Ada seorang sahabat, datang kat aku dan bertanya,
Aku tak tahu la, ditelan mati emak,diluah mati bapak
Kenapa? Tanya aku
Aku tengah pening nak buat pilihan
Cer citer cer citer, kataku
Ok,aku cerita;
Ada dua jenis barang yang mempunyai kegunaan
1. Tengok kat kedai, macam cantik dan menarik mata memandang. Tapi bila dah beli dan pakai, mencederakan tuan punya.
2. Tengok kat kedai. Biasa je. Xde la kelihatan banyak fungsi. Tapi bila didesak untuk membeli, rupa2nya berguna. Malah memberi keselesaan pada tuan punya barang tu.
Aku pun pelik. Kenapa ayat kawan aku ni penuh berkias?
Apa barang 1,apa barang 2?
Jeng jeng jeng...
1. Kasut Vincci.
2. Kasut Scholl.
Kasut Vincci nampak je cantik, warna menarik. Kalau pakai, kawan pun puji, eh cantiklah kasut kau ni. Mesti mahal kan? Tak pula ditanya kepada pemakainya, selesa atau tidak?? Bila dah xselesa, tuan sakit kaki, terpaksa beli yang baru. Ilang sudah kemenarikannya.
Kasut Scholl, memang mahal dan kurang menarik. Rekabentuk biasa2 je. Nak beli pun kena pikir dua kali. Tapi bila dah sarung kat kaki, sedap tak terkata. Bertahan sampai bila-bila. Berkhidmat selagi tuannya memerlukan dia.
Jadi mana 1 kah anda? Memilih bersandarkan kesedapan mata orang lain yang memandang, atau kesedapan tuan yang menyarungnya?
p.s: Kebetulan Jusco Maluri memang wat sales kasut sampai 31 Julai ni. Kasut kerja sekarang sudah rosak, habis dibantai bawak pergi merantau. haih!
No comments:
Post a Comment