Tuesday, January 24, 2012

Sepetang di Garden Mid Valley =)

Pada satu hari bernama Isnin.. tatkala semua warga kota pulang ke kampung sempena Tahun Baru Cina, aku ke tempat ini, di Mid Valley.. 

Aku consider restoran ni mahal sebab tengok dari luar pun tahu kan? Tapi harga dia not bad la, just kena siap sedia RM60++ kalo nak makan berdua ye! Including Service & Govt Tax!

kredit to Marogal + google image

Oh ya, pernah pergi suatu ketika dahulu pada tahun 2009. Waktu tu restoran Gardens kat Mid Valley xbukak lagi.


zaman muda mudi dahulu kala. hoho. kat OU 

Tapi waktu tu makan buffet buka puasa,xsilap dalam RM50++ per pax.. Agak mahal tp berbaloi! 

Ok,dijadikan cerita haku pergi ke sini.. Untuk menikmati hidangan kat sini a'la carte.. dan sedang membelek-belek menu tu,terpikat dengan hidangan bernama Chicken Teriyaki,sebabnya ada mashed potato. Padahal kepsi ade jek mashed potato tu. Saje je gedik nak merasa.

kredit to storyofsmartcat + google image

ha camni rupanya Teriyaki Chicken. Lapisan atas ayam,ad kacang panjang dan bawah tu Mashed Potato. Sos dia yang wat sedap tu =)


Overall, dish presentation quite ok, ala-ala masterchef gitu.. so sediakan pinggan besar2 & berat. pastu letak elok2 atas pinggan..jeng!

Sedang enak memakan.. dalam 40% dah masuk dalam perut,ternampak sesuatu berwarna hitam di dalam mashed potato tersebut. Zoom punya zoom punya zoom.

Ohmaiii! Ada kepala lalat yang sudah dihukum pancung kat dalam mashed potato tu. So xkan aku nak ignore je kan? Secepat kilat ku panggil pelayan di situ, aku cakap

"There's something in my dishes"

Saje nak cakap mat salleh sebab diorang mintak order kemain speaking2 ngan aku lagi. Hamik kO! :p

Pelayan tu tengok arwah lalat tu dengan penuh kerutan di dahi, sepantas angin mengambil pinggan makanan tu ke dapur.

Tak lama kemudian, datang la supervisor restoran tu (sebab baju dia lain dari pelayan tu) dan kata

"Maaf cik, cik jumpa arwah lalat tu dalam plate tu ye? Kami dah buang semua mashed potato tu ke dalam tong sampah. Kami minta maaf sesangat. Cik nk order lain ke, order baru?"

Disebabkan aku dh makan hampir 40% dan time tu aku dh kenyang, xkan aku nk order lagi kan? Selera pon dh terbantut dek ketidakhyegiene-an mereka. aku pon menjawab sambil wat muka

" Tak pe la encik, saya dh tak lalu dan tak berselera nak makan lepas jumpa arwah lalat tu,tak pe la" sambil wat muka kecewa :p

Supervisor restoran tu dah serba salah. 

"Kalau macam tu,kami gantikan dengan kek as a compliment dan tanda minta maaf dari kami"

Maka dengan pantasnya aku bersetuju tanpa soal siasat. Sape taknak makan free kan? Itu lah denda sepatutnya sebab dah kasi aku bad perception kan? Naluri Mak Shin Chan (MIsae) memang masih tinggi dalam diri aku :p

........ Jeng jenG!!




Nota: Air di gambar tersebut ialah Longan Blast,RM9.90

Tak berapa nak pasti apa nama kek ni. Macam green tea + red bean paste je kek ni. Dua kali pandang macam kek berumput. Rasa dia so-so je la, Secret Recipe gak terbaik! =D

Moral of the story, kalau korang ke restoran mewah sekalipun, dun give too high expectation. Sebab yang bekerja ni pon normal human being, mesti ada mistakes jugak. Cuma aku jela yang tak berapa nak bernasib baik waktu tu. So, my tips ialah:

  1. Kalau dapat makanan bertingkat-tingkat/bertindih macam burger ke, jangan ngap terus! Makan selapis demi selapis. Bit too fussy tapi ok la dari korang termakan benda yang tak sepatutnya kan?
  2. Kalau makan tu, jangan dok tenung buah hati sampai makanan masuk mulut tak sedar. Alret with the environment :p
  3. Jangan pilih makanan pelik-pelik. Nanti ad arwah cicak ke lipas ke, korang ingat tu side dish pulak. Eiiiiyuwww!
  4. Kalau jumpa bendasing dalam makanan, cepat2 stop, snap picture,masukkan dalam blog. Disebabkan aku terlalu eksaited maka aku tak wat langkah ni. Cis!
  5. JANGAN BAYAR MAKANAN yang dah defect camtu. Customer always right. So kepada sesiapa yang tak tau tu,sila refer buku Marketing balik. Tapi applicable kat restoran mahal jela,aku tak berani komen kalo kat kedai makan biasa. Silap2 tuan punya kedai tu jegil mata balik kat ko. Hahaha :p
  6. Sentiasa baca doa makan. Back to basic!! =D


Dan akhirnya, makanan tu di'consider' sebagai FOC (sebab aku dah komplen ada lalat dan aku makan xhabis) dan kek tu sebagai hadiah (tak perlu bayar lagi). Makan free la aku hari tu! Yeayyyyyy~~ (~~,)

Oh ya, restoran ni agak best dari segi furnishing, greenish environment dan kalau nak dptkan mood romantika de amor, recommended! Yang seronoknya, ada pianist yang memainkan Love Song sepanjang korang makan kat situ. So sweeeeeet~~ =)

p.s: pandai encik buah hati bawa makan ke sini. dalam hati ada taman tu. weeewit! :p

2 comments:

Syima said...

emm i dh 2kali mkn kat the gardens, 2kali tu jgkla dpt mknan x sedap =(. lgpun mcm x berbaloi mahal sgt. baik mkn kat william or murni..

Honey Lalala said...

murni kat area mana eh? i dh g kat area PJ tp xbest sbb tepi longkang & sakit perut pas makan kt situ =(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails