Saturday, September 15, 2012

"Urban Vibe HOTTEST Blogger Contest(PREVIEW-Ampang Point)"



Assalamualaikum semua! 

Ada sesiapa yang ingat tak tarikh 7 September hingga 9 September 2012 baru-baru ni? Yaaaa.. Tarikh tersebut adalah tarikh dimana Pameran Pengantin Malaysia 2012 yang baru saja melabuhkan tirainya bagi sesi di Ampang Point yang dianjurkan oleh pihak Urban Vibe Event

Alhamdulillah,mula-mula nak ajak Encik Buah Hati pergi bersama-sama ke pameran ni,tapi alih-alih mak dan abah nak ikot sekali(kita pergi next event jela ye Encik Buah Hati :P),katanya nak juga tengok bagaimana pameran ni berlangsung. Iyalah,selama ni mereka pergi ke Ampang Point setakat pinjam buku dan window shopping je, tapi tidak pula menjengah ke ruang legar bawah tu kecuali ada jualan hebat raya/bermusim je, sadis bukan? =_=''

Oh ya, Hani pergi pada hari Sabtu,almaklumlah hari Sabtu cuti,jadi mari gunakan cuti sepuas-puasnya di pameran ni ^^,


sampai-sampai je mata Hani terus tertancap kat pentas pameran ni. Cantikkan pelamin yang direka oleh Mahligai Creative Weddings ni? tengok! Ada warna-warna tema yang dikatakan tu! Navy Blue+Lime Green+Light Pink. Hani ada nyatakan betapa terujanya Hani nak tengok pameran tersebut sebelum ni,masih ingatkan? Lepastu letak pula kerusi warna Purple,memang kombinasi yang cantik! =D

Antara dekorasi yang pernah dibuat mereka :-



Hani pun nak juga bergambar kat pelamin ni. Tak dapat duduk,bergambar pun jadila =)


Kemudian Hani jalan-jalan ronda sekitar dan nampak booth KadKahwinMu. Saja jamu mata tengok kad kahwin di situ. Semua menarik & kreatif!


Nah,gunakan frontpage Harian Metro sebagai kad undangan ,baru terkenal / popular! 






Terkenang zaman bercinta di alam sekolah? Guna stail buku tulis ;)




Borak-borak kejap dengan akak Nurul,dia pun tunjuk pakej promosi kad kahwin. Menarik! Siap dapat percuma Hard Cover Laser Cut Card+Kotak goodies+Bunting+Thankyou Tag+Sampul surat bercetak+Guestbook & cop mengikut pakej yang mereka tawarkan. Jimat tu,dah tak payah pening kepala :D


Inilah Kak Nurul yang disebutkan tadi. Terima kasih Kak Nurul atas maklumat yang diberi ya! :D

Pastu jumpa booth penganjur. Tadaaaa..!






Daftar kat sini dulu,baru dapat beg kertas percuma! :D



Semangat bersama mak mengisi borang pendaftaran



Close up sikit >,<

Kemudian sambung meronda-ronda di pameran sekitar. Jumpa :-






sempat lagi kami membelek-belek kejap album Eddie Photovideo. Cantek!






IM Rafina Wedding

Dan bermacam-macam gerai yang Hani ronda-ronda,tak larat rasanya nak senaraikan di sini,banyak dan rambang mata! Dan oh ya,Hani nak kongsi satu pengalaman Hani,pengalaman pertama Hani menempah dari vendor. Yela,selama ni Hani jenguk-jenguk dan intai-intai je,saja cuci mata tengok gerai pameran pengantin yang cantik-cantik ni. Nak dijadikan cerita,semasa Hani tengah belek-belek album kat booth EddiePhotoVideo tu,Hani tertoleh kat booth bertentangan.



Mula-mula Hani saja je tengok2 dan tercegat depan booth NIC ni, kemudian tiba-tiba Hani didatangi oleh salah seorang kakitangan NIC. Dia pun bagi risalah promosi (kalau korang pun mesti dapat risalah2 sebab nak promosi),Hani pun saja lah buka,tengok pakej-pakej yang ditawarkan. 

Kebetulan mak Hani memang cerewet bab makanan. Dia siap pesan lagi,kalau nak tempah katering,kena bawa dia =_='' (ok mak~)

"Mak,nak tak kita buat food testing kat booth ni?" Tetiba soalan begini terpacul. Eh,baculnya mulut aku ni. Tak pernah buat testing-testing sebelum ni,yela masa tu mana ada rancang nak buat majlis.

"Eh,berani ke? Buatnya tak sedap,tak jadi ambil,marah pula orang tu" Mak da mula risau. Biasalah,salah satu sifat orang kita - tidak berani mencuba,termasuk Hani =P

Agaknya orang tu macam perasan kami nak ke taknak,macam teragak-agak,terus dia cakap,
"Takpe cik,rasa je apa salahnya,tak ambil kami pun tak mengapa,"

Wah,cik adik tu pun dah bagi Green Light gitu,apa lagi,meluru la kami ambil tempat duduk nak merasa. =P

Maaf,tak sempat nak snap gambar food tester,segan :P

Rasa punya rasa,mak berkenan. Wah,bukan senang tau mak Hani nk cakap "SEDAP". Terus kata suka. Hani apa lagi,fikir dulu. Ajak mak pusing - pusing rasa makanan lain dulu,alih-alih,mak nak juga NIC. Katanya lagi sedap dari yang lain. Sebab utama - Beras Moghul (memilih btul mak ni :P)


Ni cik adik yang layan kerenah kami. Macam-macam soalan ditanya. Nak tukar menu la,nak macam ni la,macam tu la. Hehe maaf kami memang banyak tanya sikit :P Nasib baik cik adik ni kool je. Tak silap muda 4 tahun dari Hani okeh (dah rasa tua dah T___T)

Dan hasil musyawarah kami sekeluarga, vendor pilihan Hani (dan ye,Hani memang ambil vendor ni,vendor pertama Hani tau) ialah Nurul Izzah Catering. Kami sependapat nak menggunakan khidmat NIC untuk majlis bahagia Hani. Insya Allah =)

Sebab Hani pilih? Masih ingat bukan,entry sebelum ni dimana Hani nak tengok pakej-pakej menarik yang ditawarkan oleh pihak vendor,dan.. tadaaaa!

  • Promosi yang menarik! (Hani dapat diskaun RM200.00 jika hani bayar deposit/booking pada hari pameran. Dah jimat di situ ^^,)
  • Taktik pemasaran yang eye-catch! (Sebab apa Hani cakap camtu? Sebabnya setiap tempahan pada hari pameran,Hani layak untuk dapat pakej Hanimun secara PERCUMA okeh! Dalam & Luar Negara. Dah tak payah pening pasal hanimun. Jimat lagi di situ ^^,
  • Oh ya,jika Hani tempah awal,andaikata harga bahan mentah makanan naik,pihak NIC tidak akan menaikkan harga dari pakej yang Hani ambil tu. Kiranya masih guna harga lama walaupun harga ayam naik doplohsen. Kan jimat lagi tu?? =)
  • Dan yang terakhir sekali,sudah tentulah servis yang diberikan! Cik adik manis tadi tak jemu-jemu layan kerenah Hani sekeluarga,dan menjawab setiap persoalan kami yang kadang-kadang tidak masuk dek akal dengan berhemah. Jadi,kami berharap dapat bekerjasama dengan pihak NIC sehingga selesai majlis dengan tanpa ada masalah. Amin. =)
Lepas selesai proses tempahan/booking,Hani terus ke booth penganjur untuk redeem nombor cabutan atas setiap booking yang bernilai RM100.00. Tapi Hani tak bertuah pun,takpe,belum lagi ada rezeki tu =) Ya,entry lepas juga Hani nyatakan ada program menarik yang Hani nak tengok selain pameran,iaitu cabutan bertuah! :D


Selepas pameran ini, nantikan pula pameran yang terakhir dalam masa yang terdekat di PWTC. See ya sooon!


Hani dah sudah,anda bila lagi?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails