Assalamualaikum semua!
Dah lama rasanya tidak mengemaskini blog ni, almaklumlah sibuk sakan, tak tahu apa yang disibukkan dek tuan empunya blog ni pon tak tahu la,he he :D
Memandangkan minggu ni minggu terakhir kita berpuasa dan seterusnya beraya pada minggu hadapan, Hani nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin in advance!
Ok berbalik pada tajuk asal, entry lama tak sempat nak dikemaskini pada bahagian KEDUA, akan dibuat dalam tempoh terdekat, tetapi meh Hani beri laluan pada entry yang ini iaitu "Urban Vibe HOTTEST Blogger Contest" sempena Pameran Pengantin Malaysia 2012 yang dianjurkan oleh penganjur yang tidak asing lagi, Urban Vibe Event.
Oh ya, sebelum mara ke hadapan, Pameran Pengantin Malaysia 2012 ini bakal diadakan di Ampang Point Shopping Centre bertarikh 7 September 2012 sehingga 9 September 2012 iaitu selama 3 hari dari pukul 10 pagi sehingggalaaaah 10 malam! Nak datang hari-hari pon boleh selama 3 hari tu ye kawan-kawan! :D
Selalu kita lalu lalang asyik nampak je poster pasal pameran kahwin-kahwin la,pengantin la,kerja kahwin la dan lain-lain betul tak?
Secara harfiahnya, Pameran Pengantin Malaysia yang bakal berlangsung di Ampang Point ni berfungsi sebagai medium perantara & pemudah cara bagi bakal-bakal pengantin dalam melaksanakan majlis idaman mereka dari A sampailah ke Z. Bermula dari sekecil-kecil item seperti kad jemputan sehinggalah sebesar-besar item seperti pelamin & katering, senang didapati dengan adanya pameran ni. Tak perlu susah-susah pergi tanya jiran,pakcik,makcik takpun google sana sini. Apa yang perlu dilakukan ialah:-
Selalu kita lalu lalang asyik nampak je poster pasal pameran kahwin-kahwin la,pengantin la,kerja kahwin la dan lain-lain betul tak?
Secara harfiahnya, Pameran Pengantin Malaysia yang bakal berlangsung di Ampang Point ni berfungsi sebagai medium perantara & pemudah cara bagi bakal-bakal pengantin dalam melaksanakan majlis idaman mereka dari A sampailah ke Z. Bermula dari sekecil-kecil item seperti kad jemputan sehinggalah sebesar-besar item seperti pelamin & katering, senang didapati dengan adanya pameran ni. Tak perlu susah-susah pergi tanya jiran,pakcik,makcik takpun google sana sini. Apa yang perlu dilakukan ialah:-
- Datang ke pameran ini.
- Buat kaji selidik atau survey mana-mana pakej menarik yang ditawarkan. Jika ada promosi lagi berbaloi-baloi!
- Buat tempahan seawal yang boleh.
- Selesai! Tak perlu sakit kepala dah, cuma buat susulan(follow up) dengan vendor tersebut.
Mudah bukan????
Dan malah mengujakan pameran pengantin ini juga kali ini bertemakan "A Striped Affair" yang menyasarkan warna-warna pastel yang menarik seperti navy blue,light pink dan lime green bagi dekorasi pelamin dan sudah tentunya pentas utama di sana.
tempat di mana berlangsungnya Pameran Pengantin kalini :D
Apa yang kita nak lihat sepanjang pameran di sana??
Memandangkan rumah Hani sememangnya berdekatan dengan Ampang Point, Hani sudah tentu mahu melihat rekabentuk gerai dan pentas yang dicipta khas mengikut tema di tapak Concourse bagi vendor-vendor seramai 25 orang tu! Walaupun tak ramai,tapi mesti meriah! Harus datang awal ni! =D
Selain itu, Hani nak tengok pakej - pakej dan promosi yang ditawarkan oleh pihak vendor,lebih menarik dari harga di luar sana! Mana tahu, silap-silap boleh terpikat terus boleh buat tempahan tanpa berlengah-lengah lagi? Silap-silap, boleh dapat hadiah menarik selepas buat tempahan bernilai RM100.00 dalam satu resit dengan vendor-vendor tersebut. Menarik!! Heee ;D
Dan terakhir sekali, sudah tentu mahu lihat apa aktiviti - aktiviti menarik yang bakal dilakukan oleh pihak penganjur. Short kuiz? Pertunjukan baju pengantin? Pertandingan rekacipta kad jemputan? Siapa tahu bukan? Semuanya menjadi persoalan di dalam fikiran di kala ini ;D
----------------------------------------------------------------------
Jeng Jeng Jeng......
Meh tenung-tenung renung renung sat poster ni ;D
Ok,apa pula kaitan "Urban Vibe HOTTEST Blogger Contest" ni dengan saya? Oh sudah tentulah saya menyertainya! Berminat nak menyertainya? Meh baca serba sedikit informasi ringkas mengenai kontest ni ok?
Selalu kita tengok blogger buat giveaway,contest,kuiz dan macam-macam. Tetapi yang paling menarik perhatian Hani ialah Urban Vibe Event yang sentiasa menganjurkan kontest dari semasa ke semasa, malahan kuiz setiap minggu yang memberikan hadiah menarik dan kalini kontest untuk blogger yang juga menawarkan hadiah yang sangat-sangat Oh Sem! (maafkan intoku yang sangat poyo ini :P)
Tempat Pertama - Wang Tunai berjumlah RM500.00
Tempat Kedua - Wang Tunai berjumlah RM300.00
Tempat Ketiga - Wang Tunai berjumlah RM200.00
Menarik & lumayan kan? Cash Money tu,siapa taknak bukan? :D
Ok bagaimana nak menyertainya?
Senang aja..
- Peserta perlu 'like' page Pameran Pengantin Malaysia [klik link]
- Peserta hendaklah mempunyai blog, terbuka pada semua blogger tidak kira umur,bangsa & jantina (janji waras ye) dan jadi follower bagi blog Pameran Pengantin Malaysia [klik link]
- Peserta hendaklah memaparkan poster banner di sidebar atau di header blog,dan link kannya kepada blog Pameran Pengantin Malaysia.
- Setelah selesai kesemuanya, peserta diwajibkan membuat 3 tugasan berkaitan Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event terdiri daripada :-
- PREVIEW
- PREVIEW-Ampang Point
- PREVIEW-PWTC
ha, ni la poster yang disebutkan tadi tu :D
Jadi,kamu semua dah bersedia nak menyertai kontest yang menjanjikan hadiah lumayan ni? Jom sertai beramai-ramai ye? The more,the merrier!
Assalamualaikum ;)
No comments:
Post a Comment