Wednesday, April 7, 2010

Ini manusia ke binatang?


Sumber berita; Kosmo Online

Ini merupakan rakaman video rahsia yang memaparkan askar-askar Amerika Syarikat (AS) ketawa semasa melancarkan serangan udara dan membunuh 12 penduduk Iraq tersebar di Internet menerusi sebuah laman web.(xsure website mana)

Dua juruterbang dalam rakaman video itu sedang berbual dengan menyatakan pembunuhan itu mirip satu permainan video.

Beberapa lelaki yang melepaskan tembakan dengan menggunakan mesingan dari helikopter lantas ketawa: "Ha-ha sasaran saya kena."

Rakaman di Baghad,bertarikh 12 Julai 2007.

**************

Kejam dan tak bereperikemanusiaan.
Serius memang takde hati perut diorang nih!
Sekadar mahu berkongsi pendapat bahawa;

Dunia kini tidak selamat
Manusia semakin hilang common sense
Suami pun boleh pukul dan ugut isteri(kes Badrul Muhayat)
Ibu pun boleh tikam anak kandung sendiri(Berita semalam)
Berjaga-jagalah di sekeliling anda!

Siapa mangsa yang seterusnya?

Tuesday, April 6, 2010

Muvee Marathon- Charlie & The Choco Factory

Nini cokolat celup,(celup celup!)
Nini cokolat celup,(celup celup!)
Rasa kacang strawberry,
Sungguh Enak Sekali,
Nini.... Nini!

Eh silap lagu! Tetiba la pulak nyanyi lagu Nini. =D



Oh ya,disebabkan aku keboringan dan takde
Mood nak mengadap buku buat masa ni, aku pun layan la muvie ni. Ketinggalan zaman gila kan? Muvie tahun 2005, pastuh layan pada tahun 2010. Takpe takpe. Ni namanya peram dahulu, tengok kemudian.=D

Lepas aku tengok muvie ni,terus aku rasa aku ni macam kanak-kanak. Mengidam coklat. Eh perlu ke bila mengidam coklat pastuh terus CLAIM diri ni macam kanak -kanak? Pastuh kan,baru aku perasan kenapa sorang kawan baik aku ni obses sangat dengan Willy Wonka;



Jambu gila kot! Jambu air pun kalah!(mati2 aku ingat pondan mana)

Setelah ketinggalan berzaman-zaman baru aku perasan Johnny Depp memang hensem dalam watak Willy Wonka ni. Siap jadi fans dalam FB hokay!



Ok pilih mana korang nak? Aku rela amik pondan bertopi tuh. Woops!

Cerita ni adaptasi dari novel Roald Dahl.Patutlah fantasi dia melampau2.Nak fikir logik? Naaah.. Pergi jauh2 tengok cerita CSI Miami kalau nak logik. :p

Dialog best dalam citer ni:

Willy Wonka
: You can't run a chocolate factory with a family hanging over you like an old, dead goose. No offense.
Grandpa George
: None taken. Jerk.

Wahh tiba-tiba terasa nak bukak kilang coklat dengan family aku lak. Eh hiperbola terlebih la aku ni. =D



yang ni pon belum tengok lagi. Tunggu lagi 5 tahun lah baru aku wat entry pasal citer ni pulak ye.=P

Sunday, April 4, 2010

Kehilangan



Salam semua,maaf la,entry ini tidak bernada riang seperti selalu..

Ini kerana..

Semalam aku dikejutkan dengan berita pemergian adik sahabat aku..

Berita itu ibarat tamparan hebat, Seolah-olah kita sedang berjalan-jalan bersama org tersayang,kemudian beliau menampar kita tanpa sebab. Terperanjat bukan? Ya,mungkin itu apa yang dia;sebagai kakak dan aku dan rakan-rakan rasa sebaik sahaja menerima berita tersebut.

Kepada Nor Aminah, takziah atas pemergian adik lelaki kesayanganmu semalam,semoga kamu tabah menghadapi ujian yang sangat besar ini.. tambah2 lagi kita nak habis belajar,banyak2kan bersabar..

Tak banyak yang aku dapat bantu selain berdoa semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman,amin.. Al-fatihah~

***************

Bercerita mengenai kehilangan orang tersayang, masih segar dalam ingatan di mana aku kehilangan seorang sahabat baik. Kejadian itu berlaku di saat aku baru menuntut di Universiti Malaya. Kenal pun tidak lama, semasa aku menuntut di Matrikulasi dahulu, tetapi gayanya ibarat sudah kenal lama. Beliau sentiasa mengambil berat, memberi dorongan dan galakan pada aku untuk belajar. Dia juga menjadi tempat aku meluahkan segala masalah,termasuklah saat-saat aku hampir putus asa semasa menuntut di Matrikulasi.

Namun Allah lebih menyayangi arwah, beliau disahkan menghidap kanser tulang akibat kecederaan dialami selama dia berkhidmat sebagai pejuang tanah air. Alhamdulillah, aku sempat menemani keberangkatan mayatnya sehingga dikapankan,namun xsempat mengiringi sampai ke tanah perkuburan berikutan arwah dikebumikan di kampungnya,Johor.

















Al-fatihah kepada ALLAHYARHAM MOHD NURHANIFF B HANAFIAH(sebelah kiri),semoga kamu tenang di alam sana..
='(
19/6/87 - 25/6/2006






Lyrics | Dido Lyrics | Life For Rent Lyrics
yes,life for rent..


pi.es:hargai apa yang ada di sekeliling kita selagi masih ada..perit rasanya kehilangan org yg amat2 kita sayang..=(

Friday, April 2, 2010

Malas! Malas! Malas!



Malas laa nak tulis pape boleh x?

Ikotkan aku dah sedap duduk rumah sambil berbaring2 malas di katil.
Tapi.. ada kelas ganti Islamic Finance pulak.=S
Terpaksa tangguh balik awal!
Haish.Pergi jela. Dah la Isnin aritu aku ponteng.
Alasan sakit perempuan katanya.
Ok, cuba mengumpul aura rajin nak ke kelas jap lagi!
Sila bagi sokongan!

Ok rakan-rakan,nak tido kejap! Bye!
(jatuh gedebuk)

Al-Fatihah atas pemergian Din Beramboi.

Thursday, April 1, 2010

Jangan nak menyengalkan diri seperti sesendal pintu pada April Fool



Wah! cepat sungguh masa berlalu. Tau2 jer,tepat pukul 12.00 malam tadi, dah 1 April.
Tau x 1 April tu apa dia? Tak tau? Memang Skema habis la korang ni.

April Fool.

Menurut belog Zool,April Fool ni merupakan perayaan yang disambut sempena kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.

Kalau korang sambut, sama lah dengan korang menyambut kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Nak sambut ke x?

Dari segi pemikiran logik, kalau sambut;

*Buang masa dan idea nak pikirkan camne nak kenakan kawan-kawan korang.
*Bila kawan korang terkena,korang mungkin akan kena lebih teruk pada masa akan datang.



Ya Allah kesian betul la siapa jadi rumet dia ni. Memang kena sabar jela!
Nasib ni kat luar negara. =_='

pi.es; xpayah mengada nak sambut,bukan budaya kita. haih!
apa pengalaman April Fool korang? Pernah terkena? Nasib aku x. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails