Thursday, March 17, 2011

Away sementara waktu.

Sudah lama tidak update belog. Internet keputusan seminggu. Tapi,tetap tak dapat update sebab tengah sibuk dengan persiapan ke tempat orang. Lapan hari kut. Lapan hari makan hati.

Kemana? Ok, bagi hint sikit.

Teringin nak makan lontong dan otak-otak sambil menikmati Tarian Zapin

jom layan lagu sepupu rapat Kak Ziana kita. Lagi best dari Lady Gaga kot!

Sunday, March 6, 2011

Kontest tunjuk dan bagitahu, itulah cashier yang kita nak! :D

 Sejak kebelakangan ni mesti korang perasan kan, entry aku macam 'baik' sikit? haha.. tu namanya keep update walaopon dah ketandusan idea :p

Dan ari Rabu lepas, aku ditugaskan ke Jusco Taman Equine untuk mengaudit contest Show & Tell kat sana. Kira Jusco Taman Equine jadi tuan rumah untuk contest tahun ni.

kalo korang selalu masuk Jusco,mesti pernah dengar contest ni. Kena isi form vote cashier yang korang berkenan,so finalis2 yang mewakili setiap store yang terpilih layak masuk contest ni.

Sedikit info mengenai Show & Tell Cashier Contest;
Dalam kontest ni, ada dua kategori;
1. Best Cashier - point penting iaitu cara menghandle barang kat cashier counter, layanan cashier,dan kepantasan cashier. 
2. Speedy Cashier - kepantasan cashier dalam menghandle transaksi

Hadiah die best2 wooo. Aku sempat tengok replika kad untuk Johan, hadiahnya Trip ke China dan duit RM500 Tunai. Sape tak nak woi??

 
 Di ruang supermarket, barisan cashier sedang menunggu giliran.

 Karen & Pn Lin. Sorang sibuk key-in data, sorang sibuk jadi organiser. Aku? sibuk tangkap gambar je :p

 Ha, ni juri2, tengah judge cashier tu. Yang jadi customer tu staff gak.Purak2 je. :p

 Second session. Speedy Cashier lah pulokk!

 Ni kat area bukan supermarket. pon ada contest gak. Tapi kat sini cam tough sket. 'Customer' banyak benau bertanya. Berpeluh2 diorang dibuatnye. 
 Kena evaluate dulu dengan Judges.

 Tengok kuku! Pendek kan kuku saya? :p

 Pemerhati la kononye. Konon je lah.

  
 Ni dah macam buat audit Store Operation la pulekk :p

 Konon-konon la beli barang. Sambil2 tu tanya soalan.


Sedutan pertandingan. Tanya sambil scan brg. Larat ke kak nak menjawab tue?

aku upload video ni sebab de muka aku je :p

Pemenangnya aku xtau. Sebab esoknye manager je yang datang pergi tengok. Sedey! Baru berangan nak dapat bebear cenderamata tuh. :(

malas taip. Layankan aje k! ;)

p.s: Hancur Impianku.. Rosak Plan ari Ahad.. Mimpi jer la... ='(

Sunday, February 27, 2011

Malam Ini

Malam ini panas semacam.
Cuaca pon beremosi macam aku ek?
Dan aku masih demam.
Harap-harap esok boleh lah pergi kerja.

Sekian. Mahu tido

~ Assalamualaikum wbt ~

Kecantikan lelaki & Kegagahan Wanita


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa
fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik
adalah :

1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk
ingatan
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima
racun

4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
5. Lelaki yang baik sangka
6. Lelaki yang tidak pernah putus asa



Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad
adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

=====================================

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal
otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah adalah :-

1. Perempuan yang tahan menerima sebuah
kehilangan
2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan
setelah ditinggalkan

4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar
dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah
adalah kegagahan sempurna bagi seorang
perempuan.

Kenapa kita perlu menangis kerana gagal mendapatkan cinta daripada seorang manusia, sedangkan kita tidak menangis kerana tidak berusaha mendapatkan cinta daripada Allah s.w.t & Rasullullah s.a.w? Sesungguhnya aku adalah hambamu yang lemah ya Allah..

Kita pasti dirisik..


Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka
Renung-renungkanlah bersama.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails