apa, lusa CUTI!
yeyyy.. leh wat passport ari rabu ni memandangkan RABU pejabat BUKA!

Dan, arini sememangnya ari yang tak best kerana kad id pekerja aku rosak. Maaasyarakat, belum dapat status 'confirm', kad pulak dah jadi faulty.

Wei kad, ko sengaja nak tunjukkan aku xreti jaga ko kan? Belum confirmed dah buat perangai, cis!

Dan malangnya, akak HR punya lembab macam siput khinzir, aku dah isi borang pukul 2 petang tapi sampai kul 6.30 masih tidak siap! Alasan : Tak ramai kerja hari ini. Pape je la akak ku. Terpaksa lah aku amik kad ari isnin depan. Mencik!

Ok la, sebenarnya aku rasa benda ni random speaking je,merapu meraban. Tapi nak post gak. Haha. :p Baideway, aku dah ubah header aku. Xcantik mane pon,tapi tak se-HORRIBLE semalam. Terimas kepada Picnickdotcom! (:

Ok, kepala dah sakit mengadap skrin dari kol 9pg sampaaaaai la sekarang. Jadi,ayuh tido! 


ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZz (mode: esok kerja di Hari Wilayah)

Sunday, January 30, 2011

O mak kau terkejut aku!

seryes aku tahu mesti bila korang browse belog aku lepas tuh korang terbeliak bijik mata tengok eh besa nya banner minah ni nak tunjuk muka dia ke hape :p

baidewai aku tahu banner ni nampak korang rasa nak berdiri tegak pastuh nyanyi lagu "inilah barisan kita" sebab nampak agak patriotik di situ. (-_________-)
sebenar benarnya aku dari tadi mengadap pc ni dari petang sampai sekarang semata-mata nak wat banner tapi hasilnye ni je!!BUROKKKKKKKKKKKK!!!!! esok keje tapi budget cam esok kelas Report Writing for Professional Purposes heh -_-

ok,seryes aku dah penat,aku putus asa untuk hari ini aje. Anggap ni banner sementara. Kutuk je sebab aku tau buruk nak mati tapi aku dah lama tak asah skill wat banner guna photoshop CS3. Selama ni pakai picknik & photobucket ye. Ya, dah 24 tahun tapi masih mundur IT. tsk

kalau banner ni masih tak berganjak esok/lusa,sila wat petisyen mintak remove dan aku akan tunaikan permintaan sape-sape kat sini =_=

Ok, nak bersiap tenaga zahir && batin untuk kerja esok. Nanti mata bengkak pulak macam Pasha Panda heh :p

buaibuai!! =p

Monday, January 24, 2011

Auditor : Siapa kata takde life? Ade meh!

Aku sudah sedia maklum yang kerja auditor ni memang takde life. SERIUS, xde LIFE. Opppsss... aku nak betulkan kenyataan tu balik. Maybe applicable untuk EXTERNAL AUDITOR, tapi bukan untuk INTERNAL AUDITOR. =D

wah, memandai tol aku wat statement, mesti ada orang nak cili mulut aku yang jahat ni!


Kenapa aku cakap camtu? Sebabnya, aku dah merasa dua-dua jawatan ni. Walaupun aku kerja sebagai EXTERNAL AUDITOR di firma audit yang bertaraf very-very the small, ok. TINY la senang citer selama EMPAT bulan sahaja, TAPI aku dah merasa dan merana dan tersiksa ( ok aku memang over acting bab ni ) selama kerja di sana.

Bukan nak memburukkan tempat kerja lama, tapi workloads yang cam harem!! Ibarat audit firm yang aku kerja ni setaraf medium firm ( xnak banding dengan Big 4 sebab orang kata aku poyo laks :p)

Meh nak habaq mai kerja aku zaman muda mudi jadi EXT AUDITOR


  • Office hour 8.30 - 5.30, tapi hakikatnya hari-hari balik pukul 10 malam ( Tak de OT OK!)
  • Bulan puasa bulan paling menggembirakan external auditor cam kitorang, Balik awal! Pukul 5.30 je pun. Orang lain sejam awal kot =(
  • Kena pergi wat statutory audit SENDIRI ke kompeni sekretari tersebut ( nasib baik bos aku xde can nak kenakan aku time tu. heh :p )
  • Baru dapat file kompeni pukul 10 pagi, kul 2 dah interkom suruh masuk bilik " Itu XXYY kompeni sudah siap final report?" dia ingat aku vending machine kot =_=
  • Peak period WAJIB kerja hari SABTU. diulangi, ini adalah TINY audit firm. sila clearkan mind anda sebelum wat judgement heh :p
Haaaa.. ni baru sikit je. Belum lagi internal issue, malas nak cerita, xbaik burukkan kompeni. Cuma nak huraikan keberatan tanggungjawab auditor ni sangat lah tensen to da max! T_T gaji da la ciput tsk tsk


dan Alhamdulillah, sekarang aku dah bergelar INTERNAL AUDITOR, so far memang ada life! Cuma takde life kalo kena outstation. Tu yang lemah tu. Seminggu tak de life. Leleh-leleh ayaq mata ingat mak ayah kat kampung, eh eh, bandar :p

Tapi takpe, aku suka outstation. Bak kata mak eden. " Hang sementara bujang, baik hang rantau puas-puas, kang dah menikah takdak masa dah, kena ngadap laki pulak. Silap-silap,dia xkasi hang gheja audit"

Err.. tang tu, no komen, hehe :p

Oh ya, tadi pergi very the 1st Audit Exit Meeting. Nasib baik stor kecik je. So xde la gugup sangat. Gugup tekan mouse. Partner je yang present. Heh :p

Bos dah remind dah, next time aku pulak kena present. Baik bos!

Lagi 3 minggu bakal di'confirm'kan, xsabarnyaaaaaaaaaaa!

Xsabar nak guna dental allowance heh :p

Hingga takat ini, nak tujukan lagu ini khas untuk kawan-kawan yang jadi auditor! =D


sekarang korang sume dah tahu makna A U D I T O R ??

miahahahaha :p

babai!

Sunday, January 23, 2011

Menaip-naip, pastu dapat 1 Juta gedebuk. bestnya!




Penulis blog kreatif raih pulangan lumayan

KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.

Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.

- Petikan dari Berita Harian, 23 January 2011
blogger yang dinyatakan ialah penulis blog redmummy.com

__________________________________________________________
selalu jugak aku dengar nama redmummy ni, kat blog hiburan & gosip xlain xbukan Beautifulnara.com. Dan pernah juga aku baca isu dari blog redmummy ni berkenaan kes Nasha Aziz sombong xtegur dia. Lebih kurang camtu lah. Tapi xtahu la lanjutan kisah lepas tu.

1 Juta? WOW. Aku ni jenis jarang mengadap komputer, errr maksud aku, dah kurang keyakinan nak menulis sejak blog aku kena hack tahun lepas. Bukan apa, sedikit sebanyak kisah hack ni menjejaskan semangat aku nak menulis. Dari seronok nak bercerita, jadi MATI MOOD trus!

Entah la, nak kata ayat-ayat aku ni menghina/menyakitkan hati orang, rasanya berlambak aje blogger yang lantang bersuara hingga tahap menghina Sultan. Oh, aku xmasuk dalam kategori itu dan TIDAK sama sekali.

Nak jugak merasa pendapatan sampingan menulis blog ni. Tapi aku xreti. setakat daftar nuffnang je. Pas2 habis camtu. Siapa-siapa bermurah hati nak ajar?




=_= (harapan....)

p.s: tunggu bf jadi orang terkenal dalam dunia xpun pemain bola Malaysia konfem blog tros jadi femes :p

Undi Banyak Sikit No...


Rancangan Raja Lawak Musim Ke-5 dah berlangsung, dan semalam dah masuk minggu ke -3. Jadi, sesiapa yang terlupa Raja Lawak 5 tengah rancak berlangsung, cepat-cepat la book ari Jumaat, pukul 9 malam ye!

Dan kepada yang dah menonton tu, mesti dah kenal semua peserta-peserta musim ni. Kebanyakannya best & berkualiti!

Dan aku nak mempromosi kawan aku yang tengah join RL 5 ni...

jeng jeng jeng....!!


Ya.. Kumpulan Lucky! Kawan aku yang masuk ni 2 orang ( dan2 mengaku kawan heh :p) Iaitu di kiri dan kanan,Zhafir & Haz-One. Dedua ni fakulti aku zaman belajar kat UM dolu2. Yang comel di tengah2 tu Bo, kawan kepada kawan aku, juga belajar, di Uitm. Kawan aku ni ha, zaman-zaman belajar dulu memang rajin sesangats join pertandingan, terutamanya FESENI UM ( Festival Seni UM) especially boria, so, diorang ni xpayah diperkenalkan la kat UM. memang bebudak batch kitorang kenal dengan kesengalan mereka ni!




minggu ke 3 - TIRU GAYA ARTIS =')



Itu saja mukadimah yang aku leh sampaikan, xberani nak cakap banyak sebab diorang dah jadi artis da. Kang kena scoop aku pulak yang kena :p



Jadi, sesiapa yang minat kumpulan Lucky ni, teruskan mengundi ya....!!

Dan, selain Lucky, aku jugak minat Balas & Nazmi.. DAHSYAT! =p

p/s: meh ramai-ramai LIKE kat fanpage facebook Lucky meh!




p/s/s : seronok lak tengok kawan-kawan masuk TV. sekurang2nya ada sebab aku nak conquer TV, adik beradik aku xleh nak bantah :p

Monday, January 3, 2011

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kan dah jadi macam Karam Singh Walia nih

Salam semua!

Malam-malam dah kasik aku panas. Aku xtau la malaun beruk mana yang try hack account blog aku yang ni pulak. Baru nak update entry tiba2 password xmatch. Memang hangin satu badan betol!

Jangan mamat / minah dari seberang yang hangin dengan entry kemenangan Malaysia tu pulak yang buat onar. Dah la website RTM pun digodamnya, malangnya salah website!

So kepada sesiapa yang bermimpi nak hack blog ni, baik tak payah ok? Korang g la hack blog yang terkenal, blog cikay camni xpayah dipandang! Pergi la ke blog Hanis Zalikha ke, Irine Nadia ke, Fatin Liyana ke, xpun Ben Ashari. Ni blog aku yang ko nak gudap? Entah pape ntah. Jelik!

Ok, menambahkan kepanasan meh aku share video baru yang panas macam pisang goreng panas nih.




Thumbs up la kat pakcik ni sebab akhirnya dah mintak maaf kat Orang Melayu. Tak macam Namewee tuh! Dah kena sound, buat lagik! Elok buang negara jer orang cenggitu! Huh! Nasib baik xdi'karam'kan oleh orang ramai kat situ. Selamat pakcik!

Karam Singh Walia ni wartawan yang cakap Bahasa Melayu berhabuk tu kan? yang pandai berperibahasa kan?

Meh aku nak share sikit peribahasa jugak kat pakcik. Pakcik dengar ye baik-baik; Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar, pakciK!

berita di sini

Rasa-rasa apa tindakan seterusnya yang patut dikenakan ke atas pakcik ni?

  1. Pengharaman meminum minuman keras dikalangan wartawan?
  2. Dipecat atau digam?
  3. Dibiarkan macam Namewee. tiada tindakan malah dibelanya pula.
p.s: tak setuju tindakan orang kita yang melebih-lebih bila KSW minta maaf. Tolong jangan emo ok? Memalukan kaum Melayu je la weh!

Sekian, saya menutup entri ini dengan peribahasa, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya :p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails