Wednesday, March 31, 2010

Malu2 kucen tau.. ='>


Korang masih teringat tak zaman2 sekolah menengah dulu? Di mana cikgu tiba2 panggil HANYA pelajar-pelajar perempuan sahaja masuk ke dalam dewan tertutup. Kemudian memember2 lelaki yang lain terpinga-pinga, "eh ada spotcheck ke?" dan mula lah yang lain menggelabah simpan komik2 xpun jutaria yang disimpan dalam beg sekolah masing. ada yang sorok di dalam tong sampah, almari penuh buku kat belakang xpun berkomplot dengan pengawas sekolah.

Pintu dewan sekolah dikatup rapat, kalau boleh guru lelaki pun xdibenarkan masuk serta sama. Masing2 dah cuak,aku pun cuak jugak. Mana xnya,ape kes ni? Spot Check ke? Barang hilang kena curi ke? Macam2 perkara di benak ni menari2 mengikut pusingan jam. Kemudian ada sekumpulan kakak/makcik yang xdikenali datang ke arah barisan pelajar mengikut kelas memberikan satu paket benda yang dibungkus. Benda tu memang menarik hati,menarik minat, bermacam2 warna. Kadang2,sampai beri risalah tu. Risau dah tiada, teruja pula yang ganti. Wah, masa tu xsabar je nak jadi dewasa!

Kemudian kakak/makcik tersebut bagi penerangan. siap ada carta lagi.bila diorang tanya ada soalan,semua geleng2.tak tau nak tanya apa. aku pun malu nk bertanya. yela,tak tau apa2kan,nak tanya apa? dah habis sesi tu,kitorang semua dilepaskan balik ke kelas masing2.benda tu kitorang simpan kemas2 dalam beg.maklumlah sekolah campur.='>

Dah dapat hint?

Inilah benda yang dimaksudkan.


Wajarkah Pendidikan Seks diajar di sekolah? Even nak mengintroduce "benda" ni pun kena katup pintu dewan rapat2.=)

pi.es: Saja wat entry ni sebab tiba2 teringat zaman sekolah dolu2. Wah aku dah semakin berumur. =(

3 comments:

Admiral Hafiz said...

rasanya2
pendidikan seks xperlu
cuma kita perlu mantapkan pendidikan Islam di sekolah
utk berteras gegala sosial dalam kalangan remaja??
australia dah mansuhkan pendidikan seks ni pada thun 2004 kat sna
coz gegelal sosial lagi meningkat
so perlu ke?

http://admiralhafiz.blogspot.com/

Honey Lalala said...

ow yea ke? mungkin btol ckp awk tu. macam2 org,mcm2 pendapat.:)

Syima said...

pasal ni biasela got pros and cons. mmg la kene belajar abis bile kite nak taw? by watching porno? even kite belajar bout this stuff mase f3, rsnye bdk2 zaman skrg dh start tgk porno dr skolah rendah lg~

if kat skolah x diajar pon~ internet luas. mcm2 boleh cari. i think for the good benefits (yang kite masing2 boleh fikirkan malas nak berpanjang lebar disini) i think it's wajar diajar di skolah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails