Thursday, January 12, 2012

Serik Dah Pasni!

Assalamualaikum,

cuma nk share story yang baru aku lalui tadi.

Berdebar2,dua kes in a row. 

Semalam, hampir-hampir langgar seorang pejalan kaki, tapi ITU MEMANG SALAH DIA sebab dia keluar dari celah kesesakan kereta sambil membelek henpon dan xtengok jalan. Memang PERCUMA dapat jeritan free dari aku. Nasib baik dia minta maaf. Bawak punya hemat pun masih ada yang nak mencalarkan rekod permotoran aku. huh!

Tapi yang ni lagi menakutkan. Habis je kerja, aku pergi Green Box sambil mereleasekan tension bersama kawan aku. Dan,pukul 6.45,parents dia call nak jemput dia kat Time Square. Ok la, normally kami selalu dinner sama-sama, dan kalini dia kena balik awal,jadi aku teman la dia turun ke Low Yat beli makanan dengan dia.

hiasan penyedap mata

Kami pun berpisah kat depan Low Yat dan aku balik sendirian menapak dalam bangunan Sungei Wang menuju ke parking motor aku. Memandangkan pejabat aku kat BB Plaza,aku memang park kat area pejabat aku (Nota: Office hour tamat 5.15, so korang bayangkan keadaan parking tu pada pukul 7 malam)

Dah sampai kat parking motor,aku bersiap2 pakai sweater, mask dan helmet. Tengah nak pakai helmet,aku tiba-tiba dapat hidayah nak toleh belakang. Dan YES! ada seorang lelaki berkulit gelap (muka macam bukan orang tempatan) datang macam menuju kat aku. Ya, siapa lagi sebab MEMANG aku seorang sahaja kat situ. Dan tiba-tiba langkah dia terhenti,dia pandang aku,dia patah balik. Alhamdulillah, ada motor lalu tiba-tiba.(pasal tu dia berhenti sebab ada orang lalu) Aku dah gabra. Kat satu sudut,ada kawan dia duk menunggu kat belakang sana. Memang dia tengah TENGOK aku. 

Cepat-cepat aku start motor, pecut!! 

Freaking SCARY! Bayangkan kalau aku tak toleh, apa yang akan berlaku?

Bayangkan kalau xde motor/orang lain lalu,apa akan berlaku?

Ok,aku taknak bayangkan benda buruk jadi kat aku. Cukuplah experience aku zaman Form 4 dulu. Aku ni memang xserik. Suka sangat buat semua benda sendiri. Konon tak nak menyusahkan orang, alih-alih kalo berlaku apa-apa,memang MENYUSAHKAN orang jugak. Huh!!


Serius taubat aku TAKNAK balik SORANG-SORANG tanpa TEMAN. Pasni aku akan PAKSA kawan aku tu teman sampai parking lot,WAJIB!!!!

4 comments:

Siti Norhafizah said...

mmg sangat2 menakutkan...
dunia skarang... kat mane2 pn x selamat rasanya...

nurulizzahz said...

hati2 iefa.. bahaya gila kot.. klu ko adk ak dh kena ceramah 1jam nonstop..

Honey Lalala said...

huhu mekaseh korang. Insaf aku. Pasni aku b more careful kay =)

Syima said...

i pun slalu blk srang2 tp make sure dari tempat u bertolak tu sentiasa berhati2. slalu jeling blakang n buat muka garang xpe org x terpikat pun xpe asalkan kita selamat. make sure 'recognize' org yg ada blakang kita. kalau dia mcm lama sgt blakang kita n asyik masuk lorong yg sama. cpat2 tuka option pg tmpt rmai org n konon2 beli brg sambil tu perhatikan dia. cabut cepat if dia x nmpk u. i pnah have a feeling kena ikut jgk and i buat mcmtu. that guy mmg seriously tail-getting me. i msk kedai baju besar selit2 n perhatikan dia. bila dia pndang tmpt lain i cpat2 keluar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails