Monday, April 25, 2011

Bila dah check in. Nak buat pe ye?

Assalamualaikum!

Kalini aku nak langsaikan hutang pasal check-in hotel. Memandangkan tengah rajin nak update, meh baca!
Bila dah check in hotel, mesti la tertanya2 berapa no bilik kita, tingkat berapa,kan? kan?

Meh straight to da point ok? Sebab harini malas nak bebel panjang. 



Internet

Ha,bila anda da check in-hotel,badan penat nih. Sambil check in-hotel sila tanya hotel ni ada wireless x? Kalo dapat yang wireless xberkira ni, Alhamdulillah la sesangat. Buatnya dapat hotel berkira cam hotel yang aku pergi di area Jay Bee aritu,siap bagi kad prepaid,nak nak pulak kena datang ke receiptionist tiap kali balik bilik. Yela,valid for 1 day. Kalo 7 hari menginap, 7 kali setiap hari kena mintak kad! Memang bikin panas je. Dah la kad prepaid, tak boleh kongsi dengan partner pulak tu. Satu bilik satu kad, bukan ikot berapa kepala. Kepala otak sungguh. *Excuse my word please,hehe*




Bilik

Ha, customer always right. Tapi tak tau la kat Malaysia ni amalkan ke x motto tu kan? Sebab baru je aku sound pekerja Coolblog sbb biadap sangat kat customer. Silap besar la wat hal dengan aku. Memang ku bagi halilintar berlagu la. Eh,terlajak pulak. Ha.. Kalau korang semacam rasa xpuas hati melihat kualiti bilik. Sebagai contoh, air cond rosak, shower bilik air bocor, cadar kotor.Sila wat aduan serta merta. Ade ke kawan aku ni sanggup mandi dengan shower bocor,pastu xnak komplen tuka bilik. Alasan;takot pihak hotel marah. Ni la 1st time aku jumpa customer takot dengan service provider. LOL
Tapi janganlah sebab alasan bodoh korang nak adu. Contohnya xde perfume wangi kt dalam bilik. Memang hantu sungguh la korang ni kan.





Housekeeping

Kadang-kadang pekerja hotel ni dia akan letak notis kecik kat dalam bilik jadual diorang wat housekeeping. 2 hari sekali ke, 3 hari sekali ke. Dan ada yang wat housekeeping hari2. So janganlah berani-berani tinggalkan valuable things macam laptop ke, henpon dalam bilik. Kalo terdesak sangat, tinggal jer kat dalam peti besi yang disediakan,pastu korang set je password ikot sukehati mak korang ok? :D



Breakfirst

Bukan berakfirst yer. Selalunya kalo check in, receiptionist tu akan kasi kupon sarapan skali. Sooo.. Kalo nak menjimaaatkan makan tengahari korang, tapow sarapan, brought forward ke lunch. Bijak x? Haha.. Tapi jangan la korang bendul sangat bawak tupperware tu isi sebijik2 makanan dalam tuh. Mau kena halau free2 jer kan. Jadi.. berlakon la kunun2 letak makanan banyak2 dalam pinggan, pastu bawak ke meja.. Tengok kiri,kanan, LINE CLEAR habes, bawak kuar tupperware bawah meja, kaut makanan dalam pinggan tu ke dalam bekas anda. Dijamin tak payah kuar duit untuk lunch da. Save! Nak bawak sekali tok makan malam pun boleee. Tu pon kalo korang lalu lagi la. 


Hyegiene


Aku bukan nak memomokkan korang dengan tahap kebersihan hotel. Tapi ni komen aku secara umum, xspesifik kepada mana-mana hotel. Silap2 bley kena saman woooo! Kepada sesiapa yang kisah sesangat akan kebersihan, sila guna barangan dari rumah korang. Contohnya macam tuala ke, berus gigi ke. Bukan apa, kalau korang pergi hotel yang teramaaatla busy, dan pe korang expect kalo hari2 wat housekeeping customer ramai? Budget clean habis la? Senang citer, tuala wat lap kaki jela. Kalo lap badan, takot berkurap je. lalaalalalaala



Other facilities




Aku dah malas nak merepek. So, ni yang terakhir. Korang kalo dapat pergi outstation, menginap free pulak tu, pe kata korang hentam je sume pe yang ada dalam hotel tu. Jangan la hentam barang yang kena caj. Amik le toiletries yang diprovide tok korang tu. Toilet roll. Dan barang2 yang korang tengok xde dalam list kena caj kalo korang amik. Kalo korang amik cadar, bantal, siap sedia la tengok bill hotel ye. ngeh ngeh




Eh dah la. Rasa nak update entry lain pulak. Bye semua! ;)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails