Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 2011. Ke Marilah Kau 2012.

Assalamualaikum semua!

Hari ini 31 Disember merupakan hari terakhir pada tahun 2011. Seperti yang tahun-tahun sudah, ada jek azam akan diset padahal azam awal tahun haritu xjugak korang buat,ye dok?? (Aku pun same gak :p)

Bagi aku, 2011 penuh dengan suka dan duka. Itu aku la,tak tau la korang punya cmner kan? Tiba-tiba teringin nak share apa kenangan suka duka aku sepanjang 2011. Jom baca! :D

Antara kenangan paling best pernah aku lalui ialah aku dapat realisasikan ape aktiviti yang aku idamkan selama ni :-



Melancong ke Universal Studios Singapore.

Terima kasih kepada Encik Ej & kakak beliau yang banyak berjasa dalam perjalanan kami ke sana. Aku takkan lupa jasa korang! =)




Mendaki puncak Broga. Pun salah satu impian aku jugak, sebab aku ni jenis suka pergi merata tempat yang mencabar. Terima kasih kepada ex-colleaguemate AEON kerana berjaya membawa kami ke sini setelah beberapa kali asyik tertunda :D




Yang ni lagi BESTTTT! Menaiki ATV a.k.a All Terrain Vehicle. Serius best dan mencabar. Laluan hutan dia buat aku teringat kat aktiviti Ko-k kat Pusat Penyelidikan UM, Ulu Gombak tu. Terima kasih kepada Encik Syaaquan sebab menjadikan hajat saya menaiki bendalah ni tercapai! =)

Tapi ni tempat yg aku mengidam dr kecik lg nak sampai ke sana;

google
awak,kita kumpul duit sesama pergi sini eyh? eyh? :p

Dan yang paaaaaling best ialah.. aku telah menutup tirai 2011 ini dengan bekerja di tempat baru! Syukur Alhamdulillah dan terima kasih atas doa semua pihak yang tak putus-putus membantu & menaikkan semangat saya untuk mentransformkan diri ke tempat baru. Agak sedih untuk meninggalkan tempat yang byk berjasa,but what to do,i have to go for the sake of my own future. Got to go! ;)


~~~~~~~~~~~~~~~~

Tapi,takde yang buat aku lebih gembira iaitu aku dah jumpa "kegembiraan" aku yang sebenar. Terima kasih kepada kamu yang sudi teman saya di saat saya gembira mahupun duka teramat. U know who you are. Sayang kamu sgt. =) *malu*

Jadi,marilah kita meninggalkan tahun 2011 dengan kenangan manis dan mulakan 2012 dengan azam baru iaitu :
  • Kerja keras untuk masa depan =)
  • Kuruskan badan (xhabis2 azam ni,tahnye nak kurus aku pon xtahu.haha)
  • Kumpul duit bebanyak (nak beli macam2)
  • Membuat anjakan paradigma terbesar dalam hidup (jeng jeng jenggg!!)


Jadi, Selamat Datang Tahun 2012, Selamat Tinggal 2011. Semoga azam2 ni dpt dilaksanakan ye!

pi.es: Bab duka 2011? Xperlu nak bagitahu. Simpan dalam hati jela ye. Hehehehe.

Friday, December 30, 2011

Tentang Dhia bakal dilanjutkan ke musim baru?? Kalini di Slot SERAM pula.

Assalamualaikum semua!

Memandangkan aku sangat free dan xsibuk mulai hari ini, jadi aku sengaja merajinkan diri membuat ulasan drama yang sedang hot macam gorpis (goreng pisang) sejak dua tiga empat menjak ni. 

Sudah pasti ramai melelehkan air mata tatkala melihat babak-babak sedih,almaklumlah episod terakhir kena twist emosi penonton kasik rawrrrr habis! :D

Babak yang aku tanpa segan silu pilu mengesat2 air mata depan TV ialah:
  • Saat Dhia membenarkan Zikir berkahwin lain- sedey wooo.bukan senang nak bagi keizinan nak bermadu.
  • Saat Dhia menderita sakit - Dia disahkan kanser serviks tahap ketiga. Rambut gugur2,sampai pakai rambut palsu taknak kasi Zikir tahu. Eeeeei sedih!
  • Saat dia kena kutuk nape xmengandung2 - tu kan keje mak mentua dia.Memang sedih,perempuan mana taknak zuriat kan? =)
  • Saat Dhia menghembuskan nafas terakhir - yang ni memang deras la air mata ak meleleh sebab lepas Dhia 'pergi' je, Zikir terus peluk n tdo sebelah Dhia kat atas katil wad dan 'pergi' juga akibat angin ahmar.



Tapi yang paling wat aku geram rasa nak terajang ialah :
  • Mak mentua Dhia (Ku Salmi) tak kena pape kesan & akibat walaupun nenek dah tau keje anak dia membomohkan menantu dia. Setakat tumbuk-tumbuk manja depan hospital baik tak payah. Bertambah sakit hati jer tgk! Huhhhhh..
  • Ros (Tasha Shilla kegemaran orang tu :p) jadi apa kat dia? Jadi janda berhias ke? LOL. Tapi watak Ros memang tak digarap dengan baik,tapi aku tak paham kenapa dia ada dalam poster Tentang Dhia,macam xkena je,baik letak Melly jer.
  • Zikir yang terlalu ikut telunjuk mak dia. Tak salah nk dengar cakap mak at least siasat la dulu. Ini depan2 kutuk & fitnah isteri dia,dia main terima je bulat2.Adehhhh -___-''
  • Zety yang berubah2 ibarat lalang ditiup angin. Demi wang gelap terus mata ye. Dapat henpon free dari Ros terus sanggup gadai abang sendiri. Gadai ke? ahaks




Ini adalah part menarik di mana salah seorang peminat Tentang Dhia membuat ramalan nujum pak belalang bahawa Tentang Dhia akan dilanjutkan pada musim akan datang!



kredit pada facebook dan tuan punya facebook ni. kehkeh


Aku setuju bab masuk dalam Slot SERAM tu. LOL

Sunday, December 25, 2011

Sogo Kena Ambush?

Minggu ni dah tak perlu kerja hari Sabtu dah. 



Aku bebas keluar dan luangkan masa bersama famili.


Aku bebas luangkan masa bersama yang tersayang.

I love Saturday!

=)


Oh ya, Semalam(Sabtu), sedang kami sekeluarga riang ria berjalan santai di hadapan Sogo (alaaa yang ada tangga-tangga orang dok melepak tuh) tiba - tiba penjual keropok lekor beramai2 tolak gerai mereka menghala ke arah jalan raya.

Aku pun, "Eh? Nape diorang ni ramai-ramai bawak booth diorang ni?Nak tukar port ke?" 

Diorang ni ramai, adalah dalam 4,5 gerai di depan Sogo (kebanyakannya jual Keropok Lekor,Nugget dan Air- korang mesti notice punyalah,korang pun belikan? hehe) tolak gerai diorang,kelihatan tergesa-gesa. Minyak panas tu sampai memercik kot! Oh,nasib tak kena aku sebab aku jauh. 

Kemudian salah seorang dari geng tu cakap,"Cepat weh cepat, nanti kena rampas!" 

Cepat aku toleh belakang, oh ya, DBKL ada kat belakang tengah wat rondaan dan (semestinya) menghalau peniaga tanpa lesen di depan Sogo. 

Ini merupakan insiden baru yang berlaku selama aku merayap kat KL ni, so aku ingat tak de big deal kalo berniaga kat situ, sebab nampak bebas dan no harm kalo berniaga di situ. Sekali kena ambush, beramai-ramai gak pergi menyelamatkan diri. Aku dan family aku jadi penonton,bukan kami saja,semua pengunjung kat luar Sogo tu tengok,serius macam penggambaran,drama sey!



kat belakang Bus Stop tu 

 Makin ramai menyelamatkan diri


Zoom sket

Antara gambar yang sempat adik aku snap,dari kejauhan jela, tak berani nak tangkap depan mata,buat nya dia ceduk minyak panas keropok lekor ni dan wat 'simbahan rezeki', mau jadi Front Page Harian Metro :-

"Wartawan 'amatur' melecur, Peniaga Lekor menggila"

takpun kalau dipolitikkan,

"Pengaruh Parti Payung, anak muda belia berani tunjuk emo di kawasan awam" 


LOL. Kedengaran sangat Radikal. Haha

pi.es: terasa belog ni macam belog Mazidul pulak. Ngeh ngeh

Oh! Lelaki itu =)

lelaki cemburu tandanya SAYANG dalam perhubungan

lelaki merajuk tandanya ingin kan PERHATIAN



lelaki marah tandanya nak yang TERBAIK dalam kehidupan




lelaki tegur tandanya nak memberi KESEDARAN




Oleh itu perempuan hargailah cemburu , rajuk , marah dan teguran seorang 


lelaki yang inginkan kasih sayang BERKEKALAN





oh! lelaki itu...;)


Mode: Jiwang!! =p



-dikopipes dari facebook- 

Sunday, December 18, 2011

Kupon Free yang Tak Berapa Nak Free =D



Normally kalau kita bekerja, menyemak e-mail pejabat adalah WAJIB. Jadi, beberapa hari lepas aku menerima e-mail dari rakan mengenai kupon KFC ; Beli apa-apa sahaja dapat free DOUBLE ZINGER BURGER COMBO.


Sangat teruja ok! Memandangkan diri ini malas hendak membelinya,jadi plan nak beli esok kononnya. Kebetulan akak senior merupakan Internal Auditor KFC. Try tanya betul ke x kupon tu, valid ker? Dia pun kata xpasti. Oh,mungkin boleh guna.

Adelah dalam seorang dua kawan sempat merembat dengan membeli ice cream jelly RM1.60 tapi dapat set Zinger Burger. Sape xnak wey, dengan hanya RM1.60 sahaja mampu kenyangkan perut anda waktu lunch! 


--------------------------------

Esoknya, akak senior kata, kupon tu fake! serius kesian semua cawangan KFC, tipah tertipu, dan paling malang fanpage KFC habis kena marah dengan semua peminatnya. Ada juga kawan nak try beli tapi nasib baik KFC tu dpt arahan kepalsuan kupon tu,jadi malangnya nasib kawan tersebut =_='

Setakat yang didengari, KFC Wangsa Maju rugi teruk! Kesian~

Sebelum ni pernah terjadi kat MCD mengenai kupon burger GCB free, tapi nasib baik MCD pantas menafikan keaslian kupon tu kat dalam facebook. Tapi ade la dalam beberapa yang terlepas gak. Haih.


So,next time,kena check balik kat fanpage @ website rasmi kalau nak tau kupon tu valid ke x. Tak ke naya? Ish ish

diceduk dari Facebook

Untunglaaa~ =p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails