Saturday, January 14, 2012

So Random Saturday


beli dah berzaman, bacanya baru sehelai dua


ni pon sama. Tah mane letak. 

 =]


my new workstation =D


baca manual kerja. ngantok. tang elaun celik biji mata.=D

Sekian.

p.s: Random tu bermakna aku malas nak taip banyak. hahaha.

Thursday, January 12, 2012

Serik Dah Pasni!

Assalamualaikum,

cuma nk share story yang baru aku lalui tadi.

Berdebar2,dua kes in a row. 

Semalam, hampir-hampir langgar seorang pejalan kaki, tapi ITU MEMANG SALAH DIA sebab dia keluar dari celah kesesakan kereta sambil membelek henpon dan xtengok jalan. Memang PERCUMA dapat jeritan free dari aku. Nasib baik dia minta maaf. Bawak punya hemat pun masih ada yang nak mencalarkan rekod permotoran aku. huh!

Tapi yang ni lagi menakutkan. Habis je kerja, aku pergi Green Box sambil mereleasekan tension bersama kawan aku. Dan,pukul 6.45,parents dia call nak jemput dia kat Time Square. Ok la, normally kami selalu dinner sama-sama, dan kalini dia kena balik awal,jadi aku teman la dia turun ke Low Yat beli makanan dengan dia.

hiasan penyedap mata

Kami pun berpisah kat depan Low Yat dan aku balik sendirian menapak dalam bangunan Sungei Wang menuju ke parking motor aku. Memandangkan pejabat aku kat BB Plaza,aku memang park kat area pejabat aku (Nota: Office hour tamat 5.15, so korang bayangkan keadaan parking tu pada pukul 7 malam)

Dah sampai kat parking motor,aku bersiap2 pakai sweater, mask dan helmet. Tengah nak pakai helmet,aku tiba-tiba dapat hidayah nak toleh belakang. Dan YES! ada seorang lelaki berkulit gelap (muka macam bukan orang tempatan) datang macam menuju kat aku. Ya, siapa lagi sebab MEMANG aku seorang sahaja kat situ. Dan tiba-tiba langkah dia terhenti,dia pandang aku,dia patah balik. Alhamdulillah, ada motor lalu tiba-tiba.(pasal tu dia berhenti sebab ada orang lalu) Aku dah gabra. Kat satu sudut,ada kawan dia duk menunggu kat belakang sana. Memang dia tengah TENGOK aku. 

Cepat-cepat aku start motor, pecut!! 

Freaking SCARY! Bayangkan kalau aku tak toleh, apa yang akan berlaku?

Bayangkan kalau xde motor/orang lain lalu,apa akan berlaku?

Ok,aku taknak bayangkan benda buruk jadi kat aku. Cukuplah experience aku zaman Form 4 dulu. Aku ni memang xserik. Suka sangat buat semua benda sendiri. Konon tak nak menyusahkan orang, alih-alih kalo berlaku apa-apa,memang MENYUSAHKAN orang jugak. Huh!!


Serius taubat aku TAKNAK balik SORANG-SORANG tanpa TEMAN. Pasni aku akan PAKSA kawan aku tu teman sampai parking lot,WAJIB!!!!

Saturday, January 7, 2012

Adikku Yang Misteri Nusantara


Memperkenalkan, ni adik aku yang bernombor giliran 002 dalam famili aku. Dia ni seorang yang agak pelik, misteri dan suka buat hal sendiri. Oh ya, ini bukan entry untuk mengutuk adik kandung sendiri ya.

Disebabkan perangai dia yang memang pelik gilerrr, so banyak la benda dia tak sependapat dengan aku. Kadang-kadang aku mintak pendapat dia, dia suka cakap "tak tahu @ no komen". Berasap jugaklah hidung aku kalo dapat jawapan rabun-rabun ayam camni. Sebab tu aku prefer suruh mak aku je jadi konsultan imej aku. Aicewah!

Seperti yang dah dimaklumkan dalam entri terdahulu, aku baru masuk kerja kat tempat baru. So keterujaan masih tak hilang (paham-paham ler kalo minggu pertama mati kutu nak buat apa, walhal dah dapat tugasan). 

Jadi malam tu, sedang leka kami melipat baju, wah, aku tak sangka aku leh ber'pillow talk' dengan adik aku sorang nih. Dia memang jarang sangat nak berborak dengan aku. Baik ni pon ada makna sebab aku pinjam Laptop dia sehari dua sementara menunggu pc baru nak sampai.

Ikuti perbualan ini;

Aku: Weh, best dow tempat kerja baru ni, semua staf mesra alam. Layan akak baik jer. Mungkin sebab akak je staf perempuan yang baru, so jadi macam adik diorang dah. Ada seorang staf ni orang lain kata dia garang gila, tapi bila akak borak ok je,peramah siap buat lawak lagi.

Adik: Eleh, cuba kalo kat ofis akak tu ada awek cantik, ada diorang nak layan? Tah-tah buat bodoh jer.. Pandang pun tidak.

Aku: Jap.. Jap.. Ko maksudkan aku cantik ke?

Adik: *Terdiam* (apsal laaa aku tercakap benda ni, damn!) Eh, ni baju siapa?? (Tetiba tukar topik)

AMARAN : Ini bukan entri perasan cantik ye, sebab ni lah perkataan indirect yang first time aku dengar dari mulut adik aku. Selalunye;

Situasi 1

Aku: Cantik tak tudung style aku buat ni?

Adik: Entah, biasa je.

Situasi 2

Aku: Akak rasa nak beli la baju ni. Ko rasa ok x?

Adik: No komen. Xtahu la.

Geram tu mmg geram,ingat lelaki je ada ego? Perempuan pun ada tau! ;)

Oh ya, antara misteri adik aku yang lain ialah, dia akan emo kalo xjumpa barang dan orang sekeliling dia termasuk aku akan jadi mangsa emo dia T__T

p.s: gelaran Manohara masih melekat kat tempat baru. Adehhhh T_T

Wednesday, January 4, 2012

Belanja Kahwin Yang Sistematik?


Hari nie merupakan hari kedua masuk bekerja di tempat baru. Maaf ler tak tersempat nak update pasal hari pertama kerja sebab balik jalan kaki,penat teramat sampai nak tatap PC pun macam xlalu.. Nilah penangan kalau dah lama xberjalan kaki jauh-jauh.. Manja sangat diri ni!

Cuma nk share 1 cerita yang menarik, oh ya bukan pasal kerja sebab kalau sebut pasal kerja mula lah urat kat tepi dahi ni naik stress,waktu pejabat sahaja leh bincang bukan di waktu lepas pejabat.. Hoho =p

Disebabkan peramah tak tentu hala aku ni,hari kedua pun leh jadi mesra alam kat staf yang masuk sebulan awal.. apa nak buat, gifted talent =p (bukan wanita yang melayan ramai lelaki macam didakwa Ustaz Azhar Idrus tu, peramah ada batasnya) 

Tengah sibuk buat assignment untuk tugasan baru, senior (ya,tetap panggil senior walaupun dia baru masuk bulan 12) tiba-tiba bukak topik, 

"Nanti dah nak kahwin buat la belanjawan macam ni"

Terkebil-kebil jap 10 saat. Dia pun tunjuk sesuatu kat PC dia,berupa jadual bulanan dari Januari hinggalah Disember bagi tahun 2012. Ohh, rupanya si senior ni nak kahwin dah, patotla dari tadi muka macam menahan kerut je, kerut sebab dah nak naik pelamin =p

Belek-belek, Jadual dalam excel format tu berwarna warni, siap ada peruntukan bersama (dia dan cik tunang) bagi bulan tertentu. Contohnya, bulan 1, nak saving RM1,500, tambah dengan cik tunang RM1,500 = RM 3,000. Kiranya ad kerjasama dari dua pihak dalam mengumpul duit bersama. Seems interesting.

Dalam kalendar bulanan pulak,ad bulan yang ditetapkan nak beli barang hantaran. Sempat jeling kejap, bulan Februari nak beli jam Hantaran, senior ambil Jam Tissot (fuhyoo) dan tunang beliau ambil Jam Guess (fuhyoo lagi). So budget memang kena adjust betul-betul kalau nak achieve target. 

"Bila nak kahwin ni?" Senior mula tanya, sebab dia dah nampak wallpaper handphone ad wajah jejaka =p

" Tahun depan, InsyALLAH " sambil tersenyum. Bukan senyum konfiden, senyum bersyukur ada juga yang sudi walaupun rekod sebelum ni tak berapa nak 'cemerlang'.

Kalau sempat,nanti akan diupload camner rupa jadual belanjakawen yang dibuat oleh Senior tu. InsyALLAH.

------------------------------


Eh,lupa nak habaq mai, cek dah masuk pejabat baru semalam. So tugasan baru ceq;


Management Auditing


sesi otak terbakar dah bermula =_=''

(SERIUS) Risalah Sesat di Surat Khabar

Sewaktu mak aku sibuk membelek surat khabar Mingguan sisipan Kesihatan bertarikh 25/12/2011 hari ini (biasala mak aku suka ulang - ulang baca sokkabar),  mak aku terjumpa terselit satu sisipan risalah yang sangat memeranjatkan. Pelik, macam mana risalah macam ni leh diedarkan sewenang-wenangnya kepada semua pembeli surat khabar?? 


Sila klik untuk lebih tumbesaran

Highlight:

Nama: Ramli Bin Wahab - Nama & gambar nampak mcm Melayu Islam kan?

Isu: 

Nombor Ramalan Bertuah - Syirik!!
Menderma risalah 80ribu Keping - menyebarkan ajaran sesat & khurafat! 
Gambar - Gambar Magnum Judi & Tokong.. So apa yang anda fikirkan sekarang?

Diharap kalau anda jumpa lagi risalah sesat seperti ini sila ketepikan dan buang sahaja.. Boleh menyesatkan akidah orang Islam.. Berjudi salah satu dosa besar ok!

p.s: Ada juga orang Non Muslim ada 'bin' di belakang..
Typing pun banyak error,, derrrrr~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails