Thursday, May 5, 2011

FroYo yang sejuk & Kuih Ketayap yang Hot!

Kalau sesiapa baca tajuk ni mesti blur-blur dengan apakah yang aku nak sampaikan sebenarnya. Dan, aku sebenarnya dah lama mengidam nak makan satu benda ni, tapi tak berkesempatan disebabkan kekangan masa dan kesibukan rakan-rakan untuk ditemani. Aiceh, macam bisneswoman pulak. Ngaku jelah,kau ni takde kawan. Dem!

Berbalik pada topik utama, hari ini, aku sengaja balik awal. Lantaklah boss nak marah, dah dalam surat tawaran pun siang-siang dah bagitau keje pukul 9 pagi sampai pukul 6 petang. Yang kau rajin nak derma masa lebih buat ape? Bukan dapat OT pun. Harap-harap boss tak tahu aku ada blog, amin.

_______________________________________________________



Di tempat yang dijanjikan, Times Square,aku dah berjanji nak dating ngan seorang budak ni. Selalunya aku spent masa dengan dia. Tapi sejak dia duduk jauh ni, dah xde masa bersama. So,disebabkan rindu yang teramat, aku pun ajak laaa. Melepas rindu la katakan.

Dan mujur dia ni sekapal dengan aku. Orang kata,kalau sekepala,memahami. Ada jodoh kan? Nyum nyum, selera dia pun sama dengan aku. Bahagianya aku mengenali ko.......







Siti Fatin Omar! haaa. Ingat pakwe ke ha? :p

Ni lah makanan yang kitorang mengidam sangat tu.


Oooo.. Tutti Frutti namanya ye.



Bersama hasil dekorasi makanan idaman.

Mula-mula datang ke TF ni, agak blur jugak. Macam rusa masuk kampung gayanya. Camne nak makan ni? Rupa-rupanya, ada panduan tau;


Ni ha panduannya. Sila klik untuk lebih tumbesaran.

p.s: Froyo tu Frozen Yogurt ye, a.k.a Yogurt Sejuk. Sekian


Pilih jangan xpilih!
Antara yang berjaya aku pilih;




Tiga perisa je dah la. Jangan tamak2. silap haribulan mabuk kau.


Masa untuk pilih topping!


Banyak sangat. Tak tau nak pilih mana.


Ni aku punya. ada Mangga+mixed cherry.


Fatin letak Dragon Fruit. Peminat Dragonball kut :p


Ni propaganda je. 10gm RM0.58 sen. Tapi tau x aku kena charge berapa??

Aku: RM18++

Fatin: RM19++

Mau terbeliak bijik mata aku bila cash register tu Ka-ching! Budget makan seminggu lari kotttt! T__T *sedih*

Pastu cik Fatin tak kenyang lagi. diajaknye aku g gerai depan Tutti Frutti ni ha.



tak nampak?


Sempat capture hot je. Roll tah ke mana.


Antara menu yang kelihatan menggiurkan. Ada jenis crispy, paratha dan capati. Aku pilih paratha, Fatin pilih crispy. Yeh bebeh, come to mamma!


Dah siap! Aku punya kecik dari Fatin. Saving. RM 3.90 jer. Takde GST ye. Nama dia Paratha Pizza. Fatin amik Crispy Black Pepper Beef. Tapi xde gambar. Lagi besar dari aku punya, so lagi mahal la. RM5.90. Rangup!


Close up sket!
Kalau mak, mesti dia cakap ni kuih ketayap tapi versi kaler putih. nyeh nyeh.



Sedaaaaaaaaaaaaap! Bila cheese panas2 masuk dalam mulut tu yang tak terkata nikmat tuh. Terbaaaaaaaaaaekk!!


Yummeh!

Sambung merayap sekitar TS. Jalan2 kat area gerai baru bukak. 1st Avenue tak silap aku. Inner design dah macam stail Genting Highlands aku tengok.

Pastuh terjumpa ni pulak. Memang dasar tak boleh jumpa makanan sungguh! HUH!


Tapi tak tau nak sahkan HALAL ke tak,sebab logo halal dia bukan JAKIM punya. Kalau ragu-ragu jangan makan.


Display item dia nampak cantik tertarik da bomb!


Tapi mahal banyak dari Hot & Roll. Sebab dia sumbat kek la,aiskrim la,buah-buahan la. Terus tak lalu.


Epic Win! Thumbs up for the decoration bebeh! Buat popiah dalam van. Schomel!

p.s: Pekerja kedai Shimino ni tak reti cakap melayu. Aiii, saving labor cost ke? Double tak lalu!

1 comment:

SinYaTaYa FaAlifTaYaNun said...

T-T Touching dooe yg atas2 tue..perghhh...ehehehe..lebiu n tirammishuu mOre...xOxo..mmmuahh=*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails