Kadang-kadang pelik dengan kerenah peniaga di blog. Barang harga murah, dijual dua kali ganda. Mujurlah aku bukan pelanggan peniaga tuh. Tapi sangat kesian jugak lah kat customer yang beli tu.
Berlaku baru-baru ni, sebagai contoh ;
Jumpa shawl tu kat jalan TAR RM 12.00, dijual nya RM 20++. Wahhh! Sangat Over the Limit lah! Pastu di caj nya postage fee. Makin kena tipu lah sang pembeli tersebut. Nak jual pun, jangan lah sampai melampau-lampau. Orang yang meniaga kat jalan TAR tu lagi kesian, berpanas terik. Ish, unreasonable sungguh! Xcukup dengan tu, siap state kain tu high quality la, ape la. sebab tu kasi high price! Marah nih!
Terpikir gak nak wat business online, tapi lebih prefer jual product custom made, sebab orang takkan compare harga produk kita kerana hanya jauhari yang mengenal manikam! :)
nak tau siapa gerangan & alamat blogshop tu? Xpayah lah..Peringatan je untuk kaki blogshop yang ada hati nak kencing pelanggan macam kami!