Sunday, February 6, 2011

Lesson Learnt - Membuat Passport Kali Pertama

Salam semua!

Dulu, aku tak pernah percaya, yang kompleks @ bangunan kerajaan seperti JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) dan sewaktu dengannya senantiasa penuh. Sebab apa? Waktu aku first time gila-gila nk wat IC, bapak aku ambil cuti, temankan aku, dan, menunggu pun setakat setengah jam camtu. Biasalah, kaedah nombor giliran kan.

Kemudian, aku tukar IC aku yang berlaminate macam laminate sijil tu kepada MyKad waktu mula-mula kerajaan umumkan perubahan rupa paras IC baru, tak silap aku waktu tu aku Form 3, dah tu waktu nak tukar tu free sebab evolusi IC baru. Berduyun-duyun lah aku pergi. Eh, tak ramai pun.

Dan kali ini, aku nak wat passport waktu cuti ganti rabu lepas. Budget raya cina jatuh hari khamis so mesti ari rabu ramai kerja. (Bodoh plak rasa fikir camtu, mesti la orang amik cuti straight direct waktu cuti Wilayah tu kan).

Budget nak ke Wangsa Maju, sebab dekat giler dengan rumah haku. Tak la dekat,kena la menempuh MRR2 yang marabahaya tuh. Sesampai je kat Wisma Rampai, (berkat sesat sampai ke setapak) tepat pukul 11.30, nombor giliran dah habis. Gila weh, dah habis tu!

Dan nak dijadikan ceritera, aku terserempak dengan kawan-lama-gilers-kat-matrik-tapi-tak-rapat-langsung-kot kat situ jugak. Dia yang bagitau nombor giliran dah habis, pastu cakap kena pergi Putrajaya. Aku fikir, naik skuter, pergi Putrajaya, mau mengengkang aku kat sana sebab jauh kots nak ke sana.

Alhamdulillah,dia secara sukarelawan menjemput aku ke sana gak. Alang-alang dia pun nak pergi sana sebab Passport dia hilang,dia ajak aku join sama.

Sekali sampai ke sana, ramai wooo! (Tiru gaya Epi Raja Lawak 5)

hambek ko. sekarang pukul 12.52, nombor semasa 1137,nombor giliran aku 1317. 1317-1137 = 180 orang woooo!

dah macam mati kutu aku kat sana. Member yang temankan aku xleh proceed ke next step sebab dia lupa bawak surat beranak dia. Aku dah rasa bersalah gilers sebab dah la menumpang, pastuh dia kena menunggu aku wat passport.

"Lek ar.. Xde hal ar,," Kata beliaw


Sesiapa dah tahu, passport siap 1 jam selepas pembayaran. Ni pembayaran pun xbuat lagi, baru nak menunggu giliran, camna tuh??


Melepaks la kami ke Alamanda sampai pukul 2.30 petang, kira 2 jam la aku melepak kat sana. Sebab akhirnya aku percaya pejabat kerajaan memang ramai gilers orang sebab semua orang kaya raya nak melancung ke luar negara. Aku? Errr.. aku sesaja je, nak ke negara jiran.. X de la jauh mane pon.. heeee *sengih*

muka kenyang makan A&W. Oh ya, ni senior aku. dia pun join sama nak wat passport. Kak nuwul namanya. Single lagi. Nak ngowat?

Sampai ke Jab Imigresen balik pukul 2.45, masih lagi tinggal 50 orang.. aduiyai. Menunggu lagik! Kesian member aku tak pasal-pasal jadi tukang tunggu.

At last, siap akhirnya passport yang diidamkan pada pukul 4.30 petang. Dipanggil ke kaunter, pukul 3.15, wat pembayaran pukul 3.30, Passport siap, 4.30. Memang 1 jam betolll la! Tapi nak menunggu nama dipanggil, SUNGGUH SEKSA!

kredit pic kepada tuan blog bernama di dalam gambar itu
ni namanya, Passport Biometrik.

Dan kami yang telah berjaya menyiapkan passport balik dengan hati yang girang dan gumbira. Member aku tu pulak, mesti benganggg jer. Dah la kerja hari tu,tak pasal-pasal kena tunggu kitorang yang tah sape-sape ni tok menyiapkan passport. Ni nama nya rejeki!

Mekasih Aep! ngaaaaaa~

Pengajaran kalau nak berurusan di pejabat kerajaan;
+ Bangun seawal yang buleh. Kalo boleh, bangun pas subuh, berkampung di depan gate/pintu pukul 7 pagi. Gerenti dapat no giliran pertama!
+ Pastikan anda ada kawan-kawan yang bekerja di sektor kerajaan. Senang siket~~ Ni yang dinamakan Kabel Tanpa Wayar!
+ Pastikan dokumen anda lengkap sebelum ke sana. Kalau tak,sia-sia la datang

dan..
+ Amik cuti sehari KHAS untuk urusan tersebut. Sebabnya korang pun tau kan? Rakyat Malaysia memang ramai!

Info : Pembayaran Passport;
2 tahun, RM100
5 tahun,RM300

aku mestila amik yang murah punya. Nak renew? Kiosk kan ada! Takpun lawat website Jab Imigeresen ye!

p.s=abah kata, kalau pergi obersea, pasport tu dah jadi nyawa kita. Kalau hilang, silap haribulan kena penjara sebab dianggap PATI!

Saturday, February 5, 2011

Jom ke Dapur - Bendi Goreng Sempoi

Sebenarnya, aku sepatutnya update entry baru dari semalam, tapi disebabkan mode cuti betul-betul melanda aku, aku jadi malas mahu mengupdate. Dan, hari ini aku sangka hari Ahad! Tu laa penangan cuti lama xhengat selama LIMA hari dari hari Rabu sampai la Ahad ni!

Dan, aku nak share resepi masakan yang baru aku cilok dari website myresepi.com, iaitu Bendi Goreng! Budget nak buat Bendi Goreng Bercili.. tapi tiba-tiba tengok resepi Bendi Goreng ni macam sodap je..(padahal malas nak wat banyak step :p)

Actually Bendi Goreng ni simple jer, orang bujang, keluarga yang nak jimat masa xnak spend lama-lama kat dapur amatlah direkemen untuk memasak masakan ni. Sedap dan ringkas! :D

Ok, mari proceed ke step pertama iaitu berlokasi kan dapur memasak yang berlemoih dengan minyak dan berkuap-kuap dengan haba dapur.. kita mulakan!

Bahan-bahan memasak;





20 biji Bendi (kurang pun xpe)
Minyak untuk menumis
2 biji telur-dipukul rata seratanya
Sedikit garam ( aku memang xsuka pakai perasa macam Ajinomoto tuh)
1 biji limau kasturi diperah jusnya

Bahan kisar;
  • 2 ulas Bawang Merah
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 3 biji cili merah, dibuang biji cilinya
  • 2 biji cili api

Step pertama
Mula-mula, panaskan minyak, tumis bahan kisar tersebut sampai pecah minyak. Tau x ape dia pecah minyak? Ala.. yang tumis lama2 pastu minyak naik atas bahan tumisan tuh.. takpun orang gelar 'naik bau'

Step kedua
Bila dah pecah minyak, masukkan bendi yang dipotong serong(jangan ko masukkan sebatang-sebatang tu) ke dalam bahan tumisan. Masukkan garam secukup rasa

Step ketiga
Bila dah rasa macam bendi tu dah masak (dalam 5 minit camtu ), curah telur & jus limau kasturi ke atas bendi dan kacau hingga sebati

Step keempat
Kacau sampai rata, kemudian sedia untuk dihidang :)

Bendi Goreng Sempoi dah siap. Ngaaaaaaa... =p


Aku nak share sikit petua yang aku dapat dari myresepi.com mengenai Bendi nih;


Pilih Bendi - Pilih berdasarkan warna muda & lembut. That means, bendi tu tak tua, kalau muda, rangup. dah tua, jadi liat. so xsedap nak makan. Dan, jangan patahkan hujung bendi tu, nanti dia keluar lendir melekit-lekit tu. Memang orang tua cakap nak pilih bendi elok kena patahkan hujung, tapi nak elak bendi berlendir,jangan patahkan. pilih berdasarkan warna & tekstur.

Membersihkan Bendi- Basuh Bendi dulu, pastuh baru rendam dengan air garam. So, bendi akan kekal segar walaupun dah siap di masak

Pemotongan Bendi - Lepas rendam, sejat bendi tu kejap. Pastu baru potong.Jangan potong awal2, lagi 5 minit nak masuk dalam kuali, baru potong. Tapi jangan sampai terpotong jari laks sebab nak cepat punya pasal. Pergilah slowkan api dapur tu dulu. Dan petua awet muda, air garam rendaman bendi tu jangan dibuang begitu saja, jadikan sebagai kuah. Sebab tu kena basuh dulu bendi tu,baru rendam dengan garam. ;)

Kredit sepenuhnya kepada myresepidotcom


Wednesday, February 2, 2011

ChanteQ Giveaway yang bisa melelehkan air liur semua orang!

Salam semua!

Ini merupakan kali kedua aku mengjoinkan diri dalam kontest give-away dari blogshop. Dan kali ni blogshop yang bertuah itu ialah Zone Bundle ChanteQ!



Ok, kalo korang semua nk tahu, aku memang silent reader blog ni. Oh ya, blog ChanteQ ni merupakan blogshop yang menjual preloved item xkira la baju ke, beg ke, kasut ke semua ada! Dan citarasa blog ni terarah dalam lingkungan umur aku. Eceh,macam jurnal pulak ayat ni.

Aku pernah jumpa satu beg ya amat cantik, beg branded berjenama Elle xsilap pastuh pendam dah niat, dapat gaji aku mesti beli punya, beg ni leh wat guna bawak time aku pergi audit luar nanti. Pastu... endingnye korang mesti tau la kan, SOLD OUT! tsk!

Ok, dah mengarut dah ni. suruh cakap pasal give-away,aku melalut pasal lain pulak. Ok,ChanteQ dengan murah hati nya nak memberi kepada blogger bertuah mereka hadiah2 yang lumayan. Dan aku termasuk orang yang meleleh ayaq lioq bila tengok hadiah punya DA BOMB!

ok ni hadiahnya, bukan KFC je ada kombo , hadiah di bawah ni pon ada pakej kombo tau!

Ekstravaganza Kombo A
  • Shimmering Body Lotion Guess Gold
  • Shimmering Wash Shampooing Guess Gold (more info about dis product plz click here.)
Ekstravaganza Kombo B
  • Pink Grapefruit Pure Body Lotion from The Body Shop
  • Liquid Lipgloss Colour Uptown Visions
  • Trial Pack Face Lifting Cream Bio Essence
Ektravaganza Kombo C
  • Trial Set Pack Bobby Brown (1x Hydrating Face Cream, 1x Hdrating Eye Cream, 1x Soothiong Face Tonic)
  • 2x Bottle One Drop Perfume
  • Liquid Lipgloss Colour Uptown Visions
Ekstravaganza Kombo D
  • Trial Set Pack Kerastase Resistance (1x Bain de Force , 1x Ciment Anti-Usure ) more info about dis product plz click here.
  • Liquid Lipgloss Colour Uptown Visions
  • Eyeshadow Revlon Matte
  • 3x Trial Set Bottle One Drop Perfume
Ektravaganza Kombo E
  • Trial Pack Vichy Laboratories (1x UV Active, 1x Thermal Fix Essence, 1x Normaderm Nuit) more info about dis product, plz click here.
  • Trial Pack La Rose Blanche Paris (1x Anti Oxidant Whitening Treatment Cleanser, 1x Golden Ion Cleansing Powder, 1x Golden Ion Night Cream 24K) more info about dis product plz clik here.
  • Liquid Lipgloss Colour Uptown Visions
  • Clinique Cream Gel Hydrating (All about eye, reduces puff, circles)
Ekstravaganza Kombo F
  • Powder Brush Voce Moda
  • Krim Pencerah Shurah
  • Liquid Lipgloss Colour Uptown Visions
Ekstravaganza Kombo G
  • Kain Alas Meja dari Bali
  • Sebatang Pen Kraftangan dari Bali
  • Note Pad Berwarna
  • Frame Vintage from KK Home Deco
see ?? sila lap air liur korang yang dah meleleh ke kibod pc korang tuh! Pe lg, kalo nak meh join!

Tapi........... ada syarat!

Ni dia!
  1. Mesti mempunyai blog tak kira la personnel blog ke, business blog ke..janji blog yer! - done
  2. Jadi follower Zone Bundle ChanteQ. -done
  3. Jadi follower Zone ChanteQ Shoppe. -done
  4. Jadi follower Zone ChanteQ Collection. -done
  5. Buat satu (1) entry tentang Giveaway ni di blog anda.-done, entry merapu tol aku wat ni
  6. Tinggalkan link penyertaan uollss kat entry ini yer.. - done
  7. Letakkan pic ChanteQ's Giveaway di sidebar blog uolssss dan link kan ke entry ini. -done
  8. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15/02/2011
  9. Pemenang akan diumumkan pada 17/02/2011
  10. Keputusan adalah muktamad.
BERESSSSSSSS!!

Ha... pe lagi dok ditunggu tu? Sila la menyertakan diri anda secepat mungkin!

Tuesday, February 1, 2011

3 Tahun Setengah Aje????


Semua orang mesti tau tajuk entry kali ni. Yela, its about Ariel Peterpan kay!
Beliaw dah dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun setengah sebab dia terlibat dalam skandal video luc-luc beliaw bersama Luna Maya & Cut Tari.

Dan mengejutkan,hukuman yang diberi 3 tahun setengah. JE?? Kalau nak diikutkan undang-undang Islam, Ariel ni pernah berkahwin kan? Pastuh dia berzina. Bukan patotnya kena rejam sampai mati ke? Tak sure la kalau disebabkan dia duda so die kena sebat 100kali. Pls correct me yah.

Tapi... Luna Maya & Cut Tari tercongok bebas tu kenapa? Si Luna tu siap bersorak menyokong pasukan Indonesia vs Malaysia lagi bulan lepas. Pelik sungguh dengan undang-undang manusia ni. Dah buat suka sama suka, mesti la dua-dua bersalah. Seolah-olah Ariel tu rogol diorang. Peliks haku.

Tapi ada juga penunjuk perasaan radikal yang membantah dan melaungkan "TERLALU RINGAN". Betol gak, mereka bukan buat "ringan-ringan" tapi buat "berat-berat" :D

So,Malaysia bila pula nak wat cam Indonesia ni?

Bukan ada video artis kita buat tutt pernah tersebar luas ke suatu masa dulu? Pastu selamba dog boleh berlakon kat TV sekarang.
Cayalah Malaysia!

Huh!

p.s: kasihan pelajar Malaysia di Mesir. nyawa diorang terancam disebabkan rusuhan melampau di sana. ada kawan haku punya kawan yang belajar sana siap komen wall fb mak dia -"Mak, XXX takut ni mak, kat bawah(apartment) ni ramai gila orang merusuh ni"

Sesungguhnya belajarlah di Malaysia. Hujan batu di negeri sendiri,hujan emas di negeri orang. Lebih baik di negeri sendiri. Eh betulke pepatah ni?

Monday, January 31, 2011

Kad rosak! Dan esok TAK CUTI!

Kalau esok semua orang dok beryahoo sana sini (bukan yahoo messenger ye kawan-kawan) esok cuti, aku tidak cuti ye ESOK. ESOK KERJA. dan, memandangkan bos aku ni menyambut Gong XI Fa Cai, maka kami mengikut sama lah bermood raya cina seperti beliau. Tapi tidak apa, lusa CUTI!
yeyyy.. leh wat passport ari rabu ni memandangkan RABU pejabat BUKA!

Dan, arini sememangnya ari yang tak best kerana kad id pekerja aku rosak. Maaasyarakat, belum dapat status 'confirm', kad pulak dah jadi faulty.

Wei kad, ko sengaja nak tunjukkan aku xreti jaga ko kan? Belum confirmed dah buat perangai, cis!

Dan malangnya, akak HR punya lembab macam siput khinzir, aku dah isi borang pukul 2 petang tapi sampai kul 6.30 masih tidak siap! Alasan : Tak ramai kerja hari ini. Pape je la akak ku. Terpaksa lah aku amik kad ari isnin depan. Mencik!

Ok la, sebenarnya aku rasa benda ni random speaking je,merapu meraban. Tapi nak post gak. Haha. :p Baideway, aku dah ubah header aku. Xcantik mane pon,tapi tak se-HORRIBLE semalam. Terimas kepada Picnickdotcom! (:

Ok, kepala dah sakit mengadap skrin dari kol 9pg sampaaaaai la sekarang. Jadi,ayuh tido! 


ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZz (mode: esok kerja di Hari Wilayah)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails