Sunday, February 27, 2011

Malam Ini

Malam ini panas semacam.
Cuaca pon beremosi macam aku ek?
Dan aku masih demam.
Harap-harap esok boleh lah pergi kerja.

Sekian. Mahu tido

~ Assalamualaikum wbt ~

Kecantikan lelaki & Kegagahan Wanita


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa
fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik
adalah :

1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk
ingatan
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima
racun

4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
5. Lelaki yang baik sangka
6. Lelaki yang tidak pernah putus asa



Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad
adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

=====================================

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal
otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah adalah :-

1. Perempuan yang tahan menerima sebuah
kehilangan
2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan
setelah ditinggalkan

4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar
dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah
adalah kegagahan sempurna bagi seorang
perempuan.

Kenapa kita perlu menangis kerana gagal mendapatkan cinta daripada seorang manusia, sedangkan kita tidak menangis kerana tidak berusaha mendapatkan cinta daripada Allah s.w.t & Rasullullah s.a.w? Sesungguhnya aku adalah hambamu yang lemah ya Allah..

Kita pasti dirisik..


Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka
Renung-renungkanlah bersama.....

Jika kamu....

Renungkan....
 Hayati dan fahami....



 Jika kamu memancing ikan....
 setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu
 mengambil terus ikan itu....
 janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
 air begitu sahaja....
 kerana ia akan sakit
 oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin
 ia akan menderita selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
 kepada seseorang...
 setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
 hatinya....
 janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
 sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
 mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
 mengingatimu....

 Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
 mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
 begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
 Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu
 menampalnya semula....
 akhirnya ia dibuang....
 sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih
boleh digunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
 seadanya....
 Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
 menganggapnya begitu istimewa....
 anggaplah dia manusia biasa.
 Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah
 bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa
 meninggalkannya.
 Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
 kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

 Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
 pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
 Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
 lain..
 Terlalu ingin mengejar kelazatan.
 Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
 memakannya.
 Kamu akan menyesal.

 Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
 insan.....
 yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
 Menyayangimu. Mengasihimu.
 Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan
 yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
 Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi
 milik orang lain
 Kamu juga yang akan menyesal.....

Saturday, February 26, 2011

Ayat renungan di malam hari

Tengah belek-belek External Hard Disk, terjumpa beberapa potong ayat.. bukan ayat al-Quran, ayat2 pujangga..
Macam mendalam maksudnya dan kena pulak pada empunya diri ni kan..

"Biar kita tidak dihargai, tapi masih ada harga diri daripada hilang harga
diri demi untuk dihargai"
 
"Jangan menjanjikan sesuatu yg sukar utk mengotakannya.Janganlah kita mengharap segunung harapan yang kita citakan akan terhasil.Hari ini,Tuhan berikan secebis kasih sayang.Mungkin besok hari, tuhan campakkan rasa benci.Hargailah kasih sayang hari ini. kelak besok,kita mungkin hilang nikmat kasih sayang.Janganlah terlalu menyalahkan diri sendiri atas kekecewaan.Kita bertemu dan berpisah kerana Allah.Kepada Allah jua kita kembali."
 
Dan yang paling bermakna jatuh kepada....
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali



pi.es: Standard la perempuan, Emosi kadang-kadang tak menentu.. Sabar subur,xsabar masuk kubur la yer.. hahahaha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails