Saturday, April 28, 2012

Pertandingan Cover Photo Fizshop Closet :D

Adakah anda muslimah sejati?

Berminat dengan fesyen terkini baju muslimah?

Mahu mendapatkannya?



Gaya Santai Seperti ini?

Atau Lebih Vouge tetapi masih sopan seperti ini?


Tampak Comel Seperti ini?

Atau...

Bermotifkan Vintage seperti ini?

 
 Jadi marilah beramai-ramai menyertai pertandingan :



Cara menyertai mudah sahaja :)

  1. Like dan add friends Fizhshop Closet & FIZH SHOP "
  2. Kemudian reka Cover Photo bagi Online Shop mereka 
  3. Cover Photo haruslah menggunakan nama "FizhShop Closet". Rekaan yang paling kreatif akan terpilih! :D


tarikh tutup 5 Mei 2012.. :)



Hadiahnya??

Pemenang bakal memenangi hadiah berupa T-shirt Muslimah bernilai RM42 seperti yang dipapar dalam entry ini. Ini baru sikit, ada 79 design kesemuanya, boleh pilih mana 1 yang anda mahu dan saiz yang dikehendaki.. Pasti rambang mata mahu memilihnya!
 



Jadi tunggu apa lagi, meh join beramai-ramai dan ajak rakan-rakan yang lain ye =) "The More,The Merrier"

All the best! =D 

p/s: pemilik Online Shop ni merupakan sahabat baik aku semasa menuntut di Uni dahulu.. Alhamdulillah dah jadi usahawan dah beliau =)

Wednesday, April 25, 2012

Berjumpa Dua Lembaga Di Siang Hari

Assalamualaikum semua!

Hari ini dah semalam aku telah mengambil cuti secara advance, dimana isnin baru apply kat sistem,petang tu lulus. Alhamdulillah & terima kasih kepada Encik Bos - Bos yang memahami situasi aku yang terpaksa ambil cuti pada hari tersebut. Sebab kena jumpa dua lembaga,takut weh!

- nak setelkan hal rumah keluarga di Puchong
- nak setelkan e-filing LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri)
- nak setelkan hal Tabung Haji (Lembaga Tabung Haji)

 Rumah di Puchong 
  • alhamdulillah progress dah nampak kemajuannya walaupun ada gak sedikit tak puas hati tentang renovation rumah family aku tu. Tadi aku tengok,diorang dah pasang lampu ruang tamu & bilik adik & mak abah aku, cuma bilik aku je belum pasang lagi. Oh ya, kena beli lampu baru untuk bilik bawah sebab masalah pencahayaan.
  • Pintu,sliding door dah pasang. Tinggal jubin dapur perlu diperkemaskan lagi, cat dinding pun xhabis cat lagi. 
E-filing LHDN
  • Bak kata Amieynna Amin, "saya sudah,anda bila lagi?" Due date e-filing & declare income pada hujung bulan ni,iaitu income pada tahun 2011 ya. Lembaga ni akan mengganas kalau anda tak declare income,silap-silap kena penalti yo!
  • Bagi sesiapa yang 1st timer kes macam aku ni, dinasihatkan bagi yang tiada nombor cukai lagi dan baru nak buka fail,anda disarankan bawa siap-siap salinan EA Form dan Kad Pengenalan. Kemudian isi satu borang untuk buka fail dan baru boleh daftar untuk dapat ID pin untuk login e-filing. Mudah je langkah dia..so sesiapa xbuat lagi cepat2 la pohon cuti setelkan cepat-cepat ok!
Tabung Haji
  • Oh ya, yang ni agak kelakar sedikit sebab buku akaun Tabung Haji aku tu sebenarnya dah boleh diiktiraf obselete stock sebab buku tu tak pernah diusik sejak tahun 2001 waktu aku skola rendah lagi mula-mula didaftar. Dan bulan lepas semasa mak & abah nak update Buku akaun Tabung Haji tu,aku pun nk update juga tetapi malangnya buku tu da expired (tiada nombor IC). Maka terpaksalah datang untuk buka buku baru.Ha, lembaga yang ni baik sikit, tak kejar orang tapi kita yang akan kejar dia :p
  • Di kaunter semasa pembukaan akaun baru, aku saja meramah mesrakan mulut ni bertanya;
 
"Buku ni kalau nak simpan duit boleh direct ke Bank Islam kan?"  saja memulakan soalan yang nampak agak bodoh kehkehkeh. Cik Teller tu pun angguk je geleng x

"Cik, kalau nak pergi menunaikan haji, kena daftar kan? Berapa banyak kena simpan untuk daftar haji ye?" tengok,soalan bijak dah mula keluar dari paleotak aku ni :p

" Ya,cik boleh daftar. Online pon boleh. Dalam RM1,300 cik kena pastikan dah ada dalam akaun TH,jadi kami akan terus bekukan wang tu sebagai tanda cik dah daftar untuk menunaikan haji" Mulut berjalan,tangan berjalan. Hebat cik ni :p

"Kalau saya daftar tahun ni,giliran saya tahun bila ye?"

"2048"

Terbeliak biji mata eden mendongaunya. Lama kot, dalam 36 tahun kena menunggu dan pada umur 61 tahun baru dapat menunaikan haji. Entah hidup lagi ke tak waktu tu, silap-silap nak jalan pun menggeletar!

"Tapi cik,kalau nak pergi sebelum tarikh giliran tu boleh tak? Macam terlalu lama je nak menunggu" Aku memulakan bargaining skill yang tak berapa nak hebat ni =P

"Boleh,tapi dengan syarat cik kena buat surat rayuan ke alamat ni. Kemudian cik kena pastikan wang cik nak mengerjakan haji dah cukup. Kelulusan tertakluk pada justifikasi surat cik n budi bicara pihak TH" Balas cik Teller tu lagi
 
 
 
***********************************
 
Pengajarannya yang boleh disimpulkan dari drama swasta tadi ialah ;
  1. Kumpul duit RM 1,300 siap-siap dan terus daftar awal!
  2. Jangan berlengah sebab setiap hari dikira,kalau korang daftar tahun depan,alamat lagi lama menunggu~
  3. Kalau nak pergi haji awal, pastikan wang dah mencukupi,kemudian sediakan surat rayuan dengan sebab yang munasabah munasarawak :p


 Ok,till then,selesai sudah bebelan haku pada hari ini. Nak berehat sebab esok dah mula kerja. Till then, Assalamualaikum =)

Wednesday, April 18, 2012

Only In Malaysia,Walaweyh!!

Jom layan video ni. Best!!



Setuju dengan semua pendapat dalam video ni pasal Malaysia especially;


  1. Handsfree kat motor (selalu tengok waktu merempits di jalan raya)
  2. Pakai baju hujan reverse side (aku pon pernah wat gak :P especially time hujan )
  3. Mintak free gift (pun aku biasa buat :P haruslah, peniaga kan suka attract customer dengan free gift jugak kan kan )
  4. Orang suka potong barisan beratur (Xpernah buat tapi pernah terjadi kat aku dan aku tegur orang tu,malu dia. so,kena ada sivik ye )
dan the bestest part is...

Kuasa 'tangan', yang ni dah berkali-kali buat setiap kali nak masuk hostel dan masuk parking tempat kerja.. Kuikui!

Enjoy the vids! =)


p/s: Greyson Chance artis youtube tu pon ada. coolness apabila beliau cakap Bahasa Melayu rojak!

Sunday, April 8, 2012

Guestbook Giveaway by ShareYourLoveWithCards

Sekali lagi join Give away, nampaknya entry sejak kebelakangan ni banyak dengan penyertaan contest & giveaway je kan? ^^,

Kalini cik Sazalina Zakaria dari ShareYourLoveWithCards berbesar hati nak memberi guestbook yang cantik bangat ni. Dan seperti biasa, warna Soft Pink buku giveaway ni cantik sangat =)


harap-harap nasib menyebelahi la ye, boleh jadi guestbook untuk my becoming wedding event nanti. Amin ^^,

Sesiapa nak join moh ke link ini ya 

Tarikh tutup : 30 April 2012

MAGNOLIA PERT GIVEAWAY 2012

Assalamualaikum!

Tora Honeylalala datang lagi mengjoin giveaway~~.

Cantik kan jam ni?

Berkenan sangat kat tali dia yang bentuk anyaman tu ^_^


Nak join moh ke sini ya =)

Tarikh tutup : Insya Allah pertengahan bulan April, ayuh! ^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails