Friday, December 31, 2010

Kisah yang xberapa nak lucu disebalik kemenangan Malaysia



Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Tahniah kepada team Malaysia kerana berjaya mengungguli kejohanan Piala Suzuki AFF semalam.

Apa? Ingat perempuan cam aku xlayan bola ka? Layan OK! Satu rumah menjerit2 bila pasukan indonesia selalu nak menjaringkan gol ke rumah Malaysia namun pantas ditepis dan dikidnap oleh Penjaga Gol kita, Fahmi.


kredit pada facebook Malaya Tiger Football

4-2 seyyy!!

Apa-apapun, bukan itu aku nak ceritakan sebab dah basi, semua entry tak habis-habis pasal bola. Aku nak cerita pasal kejadian yang berlaku pagi tadi.

Mak aku pergi kedai, kedai tu namanya Kedai Aceh. Sebabnya pemilik kedai tu orang seberang (indonesia) dan tengah membeli barang tu, datanglah seorang makcik, orang Indonesia jugak ke kedai tu, kepoh.. Gini bunyinya;

" Semalam Indonesia Menang 2-1" dengan riak bangga dan menunjuk. dia taktau ke piala tu pasukan Malaysia dah angkut balik?

Mak aku malas nak menjawab,kang menjawab boleh jadi gaduh. Diam je la. Tiba-tiba orang kita menyampuk " Cik kak, bila masa Indonesia menang? Ikotkan aggregate, Malaysia menang, 3-0 di Malaysia,1-2 di Indonesia. So,jadi la 4-2. Malaysia yang menang"

Agaknya bibik tu dah malu, dia nak pertahankan jugak,"Tapi Indonesia tetap menang kok, 2-1 di Bung Karno"

Mak aku mendengar je. Lantak koranglah nak bergaduh. Bukan aku punya pasal. Mak aku toleh la kat tauke Aceh, nak bayar. Tiba-tiba tauke Aceh tu menyampuk, " Saya tidak sokong mana-mana."
Agaknya kalau dia kata dia sokong Indonesia, habis semua orang pakat xmo beli kat dia. Haha!

wajah kecewa fans Indonesia
ish ish ish, xbermoral!
kredit foto kepada thejakmaniacakra


Moral of the story: Sebelum nak keluarkan statement, buat research,selidik dulu! Kalau Indonesia menang 2-1 di tempat dia, kita pun menang 3-0 di tempat kita. Fair play rite??

kelakar, ada komen di page Piala Suzuki AFF bertulis, garuda dah mati dicengkam leher oleh Harimau Malaya, Garuda dah dibuat bakso! Adui,kelakar2.. jangan salahkan guwe,bukan guwe nulisnya..guwe nyampaiin aja! :p

kredit to Obefiend

p/s: jadi medan luahan cerita bolasepak pulak. heh. :p btw, irfan iras-iras nicholas saputra!

Tuesday, December 28, 2010

sleepy while typing this..


kalau sampai 7 hari tu..... (sila isi tempat kosong)

entah la, sampai sekarang masih ingat perkataan yang sangat2 mengguris hati tuh

ke aku yang emo lebih?

eh,mesti lah,aku kan perempuan.

kadang2,berubah menjadi lebih positif pun buruk padahnya,kan?

tapi tetap xmenyesal sebab rasa gembira diri ni mampu berubah jadi lebih baik berbanding sebelumnya.

=)

Sunday, December 26, 2010

Keluar Stesyen-3

Waduh.. sampai 3 episod aku wat entry ni ye.. xpe2.. meh aku pendekkan citer.. sebenarnya banyak lg aku nak merepek,tp tunggu next entry la yekkk..

Tiba di Ipoh agak lama jugak la, memandangkan bertolak dari Seberang Perai ambil masa tersangat-sangat la panjang, ditambah dengan kesesatan jalanraya, menjadikan kami tiba di Ipoh pada pukul 2! Keje xabis wat la jawabnye.. dahla berdua dengan colleague aku,kalau bertiga dalam sehari leh habis..

Tapi kan, Ipoh ni actually kecik je kawasan dia,tapi aku macam fening2 sikit la, sebab bersimpang siur jalannye..

Dan disebabkan kelambatan kami, maka keje pon habes lambaaaatt. Tapi menyempat gak aku nak gi Greentown Mall! Malangnye.. xberapa best,sebab xbanyak kedai dan barangan yang dijual sume sama.. Takde idea ke nak jual barang lain bang? kiri kanan gerai henpon.. atas gerai baju2 n tudung... boring!!

Dan kalau nak tau, kalini bukan check-in kat Hotel Sunway lagik.. This time di Tower Regency Hotel & Apartment.. Peh,wa cakap lu.. memang superb ar! Design macam kondo!

pintu belah kiri tu pintu masuk,pintu belah kanan tu pintu bilik air! Bilik air die.. memang terbaik la! Luas! Leh masuk empat orang dewasa! Hahaha =p

dalam wardrobe tu ada bathrobe.. memandangkan aku ni jakun dan kampung sikit, aku pon eksyen la semalaman pakai bathrobe tu! hehe..;p

suasana malap.. mau tido time ni.. memang romantik abes ar! nak honeymoon pon memang tepat ar!

Lapar lagik.. saje gatal2 usya menu kat sini plak.. Agak murah laaaa berbanding Sunway Hotel.. Tapi tetap sayang duit.. makan jajan jela.. ;p


dan malam tersebut xboleh tido... sejuk ya amat! entah kali ke berapa aku & roomate aku terbangun sebab sejuk giler. tido pakai sweater+selimut pun xleh tanding kesejukan bilik tu! Macam peti sejuk wei!
At last.. rupa2nya.. ada suis utama yang menutup aircond tu, itupon baru sedar waktu pagi2.. adui!! sengal!

Apsaaal la Tower Regency xde aircond remote control? kan aku dah tido xlena! huh! =(

bergambar sebelum pulang...

bye santa joget! :p

-the end-

p.s: lagu peberet aku skang ialah nelly-just a dream!

Saturday, December 25, 2010

Keluar Stesyen-2

Bersambung kembali di entry ini.. Ya.. Hari kedua, masih di Queensbay dan alhamdulillah, dapat menghabiskan kerja dengan pantas dan jitu! :-p

Dan seterusnya bergerak ke Seberang Perai dan hampir2 tersesat jalan kerana ketidak efisienan Google Maps. Oleh itu rakan-rakan, jika mahu berjalan jauh,sila lah beli henpon yang ada GPS ok! Serius bagus! Tapi jangan laa GPS yang berbayar, ambil yang install sekali RM30 tu je, Garmin xsilap aku.

Tiba je di Seberang Perai (SPC), terus buat kerja! dedikasi bukan? :D


Habis kerja cam biasa lah, 6 petang dan check in pula di hotel Sunway Seberang Perai. Alhamdulillah, breakfast di hotel ni jauh lebih sedap! :D

roomate berjimba di luar, tinggal aku sensorang. Layan Bintang Kecil je la. :D

Malam tuh, tido xlena. disebabkan aku ni penakut sikit, aku letak segala luggage aku kat katil sebelah. takot pulak kang ade 'benda' lain tumpang tido. Mak takut nox!

Perut lapar berkeriuk,tetiba rasa gatal tangan pegang buku ni; 
hambekkk kau!!

 

beger je RM22.00! Kalah Properity McDonalds! T_T

petua: lainkali tapow je makanan bungkus kat luar,bawak balik bilik. murah + sedap! tapi roomate aku xmakan malam. sobsss.........

nampaknya makan jelah potato chips + apollo layer cake nih. T_T

wuuuu.. malam2 tido sorang2! nak je aku ajak bellboy teman aku main pool kat lobby bawah! :p

Next station : Ipoh mali...!! :D

p/s: sebelah Hotel Sunway Seberang Perai ada Sunway International Shopping Mall. Boleh tahan gempaq seyh!

Wednesday, December 22, 2010

Keluar Stesyen??

Harluuuuuuu... Opsss.. Assalamualaikum rakan2 sekalian.. Udah lama tidak mengupdate ini belog kerana daku amat busy sekali..  Mengeluarkan diri dari stesyen.. Stesyen apekah? Sudah tentu stesyen kerja!

Selama 5 hari 4 malam aku berada nun jauh di KL.. di Pulau Pinang, Seberang Jaya & Ipoh. Juga check in di hotel sebanyak 3 kali. Bisnesman pon xcamni weh!! :p


Perjalanan pertama dimulakan dengan memandu ke arah utara yg paaaaaling jauh dulu iaitu di Pulau Pinang. Eh,sebelum korang terpinga2 ape yang aku merapek ni, aku kena kerja luar,maksud aku out-station. Dolu2 zaman kecit cinonet aku tau outstation tu xbalik rumah, pastuh cari spare part kat luar sebab jauh dari bini. Ish ish ish T_T

bila dah nak sampai jambatan tu, terasa over eksaited! rasa nak lompat2 sambil cakap yeay da sampai!

ni bukan kat Putrajaya @ Area Sunway k? Ori mariiii! 

Penat jangan cakap la, walaupun bukan aku yang memandu, tapi aku kena letak mancis kat kelopak mata sepanjang perjalanan, sebab kalau aku tido, kang xke naya colleague aku kat sebelah tu??

Sampai-sampai terus kena wat kerja. Oh ya,bertolak pukul 8.30 pagi, sampai Queensbay Mall pukul 12.00. Hebat x? Oh,bukan saya ye yang pandu ^^,

Dah habes segala mak enon kerja sampai kol 6, kitorang pon berangkat pulangle ke Hotel. Pehhhh! Penat sey! 

Hotel Sunway Georgetown menjadi saksi kedatangan aku ke sini.Ecewah!!


OK fine dah ngantok tengok katil ni. Dah la suasana malap. romantika pulak tuh. aishhh.


So far OK la,walaupon aku xpernah keluar jauh2 cenggini. Aku bersyukur selamat. Sebabnya,malam pertama hari aku tido kat sini, ada eksiden kat Jambatan Pulau Pinang. Mati rentung orang tuh. Patotla jalan jem!!

Kita jumpa di next entry! =D

Sunday, December 12, 2010

Kongretulesyen kak Eda!

Just a Quick & Simple Update..

Sekalung ucapan tahniah kepada Kak Eda Edlina kerana akhirnya berjaya menjejaki pelamin bersama Encik suami.. Dan entry ini menunjukkan bahawa aku sangat suka dengan theme wedding beliaw..

Sila lihat..

klik untuk lihat tumbesaran gambar ini..

Simple but Exclusive..
Jatuh cinta ngan kaler Pepel!!

Cumil kan tanglung bulat-bulat tu? Macam nak picit2 jer..

Ok,dah set untok majlis aku nanti
Sanding: Pepel +Merah
Nikah: Sesuci kaler ptuih.. eh! Putih!
Malam berinai: Kaler pink soft (kantoi da ske kaler pink,suke sikit je ok)

*tertakluk pada pindaan

errr.. masalahnye, dah jumpe ke sang arjuna yg bertuah sangat tu?
jeng..jeng..jeng!!

=p

Insiden lucu sepanjang majlis ini..

Nak duduk kerusi pelamin kena bayar 'TOL' weiii.. kesian kat pengantin lelaki tercegat berdiri kat situ hampir 5 minit.. dah la nampak nervous giler.. hahaha..

Kelihatan 2 flower girl beraksi macam bodyguard..=p

Makanan ni nampak pelik dan unik.. yang ade timun tu lerrrr.. apekah nama makanan ini kak Eda? 0_o

Papepon..kak Eda nampak lain & chanteque semalam! Tapi as usual..tetap kelihatan gagah! =p
Sorry la kasik adiah simple.. hik! ^^, turn saya kasik adiah gempaq tau!

Dan xlupa juga..


berjumpa dengan teman sebilik, seuniversiti tapi tak sekos dengan aku..

Bakal menjadi Puan juga pada bulan Februari tahun dpn..

COngrates akak berdua! =D

P.s: terimasey kepada kawan yang sudi ngantor g kenduri niyh.. naseb orang xde keter.. menumpang le jawabnyerrrr..

Wednesday, December 8, 2010

:: Karok sebentar ::


Dulu aku kau puja
Dulu aku kau sayang
Dulu aku sang juara
Yang slalu engkau cinta
Kini roda telah berputar

Kini aku kau hina
Kini aku kau buang
Jauh dari hidupmu
Kini aku sengsara
Roda memang telah berputar

Reff:
Mana janji manismu
Mencintaiku sampai mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku terpuruk sendiri
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan


Sakit teriris sepi
Ketika cinta telah pergi
Akulah sang mantan
Akulah sang mantan


Mana janji manismu
Setia sampai aku mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku jatuh dan sendiri

eh,mamat ni dulu rambut kerinting kan? wah,sangat ketinggalan zaman T.T

Tuesday, December 7, 2010

Review: The Social Network.




Siapa pakai facebook? Aku rasa,semua yang membaca entry ni confirm pakai,kalau tidak pun,mungkin ada di kalangan saudara-mara korang yang ada akaun menatang ni.


Aku? Mestilah ada. See? Sampai begitu fenomena facebook ni sampai ayat 'mesti' tu ibarat sejenis rutin harian yang memang tak sah la kalau takde. Kalau takde, korang akan dianggap ketinggalan zaman.. atau kolot.... di KL. sebab kalau aku generalised semua,macam xadil sebab nenek aku pon takde. Kiranya generasi kini memang ada la. Adik sedara aku yang baru darjah 3 pun ada tau,itupun kena kelentong tahun dia lahir. heh.

kredit to Google search engine.

Ok,back to basic. Movie yang berdurasi dalam 2 jam lebih (tak silap aku la) baru je aku tonton tadi. Pada permulaan kelihatan macam menarik, dan bila di tengah2 cerita,agak serabut sebab aku bukan budak yang belajar networking, atau di fakulti kat tempat aku belajar dulu orang panggil Sains Komputer, so frasa-frasa format C++ ni aku tengok dengan Blank(kosong).

Cuma,filem ni aku nikmati macam tengok cerita perang,tapi perang zaman moden atau kita panggil perang siber antara pengasas Facebook terhadap kawan baik dan 'business partner'nya sehinggalah terciptanya Facebook sekarang ni.

Dan selebihnya,korang tengok la sendiri. Download je kat mana-mana xpun tunggu je lah keluar CD kat mana-mana kedai. Cuma aku nak ulas sikit;

  1. Dia xboleh jadi role model,sebab karakter dia sangat selfish. Dia rasa hanya dia sorang je bagus, orang lain xbagus. Tu pendapat aku la, korang mungkin lain kot.
  2. Orang kata dia genius, bagi aku dia seorang nerd. Sebab tu awek dia dump dia.
  3. Tujuan utama facebook ni pada asalnya untuk mendapatkan kenalan sosial untuk s***. Merujuk pada movie tersebut.
  4. Aku lebih kagum kat Eduardo,co-founder Facebook sebab dia seorang yang pentingkan semangat setiakawan.(bagi aku la)
  5. Mereka ni Yahudi a.k.a Jewish,sebab tu masing-masing sikap macam tutttt. Kawan baik pun boleh tikam belakang. =_=''
  6. Senang kata,punca facebook ni tercipta disebabkan awek dia tinggalkan dia,dia macam nak balas dendam dan hack semua server untuk buat perbandingan tahap keHOTan aweks di Harvard sampaila dia terkantoi.
Nak senaraikan PRO dan KONTRA Facebook ni banyak sangat. So,bergantung pada niat masing menggunakan menatang ni. Disebabkan facebook la suami-isteri cerai berai,disebabkan menatang ni la orang mati kena bunuh sebab sewenang2nya letak information kat situ.

Bintang aku kasi 4/5 la.


Dan paling penting,jangan add orang sebarangan.

Dan,aku suka quote ni;

Double meaning.

Last but not least, sokonglah millatfacebook. orang Islam yang buat. Hampir menyamai facebook. aku pun dah ada akaun da. Meh daftar ramai-ramai!


p.s: kadang-kadang wat status kat facebook pun boleh jadi isu. Kesian kat Maizawati.

Monday, December 6, 2010

Salam 1432 Hijrah!


Rasanya cukup-cukuplah pasal entry semalam tu. Bila baca-baca balik,nak tergelak pulak rasa, nak2 komen balas dari empunya pemfitnah tuh, aduiyai,sampai terkeluar air mata gelak sebab lawak sangat! Deyy, aku kan kerja,mesti la bukan 24-7 online,malam2 je kot aku leh approve komen. Dan,aku memang telus,nak maki ke,hamun ke,aku approve je,tapi kepantasan aku mengapprove tu,depends pada tuan punya availability. =)



Well,ini kan belog aku,aku punya suka la kan? Rasa macam nak je letak tagline BESAR-BESAR tulis, INI BELOG AKU, AKU NAK TAIP, AKU PUNYA SUKA LA NAK TEMPEK APA PUN,JANJI TAK FITNAH ORANG.(tapi nanti kawan aku terkejut pulak tengok perubahan drastik ni,nanti dia tanya,wei,sejak bila ko jadi BRUTAL ni?) opsssie again!
xpun kalo dah geli/nyampah sangat,lajukan cursor mouse anda ke belah kanannn, atas sekali. ha,nampak x simbol X tu? tekan laju-laju!

heeeeheeee.

Okeh, lupekan bab tadi,hari esok merupakan hari bersejarah bagi Umat Islam di seluruh dunia kerana kita bakal menyambut Awal Muharam. secara xlangsung cuti umum! Yeay!

Rasa macam xbest je bergaduh sesama umat Islam,nak2 kerana sang pakcik tu. sangatlah D to U to R to H! DURH!

kredit to dunia mistik blog's
Salam Ma'al Hijrah rakan-rakan semua~!

Sunday, December 5, 2010

Orang kata sijil aku xori, beli macam Dr Fazley. (Kesian Dr Fazley tercalit sama)


klik gambar ini untuk penglihatan yang lebeyh jelas




Alkisahnye begini, aku sedang mengikuti perkembangan seorang lelaki yang layak digelar pakcik yang sangat hawwwt sekarang, menghadapi tuduhan saman daripada bekas permaisuri yang kita amat sayang & sanjungi. Serius talk,aku memang mengikuti perkembangan belog pakcik tersebut. mula2 jadi silent reader, then aku memberanikan diri mengomen sebab aku tengok gelagat beliau sangat2 annoying. Kenapa?

kenapa panggil pakcik? Orang panggil dia dalam bahasa omputeh iaitu un**e, xnak la kasi link pulak,kang hot pulak dia. :D

Bagi aku dia boleh jadi punca orang xhormat institusi kerajaan. Dan, aku mengomen mengenai status keturunan dia yang orang sedia maklum mulia, tapi tercemar kerana mengaibkan orang. Tidak salah bukan? Yelah, sebagai contoh, bapak Ketua Polis Negara tapi anak jadi perompak. Tak sama ke perumpamaan yang aku bagi ni?

Dan aku rasa cousin/pengikut setia/adik (maybe) pakcik tu melenting. Siap memaki hamun. Wah,ini sudah lebeyh.

Bukankah semua umat manusia di dunia ni keturunan Nabi? Nabi Adam bukan? Dan siap ada 'ugutan' nak memijak perut aku. Walaweyh, dah la letak nick anonymous, pastuh nak pijak perut. Be gentle man, ko nak gertak2,tapi ko x 'bagi salam' siapa diri ko, kenapa? Takut ke? Oh,bukan ini niat entry ini untuk mencabar, tapi pemikiran dangkal manusia macam ni lah meramaikan populasi manusia bodoh kat dalam Malaysia ni.

Dan merujuk kat gambar tu, aku pakai sijil x ori. Pape jelah Labu, aku xmintak ko percaya pun sijil aku ori ke x. Tapi kalo ko membaca blog aku secara TOTAL, baru ko tau siapa aku. Jangan main sedap mulut je berkata2. So aku assume ko budak baru akil baligh tapi xbersunat. Sebab tu cakap ikut sedap pakai lutut, bukan pakai fakta tapi AUTA. Dr Fazley, kesian kamu, xpasal2 kamu dpt nama. Janji Dr Fazley tu berpendidikan. Ko ado? Nan ado kot?!?

Pasni malas dah nak mengomen kat ruangan pakcik tu. Sebabnya banyak orang ba wau da wau ha kat dalam tu mengomen tak pakai alif wau ta kof!

So,kepada yang memfitnah tu, pandai-pandailah ko minta ampun xpun jumpa di akhirat ok!

p/s: Fitnah tu lebih dahsyat dari membunuh. Need i say more? Sume orang tau kan? Oh,budak baru akil baligh maybe xtau pape. So,abaikan je. Secebis kuman je nih. :)

ini bukan kali pertama aku dapat komen camni. Well,xsume orang suka kita.peace!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails