Friday, October 23, 2009

Jejak ber Kasih?



baru2 ni aku menonton teater bertajuk Obsesi anjuran Pusat Kebudayaan UM di Dewan Bahasa & Pustaka bersama rumetku, zax, omel & iqram untuk memberi seribu satu sokongan yang tiada tolok bandingnya kepada mamar selaku Gadis Dakwah pada malam itu & kak nurul selaku AJK Publisitu yang terlibat dalam projek ini. dan cuba teka aku jumpa siapa pada malam itu?

kawan baik aku zaman matrix! Amy!!!

what a supriseeeeeee...!! ibarat berada dalam rancangan broadcast live jejak kasih, kami menjerit2 excited kat situ sampai berjaya menarik perhatian org lain di situ. ahahahhaksssss...;p

siyesss lama gila aku xjumpa dia since masing2 wat haluan sendiri lepas kuar matrikulasi, aku masuk UM manakala dia pulak masuk UTM.. namun teater obsesi telah berjaya menemukan kami berdua! thanx kepada teater obsesi dan tulang belakang yang menjayakannya!

sempat lagi kami bergosip2 waktu menonton teater bersama. yang pasti, kawan baik aku ni da meletopppp & chanteqq dari aku! ko makin vogue noXX!
hahahaha.. aku rindu gila zaman matrix, durhhhhhh ;(

papepon,teater Obsesi pada malam itu terbayekkk! cuma watak Utama xzip seluar, mmg membawa histeria kepada semua penonton terutamanya gadis2, tp yang pasti bukan aku kayh! ;p

BFF forever!!XOXO

sinopsis Obsesi: Duan merupakan graduan lulusan kelas kedua teratas telah menjadi penganggur sejak sekian lama dan mengalami tekanan maha hebat di sekeliling beliau sehinggakan beliau bermonolog seorang diri. ibunya pula menyangka beliau berlatih berlakon dan membiarkan beliau berlatih. di dalam dilema duan mencari pekerjaan, beliau kehilangan kekasih dan terbiar dalam dunia kegelapan cipataan beliau..

Saturday, October 17, 2009

bersabar

haish.. memang bersabar sangat2 sekarang ni..

korang pernah alami x keadaan dimana apabila korang nak bekerjasama dengan orang lain tetapi 1% kerjasama pun xdiberi?

aku sedang alaminya.. aku beri mesej, emel, kol.. sume xjalan..

xkan nak berjaya sorang2 kot.. tapi aku tau dorang mmg spesis xleh tgk spesis aku berjaya..

dan spesis tu makin ramai di UM..

1 Malaysia la katakan.. haish..

dan aku xtau nak menghadapi ari selasa ni..

hantam sajalah.. T_T

any suggestion to overcome this problem??

Friday, October 9, 2009

Papadom da Bomb

Hari semalam telah diiktiraf sebagai hari 'fire drill' dimana penghuni kolej 12th mesti - lah memaksa diri mereka turun ke bawah dan mendengar bermacam2 ceramah mengenai kebakaran dan bla bla bla..

Kmay telah mengajak aku meng'escape'kan diri ke luar kawasan UM dan kami bersiar2 tanpa dirancang dan aku menyetujuinya. =p
dan sememangnya tanpa dirancang(sekali lagi), kami pergi ke MidValley dan telah membuat keputusan mau menonton wayang iaitu Papadom!

sememangnya filem ciptaan afdlin shauki sgt2 la best dan berbaloi. aku bukanlah peminat pure filem melayu. tetapi, bila tau afdlin shauki punya cerita, aku tros mengalah!

5/5 bintang aku bagi untuk cerita sebest ini! dan aku berani jamin, selepas anda menonton Papadom, anda semua akan lapar dan segera mencari Restoran Nasi Kandar ataupun KFC(sbb ni je yg aku teringin waktu tu). buktinya, kami berempat telah pergi ke Riang Riang dan ber'supper' di sana! =D

dan Tenks banyak3 kepada Kmay, Idah, Tqa kerana bersosial bersama2 hingga pukul 3 pagi. =D

sedikit sinopsis : Encik Saadom (Afdlin Shauki) yang merupakan seorang penjual nasi kandar berjaya sangat2 laaaa menyayangi anaknya, Miasara.(lLiyana Jasmay) specialities beliau adalah Papadom yang super besar! nak tau lebih lanjut? sila ke pawagam berdekatan yeah! =p but i loooooooveeee Scha more! She's Hawt! =D

betapa lengangnya Parking ini!

Idah M.I.A ( Missing in Action )

Woot Woot : esok g Open House lagi! Mari Menambah Berat Badan! =S

eh,lupa lak. aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Kem aku iaitu Paan dan aweknya yang Hawt iaitu As (pasni Paan kompom kembang dan belanja aku oldtown plak heheh)kerana sudi melawat aku di UM sekaligus membelanja aku kek Secret Recipe dan Makaroni Cheese Bergetah yang dianggap sebagai "Pakej hadiah besday aku in advance". namun, aku xkira, aku nak adiah jugak dari ko wahai Paan. samada Victoria Secret ataupun La Senza. lalala~ =p

Wednesday, October 7, 2009

Beraya Sakan

seperti yang dijanjikan dalam 2 entry lepas, sabtu lepas aku beraya sakan gila - gila sehari suntuk. ini baru namanya rakan sakan edisi 2009. pada hari sabtu tersebut, aku menumpang kereta Kmay dan kami mulakan perjalanan ke rumah Kmay dulu dengan 3 bijik kete, Konvoi la katakan.=D

dalam perjalanan, jem usah nak cakap la, ibarat semua orang berpusu - pusu nak pergi open house. nak dekat 1 jam baru la sampai umah Kmay walaupun kat Keramat jer. Kitorang punya la lapar giler, makan kaw2 kat umah Kmay. Mekasih Kmay for da Makaroni, Rendang Ayam, Nasi impit dan sewaktu dengannya. Best!

~Kmay's House~
Antara Hadirin yang dtg.. ( Li Ling tangkap pic ni )

Kemudian, Next Station pula ke rumah Tqa, xjauh dari rumah Kmay, tapi apartment Tqa dekat ngan Bukit, so kuar kete da sejuk2 da(gedik2 je ni), dan xsangka, rumah Tqa penuh dengan tetamu. mula2 wat2 malu konon2 depan tetamu Tqa, xsampai 10 minit, masing2 da tunjuk belang bergambo bagai. heh.=p papepon, Tenks Tqa for da Pasta Spagetti, Mee Bandung, Rendang dan Homemade Pudding tu! Syedap! =D


kat umah Tqa =)

kucing Tqa, nama dia Minnie.. Schomel!!

bersesat di Taman OU~

Last Station, Umah Ecah kat Damansara Utama. Berpusing2 jugakla mencari umah Ecah menggunakan GPS Idah(Idah saje je poyo =p). Sampai sesat masuk terowong mane tah dan akhirnya 2 buah kete xdpt nk ikot sbb da berpecah & sesat =(. hasilnya, tinggal kete Kmay dan kami meneruskan perjalanan. Sampai2 je da Magrib(sempat Asar k) pas2 ktorg makan gila2 punya kt Umah Ecah. Mekaseyh Ecah for da Satay, Sup Tulang, Ayam Goreng Berempah, Ayam Masak Pedas, Kari Kambing, Karipap dan macam2 lagi. oh ya, banyak kan lauk? sbb Ecah wat Kenduri Aqiqah tok anak buah dia sama. =)

Umah Ecah pula~

kesimpulannya, puas ati sepanjang ari! perut sentiasa terisi dengan makanan dan jimat makan malam! =D tapi.................. kena start DIET!! makan banyak giler..... aduih! kompom berat naik mendadak ni.. wuuuuu..=( pasni rumah Fith lak minggu depan.. iShkk3.. =p

sape2 lagi nk ajak aku g openhouse? im start starvinggggggggg.. =p

papepon, Tenks Kmay tumpangkan aku yer! BFF Forever! XOXO~ =D

Tuesday, October 6, 2009

zero polisterin

oh ya, masih ingat pada entry lepas2 yang dah lama bahawa aku sudah pindah ke 12th college sem ini? tapi xde satu post pon yang aku bincangkan pasal kolej kediaman baru aku ni sebab aku xjoin langsung pape aktiviti dalam kolej ni. bukan apa, mahu tumpu pada final year. (eceh!)

dan kali ini, aku nk bincang pasal kolej terbaru yang aku duduki ni. tadi aku baru lepas habis kelas Employment dan sedang aku menunggu lif turun, aku tertarik dengan notis ini: p/s: notis sentiasa bertampal - tampal di sepanjang koridor lif, memang aku akan membaca semua notis tersebut.




kedengaran menarik bukan? no offense, tetapi, ini mengingatkan aku tentang satu kolej kediaman (tidak boleh dinyatakan untuk mengelakkan isu) dimana disebabkan hendak menggalakkan student pakai tupperware, mereka mengecas RM1 per polisterine jika polisterin tersebut didapati berada di dalam tong sampah untuk setiap aras. maknanya, jika setiap aras 30 penghuni, RM1 x 30 orang = RM30 (hanya untuk satu polisterin sahaja ya) dan cuba bayangkan kalau 5 polisterin pada aras tersebut dan didarabkan dengan berapa hari sebulan? What the Fish?

aku rasa, iklan ini menarik minat aku secara xlangsung untuk menggunakan tupperware berbanding polisterin dengan tawaran2 menarik sebegini. kan bagus kalo dijalankan sebegini? perlukah ugutan @ denda? bukan sahaja kurang menarik, malah membuatkan student lebih tertekan dan ingin memberontak.

sesetengah pihak lebih suka mengugut daripada menggunakan alternatif lain yang lebih mudah dan senang. ni universiti, bukan sekolah.

oh, just my two cents.

akhir kata, maaf jika post ini mengguris mana - mana pihak.

nak masuk pertandingan ni, tapi langsir xpasang lagi. 0_o malassssss~

p/s: tiada niat nak mengipas mana - mana pihak. pandangan ini datang betul2 daripada penulis setelah penulis melihat notis ini.

Sunday, October 4, 2009

hari tua buat kem

walaupun agak terlambat untuk aku wat post ini, tapi aku xmao dituduh lupa kawan walaupun sudah berumahtangga(xpasal2)

papepon, aku nk wish hepi bufday kepada kawan baik-gile-nak-mati iaitu paan a.k.a MKfarhan.

kita berkongsi bulan yang sama, tapi bukan tarikh yang sama. namun begitu, perangai kita memang sama. memang btol2 kem.

kepada paan, selamat hari lahir ke 22 pada 3oktober aritu, selamat meniti usia tua dan sedarlah bahawa, ko kena matang sekarang! da xleh maen2! (maen ape ek? )

oh ya, semoga ko ngan As hepi2 selalu. dah lama xtgk ko bunga2 dalam blog ko. kehkeh.

instead of pic ko yang nampak alim sambil memakai selendang burberry downtown yg telah diphotoshopkan, aku rasa pic ni lagi macho dan telus lagi mulus. lalala

p/s: oh ya, aku g beraya sakan semalam. nanti2 la aku story mory + pic kat next entry ye. ^__^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails