Tuesday, October 6, 2009

zero polisterin

oh ya, masih ingat pada entry lepas2 yang dah lama bahawa aku sudah pindah ke 12th college sem ini? tapi xde satu post pon yang aku bincangkan pasal kolej kediaman baru aku ni sebab aku xjoin langsung pape aktiviti dalam kolej ni. bukan apa, mahu tumpu pada final year. (eceh!)

dan kali ini, aku nk bincang pasal kolej terbaru yang aku duduki ni. tadi aku baru lepas habis kelas Employment dan sedang aku menunggu lif turun, aku tertarik dengan notis ini: p/s: notis sentiasa bertampal - tampal di sepanjang koridor lif, memang aku akan membaca semua notis tersebut.




kedengaran menarik bukan? no offense, tetapi, ini mengingatkan aku tentang satu kolej kediaman (tidak boleh dinyatakan untuk mengelakkan isu) dimana disebabkan hendak menggalakkan student pakai tupperware, mereka mengecas RM1 per polisterine jika polisterin tersebut didapati berada di dalam tong sampah untuk setiap aras. maknanya, jika setiap aras 30 penghuni, RM1 x 30 orang = RM30 (hanya untuk satu polisterin sahaja ya) dan cuba bayangkan kalau 5 polisterin pada aras tersebut dan didarabkan dengan berapa hari sebulan? What the Fish?

aku rasa, iklan ini menarik minat aku secara xlangsung untuk menggunakan tupperware berbanding polisterin dengan tawaran2 menarik sebegini. kan bagus kalo dijalankan sebegini? perlukah ugutan @ denda? bukan sahaja kurang menarik, malah membuatkan student lebih tertekan dan ingin memberontak.

sesetengah pihak lebih suka mengugut daripada menggunakan alternatif lain yang lebih mudah dan senang. ni universiti, bukan sekolah.

oh, just my two cents.

akhir kata, maaf jika post ini mengguris mana - mana pihak.

nak masuk pertandingan ni, tapi langsir xpasang lagi. 0_o malassssss~

p/s: tiada niat nak mengipas mana - mana pihak. pandangan ini datang betul2 daripada penulis setelah penulis melihat notis ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails