Showing posts with label travelog. Show all posts
Showing posts with label travelog. Show all posts

Tuesday, February 4, 2014

Ke Tanjung La Kita :D

Assalamualaikum semua! See, bila dah ada mood menghapdet belog kembali, memang nak updateeee je memanjang kan?

Sekarang ni office pon dah tukar operation hours kepada 8.30 pagi, so sempat la luang masa kat belog buchuk ni untuk update pape yang patut :D

Dalam tempoh cuti CNY baru-baru ni, korang ada gi memana x?

Mcm aku, YES, aku balik kampung. 

Kampung suami aku. Hahaha. 1st time okeh!

Ni actually kampung bapa mertua ku, bukan di Pulau ye, di seberang je (:

Kiranya pemergian aku ke Penang ni untuk memperkenalkan aku sebagai ahli keluarga baru di sana, bermesra-mesra dengan sedara mara di sebelah suami.

Kalau diikutkan, Penang aku agak biasa juga sebab aku memang ada saudara - mara kat sana, pernah juga pergi Pesta Pulau Pinang suatu masa dahulu.

So, xde la kekoks sangat :D


haaa. Ni la rupa kampung ku. Memang suasana kampung habis, lupa nak ambil laman belakang, luas kemain mcm padang bola. Siap ada macam-macam jenis pokok, pokok Durian, pokok Daun inai, pokok Mahkota Dewa malahan pokok Durian Belanda pun ada!


Pagi-pagi memang panas membahang sikit lah. Tapi kalau dah masuk malam, sejuk kemain! Tidur tak payah ON switch kipas, memang sejuk!



Jadi.. masa ke Penang ni lah bermulanya jalan-jalan cari makan lepas pergi kenduri sedara - mara kat sana!

Kitorang memulakan pencarian makanan di Padang Kota, so antara makanan yang sempat dijamah ialah ;


rojak


Pasemboq Tersemboq :P


Kerang rebus


Sotong Kangkung


Sotong Bakar


Fuhhhh! Puas hati dapat merasa. Aku makan bukan banyak pun, setakat rasa sampai ke tekak pun jadi la. Dolu-dolu pernah gak singgah di Padang Kota masa habis matrikulasi, tapi xsempat nak merasa sebab dah nak malam masa tu, dan dah lewat sangat :(

p/s: kat Medan Selera Padang Kota memang tersangatlahhh ramai peminta sedekah. So sesiapa yang nak ke sana, bersiap-siap la duit pecah RM10 dalam RM1 sekeping. Kalau tak, naya jer takde duit pecah. Ahaks!

Pastuh kitorang ambil angin jap di Padang Kota. Seronok tengok ramai orang bersantai kat sini.


Bersama mak mertua. Gemuk seyh! Memang kena diet 100 hari la pasnih :(


Incik suami pun tak kurang gemuknye :P

Ni pulak masa ke kenduri sedara di Kampung Tobiar ;


yang takde dalam pic : adik Ipar Adam & Amin. 


Sebelah aku tu pon mak buyong gak. Sama due dalam bulan May ni Insya Allah :) 

GEMUKKKKKKKKKKK!! (ilusi optik je tu korang, sila jangan percaya :P)


Dalam banyak-banyak makanan, ada dua makanan dalam list yang tak sempat dijamah :( balik-balik je nanges2 leleh dah kat rumah. Woi tak pernah oke sedih tak dapat makan. Selalunye kalau tak dapat makan, aku akan cari je kt KL. Ni dah sampai murung seharian. Incik suami dah pening.


Nasi Kandaq Deen & Mee Udang Sg Dua. Ni semua pic instarepost. Leleh2 tgk gambo ni. 

Terus incik suami ajak gi minggu depan naik bas. Bahahaha teruk betul penangan jadi mak-mak ni! Layankan jela ye binikmu nih :P Bila lagi nak mengada kan? Nasib baik binikmu ni tak mengidam Rantai Emas Habib Jewels ke, Galaxy Tab ke kan? Kan?



Bersyukurlahhhh~~ :P

Sunday, February 19, 2012

Ulu Yam : Team Building


Seperti yang sudah tercatit dalam entry sebelum ini, aku sedang sibuk dengan program kursus induksi bagi kakitangan baru dan peserta Skim Latihan 1 Malaysia @ lebih senang dipanggil SL1M. 


info: SL1M dahulunya dikenali sebagai SPP(Skim Pelatih Pengurusan)

Jadi, pada bulan lepas aku ke Nur Laman Bestari di Ulu Yam bersama peserta SL1M untuk kursus Team Building selama 3 hari 2 malam.


Di sebelah, kak Wiza dan di belakang, kak Ida. Dua2 dah ada anak. Aku je belum lagi :p kami bertiga ye aweks kakitangan. Yang lain semua aweks SL1M.
*muka teruja nak menuju ke Ulu Yam*


setibanya di sana. Tengok, beg masing2 besar. Termasuk beg aku. Nyohoho.

Nur Laman Bistari ni memang tempat yang sesuai untuk buat team building. Buktinya, Line maxis/digi/celcom etc takkan ada kat dalam ni! Dan korang memang akan fokus sepanjang team building ni. 


Malam Pertama di Ulu Yam : Kena buat topi, logo, bendera dan cheers kumpulan. 


Ni lah nama Group aku. Synergy Warriors @ lebih mesra dipanggil SW =D
Oh ya, logo tu adalah inspirasi dari Logo Proton. Sanggup diorang snap pic kereta Proton di luar untuk lukis logo Pak Belang ni. 


Masih mengekalkan ciri-ciri kemelayuan di sini. Topi direka menjadi bentuk Tengkolok. =)


Ni bukan game cium cium punggung ye =p. Game ni macam rantaian tangan. Kena selesaikan sampai membentuk bulatan manusia kembali. 

Kalau ikotkan, group kakitangan baru ni 7 orang je. Selebihnya peserta SL1M. Terasa menyibuk gak la. Tapi bila dah join group dengan mereka ramai-ramai, perasaan 'penyibuk' tu dah hilang. Rasa kami macam satu family je. =)

Antara yang menarik sepanjang haku di sana:


Explorace. Cari semut la, masak telur la, tiup gula dalam tepung la,macam2!! 


Acara berendam dalam lumpur *WAJIBULGHUNNAH*. Haku mandi sental berus dawai badan sampai 3 kali kot! Segala air paya+lumpur masuk dalam segenap sudut badan ni. Telinga sampai tersumbat dek lumpur masuk dalam. Chessss. Tapi lumpur ni memuluskan kulit la. Cuma bau dia xbest, macam bau stokin rendam. Ahaks.


Jeng!!


Paint Ball. Stylo x ceq? =p =p



Group kami! =)


Selamat Tinggal Ulu Yam! Memang Lekat di hati jawabnye.

Oh ya. Nak tau cheers SW camner?

SW di manaaaa?
SW di sana.. SW di sini..
tatarattatera (2x)
swa (2x)
SW!!

Dan kalau nak counter group yang poyos poyos =p

SW... panas kerrr?
P A N A S...
Tepuk..tepuk panas!
Hot Hot (2x)
Psstttt..(ala-ala bunyi air berasap)

Poyo kan cheers ni? Agak gedik tapi best woooo! Sampai jd trademark tu =p

p/s: Tak boleh lupa insiden kena masuk dalam paya. Dalam tak hengat!

Saturday, June 18, 2011

Enjoy Separa Kerja - Hari Kedua

Assalamualaikum!

Memang beruntung kalo dapat wat kerja yang tak memerlukan report untuk disiapkan pada tempoh outstation. Memang takde stress.

Alhamdulillah, staff kat sana semuanya mesra alam dan peramah. Orang Johor memang sempoi! Dan paling banyak berjasa, drebar van yang sanggup bersusah payah dari stor nak datang ke hotel kami. Padahal kami berdua jer, dapat naik Toyota Hiace baru, memang selesa! Terima kasih Encik Fadhil. Encik memang kachak dua hari ni. hahai :p

Kami: Encik, stop kat sini je la, kami rasa macam nak melantak mee rebus (padahal baru je sumbat Rasamas+potato twist+coolblog, mau meletop perut!)
Encik Drebar: Sure ni? Tak jauh ke nak jalan?(pura-pura concern) :p
Kami: Iye, takpe2,terima kasih tau hantar kami. InsyALLAH jumpa lagi next audit.
Encik Drebar: Sama-sama (selamat aku,xpayah harung jem), InsyALLAH jumpa (mintak2 tak jumpa lagi bebudak bajet cun ni)

** ini dialog rekaan ye. lalala

u/p: Jarak antara Taman Universiti dan Stulang ibarat dari UTM nak ke Singapore. Jauh tak? Jauh tak??

__________________________________________________


Malas nak cakap banyak, cakap xguna, tembak tarak kena, entry ni akan penuh gambar kami berjimba. Enjoy!


Abang drebar kata kafe ni mee rebus dia sedap. Ok jom cuba!

Bukan nak bajet cun, tapi nak tunjuk kedai ni berhadapan dengan pantai. Pantai ke????


Dah sampai pun, OK la, sedap lagi dari mee rebus Stulang Corner perasa sabun waktu pergi dua bulan lepas. Tapi aku makan tak habis. Perut sebu.

Sesudah makan, lintas jalan, lepak depan pantai pulak. Ni la colleaguemate aku. a.k.a budak UM jugak. Siapa sangka aku xpernah kenal kat UM,tapi jumpa di tempat kerja. gila hampeh kan aku ni?? Semua orang tak kenal. :p

Siap dengan laptop. Pekerja berdeditakkasi la katakan :p TROLOLOL

Berbackgroundkan pantai. Betul2 belakang kami. ngeeee~ sila abaikan keselekehan kami. Kami memang bukan gadis HOT yang anda cari. LOL

Belakang Neeta ni, hotel kami la. Nampak dekat tapi seksa menapak sebab angkut laptop berat ni.

Kalau korang nak tahu, Neeta ni TERPAKSA kerja pada hari lahir dia, so tarikh di bawah tu, tarikh lahir dia. Kesian kan? Orang lain cuti,dia kena kerja. Hahahaha kita bangla! Kerja waktu cuti! LOL

Aku paham korang nak kata tulisan aku buruk. FINE

Dah nak sampai hotel da. Hnss hnsss. *idung kembang kempis*

Kompleks Bebas Cukai. Tiba-tiba teringat Prof Chong Kwai Fatt.Motiffff???


Ni shopping complex kat bawah hotel kami ni. Sapa jadi laki aku memang mapuh kerah la kena ikut aku jalan xhengat dunia. Memang tak reti penat!!

Singgah kedai cekelat jap. Ni kedai cekelat Macam-Macam(nama ni aku yang reka)

Ni kedai cekelat Beryl's. Tapi dah kurang pilihan. Patah balik ke kedai cekelat Macam-macam tu.

Siapa tak suka cekelat Daim ni memang rugi la korang selama hidup ni. Nikmat nih! Lalala~


Murah tak hengat. Who can resist it? HAIL TO THE CHOCOLATE!




HABIS SHOPPING, BALIK MANDI,LEPAK TENGOK HEARTBREAK KID KAT 9TV KEJAP,PASTUH MENGHADAP LAPTOP.

Sebab itulah tajuk entri ni begini. Enjoy je lebih. Janji kualiti kerja still on the go.Masih Uuuumph!! Takde nak curi tulang macam Jin Aprit yer. :D

Sekian, saya melaporkan dari Johor Darul Takzim.

Esok berangkat pulang ke Kota Lumpur. Doakan selamat semuanya!

Assalamualaikum! =)

p.s: First Time tv9 siar cerita separa lucah. bukan channel islamic ke? ops..

Friday, June 17, 2011

Kerja Separa Enjoy - Hari Pertama

Alhamdulillah,walaupun banyak dugaan sepanjang perjalanan ke Johor, namun aku selamat juga sampai ke bumi yang kaya dengan Mee Rebus ni!

Dugaan dalam perjalanan;
  • Drebar bawak laju,sepanjang perjalanan asyik hon je(samseng jalanan)
  • Bajet nak tambah tenaga,pekena Pearl Kacip Fatimah untuk kali pertama, akibatnya perut bergelojak,mata xboleh katup,rasa nak muntah,badan jadi panas. =_='' (sumpah aku xnak minum dah Pearl Kacip Fatimah tu pasni!!)

Tapi orang kata, xselamanya hujan turun, ada pelangi yang akan muncul (apekah pepatah yang aku rapikkan??)

Aku mula seronok apabila;
  • Stor kecik, tak payah jalan jauh (pemalas)
  • Drebar stor sudi menghantar kami lebih awal dari Stock Taker. Abang memang hensem,haha
  • Ketua yang aku report orang Jepong, nasib dia sporting dan blur, so xpyh aku nak explain lebih2. Hanya tau cakap hait,hait,ano,ato,uno stacko!! :p
  • Paling best,dapat bilik hotel menghadap laut, memang bessssssssssst!!

Dan sepanjang perjalanan pulang dari Taman Universiti ke Stulang, kami terlihat ini;



ni namanya buat assignment di tepi pantai sambil beriba-ribaan. hahahaha!!

oh ya,ini bukan belog lucah ok.

Tapi sedih,tak dapat layan Maharaja Lawak Live di Johor sedangkan aku sedang berada di Johor ni!! =/

Thursday, May 5, 2011

FroYo yang sejuk & Kuih Ketayap yang Hot!

Kalau sesiapa baca tajuk ni mesti blur-blur dengan apakah yang aku nak sampaikan sebenarnya. Dan, aku sebenarnya dah lama mengidam nak makan satu benda ni, tapi tak berkesempatan disebabkan kekangan masa dan kesibukan rakan-rakan untuk ditemani. Aiceh, macam bisneswoman pulak. Ngaku jelah,kau ni takde kawan. Dem!

Berbalik pada topik utama, hari ini, aku sengaja balik awal. Lantaklah boss nak marah, dah dalam surat tawaran pun siang-siang dah bagitau keje pukul 9 pagi sampai pukul 6 petang. Yang kau rajin nak derma masa lebih buat ape? Bukan dapat OT pun. Harap-harap boss tak tahu aku ada blog, amin.

_______________________________________________________



Di tempat yang dijanjikan, Times Square,aku dah berjanji nak dating ngan seorang budak ni. Selalunya aku spent masa dengan dia. Tapi sejak dia duduk jauh ni, dah xde masa bersama. So,disebabkan rindu yang teramat, aku pun ajak laaa. Melepas rindu la katakan.

Dan mujur dia ni sekapal dengan aku. Orang kata,kalau sekepala,memahami. Ada jodoh kan? Nyum nyum, selera dia pun sama dengan aku. Bahagianya aku mengenali ko.......







Siti Fatin Omar! haaa. Ingat pakwe ke ha? :p

Ni lah makanan yang kitorang mengidam sangat tu.


Oooo.. Tutti Frutti namanya ye.



Bersama hasil dekorasi makanan idaman.

Mula-mula datang ke TF ni, agak blur jugak. Macam rusa masuk kampung gayanya. Camne nak makan ni? Rupa-rupanya, ada panduan tau;


Ni ha panduannya. Sila klik untuk lebih tumbesaran.

p.s: Froyo tu Frozen Yogurt ye, a.k.a Yogurt Sejuk. Sekian


Pilih jangan xpilih!
Antara yang berjaya aku pilih;




Tiga perisa je dah la. Jangan tamak2. silap haribulan mabuk kau.


Masa untuk pilih topping!


Banyak sangat. Tak tau nak pilih mana.


Ni aku punya. ada Mangga+mixed cherry.


Fatin letak Dragon Fruit. Peminat Dragonball kut :p


Ni propaganda je. 10gm RM0.58 sen. Tapi tau x aku kena charge berapa??

Aku: RM18++

Fatin: RM19++

Mau terbeliak bijik mata aku bila cash register tu Ka-ching! Budget makan seminggu lari kotttt! T__T *sedih*

Pastu cik Fatin tak kenyang lagi. diajaknye aku g gerai depan Tutti Frutti ni ha.



tak nampak?


Sempat capture hot je. Roll tah ke mana.


Antara menu yang kelihatan menggiurkan. Ada jenis crispy, paratha dan capati. Aku pilih paratha, Fatin pilih crispy. Yeh bebeh, come to mamma!


Dah siap! Aku punya kecik dari Fatin. Saving. RM 3.90 jer. Takde GST ye. Nama dia Paratha Pizza. Fatin amik Crispy Black Pepper Beef. Tapi xde gambar. Lagi besar dari aku punya, so lagi mahal la. RM5.90. Rangup!


Close up sket!
Kalau mak, mesti dia cakap ni kuih ketayap tapi versi kaler putih. nyeh nyeh.



Sedaaaaaaaaaaaaap! Bila cheese panas2 masuk dalam mulut tu yang tak terkata nikmat tuh. Terbaaaaaaaaaaekk!!


Yummeh!

Sambung merayap sekitar TS. Jalan2 kat area gerai baru bukak. 1st Avenue tak silap aku. Inner design dah macam stail Genting Highlands aku tengok.

Pastuh terjumpa ni pulak. Memang dasar tak boleh jumpa makanan sungguh! HUH!


Tapi tak tau nak sahkan HALAL ke tak,sebab logo halal dia bukan JAKIM punya. Kalau ragu-ragu jangan makan.


Display item dia nampak cantik tertarik da bomb!


Tapi mahal banyak dari Hot & Roll. Sebab dia sumbat kek la,aiskrim la,buah-buahan la. Terus tak lalu.


Epic Win! Thumbs up for the decoration bebeh! Buat popiah dalam van. Schomel!

p.s: Pekerja kedai Shimino ni tak reti cakap melayu. Aiii, saving labor cost ke? Double tak lalu!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails