Wednesday, June 30, 2010

JPA: Hampir Selesai Sudah ^^,


Salam semua! Maaflah,bukan tiada entry menarik hendak dikongsi,tetapi entry kali ini lagi menarik dan sangat penting untuk dikongsi walaupun tarikh hari ini sudah 30 hb! Dan yang penting entri ini KHAS untuk pelajar batch 0607 Fakulti Perakaunan Universiti Malaya sahaja ya!



Memperlihatkan pada 3 keping gambar di atas,pasti ramai dapat mengagak,bukan?
aku ke JPA untuk urusan lapor diri(hinggakan terpaksa ambil cuti sehari semata-mata nak uruskan hal penting ni)

Ok,kepada yang tidak hantar lagi atau masih dalam proses hendak mengumpul 4 jenis doc penting tu,jangan gelabah,jangan risau ok? Ini kerana, asalkan kamu semua hantar doc yang ada pun,jadilah,janji hantar!

Ok,ini adalah barang2 yang aku hantar by hand ke kaunter JPA tadi;

1. Borang Pendaftaran Tamat Pengajian
- kalau ada yang menimbulkan kekeliruan seperti kelas kelulusan, ikatan perjanjian, rancangan biasiswa, xisi pun tidak mengapa kalau tiada kena mengena dengan korang. Janji isi info penting korang seperti nama,alamat,emel,universiti dan yang korang tahu.

2. Salinan ijazah/Diploma/Surat Pengesahan Senat
-Menurut perbualan aku dengan kak Sue,kak Sue kata surat Pengesahan Senat kita akan terima lepas terima ijazah,dan salinan ijazah tu sah2 la akan dapat lepas majlis graduasi nanti,maka,akak Sue kata, surat akuan pengesahan tamat pengajian tu pun boleh digunakan sebagai 'ganti sementara' untuk JPA. Tau x surat akuan pengesahan tu? Alaaa.. surat yang menyatakan korang tu pelajar UM,no matrik,no kad pengenalan dan surat tu nyatakan korang konvo bila.. korang sume mesti dah isi kat fakulti siap2 kan? so guna surat tu pon da ok. So,bila dah dapat salinan ijazah & Surat Pengesahan Senat,barulah terus dihantar ke JPA balik.Jangan xhantar pulak! Paham idok ni? Oh ya,jangan lupa pengesahan ok!

3. Salinan transkrip peperiksaan
-Salinan ni termasuk dari Tahun 1 sampaaaaai la korang Tahun 4,dan result terkini Sem 2 09/10 tuh,kena hantar tau! Siapa2 yang hilang slip ,bole mintak kat fakulti printkan salinan dan kalau siapa2 yang jauh dari fakulti,print je kat sistem UMISISWEB tu,pastu sahkan. Janji hantar ok!

p/s: sangat bengang dgn akak Seksyen Peperiksaan(nama xpyh sebut) kerana layan acuh tak acuh,pastu bila ditanya pasal slip sem 2 09/10,dia kata baru hantar isnin hari tu,xkan xsampai lagi? Bila ditanya, "mana saya tau sampai bila,tu sume kerja posmen". Padahal aku dah bayar hutang dah LAMA gila kot,xkan slip xsampai2 lagi?? Sudahnya aku mintak Fakulti watkan salinan tok aku,slip asli sampai kini xsampai lagi! :( Bab hutang laju je mintak,bila dah bayar... hurmm..=(
Pulangkan slip ku....!! :(

4. Bukti Permohonan Pekerjaan dengan Pihak Berkuasa Melantik Persekutuan
-kalau korang perasan,korang mesti dah daftar kan untuk memohon kerja kat laman web SPA. Btol x? Siapa2 yang baru mendaftar,kena tunggu 3 hari,baru dapat semak kat sistem menggunakan aplikasi semakan online permohonan. Dan kalau korang bernasib baik, SPA akan terus hantar surat Akuan Permohonan Pekerjaan ke pintu rumah anda. Surat tu kecik je,ala2 slip dan berbackground kaler biru. ha,surat tu la korang potostat,pastu hantar ke JPA sebagai bukti. TETAPI,kalau tak dapat lagi,korang print je kat laman web korang dah semak tu, trus anta. Ok?

Ok. Paham dah? If dah paham,jangan risau jangan runsing,hantar je docs yang ada.

Dan,kalau yang dok jauh dari KL tu,jangan susah payah g turun KL semata-mata,pakai pos,faks,emel pon da boleh,guna alamat yang diberi dalam surat tu ok!

Hampir selesai kerana hanya salinan ijazah/surat pengesahan senat je yang xdihantar. Oh ya,jika anda dah pos doc no 4,kemudian tiba-tiba saja bertukar permohonan jawatan,sila hantar kembali bukti yang terkini supaya JPA update dengan perkembangan anda. Ok?

Any Question? :p

website penting!

JPA
SPA


Antara sebab aku terlalu 'eager' nak bekerja dengan kerajaan,lihat gambar di atas ni pun dah cukup!

Sila lah ambil saya bekerja dengan Kerajaan,dah tanggung belajar ni,inilah masa untuk saya membalas jasa! *ayat bodek*

Last but not least,siapa yang tak nak kerja kerajaan kan? Rugi Besar la wei! :D

Hadoi... Esok Kerja! :(

Sunday, June 27, 2010

Sehari bersama 'Chef' Honey Lalala- Salad Diet


oh,hai!

eh silap,assalamualaikum semua!(:

Hari ini aku main masak-masak. Walaupun kini giat menjadi wanita bekerjaya, tapi ini tidak bermakna aku x turun ke dapur. Hujung minggu pun jadi lah,janji pegang pisau,sudip dan penutup periuk bagi mengelak dari terkena percikan minyak panas :p

Ok,dipendekkan cerita,mari aku celoteh sikit pasal main masak-masak a.k.a Sehari Bersama 'Chef' Honey Lalala.

Korang pasti pernah dengar mengenai makanan berdiet kan?Siapa nak diet sila angkat tangan! Semua nak diet?? Betul ni?? Haha. :p Ya,kali ini, Chef hendak berkongsi resipi bersama adik-adik,akak-akak semua mengenai makanan berdiet atau lebih dikenali sebagai salad buah-buahan.(eleh keco je Chef ni,salad pon nk post) :p

bahan-bahan yang diperlukan ialah;

-2 Biji Epal Hijau
-2 Biji Epal Merah
-1/2 Betik
-3 cawan yogurt(mana2 perisa pun Ok)
-Beberapa Kismis Hitam dan Kuning



hambek ko, betik sampai dah nak kecut ni ha,ni akibat perap lama-lama kat peti aes.. :D



1. Mula- mula,potong siap- siap..


2. Kemudian, potong bentuk dadu,petak2 pun xpe,janji kecik2 ok? tercekik lak nanti.

Tarra!! Dah siap potong santek2! ;)(ceh puji diri sendiri)


3. Gaulkan dalam bekas besar, kemudian, sila ambil yogurt dan gaulkan ia sama rata.(ayat skema jap)

* Aku amik yogurt perisa strawberry. Sedap!

Dah nama makanan berdiet,haruslah pilih 0% rendah lemak. ;D
Buka,

Tuang,

..dan gaul..!!

Hasil pergaulan bebas antara Betik,Epal Hijau dan Epal Merah.. Berlemoih sakan! ;P

Alamak! terlupa letak Kismis! Gigih pergi Tesco semalam semata-mata nak beli bahan-bahan ni.. hik hok!

Tada......!!! Siap Sudah..

4. Selepas siap gaul dengan sebati,simpan dalam peti sejuk seketika, dalam 1/2 jam kemudian(agak2 dah sejuk),bolehla dimakan!

Yum..Yum!! ;D

Salad ni selalu orang cakap,sebagai desert selepas makan. Tapi tahukah anda? Sebenarnya lebih elok makan buah-buahan sebelum makan makanan berat kerana memudahkan pencernaan sebelum menerima makanan berat. Ini berdasarkan pembacaan aku di majalah kesihatan,bukan majalah mastika ok :p

So,aku prefer makan buah-buahan sebelum makan nasi, senang cerna!

Senang kan? Makan sambil tgk 'World Cup' pon sodap...! Ok,jumpa di lain waktu di channel yang sama dan waktu yang sama,babaiiii...

kredit kepada Chef Hanieliza(nama pun cam aku gk ni)
http://hanieliza.fotopages.com

pi.es: Berat sudah semakin turun. Adakah ini tanda aku sudah stress bekerja? i loike! ;D

Wednesday, June 23, 2010

Join Kontest Yuk! ;)

Da lama xjoin tag dan yang paling penting, aku xpernah join kontest yang dibuat oleh mana-mana pemilik belog. Sebabnya,aku akan tau kontest tu wujud bila pemenang dah disebut. kesian kan? T_T tapi kalini,dengan tiada niat nak mengharap hadiah,aku saje suka suki nak join ini kontest!

Kontest ni dibuat oleh rakan blogger yang memang sekian lama wujud di barisan link blog aku sebelum kontest ni dibuat. Kan Rina kan? :D

Ok,malas nak bebel dah,ikot task pe yang Rina suruh!

1st step- letak banner kat sidebar korang- DAH

2nd step- Letak kedua-dua link di bawah di link list korang -DAH

3rd step-Buat 1 entry berkenaan dengan contest ni dan letak sekali kedua-dua banner tadi dalam entry. -DAH

rinastories



rinawardrobe



ehem-ehem,testing suara jap* okeh kakak-kakak sekalian,adek adek dan abang2 sume,arini saya telah menyertai kontest yang telah dianjurkan oleh rakan belog saya iaitu Rina,dan tujuan utama beliau berbuat begitu ialah untuk mempromote belogshop beliau manakala tujuan utama saya ialah mempromote diri sendiri,belogshop beliau disamping memenangi hadiah yang ditaja oleh beliau :D

Melihat kepada belogshop beliau,cik Rina kita berniaga baju2 yang comel2 dan menepati citarasa anak2 muda remaja masakini(ceh ni puji ke hape) :p dan sempena mahu memperkenalkan belogshop beliau,maka lahirlah kontest ini! :D dan saya begitu bersemangat hendak memberitahu yang saya join kontest ini! Mari join ramai-ramai! :D

4th step- Tinggal kan link post korang di ruangan komen bawah ni -DAH

Optional step- add rina kat facebook -Rina Blogshop, Jadi follower rina - DAH(agak2 dapat BONUS MARK x?) :p

dan dengan ini,saya menamatkan entri ini dengan ucapan wabillahitaufiqwalhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. =)

Tuesday, June 22, 2010

Kempunan dehhh!!



Sebenarnya benda ni dah lama,tapi untuk memeriahkan belog disebabkan lama sangat dia ni diabaikan, aku update la cerita2 yang xberapa unnecessary nak diceritakan tapi nak juga diceritakan.(paham x?)

Oh ya, kehidupan selepas bekerjaya kini pada aku agak OK, on time 8.30 pagi,balik kol 5.30. tapi disebabkan malu nak balik awal sebab selalunya staff lama memang stay lambat,aku balik la dalam 5.45 ke, 6 ke,padahal dalam hati kalo bole nak balik on time jugak! :p

Biasala, dah nama baru nak berjinak2 dengan kerjaya. Walaupun pengalaman bekerja aku boleh dikatakan agak banyak,ye memang banyak, tetapi kebanyakannya kerja tidak professional iaitu kerja di Delifrance, GSC Times Square dan Borders. Dan kerjaya paling akademik bagi aku iaitu sebagai pelatih audit dalaman di UDA Holdings.

Dah2, lupakan seketika pasal kerja,stress dibuatnya! Baru-baru ini aku dan keluarga aku pergi berjalan-jalan di Putrajaya,saja-saja tiada kerja,dan waktu lalu ke kafe aku terjumpa ini;

iklan die cam cantek je air tu kan?


Yaaa cik adik cik abang cik kakak.. nama air ni 3 layer tea atau orang melayu panggil air 3 lapis.. setelah diamati dan dianalisis,

lapisan paling bawah ialah syrup@gula melaka@gula merah - yang ni paling manis
lapisan tengah ialah santan kelapa..ala,yang wat air cendol tu..
lapisan atas sekali ialah teh..

Jadi..siapa2 nak try kat rumah? heeee..

realitinya..

indah khabar dari rupa kah? (eh muka adik aku nyelit lak)

Sesungguhnya air ni xsedap dan xmanis langsung.. mamak tu xreti buat! Booooo! :p

Ok,tukar channel kejap.. sebenarnya TUJUAN UTAMA kami ke PUTRAJAYA adalah disebabkan abah TERINGIN sangat-sangat naik kapal persiaran kat Putrajaya tu.. namun terbantut apabila melihat ini;

poket kurang lebat!!*klik gambar ini,baru anda paham kenapa*

lalu kami balik,berlalu dengan sayu.. sobssss..kecewa!!

*bergambar kenangan* ^^,

Tolonglah kurangkan rate tersebut,kami xmampu! *nada sayu*kempunan mau naik!

pies: 3 hari cuti pada tarikh berlainan telah berjaya diapprove oleh bos. Syabas kepada diri sendiri! :D

JPA ohhhh JPA..!

Rasanya mesti korang sume perasan nape belog aku tiba2 xdapat nak bukak kan? hehe..maaf la yek! Disebabkan tiada benda nak update,maka baik sahaja aku tutup belog ini buat sementara waktu.. dan hari ini,aku buka kembali untuk memberi ruang kepada berita penting iaitu KHAS untuk pelajar tajaan JPA!

hati ini sememangnya panas membara bila surat tu bertarikh 1 Jun tiba di rumah pada 17 Jun. Dua minggu setengah masa diambil untuk menghantar surat ini,padahal rumah aku kat Kuala Lumpur je,haii,jauh nya Putrajaya-KL sampai makan masa berhari2.. Dan yang paling menyakitkan hati ialah, kena lapor diri 30 hari selepas tarikh surat tersebut.. Jadi.. sila kira berapa hari yang tinggal untuk aku persiapkan untuk melapor diri..

ikotkan hari ini, tinggal 9 hari sahaja! 9 hari oke!

Hari ini aku cuba menelefon pihak bertanggungjawab untuk menjelaskan kekusutan yang aku hadapi ni.. hasilnya, telefon xberjawab! dering2an lagu sahaja yang diberi! (*&&^%

Dan terima kasih kepada Aminah kerana menjelaskan kekusutan tersebut.. sila baca di sini ye,malas nak kopipes.. =p

nantikan cerita baru di entry lain~ :)

pi.es: terpaksa ambil 3 hari cuti sepanjang tempoh bekerja - cuti setelkan hal JPA(xsure nak ambil ke x), cuti ambil jubah konvo dan cuti konvokesyen! 8-3= 5 hari cuti yang tinggal dalam tahun ini! :( xsukexsukexsuke!!

Sunday, June 13, 2010

Minta maaf: Rugi ke berbuat camtu?



Selalunya aku jarang ambil kisah pasal artis2 tempatan,sebabnya kisah mereka xhabis2 dipalit dengan gosip murahan & kontroversi. Jadi,aku ambil sikap,baca,dengar,lihat dan buat penilaian sendiri(dalam hati je)

Namun baru-baru ni, pagi2 tadi nak bersarapan Roti Planta sambil menjamu mata membaca surat khabar, aku tertarik dengan satu kisah yang bagi aku kisah 'budak-budak'. Artis VS Siswa. Dan punca nya sebab gurau xbertempat. Ikuti komen Artis tersebut;

{Sumber Utusan}

“Nawaitu saya hanya satu ketika itu iaitu bergurau. Tidak lebih dari itu kerana secara lahiriah saya memang suka bersenda. ‘Awak busuk’ adalah antara ayat-ayat kelakar saya selain ratusan jenaka lain yang diketahui. Saya tidak berniat untuk merendahkan dia di depan rakan-rakannya yang lain.

Komen aku - Masuk Kandang Kambing Mengembek,Masuk Kandang Kerbau Menguak.

Rakan terdekat termasuk kelab peminat Hujan iaitu Raingers sendiri tahu tentang caranya itu. Saling menghormati dan tidak sesekali menyakiti perasaan insan lain. Jauh sekali bersikap biadap di hadapan orang yang baru dikenalinya.

Komen aku - Aku tak pernah masuk kelab peminat kumpulan ini. ;p

“Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tidak akan minta maaf atas apa yang dia telah lakukan kepada saya. Dia tidak kenal siapa saya dan sewenang-wenang menghukum saya. Tindakan memalukan sebegitu sebenarnya satu penganiayaan terhadap saya,” luah artis itu lagi.

Komen - Dah buat salah,pertahankan diri tu betul pula. Masyarakat Malaysia sekarang dah terhakis sikap berbudi bahasa dan bersopan-santun.


Justeru, aku rasa tindakan artis tu adalah tindakan 'superbijak' kerana dia perlu sedar, tanpa peminat siapalah dia. Aku tau ayat stereotaip bijakpandai artis akan balas,"Saya tidak pernah mintak orang minat diri saya,saya hanya mencari rezeki" dan aku akan balas, " For what ko masuk Mainstream dan muncul kat TV-TV? Lain lah kalau jadi artis jalanan menyanyi kat tepi jalan Bukit Bintang tu, takde sapa nak masukkan dalam tv melainkan rancangan 360 sahaja. bahahaha. Orang jadi artis nk fofuler n kumpul peminat lah! Derh!"

Rugi ke meminta maaf? Sampaikan jatuh ke maruah tu kalau nk minta maaf? Setau aku,Orang meminta maaf tu jauh lebih mulia daripada orang yang memaafkan. Xrugi satu sen pun nak wat apology. Lagi dapat pahala ada la. Orang pun respek sebab peka dengan sensitiviti orang lain. Xsemua orang boleh bawak gurau macam kamu!


pi.es: Dulu pernah ditawarkan oleh rakan untuk membeli payung dan baju kumpulan ini,tapi xde rasa berminat langsung nak beli. Fuh,nasib baik xminat,kalau minat memang menyesal! :D

Kawan-kawan kipassusahmati jangan marah ye! Hak bersuara ada dimana-mana! :-) *winkwink*

Pepatah Xleh gurau gi Surau dah xrelevan kini. Sekarang pepatah Bercakap biar berpada-pada,Membuat Statement Jahat jangan sekali. Sekarang zaman moden,Saman Menyaman bersepah sana sini sinun. So,jangan kerana mulut,badan binasa ye!

Makan bola,tido bola,mandi pun BOLA! :D




Ya,baru bermula sahaja 11hb (kelmarin),dan yang pasti lagu tema World Cup sgt la sedap teramat(bukan sedap makanan tau,ok xlawak) dan yang pasti Shakira jadi penyanyi tok lagu tema World Cup Waka Waka!

Tapi paling sedap pernah aku dengar lagu ni;



mungkin kerana iklan kat TV3 tu memberi pengaruh yang kuat teramat sampai aku pon minat lagu ni, :p

I vote for Itali & Pemain bola paling hensem, Kaka! :D

Anda pula?

Yang pasti jangan sokong Israel Laknatullah tu ok? Xlayak menang!

pies: kenapa bunyi kat channel 805 semalam macam bunyi langau? bising dan annoying-lah! OH Africa!

Saturday, June 12, 2010

Kembali!



Sudah lama tidak mengupdate belog.

Bukan merajuk mahupun malas.

Tapi kalian semua tentu sudah maklum yang penulis belog kini telah...

BEKERJA!

Jadi,apabila menjadi wanita bekerjaya ni, kena la bagi 110% komitmen kepada kerja :p

OH,lawak sahaja ya!

Di tempat kerja tidak boleh online,so,kena fokus buat kerja. Kalau tak,produktiviti kerja menurun! ;p

Buat masa ni penulis sedang bizi bekerja, tapi tidak menyasarkan untuk bekerja selama-lamanya di situ. Kalau ada rezeki,mungkin beralih ke tempat yang lebih besar.

Doakan aku dapat kerja idaman ya!! :-)

{Yahoo Search}

Friday, June 4, 2010

Singkirkan mereka!



LEDANG: Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekeluarga diikat dan dipukul dalam rompakan bersenjata, malah ketawa ketika seorang daripada mereka merogol isteri mangsa di depan anak dan suaminya.

Malah, empat lelaki itu berani melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa menggunakan topeng muka ketika merompak keluarga suspek di Bukit Gambir, Selasa lalu.


Kejadian kejam itu bermula kira-kira jam 3 pagi ketika pasangan suami isteri berusia 40-an dan anak mereka berusia lapan hingga 17 tahun tidur nyenyak.


Agak lama jugak aku xupdate kan? Tu la,nafsu nak berblogging makin menurun,mungkin sekarang musim mencari kerja dan musim nk bergraduasi. Oh ya, keratan akhbar yang dicilok dari Harian Metro memang betul2 menarik minat aku.


Bila kerajaan nak halau penyibuk ni ha? kalau datang cari rezeki HALAL takpe jugak. HARAM jugak ko nak sapu. dan menambah lagi daki2 dosa kat celahpung ko dengan merogol orang. Aku harap cepat2 la kikis 'daki2' ni dari Malaysia. Semakin ramai mereka,semakin banyak kes jenayah! Dah la kerja bawahan sampai ke stesen minyak kau sapu, xkan CEO pun nanti mereka2 ni jugak? opsss.. Singkirkan mereka!


pi.es: Ada kes amah meludah dalam masakan untuk majikan,alasan paling STUPID amah tu;nak merapatkan hubungan. aiyo! Geliiii kot? Dah,pasni makan kat gerai tempatan. Makin mengarut adat mereka aku tengok!


ni la hukuman sesuai tok makhluk2 pendatang perogol tuh. papepon,kesian kat manusia2 dalam gambar ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails