Tuesday, July 22, 2008

No internet Connection

Tajuk ni bersesuaian ngan keadaan yang aku alami skang ni,internet lom diaktifkan lagi di kolej aku ni,ni sume gara – gara seorang org kuat kolej yang sgt2 gila kuasa(nama xleh sbut nti kne kick huhu). Maka aku terpaksa dengan sukarela nya menerima kelambatan internet dalam bilik aku. Oh ya,sebut pasal bilik aku,aku dapat bilik di bahagian Basement di blok lain (s1) setelah 2tahun aku duduk di blok sama di bilik yg sama huhu. Bagi aku bilik aku mungkin xsebesar bilik lama aku di k2 dulu tapi selesa jugak la memandangkan roommate hanya 2 orang je. Dan kebetulan jugak,roommate aku ni satu fak ngan aku dan Alhamdulillah la leh masuk kepala same,hehe. Ni pun aku taip siap2 kt bilik aku baru wat posting kat Lab Fakulti,huhu. Well,memandangkan aku da berjanji ngan korang nak bagi pandangan peribadi aku pasal filem Sepi yang aku tonton xlama dulu,jawapannye BEST! Memang tak rugi la korang sume g tgk,lbey2 lagi sesuai bebenor tajuk filem tu ngan diri aku,ahaks. Dalam filem ni,Favourite quote aku ialah “ Dalam kepala otak awk ni,ada satu je benda,tolong jgn ganggu sy,sy xberminat” aku xtau nape,tp tu la eksperesi diri aku sekarang kat sape2 yg poyo royo kat aku,aku akan bg jwpn kerek cmtu. Mesti diorang tergamam senyap punye. Actually,aku xde benda sangat nk citer pasal Sepi ni,memandangkan mood aku hancur disebabkan seseorang. Sape laaa orang tu kan? yang pasti, aku memang teramat amat kecewa ngan ko dan aku dah xtau nk buat apa dah. Terserah anda. Erm,simple kata,dalam tiga – tiga cerita dalam filem Sepi tu,aku paling suka Part Imaan. Maybe sebab aku kan remaja,so agak minat la pasal kisah cinta remaja ni,hehe. So,tamat pasal filem Sepi,kita beralih pula dengan My 1st Japanese food.

My First Japanese Food.

Aku packkan entry ni jadi satu sebab malas nk wat entry banyak2,membazir huhu. Mesti korang kata aku poyo sebab baru makan makanan Jepun da kecoh2,ah aku lantak ape,hoho. Lagipon ni blog aku,suke ati aku la,hehe. Dalam 2 minggu lepas bersamaan ngan hari yang aku tgk citer Sepi ,sebelum tgk citer Sepi kitorang tercari2 tempat mana nk makan. Kawan aku ni selera makan dial eh tahan hebat gak,sebab lidah dia ni dilahirkan nak makan yang mahal – mahal dan cambest je. ( tapi nasib baik dia makan jugak kat mamak,hehe) so aku ni yang agak tak makan mahal – mahal ni pon nak menerai jugak la makan benda2 sedap kat lidah aku,cari punya cari alih2 jumpa kat satu restoran Jepun ni namanya Ichiban Boshi. Sekali pandang aku da agak da mesti mahal suit harga makanan dia(al maklumlah kawan aku ni demand sket) so aku masuk la dalam kedai tu dengan kaki terketar2 melangkah bangga kat dalam kedai tu. Bukak sket die punye catalog(dalam erti kata menu hehe) haaaa leh tahan gak laaa harga ini makanan bha! So,aku agak ragu2 nak makan benda pelik takut aku tak makan kang. So aku pon order la nasi kari ayam chicken chop(nama jepun aku lupe daaa) . Nampak la aku ni pitikal sangat sebab pilih makanan style mamak gak tapi bontot nk merasa kedai mahal jeee.:P kawan aku pulak,dia pilih satu set makanan jepun yang aku xbrape familiar sgt,tp Nampak cam sedap. (display kat dalam gambar ) makan punya makan punya makan. memang sedap. Kira xrugi la berhabis duit kat sini. So kalo korang nk dtg kat Ichiban Boshi,setiap sorang bawak la budget dalam rm30 sorang sebab makanan dia ni sedap harga pon mestila nk gak sama sedapnye,hehe.
p/s: aku suka air aloe lime Ichiban Boshi,masam2 limau. Sedap!^.^

My JPJ’s test~!

Haaaa,ni last story dalam entry aku ni. Seperti yang aku dah tulis kat last entry dulu,aku da dapat lessen P! YAY~ gembira aku lom hbes lagi sbb lesen aku baru je dapat,so leh la aku rembat keter bf ain t hehe. Sebut pasal JPJ test ni,pada hari ujian tu memang paliiing seksa sangat2 sebab nombor aku leh la disabitkan sebagai terawal (hijau no 37) . mana taknya,datang pukul 7 balik kol 6 petang. Sume ni gara – gara JPJ sikit2 sgt haritu. So terpaksa la aku tunggu dengan penuh tak sabarnya,huhu. Yang paling malang bila aku dapat JPJ yang garang ya amat. Aku mati – mati ingat aku fail sbb aku bwk keter terhegeh hegeh tapi last2 aku dapat gak. Tapi sakit hati jugak la sbb JPJ tu asik nak marah aku jer(penat wat muka comel tp xberbaloi gak) so aku terpaksa la bertahan demi mendapatkan P. ( if korang kat tempat aku sure korang hempuk muka JPJ tu ngan stereng sbb mulut dia mmg best)
So kesimpulannya aku dah senang hati sebab aku da dapat lesen P dengan jayanya so aku tak perlu la nk bising dan rimas ngan persoalan bilakah aku akan amik lesen? Haha~
p/s= ain,ko bila nak amik lesen L moto tuh?:P

so,sekian sahaja entry saya untuk kali ini,kalau boring harap maaf sbb saya ni memang memboringkan.

Terima Kasih. ^^,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails