Wednesday, August 24, 2011

Berbuka Puasa Bersama Teman Sekerja

Ya, kebelakangan ini aku memang menyepikan diri dari dunia blog. Nak kata busy, tidak juga. Nak kata free pun tidak juga, mungkin nafsu hendak berblogging sudah luntur??

Sekadar mencukupkan syarat, aku cipta satu tampalan baru mengenai aktiviti aku pada bulan Ramadhan. Baru semalam, aku dan rakan sekerja (rujuk entri makan2 di Al-Rawsha) berbuka puasa di Black Canyon, bertempat di Jaya Jusco Maluri.

Menurut akak amik order tu, kedai ni berasal dari Thailand. Semua peralatan pinggan mangkuk cawan hatta mangkuk hayun sekalipun(yang ni aku tipu) dibawa KHAS dari Thailand. So sila bangga makan atas peralatan MADE IN THAILAND. Cuma takde gadis seksi dan lelaki kacak je menemani. Ya, masih menerapkan norma-norma sopan di kedai ini.=P

nota: Kedai makan ni bawah office aku jer. =)


muka teruja. sentiasa bila di hadapan makanan

as usual, Janeeta watak permanent kat belog ini. Sebelah kiri gue ni akak senior, kini dah jadi pekerja KFC Holdings. Masyukk! 
p.s: Noor Hisham Saidin sila jangan jeles.

Eh, lupa pula. Ada lagi watak penting;

kak Hamadah. Bakal ex pekerja AEON mulai minggu depan. Dayah masih setia katanya. (yeke??)

Dah, dah. Mari tengok menu berbuka kami pada hari itu;

Empat orang order makanan ni. Yang ni paling berselera kata diorang. Alamak,aku xingat nama nasik ni. Yang aku ingat Nasi Amareka jer.

Air pilihan aku. Black Canyon Iced Coffee. Special menu. Memang terbaik!

Tuna Salad. Gigih aku ngan Janeeta nak makan. Sedap! Tapi sayur dia spicy. Siapa suka pedas, recommended. Aku suka ;D
plus Sos Thousand Island

Menu pilihan Janeeta. Dia je yang pilih selain nasi. Udon Tomyam. Pernah makan makanan Jepun mesti pernah dengan nama Udon kan?

Air pilihan Janeeta. Butterscotch Coffee. Dia kata sedap. Sedap aja dia ni.

Upload pinggan aku punya sebab makanan aku dapat lambat. Nasib baik ayam besar. Xjadi nak marah.

Special! Kak Lily bawakan Egg Tart khas dari KFC! :D

Serius Sedap. Tapi available kat certain branch je, kat Menara KFC, KFC UM,KL Sentral.. yang lain xpasti






 NEWS HIGHLIGHT:

Dayah yang terkenal sebagai "Ratu Maharani Sup" menunjukkan lakonan malu-malu kucing. Dia ni pantang tengok makanan berkuah/sup. Mesti wat special request. Xpercaya??

Janeeta hulur tomyam. Dayah xnak sebab depan kamera katanya. Dia masih mempunyai perasaan malu.


Tengok. Dia sorok mangkuk tomyam tu kat belakang kotak Egg Tart. Pastu buat2 makan bila aku nak snap.

Dah pindah ke depan pula. Tetap tak nak mengaku lagi dia yang nak tomyam tu. Buat2 baru duduk kat meja la konon =p


See!! Told ya! Sekelip mata dia dah hirup tomyam tu tanpa apa-apa kesan yang tinggal. Cuma tinggal minyak je. Jangan marah Dayah. =)


Kesimpulannya, aktiviti berbuka kami sangat meriah dan seronok!*ayat penutup macam karangan daaa*

Kalau rajin aku update pasal reunion dengan bebudak sekolah pulak.

1 comment:

hisham said...

xde maknanye aku nak jeles..hahahaha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails