Nak merepek sekejap.
Tadi lepas kerja saje menonong ke Bank Islam, nak bank-in duit dalam akaun. Almaklumlah, dengan kemudahan TAP (Transact-at-Palm) ni, aku leh topup di hujung jari je, tak perlu pakai baju susah2 ke 7e semata2 nak topup. Eh meleret lak jadinya. (iklan sebentar,hehe)
Tengok jam, pukul 6.30 petang. Aisehh,awal benau aku sampai bank ni, staff2 mesti tak balik lagi. Nak masuk ke xnak,nak masuk ke xnak? Segan nih. Ahhh masuk je la.
Masuk2, wat muka selamba. Pastu terbau satu bau yang agak sinonim kat dalam bank ni, takde bau lain yang korang dapat bau kecuali kat bank yang aku jejak ni. Rindu seh =')
Cepat2 deposit wang, keluar. Nak masuk,segan. Almaklumlah bekas pekerja.
Tengah sibuk nak naik motor, terserempak staff bank merangkap Sales Team aku waktu kerja kat sana. Nasib baik dia tegur aku,xla malu sangat.
Tapi memang xsangka, selepas pemergian aku, sampai sekarang boss branch tu xambil staff baru untuk menggantikan aku. Betapa dalamnya luka mereka ditinggalkan aku. Ahaks.
Terharu =')
p.s; Zaman kerja di Bank,berebut-rebut cari customer pujuk buat loan,nak2 customer yang ngah sibuk nak kahwin. Sekarang ni, kawan-kawan pula dok pening nak apply loan yang sesuai, sebab nak kahwin xlama lagi. Macam-macam ragam di macam-macam tempat.
p.s.s: Rindu Bank Islam! =')
No comments:
Post a Comment