Saturday, April 30, 2011

Kes Langgar Lepastu Lari (KLLL)


Minggu ni merupakan minggu yang sangat sibuk bagi pekerja, almaklumlah dah nak dekat hari Pekerja, so, makin galak ler boss-boss bagi kerja kan?

Dan baru-baru ni aku ditugaskan untuk audit di satu tempat di Ampang. Dan aku telah mem'park' motor aku di satu kawasan letak motor yang aku anggap selamat. Masa tu 1st day aku datang tempat tu. Tengok macam elooook je parking kat sini. Moto pun bersepah parking. So den torai la parking sama.

Dan tengah elok2 dok membuat kerja dengan fokus dan jitu, tiba-tiba dengar riuh rendah dari luar. Yang telinga capang aku paling dengar ialah, " Langgar, jatuh"

Aku yang sensitip mendengar ayat yang seringkali disinonimkan dengan kenderaan, bergegas ke tempat kejadian. Seperti yang aku dah sangka, Lori Roti elok je langgar habis semua motor kat situ. Lori kecik nyaa hai. Tapi gostan macam bawak lori kontena panjang. Adoi, aku g tengok, Dem! Nombor plat pecah siot! Abang pemandu lori tu dengan muka lima rupiah angkat motor yang jatuh tu, sengih2.

No plat tidak boleh didedahkan. Kan Aurat tu?


Dia xnampak muka aku dah merah padam ni. Tinggal nak menyinga je ni ha.

Tengah aku dok bebel2 pasal plat aku pecah, elok je Lori Roti tu melarikan diri. Panasssss beb. Ni dah kes langgar lari ni! Kes macam ni dah boleh masuk court ni. Alamak, terlebih emo pulak.

Satu hari mood aku tak tentu arah. Mengaudit staff sampai cakap merapu. Terpaksa aku cakap, maaf ye cik "Jiwa Kacau". Boleh pulak diorang gelak. Kang dengan korang2 sekali aku "kacau" baru tau.

Dan esoknya, aku datang audit awal. Dengan alasan kukuh nak claim plat pecah tu. Sayang woo. 1st plat number tak pernah tukar since belajar kot. Sampai kunen nombor jadinya. Tiba-tiba, dengar macam lori roti datang.

Aku keluar jap. Eh betol la.

Pergi kat staff, " Meimei(bukan nama sebenar), abang pemandu ni orang semalam langgar tu kan?"

"Ha,ah. Memang dia"

Aku pun dengan telinga berasap datang lah kat dia. Tengah sibuk memunggah barang ni. Almaklumlah, banyak barang return. Mungkin xlaku sebab kena sumpah dek aku. miahahahaha.

"Encik, Assalamualaikum"


"Ye saya"

" Encik ingat saya tak semalam?"

"Awak yang motor Ego kena langgar tu ke?" Sengih2 macam kerang baru letak perfume. Ada yang kena hempuk ni karang.

" A,ah. Plat moto saya pecah dibuat encik. Kena ganti ni" Ayat dah macam along pulak aku ni.

" Ye ke, berapa cik?" Muka dah nampak bersalah tuuu. Yes!

" RM5.00" Muka YAKIN sebut RM5.00 gantirugi plat pecah. Sebut slang ala-ala pampasan RM5ribu je gayanya. Hehe.

Sambil seluk poket, ambil wallet, keluar duit hijau," Cik,saya mintak maaf ye cik pasal semalam, saya tak sengaja, bla-bla aku xingat pe dia merapik. Last ayat, mintak halal ye cik" Sengih2 wat muka bersalah. Hah,tau pun ko! Sape suh lari semalam? Baru nak upah Karpal Singh jadi peguambela kes Langgar Lari ni.

Tapi bagus gak abang ni. Mengaku pulak.

"Its ok. Tak mengapalah. Janji awak bertanggungjawab. Lainkali hati-hati bila gostan lori tu" EH, apsal aku cakap punya baik ni? Semalam berdegar-degar nak sound baiikkk punya. Tiba-tiba jadi sopan. Nak kata abang tu hensem, hensem lagi Amir Maharaja Lawak. Terus aku berlalu sambil menyemat duit kaler hijau dalam wallet aku. Fuh! Boleh cover makan tengahari ni!

-----------------------------------------------------------------------

Akhirnya, aku dapat claim walaupun hanya RM5.00. Duit gak tu. Disebabkan RM5.00 ni boleh guna makan tengahari,tak pasal-pasal kena ganti plat moto baru. buruk pulak tu. Kaler kelabu. Ishk, not my taste. Tapi xpe la,janji murah. hehe.

Kesimpulannya, Budi Bahasa Budaya Kita, Jangan Main Terjah je.
Cuba buatnya aku tempelak dia, mau aku bertinju dengan abang tu? Konpom la aku menang sebab aku menjerit nanti. hehe.

So, welcome to new plat number buruk, goodbye Old plat. Sodih den. Huhu~

p.s: Dah berhati-hati di jalan raya pun, masih dilanggar di tapak parking. Nasib ko la hai....



Last but not least, Selamat Hari Pekerja! Enjoy cuti 3 hari! Yeeeeeeeeehaaaaa!

Monday, April 25, 2011

Bila dah check in. Nak buat pe ye?

Assalamualaikum!

Kalini aku nak langsaikan hutang pasal check-in hotel. Memandangkan tengah rajin nak update, meh baca!
Bila dah check in hotel, mesti la tertanya2 berapa no bilik kita, tingkat berapa,kan? kan?

Meh straight to da point ok? Sebab harini malas nak bebel panjang. 



Internet

Ha,bila anda da check in-hotel,badan penat nih. Sambil check in-hotel sila tanya hotel ni ada wireless x? Kalo dapat yang wireless xberkira ni, Alhamdulillah la sesangat. Buatnya dapat hotel berkira cam hotel yang aku pergi di area Jay Bee aritu,siap bagi kad prepaid,nak nak pulak kena datang ke receiptionist tiap kali balik bilik. Yela,valid for 1 day. Kalo 7 hari menginap, 7 kali setiap hari kena mintak kad! Memang bikin panas je. Dah la kad prepaid, tak boleh kongsi dengan partner pulak tu. Satu bilik satu kad, bukan ikot berapa kepala. Kepala otak sungguh. *Excuse my word please,hehe*




Bilik

Ha, customer always right. Tapi tak tau la kat Malaysia ni amalkan ke x motto tu kan? Sebab baru je aku sound pekerja Coolblog sbb biadap sangat kat customer. Silap besar la wat hal dengan aku. Memang ku bagi halilintar berlagu la. Eh,terlajak pulak. Ha.. Kalau korang semacam rasa xpuas hati melihat kualiti bilik. Sebagai contoh, air cond rosak, shower bilik air bocor, cadar kotor.Sila wat aduan serta merta. Ade ke kawan aku ni sanggup mandi dengan shower bocor,pastu xnak komplen tuka bilik. Alasan;takot pihak hotel marah. Ni la 1st time aku jumpa customer takot dengan service provider. LOL
Tapi janganlah sebab alasan bodoh korang nak adu. Contohnya xde perfume wangi kt dalam bilik. Memang hantu sungguh la korang ni kan.





Housekeeping

Kadang-kadang pekerja hotel ni dia akan letak notis kecik kat dalam bilik jadual diorang wat housekeeping. 2 hari sekali ke, 3 hari sekali ke. Dan ada yang wat housekeeping hari2. So janganlah berani-berani tinggalkan valuable things macam laptop ke, henpon dalam bilik. Kalo terdesak sangat, tinggal jer kat dalam peti besi yang disediakan,pastu korang set je password ikot sukehati mak korang ok? :D



Breakfirst

Bukan berakfirst yer. Selalunya kalo check in, receiptionist tu akan kasi kupon sarapan skali. Sooo.. Kalo nak menjimaaatkan makan tengahari korang, tapow sarapan, brought forward ke lunch. Bijak x? Haha.. Tapi jangan la korang bendul sangat bawak tupperware tu isi sebijik2 makanan dalam tuh. Mau kena halau free2 jer kan. Jadi.. berlakon la kunun2 letak makanan banyak2 dalam pinggan, pastu bawak ke meja.. Tengok kiri,kanan, LINE CLEAR habes, bawak kuar tupperware bawah meja, kaut makanan dalam pinggan tu ke dalam bekas anda. Dijamin tak payah kuar duit untuk lunch da. Save! Nak bawak sekali tok makan malam pun boleee. Tu pon kalo korang lalu lagi la. 


Hyegiene


Aku bukan nak memomokkan korang dengan tahap kebersihan hotel. Tapi ni komen aku secara umum, xspesifik kepada mana-mana hotel. Silap2 bley kena saman woooo! Kepada sesiapa yang kisah sesangat akan kebersihan, sila guna barangan dari rumah korang. Contohnya macam tuala ke, berus gigi ke. Bukan apa, kalau korang pergi hotel yang teramaaatla busy, dan pe korang expect kalo hari2 wat housekeeping customer ramai? Budget clean habis la? Senang citer, tuala wat lap kaki jela. Kalo lap badan, takot berkurap je. lalaalalalaala



Other facilities




Aku dah malas nak merepek. So, ni yang terakhir. Korang kalo dapat pergi outstation, menginap free pulak tu, pe kata korang hentam je sume pe yang ada dalam hotel tu. Jangan la hentam barang yang kena caj. Amik le toiletries yang diprovide tok korang tu. Toilet roll. Dan barang2 yang korang tengok xde dalam list kena caj kalo korang amik. Kalo korang amik cadar, bantal, siap sedia la tengok bill hotel ye. ngeh ngeh




Eh dah la. Rasa nak update entry lain pulak. Bye semua! ;)

Sunday, April 17, 2011

Perkara yang korang kena 'noted' bila outstation & stay hotel

Entry ini dibuat bukan untuk ghadies2 @ jejaka2 yang mahu memadu kasih sayang ye, entry ini khas dibawakan untuk para pekerja yang sedang berjihad iaitu bekerja atau dengan nama lain 'outstation'




Korang pernah rasa tak bila korang diarahkan untuk outstation, perkara yang bermain dalam minda ialah korang terpaksa berjauhan dengan family. Setuju?

Kemudian hati tak rela, yela, bila namanya outstation, kerja dah jadi lebih dari 8 jam. Xpercaya? Bila balik hotel,mesti terus bukak laptop, tengok balik hasil kerja tadi,update apa-apa yang patut.

Well, itulah namanya kehidupan bekerja-outstation.

Dan ni baru mukadimah, aku baru nak masuk point apa yang perlu kita lakukan bila oustation, dan bila dah check-in hotel.

Nak oustation; apa persediaan kita perlu buat?


Packing
of course la, kena tido sana. Bila packing, mesti ambil masa yang lama kan? Pastu nak pikir la ape la. So, sila wat list dulu. Dan packing siap2 2 hari sebelum outstation. Bila rasa barang tertinggal,baru update balik pada malam sebelum outstation. Xla kelibut jadinya.

Barangan yang dibawa
Ok, certain things yang menyebabkan beg/bagasi korang jadi berat ialah kandungan barang dalam beg korang. Sampai timun tok mata pun kena bawak. Bawak basic things sudah la. Lagi bagus kalau ada travel kit. Compact dan easy.


Beg
TOLONG JANGAN bawak beg kain. lebih2 lagi kalau oustation seminggu dua. konfirm barang bertambah banyak,berat dan xlarat nak angkut. Lebih afdhal bawak bagasi. Ala xmahal pun, beli kat Mydin baru RM20. Xkan berkira kut? :p



Wang
Kalau korang kena outstation lebih2 lagi melibatkan kereta orang, jangan KEDEKUT. rancang perbelanjaan perjalanan, dan bear the cost together-gether. jangan suruh driver bayar jugak minyak & tol. kena la consider sikit. Nanti bila dah dapat claim,baru la mintak kat driver. Senang bukan?




Network Connection
Ini bukan Social Network ya. Kalau korang tengah nak outstation ke satu tempat, pastikan korang ada kawan-kawan kat sana yang leh jadi pak tourist bila korang berada di tempat asing. So, xde la dok terperap je kat hotel, pastu balik xde ole-ole. MAMABOSAN sungguh. hehe :p

Sekian untuk part nak ke outstation. Kekeringan idea sudah. Next entry aku sambung mengenai part check-in di hotel. Tengok la bila aku senang aku update ye. ngeeeeee :P

Sunday, April 10, 2011

Diri ini semakin berat???

Tengok apa dah jadi..

Kasut ni baru berusia dua bulan, dah jadi gini..


 Parah!!

 

 
Countermeasure nya, pakai selotep buat sementara waktu.
Tetap xberkesan! siap terkopak2 getah bawah kasut ni haaa. betapa selekehnya aku memakai kasut koyak di workstation. nasib baik ko xaudit luar arini. alamat kena gelak je la!


Serious sayang gila kasut ni,pemberian seseorang kot! =')

Nampaknya terpaksa la cari Cobbler, aku taknak pakai kasut lain! :p (konon2)


Ke.. aku dah semakin berat?

p.s: ada lagi ke Cobbler di zaman maju camni? Sori entri ni saje nak bgtau aku tetap update. heee.

Tuesday, April 5, 2011

Carta Top 10 ke........

Macam biasa, setelah lama gila menyepi, baru sedar oh, blog dah bersawang!

Dan aku nak wat update ringkas, untuk perkongsian kita bersama. 
Renung2kan dan selamat beramal. =)

_______________________________________________________

Muhasabah diri kita dan mana2 yang terkena tu, sendiri mau ingat. Tapi sendiri maklum lah, sebagai insan yang serba kekurangan kita akan lupa kerana kita pikir kita akan hidup melangit. Setiap yang hidup, akan mati, ini adalah Top Ten Reward.

Carta Top 10

Jasa anda di dunia- Meninggalkan sembahyang
Anugerah anda di akhirat - Ular Saqar sedang menunggu

Jasa anda di dunia - Melewat-lewatkan sembahyang
Anugerah anda di akhirat - Neraka WAIL sedang menganga

Jasa anda di dunia - Meringan - ringankan syariat
Anugerah anda di akhirat - Mendapat pandangan murka Al-Jabbar

Jasa anda di dunia - Mengumpat peribadi orang
Anugerah anda di akhirat - Gunting Neraka sedang diasah

Jasa anda di dunia - Menyebarkan gosip atau fitnah
Anugerah anda di akhirat - Duri duri menanti anda di taman Neraka

Jasa anda di dunia - Tidak menjaga pergaulan 
Anugerah anda di akhirat - Libasan api neraka dijanjikan

Jasa anda di dunia - Tidak berakhlak dengan manusia
Anugerah anda di akhirat - Kemurkaan Allah bersama mu..

Jasa anda di dunia - Menyakiti hati orang dengan lisan
Anugerah anda di akhirat - Masuklah mana-mana pintu neraka

Jasa anda di dunia - Meringankan amanah (termasuk dalam pekerjaan)
Anugerah anda di akhirat - Angkatlah seberkas kayu dari neraka

Jasa anda di dunia - Bersangka buruk
Anugerah anda di akhirat - Amalan baik diambil orang

_______________________________________________________________

Dari Abdullah bin 'Amru R.A, Rasullullah S.A.W bersabda,"Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat"

terima kasih kepada Kumpulan Jurunilai atas tampalan yang bermakna di papan tanda anda. =]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails