Tuesday, June 10, 2008

akibat gatal sgt di majlis kenduri!

7-6-2008 kak nurul merangkap kazen aku bertunang ! wah... jelesnyer aku~ masing2 dah nak berumah tangga.. aku? jangankan bertunang,calon pon xjumpe lg..:P
sebut pasal majlis tunang kak nurul aku ni,dalam acara gilang gemilang ni,aku secara xlangsung menjadi kamerawoman berjaya.. keje mengsnap ape je gambo yg menarik di hati.. alkisahnya bermula apb pihak rombongan jantan(ahaks) dtg dari perak(jgn main2,bakal suami die pegawai bank tuu) nk menghulurkan cincin pertunangan(formal la pulok) pada pukul 3..
mmg tpt kol 3 dorang dtg,ni bukan janji melayu tau! n then xsemena2 rumah mak ngah aku(mak kak nurul aku le) penuh mcm tin sardin..ko bygkan,umah yg boleh kata besar pon leh penoh,apatah lagi umah flat aku,konfem roboh kot?ahaks...
pergh..panas mmg panas ar beb,berpinar mata aku kt dlm umah,g mana2 je ada tetamu,nk xnk aku wat muka hipokrit jap(ala2 mesra alam gitu) kt sume tetamu pdhl aku dh tertunggu2 bile la korang ni nk balik(dont try this at home!)..

waktu acara menyarung cincin,aku terpksa bersesak2 ngan kengkawan kak nurul dlm menangkap gambar paling cantik time 2,pergh..aku dah xtahan ni! panas beb! sabar2...
bila dh selesai je upacara tu,tetamu pon makin lama makin menyusut macam tau2 je aku nk halau(hehe) n then pihak jantan sume g kat khemah g makan2 jap...
ha,lupa nak habaq kat korang,pihak laki bg hantaran siap2 ngan maskahwin rm8000 cheque gitu! pas2 hantaran sume serba satu(bukan serba serbi tau xpon serba boleh!:P)
pas2 dtgla niat gatal aku ni(aku pon nak kawin gak!) dalam otak sbb kawan aku penah cite,kalau makan sirih org bertunang,jodoh cepat sampai(sbb nya kawan aku yg cite ni pon pnah wat n skang ni die btunang) n aku pon mula la menggeletis mcm lipan kne ridsect tunggu bila la tetamu nk kua dr bilik kak nurul sbb dorg sume dok khusyuk masyuk tgk brg hantaran kak nurul aku tu!
aku tunggu punya tunggu punya tunggu,akhirnya masa yg aku nantikan dah tiba! ape lg,dengan bantuan mak ndak aku,ktorg cilok a sehelai pas2 amik pinang..dengan xbasuhnye aku tros sumbat kt mulut aku kunyah ala2 chewinggum..

xsampai 1minit aku kunyah,muka aku da merah..tekak aku dh kembang gler da,mak aih pedasnye! xsedap siot sirih ni! pahit payau dan macam2 la ayat aku sumpah2 kan kt sirih hantaran ni(xbaik doh sumpah2 ni)..
aku ngan muka rakon(ratu konfiden)nye g kt sinki aku muntah mcm org mengandung..
mana xnye,berpijar lidah aku rasa cm panas sket pas2 sirih tu siyes xsedap!
mak aku dah terkekeh2 gelakkan aku n then die sindir aku,ai...lambat jgkla jodoh ko sbb ko xmkn hbes"
muka aku dh merah padam..malu siot! mak aku perli2 je aku sbb aku ni dah diiktiraf anak dara gatal tahap mengenyam sbb g kunyah sirih tu semata2 nk cepat jodoh..adui2..mana nk letak muka ni beb!

pasni aku sumpah aku xnk mkn sirih lg! bek aku smayang istikharah je untuk cpt dpt jodoh (nak jugak cpt jodoh ni,mmg dsr gatal tol la ko ni sofahani oiiiii)


hehe...nk wat cmne..:P









 ni la kak nurul aku..best2 jd org bertunang ni kan?^,^

  ni la sirih yang aku gatal dok kunyah tu,hehe:P



sekian terima kasih. ^_^

Monday, June 9, 2008

screwed!

paham x ngan tajuk di atas?
bg aku,ia mempunyai makna tertentu.
mungkin rasa disabotaj,dipergunakan,dipermainkan atau diperalatkan?
aku juga rasa begitu.

kenapa ya?

sila cari apakah masalahnya.:

1. lesen-oh ya,katanya lesen L siap dalam masa 2 hari,tp sejak ari rabu lepas blom lagi dpt penggilan utk driving class yg seterusnya. apa ni? semester akan bermula bulan dpn,xkn la xsiap2 lagi? aku xnk amik test jpj dalam keadaan bermulanya semester! aku sudah serve siap2 untuk lesen keretaku. pleasa tolong jangan spoil!

2.gemuk yg perv-oh oh,mungkin aku seorang saja yg tau siapa dia. sejenis parasit yg suka hinggap di setiap manusia dan hanya meninggalkan kesan yg menyakitkan apabila dia meninggalkan perumahnya. aku perumahnya?ya! satu ketika dulu dan aku rasa,aku dah lama bebas dari menjadi perumahnya sejak tahun lepas. tetapi kenapa si gemuk itu juga yang masih kuingat? mungkin dia telah meninggalkan jejak asidnya sepeninggalan dia di perumahnya iaitu aku! be strong sofahani!!
p/s:oh ya,jgn slh sangka. kami tiada apa2 jenis hubungan istimewa yg anda fikirkan!

aku rasa,mungkin sbb segala jenis barang yg naik harga buat aku gila mcm ini. tapi entahla,aku rasa bosan duduk di rumah tp aku xberkeinginan mau keluar. maybe better aku melayan internet. huhu!



sekian terima kasih kerana membaca blogku yg bosan ni.

=)

update!!

huhu~
aku rasa cm malas jerk nk citer pasal isu semasa ni..
sbb nye da byk blog cenggitu..
so aku nk ubah kpd personal n myself only..
hehe~



sOOn will be update!! i'll promise~!
:P

Thursday, June 5, 2008

larangan jual minyak kepada rakyat asing dimansuhkan!

haaaa...pasal isu ni pon aku pening gak... aritu kerajaan xbagi rakyat asing atau senang kata pendatang la mengisi minyak kita kat dalam keta diorang. sejurus selepas harga minyak naik melonjak kepada rm2.70,secepat kilat kerajaan memansuhkan larangan tu,tp ada2 la hadnya kalau nak isi.
haishh,yang aku peliknye,perkara (rakyat asing isi minyak kt negara kita) ni dah lama dah,tp apesal laaaa bijak sangat kerajaan ni baru nk detect benda ni?pastu barulah terhegeh2 nak wat larangan... lepas tu,bila harga minyak da naik,baru la nak mansuhkan larangan tu.. efisien ke x? nampak sangat la orang atasan ni tutup mata dari turun padang.. macam pahat dengan penukul betul!


haaaa,sambung balik pasal cons dari posting aku yang lepas tu,aku da fikir2 sejenak...


cons2:

1. harga barang naik -  bohongla kalo kerajaan kata harga barang xnaik kan? memangla Pak Lah kate,kita kena membendung kenaikan harga barang. tapi apa plak kata rakyat2 cm kita ni?tambah2 mek nah jual nasi lemak takpon ah toi jual sayur kat pasar pagi. mesti naaaiiik punye. xpcaya? kelmarin aku pergi UM(ada program menyambut student dari Hong Kong),aku pon saje2 la lepak jap kat kedai makan kat fakulti aku,order teh o ais limau..slalunye harga biasa rm1.00,aritu aku kene cas rm1.10! mak aih..tekexot aku time tu! nak je aku g kat dapur tu aku g bancuh sdiri air tu,mana xnye,minyak naik esok arini gak die naikkan harga(aii,cam nak cover harga barang modal besokk je?) ..panas2... tp nk wat cmne,dah xde kedai lain sbb die monopoli kat fak aku,tpksa la aku dgn x rela hatinye..isk2.. dan aku mula berfikir2,adakah aku ptot merombak kembali jadual belanjawan aku? jawapannya ya!

2.wujud anasir luar- maksud aku,anasir luar tu adalah pihak2 luar yang akan mengambil kesempatan terhadap isu2 ni..almaklumlah tengah hot2 goreng pisang,la ni la diorang amik kesempatan dengan seludup minyak,petrol,beras siam tp elektrik aku xtau la leh seludup ke x,kalo leh korang memang x g sekolah!

3. mood pon naik hot sama - ko kalo xcaya ko g kat bapak korang,pastu pi ajak die jalan2 g KLCC ke, blanja KFC ke,konfem dpt penampo free punye. yela! bapak ko punye la pening nak pikir samada nak naikkan ke tak duit belanja sayur kt mak korang,korang leh lak ajak g berjoli2 sakan kat luar.. xpon korang sdiri pon naik hot macam aku! sbbnye aku pon tgh runsing dok pikir yuran kolej kediaman aku ni makin naik ke,aduhai,,alamat makin sikit la duit poket JPA aku..isk3...

p/s: byk tu jela aku leh gtau,bapak aku tetbe naik hot lak kat adik aku pasal pc die lingkup,,bek aku off jap..chow!

minyakk 00 minyak!! nape xpakai air je?

pergh...
berhabuk giler blog aku ni rasanyer...
join da lama da...tang nak menaip tu yang malas..
papepon,aku telah mendapat hidayah menulis blog ni setelah aku die dikejutkan dengan berita bahawa minyak naik kpd rm2.70 seliter...
mak aih...
aku yg pakai skuter kecik kemetot ni pon terasa perit..
mane xnye..
sejurus selepas kenaikan harga minyak yg giler babeng tuh,elektrik pon nak join sekaki naik sama..
hadush..
ape la nak jadi..
ekonomi xjgk2 meningkat...
rakyat makin lama makin ramai yg hidup susah..
pasni makin ramai la yang join program Bersamamu kat Tv3 tu..

papepon,de pro n cons dari isu kenaikan harga minyak dan beras ni...dari pandangan aku la...xtau la plak korang kan?

pro:
1.inspirasi untuk menguruskan badan - nape aku ckp cm2? sbb dulu kan penah masuk berita yang di Malaysia ni kan hampir sejuta gadis2 ayu(termasuk aku ke?) mengalami obesiti..aku xla kata aku ni obes..tp kadang2 ada gak lemak2 yang xperlu ada kt tubuh badan ni..so dengan berlakunya kenaikan harga minyak yang diibaratkan jualan murah makin mendadak2,sesape yg terasa diri korang tu gemok ke,terberisi ke,diet2 la ek..
kesan dari minyak naik ni,korang akan lebih bermotivasi dengan mengelakkan penggunaan motor/kereta yg berasaskan minyak kepada berjalan kaki,menaiki bas yg mungkin tambang juga akan naik kepada mengayuh basikal...jadi secara tidak langsung lemak2 korang akan terbakar secara sedar/separa sedar.

2.berjimat cermat - ya! memandangkan pakar2 di Msia menyarankan makan segenggam beras sahaja berbanding berpinggan2 nasi cam slalu korang lantak dulu2,maka amalkanlah ape yang pakar sarankan. caranya,setiap ahli keluarga disarankan menggenggam setiap sorg beras disebabkan tangan masing2 kan lain,maka kadar pembaziran beras tu makin berkurangan dan korang akan rasa betapa pentingnya beras tu kalo korang bazir. bak kata raja farah,sebiji beras itu ibarat setitik peluh petani. untuk minyak pulak,korang jimat2 la mcm beras ni,kalo nak g kelas,xpyh la malas2 menggunakan kaki yg tuhan dah bagi tu. dan sesape yg rajin g Mid Valley tgk wayang setiap ari rabu tu,kurang2kan la yek! daripada g tgk wyg de pekdahnye gak korang g library.muahahahaa!!

3.buka mata rakyat betapa alpanya kita tentang kerajaan masakini - aha! mungkin kedengaran agak kontroversi di sini,tapi aku xpeduli la,sebagai manusia yg mempunyai mulut,kaki,tangan dan yang penting otak,maka rakyat2 sekarang dah mula berfikir setelah PRU lepas,apakah ekonomi Msia makin trun atau naik? apa tindakan kerajaan nk membendung masalah kenaikan harga bermacam2 brg secara sukaria ni? adakah corak pemerintahan harus diubah atau pucuk pimpinan perlu dicantas?fikir2kanlah......

renung2kan dan selamat beramal!

p/s: next time aku wat lak cons...idea sedang dikerah memandangkan otak aku blank kejap sbb berendam dlm minyak lama sgt..wahahah!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails