Monday, March 1, 2010
Friday, February 26, 2010
Rabiulawal Tahun Gajah
Since aku asik post benda-benda pasal diri & kadang2 merapik meraban,entry ini lebih berkisar mengenai sambutan Maulidur Rasul yang tanggal pada hari ini 12 Rabiulawal(sila lihat di kalendar Islam yang haku tepek kat belah kiri nih)
dah,kamu,kamu dan kamu! jangan nak tekan tab pangkah pulak! baca sampai habis! tau nak baca benda lagha je kan? :p
Hape Maksud Bulan Rabiulawal?
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.
Istimewanya Bulan Rabiulawal ni?
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
- Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
- Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
- Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
- Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
- Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
- Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
- Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
- Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
- Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul! Jangan tau nak berhibur je bila dapat cuti ni!
Wednesday, February 24, 2010
asam jawa magik
eh apa yang keras dalam plastik ni? (xtengok lagi isi kandungan plastik tersebut)
tengok ape benda yang keras tuh...
eyuuuuuuuuuwwwww!!
uwek! uwek! haccctuih! !
asam jawa ni keluaran Ipoh. jadi kepada ibu-ibu sekalian,sebelum nak beli sila cek packaging yer!
resipi tudung segar bugar
haaaa..mesti korang tertanya2 kemana aku pergi kan? hehe..perasan sungguh daku ini,macam ade je orang nak tunggu entri aku(ade ke) dan entri aku kalini bukan pasal diri aku yer(tapi adela sikit2,da nama belog aku kan?)
ACHTUNG! ACHTUNG!
Misteri Video telah terungkai!! rupa2nya video tersebut kepunyaan rumetku a.k.a ecahcken dan video itu telah dirakam oleh bapanya ketika membersihkan pusara. dan kewujudan video itu telah dilakukan di bawah kawalan haku. hehe.
Puaka Video Klip Misteri Terbongkar!
Case Closed! :))))
----------------------------------------------
Terus terang aku cakap,aku cukup geli kalau tengok orang lain tangkap gambar syok sendiri pas2 senyum2(kira camwhoring la kan) pastuh letak caption "euwww sangat comel aku harini,mungkin ada jejaka hensem akan mendekatiku"->sila muntah sebanyak tujuh harkat!
ops! kalian jangan terasa kerana daku juga akan berketerampilan begitu dalam entri kali ini.
Saja je nak kongsi informasi. Mungkin dah basi kot.
Ok,(clear throat jap) ehem ehem!
Anda mempunyai MASALAH TUDUNG LENYEK atau MELEPET?
TENSION setiap kali lalu DEPAN CERMIN MESTI tengok KETAJAMAN tudung?
GERAM dengan tudung berGELORA?(ecah pinjam nama ko jap :p)
ANDA inginkan tudung anda BERDIRI MEGAH sentiasa?
aku ada jawapannya!(tajuk entry nak cam sayur je :p)
(ceh, intro cam mamat/apek jual suratkhabar xpon dalam iklan SMARTSHOP waktu zaman sekolah dulu2 bila balik dari sekolah sesi pagi. annoying kot. nak tengok kartun mak tukar channel SMARTSHOP. *ampun mak!*)
balik ke tajuk asal! T___T
(ok kalo yang dah tau awal2 tu sila jgn kutuk haku sebab haku baru je tau dalam bulan lepas :p)
Brand: Kiwi Kleen fabric starch
Harga: Around RM7.90 (rasanya)
Beli kat Mane: Supermarket la! Aku beli ni pon kat Mid je kot.
Memandangkan aku pengguna bendalah ni, aku rekemenla kat korang yang mementingkan PENAMPILAN especially gadis2 bertudung dan gemar memakai shawl. siyes berkesan! :D
Caranya:
1. Bukak Board Seterika.
2. Budget lipatan tudung dan anggar di belah mana tempat anda adjust tudung(area kepala&muka anda la sudah pasti kan)
3. Spray KIWI KLEEN FABRIC STARCH di tempat yang anda anggarkan.
4. Iron seperti biasa. tiada luar biasa akan berlaku ye.
5. Tadaaaa! Tudung tiba2 tegak sendiri di atas Board itu,ok tipu. :p Pastuh pakai tudung dan anda akan lihat hasilnya! :D
sangat berkesan atas tudung kain jojet,licin,dan especially kain shawl yang kita selalu pakai tuh. Masalah tiada lagi! :D (haha gila promote budget dpt royalti je :p)
ade gak produk cam gini selain daripada Kiwi Kleen ni tapi aku xberani la nak promote since aku baru je pakai yang ni.
XPERCAYA??
ni ha BUKTI
sekian! :) :)
Thursday, February 18, 2010
misteri kewujudan video ini di desktop
siyes aku xpenah nampak file video ni kat desktop aku. posing atas kubur lak tuh! meremang bulu seyyy nak nak pulak aku terjumpa file ni time tengah2 malam sorang2 kat kolej lak tuh. rumet pulak balik rumah. serammm!
sape pedajal aku?
::pi.es::
cuba dengar dengan teliti bunyi kat video tuh. siap gelak2 posing atas kubur. choyy! kubur pun leh jd tempat posing ka??
hingga kini siapa yang menge-POST video ni kat desktop haku masih menjadi MISTERI. SAPE WEYH CEPAT LAA MENGAKU TAKUT NI WEH!