Sunday, February 22, 2009

selamat tinggal internet...

mungkin minggu ini,minggu depan atau waktu yg tidak terjangka, aku tidak dapat mengONLINEkan diri lagi dari KKTAZ yg pernah menjadi kebanggaan aku tidak lama dulu..
bukan apa,khabar terbaru yg amat2 mengejutkan kami yg bergelar SUPER SENIOR (ya, part 2 dipanggil senior,part 3 sudah tentu super senior dan part akhir--> super duper SENIOR!) bahawa...


semua penjelasan telah aku dapat dr blog nurul 'izzah dimana bermula dari 'kebangkaian' mulut seorang penghuni KKTAZ telah menyebabkan seluruh penghuni tidak akan dapat menikmati lagi keistimewaan ini.

aku dapat menjangka siapa si mulut bangkai itu,sudah tentu junior yg baru nak merangkak dalam UM ni dan menetap di KKTAZ. kronologinya bermula begini -

1. perkhidmatan internet semester ini tidak dinafikan bermasalah lebih2 lagi di Blok Santubong 1 (ini kerana aku penghuni blok itu tapi aku masih lagi mampu bersabar kerana aku rasakan masalah ini tidak akan berlanjutan lama)

2. tetapi disebabkan seorang pelajar Junior yg 'culture shock' di KKTAZ berasa dirinya teraniaya kerana perkhidmatan internet senantiasa ON OFF, beliau membuat keputusan tok meng'komplen' kepada pihak yg bertanggungjawab. setelah dilihat masih lagi bermasalah, dengan perasaan tidak sabarnya monyet itu ( izinkan aku mnggelar beliau monyet) mengadu ke QAMU (Quality Assurance Management Unit) dengan mengatakan charge yg dikenakan oleh pihak kolej amat mahal! RM30 satu sem-MAHAL!!??----> wtf??

3. akhirnya,setelah perkara ini naik ke pengetahuan QAMU, pihak kolej (sudah tentu pengetua) mengambil tindakan hendak menutup sahaja perkhidmatan internet.

TAHUKAH ANDA??

1. kolej 10 satu2 nya kolej yang mempunyai perkhidmatan internet WIRED LAN CABLE dimana tidak perlu bergantung kepada wireless,dan sukar untuk keputusan internet melainkan internet di blok itu mengalami masalah disebabkan masalah tertentu (e.g kena petir suatu ketika dahulu)

2. internet di KKTAZ beroperasi 24 jam dimana aku pernah mendownload satu cerita movie selama sehari tanpa ada gangguan akibat putus line. cuba bayangkan betapa lajunya internet ni dibandingkan dengan wireless??!!

3. charge sebanyak rm30 seSEM itu sangat2 berbaloi!! kalo sapa2 yg lemah matematik,sila ke blog nurul 'izzah,beliau sudah hitung awal2 (terima kasih 'izzah).

..terlalu banyak utk aku ungkapkan,tapi xlarat utk aku tuliskan. ini kerana perkhidmatan ini satu2 nya identiti Kolej ini!!

teringat pada hari pertama Haluansiswa aku di Kolej ini, sangat2 terkejut kerana ditempatkan di Kolej yg sangat2 jauh dari Fakulti, atas bukit, tiada makanan disediakan dan biliknya kecil. ayah aku tanya kepada Pembantu Mahasiswa yg temankan kami waktu itu," Apa keistimewaan kolej ni? makan pon xde, bilik pon kecil?," balas PM tersebut," Kolej 10 satu2nya kolej yang ada internet dalam bilik," jawab PM tersebut sambil tersenyum.

Walaupun tidaklah hebat mana kolej 10 ni, tapi aku sayang sangat kat tempat ni! pernah sahabat2 aku mengutuk kolej ini dengan mengatakan kolej ini penuh dengan monyet, jauh pulak tu, bilik sempit dan bermacam2 lagilah, tapi aku xkisah. asalkan internet ni ada, dan environment yg selesa,aku sanggup tinggal.

tapi sayang,sejak timbul isu 'spot check,polisterin dan bermacam2 lagi yg berkaitan kewangan', aku jadi tawar hati. dan lebih2 lagi isu internet yg xpernah berkesudahan sejak aku Tahun 1 lagi.

Tapi apakan daya,aku kecewa dengan kau wahai monyet. aku rasa monyet yg duduk di belakang blok tu lagi bagus dari ko sebab mereka hanya menyusahkan sebilangan penghuni dengan mencuri baju,kasut, menggeledah tong sampah dsbg, tapi ko menyusahkan seluruh penghuni Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi!


Maka,

Selamat Tinggal Internet dan terima kasih kamu wahai si monyet..

1 comment:

a.n.y.s.s said...

ish3..
ksian korang..sabar k..
mmg pelik kate rm30 satu sem mahal..abez xkan nak 30sen kot..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails