Friday, March 5, 2010

sape berminat nak jadi cikgu sila hangkat tangan!


salam semua. baru je update status fesbuk nak jadi rajin. alih2 gatal g tekan new post kat belog. maka jadi la post ini. oh ya, post kali ini bukan post sampah ye. harap MAKYONG!

okeh kawan-kawan sekalian, sapa berminat nak jadi cikgu?(ceh,macam main polis sentri pulak). baru-baru ni ada pembukaan ambilan Julai - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah a.k.a DPLI. dulu2 KPLI kan? skang DPLI dah. siapa2 yang berminat nak jadi tenaga pengajar, gemarkan budak-budak(bukan makan budak ye) dan bersifat penyayang (terutama pelajar2 yang suka calar kereta guru) anda sangat-sangat lah digalakkan apply!

malas nak banyak repek, ni syaratnya:

SYARAT AM UNIVERSITI
Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja serta berumur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1975.

Syarat Am
  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan
    PNGK sekurang - sekurangnya 2.75;
    atau
  2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti.
    dan
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
    dan
  4. Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai;
    dan
  5. Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)
  6. Lulus Temu duga dan diperaku oleh panel penemu duga.
dan ada lagi syarat2 lain yang penting. sila ke webiste ini.tekan ini.kelik je la wei! >.<

PERMOHONAN ONLINE dibuka mulai 1 MAC 2010 (ISNIN) jam 12.00 TENGAH HARI di Laman Web Kemasukan ke IPTA : http://upu.mohe.gov.my
PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
Bayaran boleh dibuat di Kaunter, Mesin ATM atau Perbankan SMS BSN dengan harga RM20.60 (termasuk RM0.60 bayaran perkhidmatan bank)
Melalui mesin ATM - Pilih URUSAN LAIN > NO. PIN > IPTA > DIPLOMA PENDIDIKAN
TEMPOH PERMOHONAN & PEMBELIAN NO. UNIK ID (PIN) : 1 - 16 MAC 2010

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 16 MAC 2010

pi.es: jangan salahkan tulisan ni. aku kopipes jer. memang besar sebab nak bagi korang baca jelas-jelas.

Ok, masih sempat ye rakan-rakan. berminat? apply cepat2! banyak tau benefit jadi cikgu! Budak sekolah cuti,kita pon cuti gak. LOLZ

apply WOAH xapply rugi WOAH.

pi.es lagi: kerja kerajaan siyes susah nak dapat. sila la grab peluang selagi masih ada. opsss,lupa nak announce, bulan March memang sibuk career talk sana ini. =D

1 comment:

mimi said...

14 tahun lepas dah alami proses tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails