Friday, February 26, 2010

Rabiulawal Tahun Gajah

google it,dapat ini. thanks google!

Salam Maulidur Rasul rakan - rakan!

Since aku asik post benda-benda pasal diri & kadang2 merapik meraban,entry ini lebih berkisar mengenai sambutan Maulidur Rasul yang tanggal pada hari ini 12 Rabiulawal(sila lihat di kalendar Islam yang haku tepek kat belah kiri nih)

dah,kamu,kamu dan kamu! jangan nak tekan tab pangkah pulak! baca sampai habis! tau nak baca benda lagha je kan? :p

Hape Maksud Bulan Rabiulawal?

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Istimewanya Bulan Rabiulawal ni?

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
*terima kasih Jabatan Mufti Melaka for dis info*

haku teringat waktu zaman sekolah/kecik cinonet dulu2,bila maulud nabi je mak aku mesti kejut aku awal pagi, mandi pas2 berarak ramai2 sambil baca selawat nabi, bawak sepanduk sampai la ke surau. rindunya saat tuh! sume rakan2 sebaya ikut bersama. kini? ada yang kat tempat lain dan ada yang dah kahwin. terasa diri ni da tua dipanggil makcik -_-''

ha berarak cmni la.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul! Jangan tau nak berhibur je bila dapat cuti ni!

Wednesday, February 24, 2010

asam jawa magik

Harini nak masak lauk ikan pari masak asam pedas Melaka lah!. emmm mesti sedap kan? Ramuan wajib mesti lah ada asam jawa,gaul dengan air pas2 masuk dalam bahan tumisan.

eh apa yang keras dalam plastik ni? (xtengok lagi isi kandungan plastik tersebut)

tengok ape benda yang keras tuh...

eyuuuuuuuuuwwwww!!

uwek! uwek! haccctuih! !


baca di sini

asam jawa ni keluaran Ipoh. jadi kepada ibu-ibu sekalian,sebelum nak beli sila cek packaging yer!

kepada rakan2, da jawab survey UMCTES blom?

resipi tudung segar bugar

Salam semua!

haaaa..mesti korang tertanya2 kemana aku pergi kan? hehe..perasan sungguh daku ini,macam ade je orang nak tunggu entri aku(ade ke) dan entri aku kalini bukan pasal diri aku yer(tapi adela sikit2,da nama belog aku kan?)

ACHTUNG! ACHTUNG!
Misteri Video telah terungkai!! rupa2nya video tersebut kepunyaan rumetku a.k.a ecahcken dan video itu telah dirakam oleh bapanya ketika membersihkan pusara. dan kewujudan video itu telah dilakukan di bawah kawalan haku. hehe.
Puaka Video Klip Misteri Terbongkar!
Case Closed! :))))


----------------------------------------------

Terus terang aku cakap,aku cukup geli kalau tengok orang lain tangkap gambar syok sendiri pas2 senyum2(kira camwhoring la kan) pastuh letak caption "euwww sangat comel aku harini,mungkin ada jejaka hensem akan mendekatiku"->sila muntah sebanyak tujuh harkat!

ops! kalian jangan terasa kerana daku juga akan berketerampilan begitu dalam entri kali ini.

Saja je nak kongsi informasi. Mungkin dah basi kot.

Ok,(clear throat jap) ehem ehem!

Anda mempunyai
MASALAH TUDUNG LENYEK atau MELEPET?
TENSION setiap kali lalu DEPAN CERMIN MESTI tengok KETAJAMAN tudung?
GERAM dengan tudung berGELORA?(ecah pinjam nama ko jap :p)
ANDA inginkan tudung anda
BERDIRI MEGAH sentiasa?


aku ada jawapannya!(tajuk entry nak cam sayur je :p)

(ceh, intro cam mamat/apek jual suratkhabar xpon dalam iklan SMARTSHOP waktu zaman sekolah dulu2 bila balik dari sekolah sesi pagi. annoying kot. nak tengok kartun mak tukar channel SMARTSHOP. *ampun mak!*)

balik ke tajuk asal! T___T

mendalah ni penyelamatnya! :D(tolong abaikan meja aku yang bersepah ittew ok!)
(ok kalo yang dah tau awal2 tu sila jgn kutuk haku sebab haku baru je tau dalam bulan lepas :p)

Brand: Kiwi Kleen fabric starch
Harga: Around RM7.90 (rasanya)
Beli kat Mane: Supermarket la! Aku beli ni pon kat Mid je kot.

Memandangkan aku pengguna bendalah ni, aku rekemenla kat korang yang mementingkan
PENAMPILAN especially gadis2 bertudung dan gemar memakai shawl. siyes berkesan! :D

Caranya:
1. Bukak Board Seterika.
2. Budget lipatan tudung dan anggar di belah mana tempat anda adjust tudung(area kepala&muka anda la sudah pasti kan)
3. Spray
KIWI KLEEN FABRIC STARCH di tempat yang anda anggarkan.
4. Iron seperti biasa. tiada luar biasa akan berlaku ye.
5. Tadaaaa! Tudung tiba2 tegak sendiri di atas Board itu,ok tipu. :p Pastuh pakai tudung dan anda akan lihat hasilnya! :D

sangat berkesan atas tudung kain jojet,licin,dan especially kain shawl yang kita selalu pakai tuh. Masalah tiada lagi! :D (haha gila promote budget dpt royalti je :p)
ade gak produk cam gini selain daripada Kiwi Kleen ni tapi aku xberani la nak promote since aku baru je pakai yang ni.

XPERCAYA??

ni ha
BUKTI

kan aku dah kata aku pun nak gak letak gambar perasan. ha nampak x? cool kan tudung tu pas menggunakan produk ittew? haha
euwww! tolong jgn gelak! :D :D

sekian! :) :)

Thursday, February 18, 2010

misteri kewujudan video ini di desktop

hari ini agak gempar sebab aku jumpa video ni kat desktop aku. ok sebenarnya aku jumpa video ni dalam minggu lepas. aku upload kasi korang sume tengok.



siyes aku xpenah nampak file video ni kat desktop aku. posing atas kubur lak tuh! meremang bulu seyyy nak nak pulak aku terjumpa file ni time tengah2 malam sorang2 kat kolej lak tuh. rumet pulak balik rumah. serammm!

sape pedajal aku?

::pi.es::

cuba dengar dengan teliti bunyi kat video tuh. siap gelak2 posing atas kubur. choyy! kubur pun leh jd tempat posing ka??
hingga kini siapa yang menge-POST video ni kat desktop haku masih menjadi MISTERI. SAPE WEYH CEPAT LAA MENGAKU TAKUT NI WEH!

Tuesday, February 16, 2010

new idea?

mahu berjualan.. tapi ade ke yang nak beli?

tapi bukan bukak bisnes yer rakan-rakan.. terpaksa! poket semakin kurus walaupun tubuh badan semakin gebu..

perlukah?

perlu x?

ok aku cuba je la... =D

Sunday, February 14, 2010

Gong Xi Gong Xi

Masih belum terlambat rasanya untuk penulis blog ini mengucapkan:-

*Googled by Google Images*

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai! Yam Sengggg ;)
Aummmmm~

eh,kenapa aku bahasakan diri penulis pulak? hehehehe.. :p

Wednesday, February 10, 2010

7 Perkara Mengenai Resume( Yang Pasti Kau Tidak Akan Dapat Kerja Itu)

kauorang pernah terfikir tak,resume kauorang ni perfect sangat. tapi rasa cam ade yang xkena. pastuh kan,anta banyak2 tapi satu pun tak lekat. pastuh pikir punya pikir, memang dah cantek da resume tu. ke aku ni yang tak cukup cun nak kerja dengan dorang? pernah tak? pernah tak? aku pernah wooo. sungguh sedih daku. T_T mari kita lihat apa kesalahan/dosa kita. tsk.dosa tu! ;p

1. Resume itu yang mendapatkan kau kerja
Jika itu yang kauorang fikir. semestinya salah. Resume hanyalah objek/alat/medium mendapatkan kauorang temuduga sahaja. itu pun kalau kauorang disenaraikan pendeklah kan kan? dan jangan sesekali menyalahkan atau mengatakan resume kauorang sangatlah cantik tetapi masih tidak dipanggil interview. kenapa? Cuba lihat kembali. ada S yang hilang kah? butiran jantina anda tidak diletak? atau mungkin anda telah menukar nombor fon lantas lupa mengupdate resume tersebut. Fikirlah(sambil teringat Aizat menyanyi di telinga)

2. Sangatlah kool letak website dan alamat belog kau di resume
Mungkin kauorang teruja meletakkan alamat belog sendiri. lebih2 lagi belog peribadi luahan hati. macam aku ni kan. biasalah, kini belog menjadi pilihan muda mudi gaya terkini. dan kau post pula mengenai kisah cintun dan alkisah binatang kesayangan kau yang anda obses sangat(adakah aku juga yang terkena?). Adakah ia membantu dalam pencarian kerja? Lebih parah jika kamu suka berbicara tentang politik. lalu pengurusan pula membaca dan mungkin entah berapa banyak ekspresi sudah diberikan. Oh,lupakan lah. tidak payah letak. titik.

3. Senarai Minat/Hobi kau
Mungkin anda terlebih rajin hendak meletakkan butir ini. Jika anda gemar mengumpul teddy bear comel, adakah ia signifikan dengan kerjaya sebagai akauntan yang anda sedang pilih? Mungkin lebih relevan jika anda mahu bekerja sebagai jurnalis dan hobi anda membaca. Tepat!

4. Rekabentuk resume yang super fantastik
Anda memilih untuk menjadi IT Designer. dan cuba mencuri hati majikan. maka resume anda penuh dengan dekorasi-dekorasi comel di bahagian border. Aduhyai. Nak-nak pula bakal majikan kau tu geli kaler pink. kau letak pula corak reben pink di corner border resume. silap haribulan kena koyak la jawabnya!

5. Lengkapkan Resume Online sekali sahaja sudah memadai
Kauorang register di JobsDB. dan sudahpun mengisi butir2. Tapi! itu 1 tahun yang lalu. memang patutlah anda mengeluh-kesah sebab masih belum dipanggil. jadi, sila lah finalised resume anda supaya kerja idaman mau jadi IT Technician tapi yang dapat pula jururawat. Naya..naya!

6. Gambar kau.. Kool ya?
Bayangkan jika kau menempek gambar pasport anda. Dan gambar itu adalah gambar kau memakai baju pink dan bertocang dua ala-ala Barbie ditambah pula pose ala-ala Miranda Kerr. Blergh. Aku pun nak muntah! Yela,kata nak apply jadi Polisi? Apakah?

7. Formula Ajaib dalam Menulis Resume
Ya,mungkin dapat dijumpai dalam mana-mana bahagian resume anda,atau lebih yakin jika ada tanda X di tepi resume. itu namanya Hotspot. Terimalah hakikat, silalah ke bengkel membuat resume, dan belajar bagaimana membuat resume. bukannya menulis di dalam resume seperti "ZamzamAlaKazam" ataupun "Bekas majikan saya pernah menyatakan bahawa Encik/Tuan/Puan akan beri saya kerja ini" dan puff! terus dapat. Mimpi jerlah. Sila jadi realistik sikit ya!

Kredit kepada Rakesh Kumar untuk artikel ini. Sila klik klik sini kalau xpaham versi aku.****

Oh ya, sedikit info:

RESUME WRITING WORKSHOP
Oleh : Deloitte Consulting
Tarikh : 19 Mac 2010 (Jumaat)
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
Tempat : Dewan Perdana 1, Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya
*percuma kepada student UM terutamanya pelajar TAHUN AKHIR macam AKU*

Tuesday, February 9, 2010

Keris Alien masuk bandar

oh ya.
Nama beliau sebenarnya Kris Allen. tapi disebabkan aku agak KUCIWA kerana tidak dapat menangkap gambar beliau secara total, maka aku menggelarnya sebegitu.

Kenapa?

bukankah beliau bagaikan alien datang dari planet lain(negara asing) ke bandar KL dan dikerumuni oleh rakyat Malaysia yang jelata ni(betul ke x ayat aku ni) ibarat semut dikejar gula. Alien kan?kan?kan?

sebenarnya aku xkenal pun siapa mamat ni. yang aku kenal Kelly Clarkson juara American Idol. yang laen haram aku xkenal. yela dulu rumah aku mana ada Astro. nak tgk kat 8tv kena berebut dengan ahli keluarga aku T_T(teringat memori berebut-rebut remote)

Pada asalnya budget mao jalan2 di MidValley hendak membeli capal baru. malangnya misi TIDAK BERJAYA ,malah membazir pula duit membeli baju. Aduuuuhaiiii T_T


Jalan2 pula di ruang legar mid, ternampak poster mamat nih.

"Boleh tahan hensem gak mamat ni" tapi ego aku masih lagi menguasai diri ini.budget taknak pergi tengok sambil kutuk2 peminat lain yang sanggup menunggu kat ruang legar dan di dalam hati berkata, "Excited terlebih je korang ni," (--,)

lepak2 je kat kedai kasut NOSE(motif hidung dengan kasut??), tiba2 aku dengar jeritan histeria. ibarat tindakan refleks(sebab aku tau Kris Allen dah sampai) cepat2 aku berlari ke arah jeritan tu (eh bukan aku td kutuk beriye xnak g tgk ke? :p)

dan... W to the O to the W! (WOW ye)

Hensem siot!! dan yang pasti siapa naik pentas mesti dapat masuk StarWorld Astro punya. Live tu beb!

mesti tangkap gambar beliau ni! boleh eksyen!(kataku dalam hati)

Snap! Snap!

Ek ele..

keciwa. hanya kepala beliau yang kacak sahaja kelihatan. mau jerit histeria boley?=0 ni akibatnya terlalu 'tinggi' kena jengket!
nampak x kepala dia? kalau xnampak lagi berapa Jumaat la korang.. thehehehehee..

cuba lagi di sudut lain namun hampa. cis! -_-

Ekspresi dirimu: Teruja melihat kehenseman Keris Alien

sesungguhnya wajah aku gila buruk kalau pura-pura membuat ekspresi! -_-''

Selamat Tahun Baru Cina dan Happy Holiday! ^__^

Monday, February 8, 2010

250! snap snap!

salam semua!

mesti semua tertanya 250 tu ape kan? ini adalah entry aku yang ke 250 so aku wat la tajuk 250.
blog aku minggu ni agak kurang bermaya kerana tuan blog nya juga kurang bermaya minggu ini. disebabkan tuan punya blog ini amat gemar berfoya - foya, maka assignment telah dibuat dalam keadaan tergesa-gesa (mode:last minute)

dan alhamdulillah sumenye selamat.. ^_^

dan pada hari kelmarin (Sabtu), fakulti aku mengadakan taklimat softskill. guess what? no need to do a business plan! yeeeehaw! tetapi kena wat essay 1.5 mukasurat pasal skills. xpelah janji no more business plan yang menyakitkan otak itu! =)

dan yang paling menyeronokkan,masa untuk presentation dan submit this assignment adalah pada awal bulan 3, bukan hujung bulan 2 yang dijangkakan! yeayyy again! so Plan B xperlu lagi. Percutian ke PD pada 27-28 February ni CONFIRM jadi! :) InsyALLAH~

oh ya, ada sessi photoshoot Accounting Student Batch 2006/2007 kejap waktu gap rehat sejam. terasa cam model tak bertauliah je. kerja aku melompat2 depan kamera je. ish buruknya rupa. nak tengok? xleh!! :p

sedikit hidangan mata:

and gambar kesukaan..(sebab rasa diri stylo time tu..cet perasan tol aku! :p)


oh ya,gambar diceduk dan disedut dari fb sahabatku, Nurul 'Izzah Zulkifli. beliau giat menjalani business fotografi untuk berbagai-bagai majlis especially perkahwinan. sesiapa yang berminat sila hubungi beliau melalui link yang terang2 diberi dalam setiap gambar kami ni..^_^ Terima Kasih sangat sangat kerana sudi mengorbankan Nikon D90 anda untuk gambar yang superb ini! Marvellous!(gila lah promote betul aku ni,izzah belanja aku cepat! =D)

oh ya, sesi photoshoot ni macam merapatkan kembali ukhuwah aku antara rakan-rakan lain yang dah lama xbertegur sapa. yela,ambil 3 subjek je, dh lama xjumpa yang lain. harap-harap PD pun dapat merapatkan lagi silaturrahim masing2 ya! =)

macam xcaya je dah nak grad tahun ni! nervous giler~~~~!!

Thursday, February 4, 2010

Frenster 12

walaupun aku bukan penginap 12th yang setia(yela baru tahun ni duduk kan) tapi aku rasa terpanggil nak wat entry pasal kolej ni,sekurang2nya bertambah sikit entry blog aku ni(hati tetap kat Ten ye walaupun dah lupa bilik ten ada 2 selak mangga :p)

ok,entry yang lepas aku ada maklumkan mengenai Frenster 12 kan? jadi sila lah datang beramai ramai memeriahkan Frenster bermula 1-5 Februari(maknanya sampai Jumaat ni la).

antara acara yang ada:

pertandingan karaoke
gusti lengan
gerai2 makan
gerai jualan shawl chantek
gerai jual baju trendy chantek
gerai digi
gerai baju bundle
pertandingan photography
PC Fair

dan macam macam lagi.

malam malam memang meriah. nak nak tengah malam karaoke time. memang best dan havoc gila. so,join la datang sini ye! :-)

sedikit hidangan mata:

pandangan dari bilik aku. dah macam Funfair pun ada gak

akak jual rantai & Marshmallow pun nak join same :D

oh ya,PC Fair kat Dewan Tunku Canselor pun ada. masa yang sama juga.1-5 Feb.meriah jugak! macam2 dijual dengan harga murah(ada can x aku jd promoter?)

PC Fair DTC

paling best kat Frenster ada akak gerai tu jual inner tudung Syria yang aku penat cari keliling kat Jalan TAR tapi xjumpa2. oh ya Kak Rina kembar AF Rini(xsilap aku la) pon berniaga jugak kat sini.dia bukak gerai cardigan.chantek! :)

Tuesday, February 2, 2010

Hari Rambut Jahat(Bad Hair Day)

salam semua!

hari ini yakni hari selasa merupakan satu-satunya hari aku yang mempunyai kelas. dan selebihnya hanyalah hari bergoyang kaki. keadaan aku menulis sekarang adalah mode tercungap-cungap kepenatan(kerana baru lepas main badminton+mandi+tros hadap pc xrehatpun :p)

dan hari ini merupakan hari rambut jahat(bad hair day) bagi aku kerana disebabkan aku pergi kelas,maka aku terpaksa menolak skuter aku(perlukah menyalahkan kelas? :D)

ceritanya begini, tabiat aku sememangnya suka sangat2 tunggu minyak moto jatuh sampai jarum E barulah nak isi. kalau diikutkan sepatutnya dah nak sampai E a.k.a Empty kena isi minyak. tapi disebabkan aku ni memang pemalas nak isi minyak sebab stesen minyak kt luar UM,aku tunggu skuter aku dah nyawa-nyawa ikan baru aku isi minyak. Pemalas kan aku?

nak dijadikan cerita,kelas aku pukul 2,dan aku bersiap2 memakai baju kurung dan kol 1.50p.m barulah aku nak bertolak. Tengah nak panaskan moto aku tengok jarum minyak moto aku da lentok baik punya kat hujung E. aku buat-buat tak cuak sebab dah biasa dah. planning memang nak isi minyak moto,tapi ATM kat kolej lak buat hal. nak xnak terpaksa lah aku g cucuk kat KPS(Kompleks Perdana Siswa)

dah cucuk aku pun planning la mana stesen minyak paling dekat? BHPetrol memang kat luar dan jauh,sebab kena keluar ke jalan raya kat luar UM. so malas lah,xpasal2 mati lak moto aku kat tengah jalan,xke naya. option 2, Stesen Shell,sebelah KFC dan betol2 dekat dengan Kolej 9. Taram jela,da sangap minyak motor dah moto aku ni.

Tengah2 dalam perjalanan,tiba2 ada satu lori yang sangat annoying boleh pulak bawak slow depan aku. aku da menyumpah2 da dalam hati. da la minyak moto aku da E,bagi la aku jalan! tapi pemandu tu saje je,wat2 lambat dan bila aku nk potong,dan dan lak dia laju. lagi rancak la virtual penyumpahan aku. haish sabo jerla.

bila da sampai kat bonggol,aku dengan bangganya potong lori tu, dan aku press minyak la kasi nak eksyen. dan sememangnya nasib aku sangat sangat la xbaik, moto aku tiba2 jadi slow dan bergerak lambat dan akhirnya mati...

DAMN!! dah pukul 2.15pm ni,alamak..aku press moto aku lagi,xboleh gerak. adoiyai.lagi berapa meter je ni. aku dah cuak da. aku nak keluar dari persimpangan ni. moto aku leh lak wat hal kan?

dari kejauhan,aku nampak la calon heroin tengah bawak moto. so dengan muka toye dan seposen aku panggil la heroin tuh.

"dik,leh tolong x..moto akak ni dah xde minyak..boleh tolong tolak tak,stesen shell depan ni je," tunjuk aku yang sememangnya stesen Shell ni depan mata aku tapi kena lalu selekoh tepi jalan yang banyak kereta lalu lalang.

"Maafla kak! saya nak cepat ni! Ada kelas!" jawab budak tu sambil mem'blah'kan diri beliau. ek eleh! ko ingat ko sorang ke ada kelas? ko ingat aku kat sini saja2 lepak tepi jalan nak mintak tolong ko ke? sumpah aku dalam hati.

menyirap tol aku. nak xnak terpaksa la aku tolak moto ni sendirian ke tepi jalan,beranikan diri walaupun kereta laju lalu tepi jalan.kereta lain yang nak keluar pun dah hon-hon aku nak keluar. Sabarlah pakcik teksi! ^%$$#

Sakit tangan tak usah nak dibayangkan lah! naik bukit kot! memang time tu aku menyumpah2 budak tu xnak tolong aku. dah la panas terik,pakai baju kurung. pas2 anak dara sunti pulak tu tolak moto sorang2 kat tepi jalan. kalau aku kena culik xke kecoh dalam Harian Metro?(xpasal2)

sesampai je kat Esso(malas nak g Shell walaupun sebelah Esso,muka aku dah biru tolak moto sensorang plus tangan dah sakit gila),aku pun park moto depan pam minyak dan aku terus meluru masuk kaunter bayaran.

"Sabar dik,tarik nafas dalam2 ye" sengih abang kaunter Esso tuh. Ek eleh,mamat ni tau ke aku ni penat tolak moto skuter berat2 sensorang?

"Mana xnye penat bang,saya tolak moto sorang2 kat belakang tuh tadi,"balas aku.

"Ye saya tau,rilek dik,rileks,"gelak-gelak abang tuh. Aik? dah tau xreti nak tolong ke? aduiii lagi lah sakit hati aku!

"Yela,thanks," aku jawab pendek lalu cepat2 pergi isi minyak untuk mengelakkan aku jadi super saiya dalam kaunter tersebut.

akibatnya,aku sampai dewan kuliah pukul 2.30pm. haduih,menyesal tak sudah aku jadinya. dah elok ayu pakai baju kurung kain cotton dengan tudung pink,terus jadi comot sebab tolak motor sorang bawah panas terik dan berpeluh2 masam aku dibuatnya. aduiiii ooo pasni aku pastikan minyak full sentiasa!! taubat aku! serik serik serik!

kadang-kadang aku pelik,betulke rakyat Malaysia ni prihatin? sedangkan budak perempuan tuh langsung xtolong aku disebabkan ada kelas. kalaulah aku ni LELAKI dan HENSEM lagi BERGAYA,aku agak mesti budak perempuan tu tolong punya. CONFIRM! yela,paling koman mesti bertukar nombor telefon sebab jadi heroin kan? malangnya aku perempuan*sigh*

yang abang Esso tu pulak,kalau aku LELAKI mesti die akan kata " EK ELEH KO NI TAKAT TOLAK MOTOR PUN MACAM SEPARUH MATI.LEK LA BEB" nasib baik aku perempuan,kalau x,MUNGKIN melekat kasut CROCocs kat muka dia bahahaha.

kepada kalian rakyat Malaysia,tolong la prihatin kalau ada orang lain dalam kesusahan macam aku ni. ish ish ish bertambah pahala tau.

adeyyh,penat sungguh aku mengarang bercerita. korang bace ke x ni? T_T

Hari Rambut Jahat Sungguh! =(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails