Wednesday, March 31, 2010

Oh,katakanlah ini hanya mimpi! =S




"Saya berbangga untuk menyatakan bahawa saya ialah seorang lelaki homoseksual," katanya di dalam laman web rickymartin.com. kelmarin.

Goyangan pinggang dengan gerakan salsa yang menggiurkan membuatkan Ricky menjadi objek kegilaan jutaan peminat seluruh dunia terutamanya wanita.

Penyanyi pop Latin itu merakamkan banyak album dalam bahasa Sepanyol tetapi kemunculan lagu Livin' La Vida Loca pada tahun 1999 dan She Bangs pada tahun berikutnya telah menjadikan Ricky terkenal.

Martin, 38, memberitahu peminatnya bahawa keputusan untuk mendedahkan minat seksualnya telah menandakan satu peralihan dalam kehidupannya.

Menurutnya, hasrat untuk membuat pendedahan itu bermula beberapa bulan lalu apabila dia mula menulis buku mengenai memoirnya.

Dia berkata, rahsia dia menjadi gay terlalu berat untuk disimpannya.

Sebelum ini, dia membuat keputusan untuk menyembunyikan perkara tersebut kerana bimbang ia akan memusnahkan karier nyanyiannya.

Dia turut menyimpan rahsia itu kerana bimbang ia akan memberi kesan terhadap anak kembar lelakinya yang telah dilahirkan menerusi ibu tumpang.

Salah seorang peminat Martin mengucapkan tahniah di laman web penyanyi berkenaan kerana dia membuat pengakuan tersebut. - AFP

*sumber dari Kosmo Online*


Wahhhhh aku xpercaya!! *_*''

aku dah laaaa minat gila mamat nih!!*mantop*



Ok dah xminat dah.*tutup buku* T__T



Malu2 kucen tau.. ='>


Korang masih teringat tak zaman2 sekolah menengah dulu? Di mana cikgu tiba2 panggil HANYA pelajar-pelajar perempuan sahaja masuk ke dalam dewan tertutup. Kemudian memember2 lelaki yang lain terpinga-pinga, "eh ada spotcheck ke?" dan mula lah yang lain menggelabah simpan komik2 xpun jutaria yang disimpan dalam beg sekolah masing. ada yang sorok di dalam tong sampah, almari penuh buku kat belakang xpun berkomplot dengan pengawas sekolah.

Pintu dewan sekolah dikatup rapat, kalau boleh guru lelaki pun xdibenarkan masuk serta sama. Masing2 dah cuak,aku pun cuak jugak. Mana xnya,ape kes ni? Spot Check ke? Barang hilang kena curi ke? Macam2 perkara di benak ni menari2 mengikut pusingan jam. Kemudian ada sekumpulan kakak/makcik yang xdikenali datang ke arah barisan pelajar mengikut kelas memberikan satu paket benda yang dibungkus. Benda tu memang menarik hati,menarik minat, bermacam2 warna. Kadang2,sampai beri risalah tu. Risau dah tiada, teruja pula yang ganti. Wah, masa tu xsabar je nak jadi dewasa!

Kemudian kakak/makcik tersebut bagi penerangan. siap ada carta lagi.bila diorang tanya ada soalan,semua geleng2.tak tau nak tanya apa. aku pun malu nk bertanya. yela,tak tau apa2kan,nak tanya apa? dah habis sesi tu,kitorang semua dilepaskan balik ke kelas masing2.benda tu kitorang simpan kemas2 dalam beg.maklumlah sekolah campur.='>

Dah dapat hint?

Inilah benda yang dimaksudkan.


Wajarkah Pendidikan Seks diajar di sekolah? Even nak mengintroduce "benda" ni pun kena katup pintu dewan rapat2.=)

pi.es: Saja wat entry ni sebab tiba2 teringat zaman sekolah dolu2. Wah aku dah semakin berumur. =(

Sunday, March 28, 2010

this is what we call sacrifice =')

dah lama xpost entry jiwang kat belog ni. tapi xbermakna aku nak cerita pasal cerita cintan aku kat sini. but a must see video to all of you no matter you're in love@ not. Very Touching One yang pernah aku tengok buat masa ni =')



Benarlah bahawa kata-kata bahawa anda TIDAK TAHU apa yang anda miliki sehingga anda KEHILANGAN dirinya. Anda juga tidak tahu apa yang BELUM pernah anda miliki sehingga anda MEMPEROLEHNYA. =')

xsemestinya klip video ni untuk orang bercinta saja. Family,friends dan seangkatan dengannya. Oh ya,sila jangan bias disebabkan dalam klip video ni menggambarkan kesungguhan lelaki itu. Dua2 pun sama jugak. No sexist opinion ye! =D

Lagu background klip video ni pun sedap gak.

Skinny Puppy-Haze


Okeh,nak berangkat ke Malam Juara-Juara japgi.

Bye!

Saturday, March 27, 2010

i-city kota bercahaya


Salam rakan-rakan!

Kelmarin(Khamis) aku dan rakan-rakan ke Shah Alam melawat i-city(Ish mesti korang kata keluar lagi budak ni xhabes2 merayap). Inilah dinamakan menikmati saat-saat berfinal year bersama rakan-rakan. Ada siapa-siapa pernah pergi i-city? Sila hangkat kibod!(keyboard) :D

Menurut Wikipedia, i-city ni dahulu dikenali sebagai Sumur City(wah nama agak tak boleh blah ok) macam rasa nak nyanyi kalau ada Sumur di ladang boleh kita menumpang mandi. dah cukup2. i-city baru dibukak dan merangkumi shopping mall yang bakal dibuka xlama lagi dan tempat ni terletak kat Seksyen 7 Shah Alam dan rasanya dah lama dibuka untuk orang awam. oh ya, datang cepat-cepat,nanti korang akan dikenakan bayaran nak masuk sini. sekali nak tangkap gamba kena caj RM10.Ok tipu.:D

Antara gambar-gambar menarik kami di sana:-

oh ya,malas nak watermark gegambar harini. mood kurang rajin. perut sakit(mengadu la pulak)

aku tau muka aku macam nak tido. ni kat belah dalam bangunan. aircond nya MasyALLAH kuat!

lokasi yang agak menarik. Ramai orang yang datang.

bersama Senomen(Snowman)-ni Dira yang cakap ye. eheh ;p

konon2 berada di Oversea. siap lengkap dengan jaket.;p

cantik kan?

berehat sebentar

K.A.M.I

Pelan i-city
nak pergi tapi xtau? lawati laman ini

Jangan pergi lewat2 sangat. pukul 12 dah tutup dah. Pastu nanti pak gad tu halau2 korang. Jangan merungut2 pulak sebab salah korang la datang lambat kan.

Oh ya, ada sesetengah figura ni kita tak dibenarkan masuk ke kawasan tuk bergambar secara terlalu eksotik kalau tak nanti renjat dengan maha dahsyat dek elektrik pastuh kena pulak denda RM500. Mau bayar?Nyawa ke duit yang berharga?

Pasar malam pon ada jugak kalau lapar&lupa nak bawak makanan.
Sempat aku merembat bege,hotdog ngan bulat-bulat cucuk(orang kata bola-bola,eh bebola). dan parking jangan lupa naik ke G floor.kalau xnaik,jenuh laaa kome nak naik lif,menunggu la kome!

baideway, terima kasih kepada Ecah kerana akhirnya berjaya membawa aku ke sana setelah aku lama mengidam xtentu masa meroyan-royan nak ke sana. =)

terimalah sedikit pose menarik aku bersama rusa-rusa sesat di belakang.

Pulang Yok! (menghilang secara perlahan-lahan seperti makhluk halus)

pi.es.ai.lov.yu: Earth Hour juga akan diadakan harini(27 March 2010) di i-city jugak. Bermula 8.30 - 9.30. So marilah kita bergelap bersama-sama di sana ye rakan-rakan! Pastu kau kena culik dek makhluk halus kat sana den xmo nak nolong.Ayok tak tau. :D


eh malam esok(ahad) jom pergi Malam Juara-Juara kat DTC! =)

Friday, March 26, 2010

12 hours awesome day out!


Salam rakan-rakan!

Kelmarin( Rabu) satu konsert telah diadakan di Dataran Merdeka a.k.a Konsert TM sempena melancarkan HSBB(
High Speed Broadband). Dan kebetulan aku dan rakan-rakan baru pulang dari bersuka ria di Jalan TAR dan Redbox Sogo dapatlah flyers tentang ini. Apa lagi, join je lah!

Guess what, Faizal Tahir, Stacy, Aizat, Bunkface, Tomok pun ada! Paling aku minat mestilah Sam Bunkface kan. Mula-mula sampai cari parking amatlah susah. Itupun dah banyak sangat kereta parking tepi jalan. Jalan kat Bangunan Sultan Abdul Samad tu pun kena tutup. Last2,parking kat DBKL, trus menapak ke sana(sanggup tuh) dan berlegar-legar di dataran. Banyak jugak lah booth dibuka kat sana. Ada satu booth TM yang menarik minat kitorang. Kena log in Facebook pastu become a fan kat page ni:

Dah jadi fan baru boleh dapat goodies dari diorang.Apa dia? Biarlah rahsia. Hehe ;p

Booth Bunkface pun dibuka juga sempena album terbaru diorang
Phobia Honey. Wah nama aku tu! (ala sekali sekala nak perasan ape salahnye kan?kan?;p)

datang awal. so sempat la duduk depan sikit.

Fafau dan FBI jadi MC malam tu. Haii,kesian FBI asyik kena bahan jer dek Fafau. Kelakar!

Ramai betul. Hujan renyai pun xreti nak berganjak.(termasuk aku le tu):p

Sam Bunkface ni xreti nak duduk diam. Nasib baik ko cute.
K.A.M.I

Punya lah penat menunggu semua segala YB berucap kat depan. Nak tunggu Bunkface punya pasal sanggup!

Oh,sedikit info dipetik dari akhbar The Sun pasal HSBB ni:-

TM’s UniFi high speed broadband packages comprise triple-play services of high speed Internet, video (IPTV) and phone, at speeds of 5Mbps, 10Mbps and 20Mbps.The IPTV (Internet Protocol Television) service, which makes up part of the value-add bundled service, will be delivered via an 8Mbps connection exclusively and in addition to the data speeds subscribed by customers.With IPTV, customers can enjoy 22 linear channels, Video-On-Demand and interactive services such as games, tourism information and more, TM said.

Lepas tu kami balik sebelum sempat Faizal Tahir menutup tirai konsert. Ramai boyan-boyan(baca:Pendatang Indonesia) semakin menguasai tempat tu. Sebelum jadi apa-apa,baik blah dulu. Menakutkan betul! =(

Esoknya pula, tau2 je dah ada page ni:

Hai,sampah kat dataran tu belum habis kutip lagi dah ada fan page ni? Betul ke still lembab dan masih di Takuk lama?

Terima kasih rakan-rakan yang sudi meluangkan masa 12jam suntuk pada hari itu! =)

apa-apapun meh jom layan klip lagu ni:



Bunkface-Through my Window

Wednesday, March 24, 2010

Mustajabkah losyen ini?

Ok topik ni mungkin dah basi sangat2,yela,semua orang dah tau kot kewujudan losyen ni. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan je gayanya. Bak kata Dr M, setiap rumah mesti ada 1(merujuk pada komputer) tapi aku apply kat benda ni xpela kan? ;p
Tapi kan, baru2 ni aku balik rumah, dan aku pon sedang2 tengok iklan kat TV, produk ni ada. Tapi kali ini ada yang terbaru - Pati Cili.

Cili lah pulak!!

Sape2 yang pernah test? ade rasa2 melompat2 ibarat menyapu api di kawasan perut x? Nak try tapi xberani. Wat masa ni aku setia dengan yang ni:

baru je beli minggu lepas setelah lama retired menyapu losyen tahun lepas
yang ni xcuba lagi. Best ke? Makcik jual tu kata sejuk. Sejuk2 kang beku lak perut aku ;p

Ha,ni yang lagi satu aku nak tanya. Sekarang ni aku jumpa pek percubaan Pati Halia+Kapsul Halia, dalam around RM40++. Berkesan x? Aku nak beli,tapikan mak aku xkasi takot ade kesan sampingan la,berbahaya la,sapa2 yang try tu bg pendapat bole?

pi.es: Sume gambar ni aku cilok google jer. Mekasih ye!

Aku dengar pas telan, mau cirit birit senantiasa jer. kalo aku ngah kelas cmne ek? Mau pakai pampers baby dry ;p

oh ya, sekarang ni aku tengok ada Pek Trio - Pati Halia,Pati Limau,Pati Cili. Pastuh jom kita wat Party a.k.a Parti meh. ;p

mode mengempiskan perut. iskisk!

Tuesday, March 23, 2010

My Last Dinner


Tora datang lagi!! Dengan permainan baru..opss...

Dah lama belog ni bersawang, so aku meriahkan dengan entry baru fresh mresh lagi ni,hohoho...

Alhamdulillah,Encik Lappy sudah sembuh,rupanya RAM berhabuk jer,cis,penat leleh2 air mata ingat dah meninggal.=p

Ok,straight to da story k!

Dinner Accounting Nite yang diadakan pada hari Ahad yang lepas.

Theme: Mystical Twilight
Food: Chinese Cuisine(aku dah naik boring+muak dah,tapi nak wat cmner,ni je yang terbaik katanyerrr)

kawan-kawan

kat Hall

sebahagian rakan semeja

Oh,ni bukan bf ye! Kawan sematrik ye. Die avai lagi.Any1 interested?

1st time mekap tebal dowh. Credit to Mamar. MAC ok, MAC! :p

perlu ke aku komen?

nak mula mana? Kebaikan ke, Keburukan?

Ok la,kebaikan dulu ok?

Kebaikan:

-Meriah sebab ada Dance Floor. lain dari yang lain.

-Makanan lebih banyak berbanding dinner 2nd year yang aku pergi dulu,ada 2 dishes je.kalini ada dalam 8 xsilap.(aku lupa daa)

-Persembahan pentas yang mantap.
Ok itu saja!

Keburukan:

*Tengah makanan nak datang, dan2 la tu lampu ditutup. aku ingat lagi,waktu makan ayam,gelap gila! Tercari2 ayam kat piring tu,nasib xterpelanting jer.

*Waiter kat sana hampir 99.9% Lelaki dan Mat Bangla. Sorry to Say la, diorang tak ubah macam buruh kasar nak bina bangunan. Main campak piring. Etika mane? Nak agihkan makanan pun xreti, ada yang terlebih,ada yang terkurang sangat!

*Ni yang aku paling marah. Kitorang datang lambat sebab nak solat dan majlis pun mula lepas maghrib. Naik pun guna kenderaan sendiri. dh siap emel kat pihak pengurusan dah. alih2 sampai, nombor kad jemputan kitorang xboleh masuk dalam Lucky Draw. Alasan:Sampai selepas pukul 6. Nak aku azan kat telinga diorang ke?

*Goodies a.k.a door gift yang... serius hampeh!!. Dinner 2nd year dulu siap dapat Pendrive. yang ni? dapat freebies tahape2 tah. kalo pergi ekspo mane2 kompom dapat mendalah ni. Ala free shampoo la,minyak rambut la. Puhlease! xde benda ke korang boleh bagi buat kenang2an at least Mug ke? Takat bagi beg kertas,iklan,bek gi career path!(p/s:xkonsisten! yang datang awal je dpt bear,tp bayaran sama jugak, RM80??)

*Paling aku hangen... Last2 minit meja kitorang kena tukar without further notice! WT Heck! aku penat2 datang awal pagi cop meja depan Dance Floor,pas2 sedap gigi je tukar belakang dengan tanpa rasa bersalahnya. Adooii pengurusan teruk sangat la! =(

Alamak,terkomplen banyak pulak. =p

Kesimpulannya majlis ni
banyak cacat daripada sempurna nya. Tapi aku puji la usaha diorang bersusah payah wat buku Accounting Nite walaupun banyak typo error yang xtau nak maafkan ke tidak. Kata pandai2,kan?

papepon,terima kasih banyak2 laaa kepada pihak yang bersusah payah organize dinner ni,jasa korang amat2 laa dihargai. tapi tolong la jangan mula2 nak tarik orang cop table cakap punya laaa manis, bila dinner je, wat2 lupa plak!

Siapa2 yang terasa tu,jangan marah ye! Aku hanya menyuarakan hak sebagai customer. Terasa diri ini dikhianati.=(

Akhir kata, Final Exam pun dah nak dekat kan?
All da best! =)

Mode lagu for diz entry: Lenka-The Show

I want my money back...lalalaala~

Wednesday, March 17, 2010

mini hapdet


salam semua!

uh uh, sungguh sadis pabila melihat belog sendiri tidak update.

masakan pula, laptopku masih di hospital. abang kedai laptop tu mahu buat tukun tiruan kot! ;(

*hasil google pakai woggle* 0_0

oh ya,disebabkan mahu mengubat hati yang lara tanpa perlu merindui gerangan si laptop,aku membuang masa yang patut distudy dengan menonton animasi ini. siapa2 minat Death Note boleh la layan anime ni.

cuma awek ni pulak yang karakter lebih kurang dengan L,tapi lagi ganas!

Yamato Nadeshiko Shichi Henge

best! siapa yang dah tengok?

kegilaan anime berulang kembali!
(update kejap sebab pakai lappy rumet,xleh lama2 nanti kena marah ;p)

Saturday, March 13, 2010

Jangan Pergi Dulu Wahai Sayangku, Aku Masih Memerlukanmu!

Salam semua!
nak menangis ley x? ke nak meraung? ='(
dengan ini,beta mengisytiharkan bahawa laptop beta sedang gering..
maka laptop beta kini telah dirawat di sebuah kedai komputer di Ampang Point..
mungkin ia sudah tahu bahawa masa untuk aku habis belajar tidak lama lagi..
tapi bukan sekarang ye sayang.. daku masih memerlukan kamu..
doakan semoga laptop beta sembuh!
jadi,buat masa sekarang xdapek la hupdate pape.. LAB? oh no.. malas nk terperok lama2,laptop gak terbaek! =')(still nak belagak even laptop sdiri da di ambang maut tu)
*padahal skang ni nga tekan2 papan kekunci LAB la ni,hadoiiii*=p
oh ya, simptom2 beliaw adalah:
Tatkala bermain farmville,xsempat nak harvest,skrin tiba2 blackout,dan menjadi biru..
kemudian skrin itu menunjukkan memory dump ape tah..
kemudia apabila direstart balik, skrin jadi gelap gulita,
maka aku pon dengan coolnya menekan2 banyak kali sambil menjampi serapah..
boleh pulak..dan file2 penting telah dibackup cepat2 di Local D..
pabila shut down dan on balik..
tros la koma sehingga harini..
sila sedekahkan yassin dan alfatihah kepada beliau..
hukhukhuk..='(
assignment OB siapa nak tolong watkan? sila jawabkan??=S
p/s: da usya da laptop TOSHIBA kaler maroon(haha curang2!!) :p
*cucuk2 bantal sambil dengar lagu MUSE*

Tuesday, March 9, 2010

Kopi Pastu Paste Xpe ke?

Salam semua!! :D

Rasanya macam dah lama x menaip2 kat laptop ACER Aspire 3640 yang usang ni(alamak tiba2 jd hang),silap, laptop ACER Aspire yang banyak berjasa nih :). Sebenarnya bukan menghilangkan diri ditelan malam mahupun siang, aku telah mem'puasa'kan jari jemari aku dari mengetuk2 papan kekunci(skema sikit) supaya memfokuskan dan mencipingkan anak mata aku khas untuk Presentation Islamic Finance dan Advance Ais, dan akhirnya aku berjaya!(baca dalam nada tercungap2) Berjaya dari buat kerja rajin xbertempat! :)


Tajuk hari ini memang tiba2 terlintas dari kepala minda aku, kalau ditukar kepada English Version adalah CopyCat. Ops,CoffeeCat. Lantak la labuuuu. Janji ada kaitan. :D







Pernah x bila anda melukis satu kartun yang sangat unik dan sudah di'copyright' dan esoknya kemudian lukisan anda tersebut diciplak oleh kawan anda/strangers?
Pernah x bila anda berjalan2 ke Shopping Mall dan berkenan kat baju yang super schomel malangnya esok kemudian rakan yang temani anda semalam sudah membeli baju tersebut?

Pernah x??

Ok,twist kepada belog pula.

Pernah x bila anda buat satu entry yang gila babeng diperah otak oleh anda kemudiannya entry kamu itu dicilok@dicedok oleh pemblogger tegar yang anda langsung xkenali??

Ok bab ni aku xkena. Sapa yang nak tiru entry aku ni? Geli je kot :D

Hal ini berlaku kepada seorang cik adik(nama dirahsiakan) dimana belog beliaw punya entry telah ditiru bulat2 dan dikopipes ke belog orang tersebut tanpa keizinan @ pendek kata copy pastuh paste kemudian publish!

Baiklah, anda mahu ditiru @ meniru? Itu hak anda. Cuma aku ada sedikit 5cent tips kalau nak elak dari benda-benda busuk ni terjadi;

*kalaw anda seorang yang famous @ erti kata lain sentiasa masuk majalah @ whatsoever, pastikan gambar anda telah di'watermark'kan atas nama belog anda. macam aku punya gambar. Pedulik la diorang yang cilok tu nak remove 'watermark' tu. Anda dah berusaha.
watermark kecik camni pon dah ok. Usaha beb!
(psssst; aku xfaymes pon,cuma nak perasan2 sikit jer ;P)

*BANYAKKAN entry mengenai adik beradik, habang hakak,hibu bapak, hanak pinak dan ternakan lembu dalam entry anda. X ubah macam diari @ album keluarga kan? Nak tiru? Ada ke kebetulan nama ahli keluarga kita sejebon dalam entry pengkopipes itu?

*NYATAKAN awal2 bahawa anda tidak kisah entry anda dicilok, namun tegaskan bahawa anda perlu diberi kredit*hasil karya kita mana boleh diambil sewenang2nya,ewah-ewah!*

*untuk menambahkan degree keMELUATan orang yang nak meniru belog anda tu, banyakkan ayat-ayat jiwang karat tahap besi berani, tepek2 gambar pujaan hati anda, kemudian selitkan sama aktiviti/kisah2 anda berdua. Siapa mahu copy silakan?

*kalaw anda bijak, sila configure belog anda supaya manusia2 yang hendak tekan right kelik itu gagal,lalu keluar popup "CANNOT COPY THIS". sila lawat belog Mazidul 999. Cuba tengok!

dan akhir kata..

Kalau xsuka meniru dan ditiru..
anda patut terima hakikat,pencuri siber sukar dinampaki,dan kadang2 mereka xkan me'reveal' identiti mereka,jadi kalau xmahu hak anda diceroboh;

*sila PRIVATEkan belog anda(kurang sikit publisiti) dan hanya orang tertentu akan dijemput membaca belog anda. Selamat bukan? Xreti? Godek2 la blogger.com ni.

*JANGAN SESEKALI bukak belog. Selamat, Jimat, Xsakit hati.Pastuh lagi syok kalo jadi follower. Pastuh kau nak kopipes,letak kat Microsoft Word,Print pas2 baca sorang2. Xde sape nak marah kau dah.

pi.estt: kalaw widget kat belog nak tiru melampau la nak marah. kao hengat widget tu berbayar? free sajork!*hentak2 kaki*

Malas dah nak bebel.Masing2 dah besar gedabak.
Esok SPM result kuar! All da best adek2(termasuk adekku) :D

Friday, March 5, 2010

sape berminat nak jadi cikgu sila hangkat tangan!


salam semua. baru je update status fesbuk nak jadi rajin. alih2 gatal g tekan new post kat belog. maka jadi la post ini. oh ya, post kali ini bukan post sampah ye. harap MAKYONG!

okeh kawan-kawan sekalian, sapa berminat nak jadi cikgu?(ceh,macam main polis sentri pulak). baru-baru ni ada pembukaan ambilan Julai - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah a.k.a DPLI. dulu2 KPLI kan? skang DPLI dah. siapa2 yang berminat nak jadi tenaga pengajar, gemarkan budak-budak(bukan makan budak ye) dan bersifat penyayang (terutama pelajar2 yang suka calar kereta guru) anda sangat-sangat lah digalakkan apply!

malas nak banyak repek, ni syaratnya:

SYARAT AM UNIVERSITI
Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja serta berumur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1975.

Syarat Am
  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan
    PNGK sekurang - sekurangnya 2.75;
    atau
  2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti.
    dan
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
    dan
  4. Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai;
    dan
  5. Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)
  6. Lulus Temu duga dan diperaku oleh panel penemu duga.
dan ada lagi syarat2 lain yang penting. sila ke webiste ini.tekan ini.kelik je la wei! >.<

PERMOHONAN ONLINE dibuka mulai 1 MAC 2010 (ISNIN) jam 12.00 TENGAH HARI di Laman Web Kemasukan ke IPTA : http://upu.mohe.gov.my
PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
Bayaran boleh dibuat di Kaunter, Mesin ATM atau Perbankan SMS BSN dengan harga RM20.60 (termasuk RM0.60 bayaran perkhidmatan bank)
Melalui mesin ATM - Pilih URUSAN LAIN > NO. PIN > IPTA > DIPLOMA PENDIDIKAN
TEMPOH PERMOHONAN & PEMBELIAN NO. UNIK ID (PIN) : 1 - 16 MAC 2010

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 16 MAC 2010

pi.es: jangan salahkan tulisan ni. aku kopipes jer. memang besar sebab nak bagi korang baca jelas-jelas.

Ok, masih sempat ye rakan-rakan. berminat? apply cepat2! banyak tau benefit jadi cikgu! Budak sekolah cuti,kita pon cuti gak. LOLZ

apply WOAH xapply rugi WOAH.

pi.es lagi: kerja kerajaan siyes susah nak dapat. sila la grab peluang selagi masih ada. opsss,lupa nak announce, bulan March memang sibuk career talk sana ini. =D

Wednesday, March 3, 2010

eurgh! ana fening!

*_*
kenapa pening2 nih?

tajuk entry kalini pon dah nampak sangat kefeningan haku tau x!

T__T(nanges kejap)

minggu depan adalah minggu paling sibuk sedunia haku!

kenapa ya?

1. Presentation Islamic Finance
- setelah 2 minggu lecturerku ber-out station entah ke mana, akhirnya dia kembali meneruskan tugas beliau mengajar sekaligus turn aku sebagai group minggu pertama yang akan present! huh! xsuka shangaaait! dah la group hanya 2 orang. chessh xmencabar langsung!(padahal xsuka wat assignment banyak2)

response: UNLIKE

2. Presentation Advance Ais
- juga presentation tapi group aku ramai berbanding Islamic Finance yang hanya perlu berpasangan. group aku adela dalam 5 orang. yeay! bole la nk cilok2 sikit time bercakap. *grin*

response: sedikit LIKE dan UNLIKE

3. Submit assignment Organisational Behaviour Part 2
- Oh ya sebenarnya sudah siap tetapi minggu ni kena g Menara TM pulak daaaa. ada assignment menginterview pakcik2 di sana. pakcik CEO UDA bila nak bagi response? nak BONUS mark ni! ~

response : XDE perasaan

4. Submit assignment Lab Advance Ais
- Wahh ini sememangnya berita baik untuk aku. baru je nak gigih hari ni pergi lab dengan hangkut buku bagai, dapat pulak cahaya nur ILLAHI *padahal orang mesej je* menyatakan da dapat jawapan semua! yeay! xperlu susah2(padahal dah susah pon g lab penat2)

response : LIKE2 gitu.

maaf la entry sedikit keSAMPAHan sebab haku telah mengSHOWoffkan kebusy-an aku minggu ni. dah nama pun pelajar, kena la buat kerja sekolah(xnak panggil assignment :p)

baiklah Sofahani, sila SIAPkan senarai di ATAS! A.S.A.P!!

Monday, March 1, 2010

Pee Dee Deey

Salam semua!

Sebut pasal merancang, siapa-siapa kalau nak buat sesuatu xkiralah assignment, exam, dinner, semua kena mulakan dengan merancang dulu kan? kalau xmerancang, xmenjadi lah apa yang kita target nak buat. betol x? sila hangguk 90 darjah!

okeh, begitu juga dengan percutian ini, kalau xdirancang, serius xmenjadi, tapi, orang tua-tua kata, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. betol x? hangguk lagi sekali oyeah! :p

bertemakan Berpanas Terik di Bawah Mentari, tema ini dipilih kerana semua sedia maklum dengan pemanasan global yang semakin mega, nak nak pulak kat tepi pantai, memang sunburn la jawabnya!

Bertarikh 27&28 Februari 2009, sebanyak 10 buah kereta telah mengikuti konvoi ke Port Dickson. Tanpa membebel dengan lebih panjang, anda lihat je la gambar2 nye ye..

dengan hanya bermodalkan RM65, dan tido di Apartment Glory Beach Resort beserta BBQ,Sukaneka dll.. Worth it x?


hadiah sukaneka yang berjaya menggegarkan jiwa rakan2 yang laen.
.

menunggu ketibaan rakan2 yang lain..


bergambar itu wajib!

camerawoman berjaya.. Nurul 'Izzah..


sesampainya di Glory Beach Resort.. masing2 berpeluh xhengat..


makan tengahari dulu.. eh silap...posing dulu..
ha.. ni baru g makan..

FIRST SESSION.. SUKANEKA..

sessi petang.. Berpiknik di tepian pantai.. (sebenarnya tunggu Sukaneka bermula)



Raja Tepong dimenangi oleh Faiz..(che we pun kalah..)

gambar sukaneka yang lain sume xde sebab haku masuk join same =D
kan aku dh kata,aku masuk. habis tepung2 bertempek kat muka aku.=_=''

NEXT SESSION.. BARBEQUE..

Bab*-Q time!
Hencek Haizul dan Hencek Satu sangat rajin menjaga Barbeque.. ada can jadi calon menantu neh.. hehe.. :p

dah macam piknik di malam hari la pulak..

NEXT SESSION..EXPLODED QUESTION a.k.a SOALAN MAUT..

Exploded Question dimana mangsa2 yang disebut nama akan ditanya soalan maut pilihan sendiri.. aku juga tidak terkecuali.. heh!

ESOKnya..
bersiap siaga hendak pulang..!

Sebilangan pic2 yang telah haku edit..(rajen xkena time..dah la banyak assignment,hish!)

p/s: aku nak mintak ampun awal2 yer.. jgn marah ye rakan2.. sekadar usikan jer.. mwahahaha..:p
(klik gambar untuk membaca dialog dengan lebih jelas)


soriii gambar banyak sangat.. dah sume gila gambar nak wat cemane :D

one word: B.E.S.T!

commentator by participante:
Zety: Worth it!
Dayah: Best! =D
Izzah: Buat lagi!
Haizul: bg cadangan tempat lain pulak(nak soh wat lagi)
dan byk lagi.. penat nak taip! =D

Alhamdulillah, planning lama pun jadi akhirnya,semua selamat pergi&balik =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails