Friday, December 26, 2008

boring moring wat TAG

saya diTAG hazzy. maaf lambat wat! =P

1. What is the relationship of you and him/her?
sape? orait la,aku pilih britney spears. rasanye xdekot. aku peminat fanatiks die. haha

2. Your 5 impressions towars him/her.
biatch,sexy,stylo,trend setter,controversial.

3. The most memorable things he/she had done for you.
berkahwin singkat ngan ex-bf die yg pertama dalam masa kurang 24 jam pastuh bercerai. wahhh sgt style. leh ikot x? hahahaha..

4. The most memorable things he/she have said to you?
its britney,bitch! haha

5. If he/she become your lover, you will...
sepak madonna laju2 sbb kiss die dalam lagu Me Against the music

6. If he/she become your enemy, you will...
ckp yg die ni xde taste pilih laki. apekah? kevin federline ko pilih?

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on...
harta dia. sbb haku nk jd lesbo sekejap dan dlm tempoh tu aku akan mentransfer money die ke account haku! money is important hokeyh! gile babs..

8. If he/she become your enemy, the reason is...
die lagi sexy dari aku.

9. The most desirable thing to do on him/her is?
donlod @ burn lagu die dr tenet secara percuma. ori mahal la(tiba2)

10. The overall impression of him/her is...
ko sgt sundel..~

11. How do you think the people around you will feel about you?
so what? who cares?lalala~

12. The character of yourself is?
sarcastic.. maybe?

13. In contrary, the character you hate of yourself is?
baik sgt time skola. baikke? slalu sgt kena buli! hentikan buli weyh! =D

14. The most ideal person that you wanna be is?
diri sendiri la weyh.. hape nye soalan daaaa~

15. For the people who care about and likes you, say something about them.
trimaseyh sbb caring @ wuteva kat haku.. haku hargai sume tuh.. (ayat xley blah)

16. 10 people to tag?
xde sape. haku da malas nk TAG org. sekian maseyh!

Thursday, December 25, 2008

kafe antarabangsa kat UM? wow~


KUALA LUMPUR 24 Dis. - Biro Pendidikan Pemuda Barisan Nasional meminta semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mewujudkan kafe berkonsepkan antarabangsa dalam memenuhi keperluan pelajar dari luar negara.

Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO, Ahmad Ikmal Ismail (gambar) berkata, langkah itu perlu dalam menjadikan negara ini sebagai pusat pendidikan yang terkenal di dunia.

"Kami melihat potensi positif ini akan sedikit terganggu akibat ketiadaan kafe-kafe yang menyediakan makanan seperti di negara asal mereka," katanya kepada pemberita di Universiti Malaya (UM) sini hari ini.

Ahmad Ikmal menambah, pihak IPTA perlu peka akan keperluan pelajar-pelajar dari luar negara yang jauh daripada budaya dan negara asal.

"Pihak IPTA perlu mewujudkan suasana kampus yang mempunyai ciri-ciri seperti di negara asal mereka dan kita melihat perkara ini dapat direalisasikan dengan mudah menerusi pengantarabangsaan kafeteria.

"Oleh itu, mereka tidak mempunyai masalah dalam pemilihan makanan sepanjang melanjutkan pengajian di negara kita selain dapat mengubat rasa rindu terhadap budaya dan negara kelahiran masing-masing," katanya.

Tambahnya, langkah UM untuk menyediakan kafeteria antarabangsa pada masa akan datang perlu dicontohi IPTA lain dalam memenuhi keperluan pelajar luar negara yang semakin bertambah.

Bagaimanapun, Ahmad Ikmal menafikan usaha pengantarabangsaan kafe di IPTA tersebut dilihat seolah-olah meminggirkan makanan tradisi yang ada di negara ini.

Menurutnya, selaras dengan dasar-dasar kerajaan, setiap IPTA perlu menyediakan kafe-kafe bagi memenuhi permintaan dan selera kaum-kaum sedia ada.

"Dengan wujudnya kafe yang berkonsepkan makanan tradisi mengikut kaum dan antarabangsa, membolehkan pelajar-pelajar IPTA mengenali dan memahami kepelbagaian budaya yang ada di dunia sekali gus menjadikan mereka celik budaya," katanya.

petikan dari utusan.com.my

pendapat aku? haishh.. xtau la nape ngan Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO ni. nila dinamekan kera di hutan disusukan,anak mati kelaparan.

pandangan serong haku:

1. mmg meminggirkan mknan tempatan pon. dok bela2 org asing watpe? kan bgus dorg kenal makanan tempatan ni.. sape suoh dtg cni kan? ade ke UMIST kat London mengantarabangsakan kafe kita ngan wat restoran nasi ayam Linda Onn?(contoh je) try test tgk?

2. kos nk mengantarabangsakan kafe ni sure2 tinggi dan pelajar2 tempatan yg majority ditanggung PTPTN sepenuhnye akan pokai@kopak disebabkan adanye kafe tu. tambah2 plak nk tayang kat awek tu konon2 berduit tapi 'hampas'. biar papa asalkan bergaya.

3. daripada UM dok sibuk2 berbangga pasal kafe niyh,bek korang UPGRADE sket tempat makan kat kolej haku ni( kolej 10). dah la makanan xsedap,mahal lak tu. bek aku g makan kat kafe thehehehe.

pandangan seteret aku:

1. nama UM da terkenal. (kan da masuk paper tu!)

2. byk foreigner akan blajo kat UM semata2 sbb adanye starbucks,tgi friday,secret recipe @ Mcd kat UM. (ade ke?)

3. entahle. xde kebaikan kot? lalala~

wat masa ni,kat sekitar UM baru ada KFC(tupon kat belakang kolej 9).. starbucks bila nak mai??

p/s= aku xtau nape chatbox aku gile sejak kebelakangan ni. anything komen kat entry mane2 korang suke. chow!

Tuesday, December 23, 2008

pegedil yg degil.

hari ni aku terpaksa jadi penjaga rumah memandangkan 2hari berturut - turut aku keluar bersukaria tanpa memikirkan yg daku sedang pokai. (xpe,PAMA kan ade).
dan memandangkan aku rasa bosan dan diselangselikan dengan kebosanan tahap dewa,aku pon update la blog haku,dan kebetulan aku penah berjanji yg aku nak wat entry pasal resipi pegedil.

sbenonye nak wat pegedil ni senang je (sbb tu kat kedai makan jual seketul 50sen) dan kebetolan pegedil ni kegemaran haku. pegedil ni jugak diklasifikasikan khas tok org yg degil dan kepala batu sahaja. sejarah juga mengatakan bahawa pegedil ini mula dicipta oleh seorang nenek yg degil dan tidak mahu memasak resipi selain pegedil. maka dari perdegil bertukar menjadi pegedil sbb nk bagi sedap je bunyik(apakah?). sedang aku leka menatap majalah Wanita(terasa usia semakin tua) dan haku ni kalo bukak majalah tuh,aku ske bukak bahagian resipi. Alasan: nak cari resipi yg paling senang dan xperlukan bahan. dan,pegedil telah menjadi resipi bertuah kali ini!

Pegedil Ayam style Honeylalala =P

bahan - bahannye:
3 bijik kentang
daun bawang sehelai dipotong halus
serbuk lada hitam sesudu
sesudu isi ayam dicincang2
2bijik telur
minyak masak
kuali
sudip
lesung batu

nota kepala: pix ini tidak terdapat dalam mana2 buku resipi. khas dari aku sendiri yg baru sahaja menghasilkan pegedil td. harap makyung!

beginilah rupa kentang yg dihiris.
step 1
mula2,korang kupas kentang dengan lafaz Bismillah.. pastuh,hiris kentang tersebut kepada bentuk yg kecil supaya senang tok digorengs.

kentang ini sedang digoreng.
step 2
kentang yg dah dipotong tuh dicampakkan dengan kejam ke dalam kuali yg berisi minyak panas yang sedang menggelegak. pastuh,gelak gaya2 Profesor Klon apabila melihat kentang2 itu terseksa digoreng. pastikan garing tapi jgn garing sgt,nanti jd beseng(hangus).

daun bawang,isi ayam,serbuk lada hitam dan kentang yg ditumbuk telah bergaul bebas!

step 3
dah digoreng,masukkan kentang ke dalam lesung batu dan tumbuk sampai hancur lebur. kemudian masukkan daun bawang,isi ayam yg dah siap dicincang,serbuk lada hitam dan gaul mengikut gaya kuak lentang sambil berjoget tango.

jgn lupa celup dalam telur!
step 4
kepalkan bahan tersebut supaya membentuk bulat dan lonjong ( nak segtiga pun bleyh,ikot citarasa korang la) dan gaulkan ke dalam telur yg siap dipecahkan.
tadaaaa!! telur tu hanya hiasan.
step 5
dah sebati ngan telur(kira dah salut habes ar),goreng ar! pastikan jangan hangus sgt tok mengelakkan rasa pahit ketika melantak.


tgk? sngkan? haku mula2 wat,xsangka leh jadi tros! tapi bila wat 2nd time,cm xjadi pas tangan2 adik pon nak masuk sama. so,haku wat kali ke3 dgn sdiri dan bjaya gak! kesimpulannya,haku xske resipi haku ni di enteprem dek org laen, kira lembu punya susu,sapi dapat brand. =D

kalo ade resipi yg murah +senang aku akan bgtau yek!
selamat mencuba dan amalkanlah! =D

Thursday, December 18, 2008

jom main game baling kasut

sedang aku syok baca2 newspaper.. tbe2 aku tertarik lak tgk satu artikel nih..


klik je kat link ni okeh..
aku dah try main da.. mmg best.. balingan aku xpenah miss..
kesian kat Muntadar yg kena tahan dek kerajaan Iraq dan didakwa menghina presiden negara asing.. oit kera-jaan Iraq! buta ke ape? yg Bush bomb ko pnye rakyat lu xpkir lak kan? mmg vodoh tahap cipan tol.. bush mmg layak dipanggil hanjeng!

kalo haku jd Muntadar(KALAU)..aku pijak kasut &lumur kat tahi hanjeng dulu byk2.. pastu baling kasut tuh sambil memakai sarung tgn.. xpon.. bwk spray @pistol mainan.. isi air kencing sape2 kat dalam tuh.. pas2 shoot kat muka dia.. konfom Bush wat surgery pasnih.. betapa hina nye ko.. haha

p.s = sape2 yg tgh makan@minum tu harap maaf ye. sape suoh baca sambil makan! =P

korang try la main game ni.. at least puas ati gak dpt baling kasut ke arah Bush secara virtual! muahaha..

Tuesday, December 16, 2008

tak tahu yang mana 1??

kini baru aku sedar bahawa aku dah menyia2kan cuti semester aku dengan menternak lemak di badan instead keje sambilan. baru aku sedar yg aku byk melepaskan peluang yg bergelimpangan dan berguling2 kat depan aku.! cist!

1. kawan aku dtg umah semalam & kebetulan die keje kat SMART. dan yg membuatkan aku menggeget jari adalah time haku ngah cuti tuh ade keje kosong kat tempat die,lebey3 lg bahagian akaun tok part time & dpt gaji bulan lak tu!!. dan haku plaks xbgtau yg haku ngah cuti!! waaaaa.. sesungguhnye haku menyesal xangkat tepon beliau tempohari!!(budget xmahu diganggu waktu exam lah kunun!) wuwuwuwuw..T_T

2. aku kefeningan.. xtau nak pilih internship kat mana? either kompeni dpn umah haku atau kompeni di Bukit Bintang? kalo aku pilih kt dpn umah aku, makan free,leh balik umah.. tp kompeni kecik (sume pompan lak 2) n cm xbebas pemikiran aku.. kalo kat BB lak,jauh dr umah(xjauh mane pon).. pas2 makan kena byr sdiri (kalo ade elaun kan bgussss) ttp kompeni ni bgus! sbb mmg susah nk dpt(fakulti la yg kata) dan aku mmg ske internal audit(kebetulan sgt aku amik int audit sem ni).. so apakah keputusan aku? tunggu & lihat jer la... adus!! >.<

3. pening lagi.. mane 1 nak g? antara reunion ex matrics aku @ perhimpunan family terbesar thn ni? rasa ralat lak kalo x g reunion family.. tp lg ralat x g kmkn.. ahaks!(betapa selfishnye aku ni).. so what to do? ikot gerak hati laaa nampaknye.. xpon wat solat istikharah...=)

kesimpulannye,aku ni mmg xgheti nak wat decision! wake up sofahani! tolong berpikiran matang leh x?=P

aaa sgt sedey ini hati! yg member aku ni pon seko,xgheti2 nk msg haku! baru la nk kepochi time nak naik sem ni.. nk wat cner,xde rezeki kan?(kalo x,da masyuk aku bulan ni!)=P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails