Tuesday, January 24, 2012

Sepetang di Garden Mid Valley =)

Pada satu hari bernama Isnin.. tatkala semua warga kota pulang ke kampung sempena Tahun Baru Cina, aku ke tempat ini, di Mid Valley.. 

Aku consider restoran ni mahal sebab tengok dari luar pun tahu kan? Tapi harga dia not bad la, just kena siap sedia RM60++ kalo nak makan berdua ye! Including Service & Govt Tax!

kredit to Marogal + google image

Oh ya, pernah pergi suatu ketika dahulu pada tahun 2009. Waktu tu restoran Gardens kat Mid Valley xbukak lagi.


zaman muda mudi dahulu kala. hoho. kat OU 

Tapi waktu tu makan buffet buka puasa,xsilap dalam RM50++ per pax.. Agak mahal tp berbaloi! 

Ok,dijadikan cerita haku pergi ke sini.. Untuk menikmati hidangan kat sini a'la carte.. dan sedang membelek-belek menu tu,terpikat dengan hidangan bernama Chicken Teriyaki,sebabnya ada mashed potato. Padahal kepsi ade jek mashed potato tu. Saje je gedik nak merasa.

kredit to storyofsmartcat + google image

ha camni rupanya Teriyaki Chicken. Lapisan atas ayam,ad kacang panjang dan bawah tu Mashed Potato. Sos dia yang wat sedap tu =)


Overall, dish presentation quite ok, ala-ala masterchef gitu.. so sediakan pinggan besar2 & berat. pastu letak elok2 atas pinggan..jeng!

Sedang enak memakan.. dalam 40% dah masuk dalam perut,ternampak sesuatu berwarna hitam di dalam mashed potato tersebut. Zoom punya zoom punya zoom.

Ohmaiii! Ada kepala lalat yang sudah dihukum pancung kat dalam mashed potato tu. So xkan aku nak ignore je kan? Secepat kilat ku panggil pelayan di situ, aku cakap

"There's something in my dishes"

Saje nak cakap mat salleh sebab diorang mintak order kemain speaking2 ngan aku lagi. Hamik kO! :p

Pelayan tu tengok arwah lalat tu dengan penuh kerutan di dahi, sepantas angin mengambil pinggan makanan tu ke dapur.

Tak lama kemudian, datang la supervisor restoran tu (sebab baju dia lain dari pelayan tu) dan kata

"Maaf cik, cik jumpa arwah lalat tu dalam plate tu ye? Kami dah buang semua mashed potato tu ke dalam tong sampah. Kami minta maaf sesangat. Cik nk order lain ke, order baru?"

Disebabkan aku dh makan hampir 40% dan time tu aku dh kenyang, xkan aku nk order lagi kan? Selera pon dh terbantut dek ketidakhyegiene-an mereka. aku pon menjawab sambil wat muka

" Tak pe la encik, saya dh tak lalu dan tak berselera nak makan lepas jumpa arwah lalat tu,tak pe la" sambil wat muka kecewa :p

Supervisor restoran tu dah serba salah. 

"Kalau macam tu,kami gantikan dengan kek as a compliment dan tanda minta maaf dari kami"

Maka dengan pantasnya aku bersetuju tanpa soal siasat. Sape taknak makan free kan? Itu lah denda sepatutnya sebab dah kasi aku bad perception kan? Naluri Mak Shin Chan (MIsae) memang masih tinggi dalam diri aku :p

........ Jeng jenG!!




Nota: Air di gambar tersebut ialah Longan Blast,RM9.90

Tak berapa nak pasti apa nama kek ni. Macam green tea + red bean paste je kek ni. Dua kali pandang macam kek berumput. Rasa dia so-so je la, Secret Recipe gak terbaik! =D

Moral of the story, kalau korang ke restoran mewah sekalipun, dun give too high expectation. Sebab yang bekerja ni pon normal human being, mesti ada mistakes jugak. Cuma aku jela yang tak berapa nak bernasib baik waktu tu. So, my tips ialah:

  1. Kalau dapat makanan bertingkat-tingkat/bertindih macam burger ke, jangan ngap terus! Makan selapis demi selapis. Bit too fussy tapi ok la dari korang termakan benda yang tak sepatutnya kan?
  2. Kalau makan tu, jangan dok tenung buah hati sampai makanan masuk mulut tak sedar. Alret with the environment :p
  3. Jangan pilih makanan pelik-pelik. Nanti ad arwah cicak ke lipas ke, korang ingat tu side dish pulak. Eiiiiyuwww!
  4. Kalau jumpa bendasing dalam makanan, cepat2 stop, snap picture,masukkan dalam blog. Disebabkan aku terlalu eksaited maka aku tak wat langkah ni. Cis!
  5. JANGAN BAYAR MAKANAN yang dah defect camtu. Customer always right. So kepada sesiapa yang tak tau tu,sila refer buku Marketing balik. Tapi applicable kat restoran mahal jela,aku tak berani komen kalo kat kedai makan biasa. Silap2 tuan punya kedai tu jegil mata balik kat ko. Hahaha :p
  6. Sentiasa baca doa makan. Back to basic!! =D


Dan akhirnya, makanan tu di'consider' sebagai FOC (sebab aku dah komplen ada lalat dan aku makan xhabis) dan kek tu sebagai hadiah (tak perlu bayar lagi). Makan free la aku hari tu! Yeayyyyyy~~ (~~,)

Oh ya, restoran ni agak best dari segi furnishing, greenish environment dan kalau nak dptkan mood romantika de amor, recommended! Yang seronoknya, ada pianist yang memainkan Love Song sepanjang korang makan kat situ. So sweeeeeet~~ =)

p.s: pandai encik buah hati bawa makan ke sini. dalam hati ada taman tu. weeewit! :p

Tuesday, January 17, 2012

Misi Dalam Mencapai Azam 2012

Disebabkan azam 2012 aku kalini nak kurus (actually dah berapa tahun dah still azam sama kurusnya idok) aku dah nekad, dan kalini i am effing serious!

Antara usaha yang baru aku implement ialah:

1. Menaiki kemudahan awam ke tempat kerja ( effective by 16 January) 
- selang hari naik motor + naik public transport. Cuma yang tak tahannya terpaksa bersempit naik monorel macam ikan sardin cap King Cup dalam tin)

google

2. Makan dalam kadar sedikit ( ha yang ni masih dalam proses, tapi aku dah kurangkan makan lewat malam =))

3. Berbasikal selama sejam setiap petang ( Jika balik awal ) 
-ini berkesan bagi menghilangkan selulit bersepah2 kat badan haku ni,huhu.


4. Banyakkan aktiviti bersenam/riadah
- antara yang dah dijayakan ialah Roller Blade-ing, Skytrex-ing, ATV-ing, ape lagi ek? Bestnya ada partner in crime wat aktiviti lasak! =p
tips: ada partner sekepala ni memang seronok kalo nak ajak ke mana-mana. serius best! =)

.. dan aku baru je dapat tahu yang building office aku ni ada gym, ok fine semua kompeni ada gym kot, eishhhh kecoh je aku ni kan kan, tapi yang xmenahannya, siap ada karaoke lagi!! Maka dengan ini aku mengisytiharkan aku akan menjimatkan belanja berlibur bulanan dengan menggunakan fasiliti office ku ke tahap yang semaksimum yang mungkin! Miahahaha.. =p

Eh tak tak, aku kena pergi Gym ok, eksesais sampai berpeluh. Chayok Hani! Kurang dari 2 tahun lagi ni! huhuhu~

p.s: Nampaknya kakitangan baru pon xterlepas dari program Team Building 3 hari 2 malam,katanya di 'Bali'. Redha~ =_=''

Monday, January 16, 2012

Banner Baru

Dah lama gila rasanya tak tukar banner baru, rasanya dah lebih setahun mungkin. Jadi aku telah mengambil risiko untuk mengedit banner baru kurang dari 24 jam dan menempek di blog ini. Suke tak? Suke tak? *perasan*



selamat tinggal banner lama. aku dah bosan ngan kau. sobs


Masih mengekalkan nilai murni sebagai gadis melayu, dan jangan risau, banner ini tiada unsur illuminati walaupun aku hanya meletak dari aras mata dan ke atas. Kredit kepada adik aku yang mengsnap pic ini dalam keadaan aku yang selekeh. kehkeh

Nak tahu camner aku edit banner ni? Lawati website ini 

p.s: Kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi. Oh ya, banner ni nampak gemuk sikit,segemuk tuannya hahaha :p


nota monolog: apekejadah tuan belog ni letak setempek bunga mawar kat kepala? bajet letewwww =p

Dan Induksi Pun Bermula


Kini sedang sibuk dengan kursus induksi bagi kakitangan baru.

Mengalu-alukan kedatangan kakitangan baru dan pelatih SL1M (senang kata, SLIM! :p)



Kalau nak tahu, tempat aku bekerja sekarang ni pun, terlibat dengan ETP (Economy Transformation Plan), sebab tu nampak ramaaaaiii je staf dalam bilik latihan ni. 

Kagum mendengar pengalaman dari jurucakap induksi yang kebanyakannya pernah bekerja dengan big companies. Be a leader, not a doer/follower. =)

p/s: Seronok tengok tag nama tulis besar-besar, teringat program kat U dulu, kena tulis nama,lipat kat meja pastu panggil sorang-sorang dari instructor buat persembahan. Owh rindu saat tu =')

Madah pujangga hari ini: -

Lelaki yang baik takkan pernah memaksa wanita melakukan sesuatu yang 
boleh mendatangkan murka Allah. Bijak membuat pilihan, lelaki bagaimana 
yang bakal dijadikan imam keluargamu wahai wanita. 


p/s: Lesson learnt. Pengalaman lalu sememangnya memberi banyak pengajaran kepada aku =')

Saturday, January 14, 2012

So Random Saturday


beli dah berzaman, bacanya baru sehelai dua


ni pon sama. Tah mane letak. 

 =]


my new workstation =D


baca manual kerja. ngantok. tang elaun celik biji mata.=D

Sekian.

p.s: Random tu bermakna aku malas nak taip banyak. hahaha.

Thursday, January 12, 2012

Serik Dah Pasni!

Assalamualaikum,

cuma nk share story yang baru aku lalui tadi.

Berdebar2,dua kes in a row. 

Semalam, hampir-hampir langgar seorang pejalan kaki, tapi ITU MEMANG SALAH DIA sebab dia keluar dari celah kesesakan kereta sambil membelek henpon dan xtengok jalan. Memang PERCUMA dapat jeritan free dari aku. Nasib baik dia minta maaf. Bawak punya hemat pun masih ada yang nak mencalarkan rekod permotoran aku. huh!

Tapi yang ni lagi menakutkan. Habis je kerja, aku pergi Green Box sambil mereleasekan tension bersama kawan aku. Dan,pukul 6.45,parents dia call nak jemput dia kat Time Square. Ok la, normally kami selalu dinner sama-sama, dan kalini dia kena balik awal,jadi aku teman la dia turun ke Low Yat beli makanan dengan dia.

hiasan penyedap mata

Kami pun berpisah kat depan Low Yat dan aku balik sendirian menapak dalam bangunan Sungei Wang menuju ke parking motor aku. Memandangkan pejabat aku kat BB Plaza,aku memang park kat area pejabat aku (Nota: Office hour tamat 5.15, so korang bayangkan keadaan parking tu pada pukul 7 malam)

Dah sampai kat parking motor,aku bersiap2 pakai sweater, mask dan helmet. Tengah nak pakai helmet,aku tiba-tiba dapat hidayah nak toleh belakang. Dan YES! ada seorang lelaki berkulit gelap (muka macam bukan orang tempatan) datang macam menuju kat aku. Ya, siapa lagi sebab MEMANG aku seorang sahaja kat situ. Dan tiba-tiba langkah dia terhenti,dia pandang aku,dia patah balik. Alhamdulillah, ada motor lalu tiba-tiba.(pasal tu dia berhenti sebab ada orang lalu) Aku dah gabra. Kat satu sudut,ada kawan dia duk menunggu kat belakang sana. Memang dia tengah TENGOK aku. 

Cepat-cepat aku start motor, pecut!! 

Freaking SCARY! Bayangkan kalau aku tak toleh, apa yang akan berlaku?

Bayangkan kalau xde motor/orang lain lalu,apa akan berlaku?

Ok,aku taknak bayangkan benda buruk jadi kat aku. Cukuplah experience aku zaman Form 4 dulu. Aku ni memang xserik. Suka sangat buat semua benda sendiri. Konon tak nak menyusahkan orang, alih-alih kalo berlaku apa-apa,memang MENYUSAHKAN orang jugak. Huh!!


Serius taubat aku TAKNAK balik SORANG-SORANG tanpa TEMAN. Pasni aku akan PAKSA kawan aku tu teman sampai parking lot,WAJIB!!!!

Saturday, January 7, 2012

Adikku Yang Misteri Nusantara


Memperkenalkan, ni adik aku yang bernombor giliran 002 dalam famili aku. Dia ni seorang yang agak pelik, misteri dan suka buat hal sendiri. Oh ya, ini bukan entry untuk mengutuk adik kandung sendiri ya.

Disebabkan perangai dia yang memang pelik gilerrr, so banyak la benda dia tak sependapat dengan aku. Kadang-kadang aku mintak pendapat dia, dia suka cakap "tak tahu @ no komen". Berasap jugaklah hidung aku kalo dapat jawapan rabun-rabun ayam camni. Sebab tu aku prefer suruh mak aku je jadi konsultan imej aku. Aicewah!

Seperti yang dah dimaklumkan dalam entri terdahulu, aku baru masuk kerja kat tempat baru. So keterujaan masih tak hilang (paham-paham ler kalo minggu pertama mati kutu nak buat apa, walhal dah dapat tugasan). 

Jadi malam tu, sedang leka kami melipat baju, wah, aku tak sangka aku leh ber'pillow talk' dengan adik aku sorang nih. Dia memang jarang sangat nak berborak dengan aku. Baik ni pon ada makna sebab aku pinjam Laptop dia sehari dua sementara menunggu pc baru nak sampai.

Ikuti perbualan ini;

Aku: Weh, best dow tempat kerja baru ni, semua staf mesra alam. Layan akak baik jer. Mungkin sebab akak je staf perempuan yang baru, so jadi macam adik diorang dah. Ada seorang staf ni orang lain kata dia garang gila, tapi bila akak borak ok je,peramah siap buat lawak lagi.

Adik: Eleh, cuba kalo kat ofis akak tu ada awek cantik, ada diorang nak layan? Tah-tah buat bodoh jer.. Pandang pun tidak.

Aku: Jap.. Jap.. Ko maksudkan aku cantik ke?

Adik: *Terdiam* (apsal laaa aku tercakap benda ni, damn!) Eh, ni baju siapa?? (Tetiba tukar topik)

AMARAN : Ini bukan entri perasan cantik ye, sebab ni lah perkataan indirect yang first time aku dengar dari mulut adik aku. Selalunye;

Situasi 1

Aku: Cantik tak tudung style aku buat ni?

Adik: Entah, biasa je.

Situasi 2

Aku: Akak rasa nak beli la baju ni. Ko rasa ok x?

Adik: No komen. Xtahu la.

Geram tu mmg geram,ingat lelaki je ada ego? Perempuan pun ada tau! ;)

Oh ya, antara misteri adik aku yang lain ialah, dia akan emo kalo xjumpa barang dan orang sekeliling dia termasuk aku akan jadi mangsa emo dia T__T

p.s: gelaran Manohara masih melekat kat tempat baru. Adehhhh T_T

Wednesday, January 4, 2012

Belanja Kahwin Yang Sistematik?


Hari nie merupakan hari kedua masuk bekerja di tempat baru. Maaf ler tak tersempat nak update pasal hari pertama kerja sebab balik jalan kaki,penat teramat sampai nak tatap PC pun macam xlalu.. Nilah penangan kalau dah lama xberjalan kaki jauh-jauh.. Manja sangat diri ni!

Cuma nk share 1 cerita yang menarik, oh ya bukan pasal kerja sebab kalau sebut pasal kerja mula lah urat kat tepi dahi ni naik stress,waktu pejabat sahaja leh bincang bukan di waktu lepas pejabat.. Hoho =p

Disebabkan peramah tak tentu hala aku ni,hari kedua pun leh jadi mesra alam kat staf yang masuk sebulan awal.. apa nak buat, gifted talent =p (bukan wanita yang melayan ramai lelaki macam didakwa Ustaz Azhar Idrus tu, peramah ada batasnya) 

Tengah sibuk buat assignment untuk tugasan baru, senior (ya,tetap panggil senior walaupun dia baru masuk bulan 12) tiba-tiba bukak topik, 

"Nanti dah nak kahwin buat la belanjawan macam ni"

Terkebil-kebil jap 10 saat. Dia pun tunjuk sesuatu kat PC dia,berupa jadual bulanan dari Januari hinggalah Disember bagi tahun 2012. Ohh, rupanya si senior ni nak kahwin dah, patotla dari tadi muka macam menahan kerut je, kerut sebab dah nak naik pelamin =p

Belek-belek, Jadual dalam excel format tu berwarna warni, siap ada peruntukan bersama (dia dan cik tunang) bagi bulan tertentu. Contohnya, bulan 1, nak saving RM1,500, tambah dengan cik tunang RM1,500 = RM 3,000. Kiranya ad kerjasama dari dua pihak dalam mengumpul duit bersama. Seems interesting.

Dalam kalendar bulanan pulak,ad bulan yang ditetapkan nak beli barang hantaran. Sempat jeling kejap, bulan Februari nak beli jam Hantaran, senior ambil Jam Tissot (fuhyoo) dan tunang beliau ambil Jam Guess (fuhyoo lagi). So budget memang kena adjust betul-betul kalau nak achieve target. 

"Bila nak kahwin ni?" Senior mula tanya, sebab dia dah nampak wallpaper handphone ad wajah jejaka =p

" Tahun depan, InsyALLAH " sambil tersenyum. Bukan senyum konfiden, senyum bersyukur ada juga yang sudi walaupun rekod sebelum ni tak berapa nak 'cemerlang'.

Kalau sempat,nanti akan diupload camner rupa jadual belanjakawen yang dibuat oleh Senior tu. InsyALLAH.

------------------------------


Eh,lupa nak habaq mai, cek dah masuk pejabat baru semalam. So tugasan baru ceq;


Management Auditing


sesi otak terbakar dah bermula =_=''

(SERIUS) Risalah Sesat di Surat Khabar

Sewaktu mak aku sibuk membelek surat khabar Mingguan sisipan Kesihatan bertarikh 25/12/2011 hari ini (biasala mak aku suka ulang - ulang baca sokkabar),  mak aku terjumpa terselit satu sisipan risalah yang sangat memeranjatkan. Pelik, macam mana risalah macam ni leh diedarkan sewenang-wenangnya kepada semua pembeli surat khabar?? 


Sila klik untuk lebih tumbesaran

Highlight:

Nama: Ramli Bin Wahab - Nama & gambar nampak mcm Melayu Islam kan?

Isu: 

Nombor Ramalan Bertuah - Syirik!!
Menderma risalah 80ribu Keping - menyebarkan ajaran sesat & khurafat! 
Gambar - Gambar Magnum Judi & Tokong.. So apa yang anda fikirkan sekarang?

Diharap kalau anda jumpa lagi risalah sesat seperti ini sila ketepikan dan buang sahaja.. Boleh menyesatkan akidah orang Islam.. Berjudi salah satu dosa besar ok!

p.s: Ada juga orang Non Muslim ada 'bin' di belakang..
Typing pun banyak error,, derrrrr~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails