Membacakan belog blogger terkenal Ben Ashaari mengenai kes penipuan di bus stop BTS, serta merta aku teringat panggilan yang aku terima waktu lunch hour semalam, yang sememangnya panggilan palsu! Dan ini merupakan modus operandi penipu yang agak kurang profesional kerana mereka TERpilih orang yang berumur lebih dari 18 tahun, sudah tentu aku reti membezakan mana yang betul dan salah!
Tanpa buang masa, meh aku huraikan lebih details apa penipu tu buat;
- Mendakwa dari syarikat terkenal ( e.g; mereka mendakwa dari syarikat POWER ROOT. WTH??)
- Dialek penggunaan bahasa dalam perbualan kurang fasih ( e.g; lelaki yang bercakap tu ada slang indonesia dan percakapan langsung tidak profesional)
- Menggunakan nombor yang tidak boleh dijejak (e.g; aku dpt panggilan dari private number a.k.a withheld, so ini menyenangkan kerja mereka untuk tidak dijejak oleh sesiapa untuk rujukan)
- Mendakwa membuat cabutan bertuah ke atas nombor Celcom dan nak bagi hadiah berupa wang tunai kepada pengguna Celcom yang bertuah. Yeke???
- Tidak mengetahui siapa nama aku, main random cakap aku ni pengguna Celcom, ulang nombor henpon aku. Ooooooohh I'm not buying it!
- Percakapan yang memang TIDAK meyakinkan!
Dan, sewaktu dia call aku tu, dia kata, " Cik, anda merupakan pemenang yang bertuah kerana kami dari Syarikat POWER ROOT telah membuat cabutan bertuah untuk pengguna kad sim Celcom bla bla bla.."
Dan aku selama ni xpernah minum air dari Syarikat minuman tu, Pearl Kacip Fatimah ke, Tongkat Ali tu pun tumpang minum abah aku punya kejap. Tapi xpernah la pulak dengar POWER ROOT buat kontest menang hadiah wang tunai. kontest saya MENANG MOTOR memang aku pernah dengar.
Dan sambungnya," Cik nak datang ke tempat kami untuk ambil wang tunai sebanyak RM5,000 ke? tak perlu bayar, tiada syarat,cuma datang ambil hadiah dari kami"
Ini memang menakutkan.
Buat nya kalau aku terpedaya, aku datang sana, kemungkinan tinggi:
- Culik
- Rogol
- Bunuh
- Liwat
- Pukau
So aku jawap "Takpela, saya tengah kerja la. Awak bagi jelah duit hadiah kepada orang lain yang lebih layak ye, saya xberminat. Lagipun saya xpernah masuk pertandingan dari POWER ROOT ni,"
Dan lepas dengar aku cakap camtu,dia terus putuskan talian.
Ape pendapat korang? Dah sah penipu kan?
No comments:
Post a Comment