Tuesday, March 27, 2012

Share And Win Jubah Hoodie Satin

Assalamualaikum!

Rasanya dah dua hari berturut-turut haku join kontest.. Too obvious kan? :p

Tapi tak mengapa,rezeki orang nak bagi kita grab jer, apa salahnya kan? =)


Alang-alang join giveaway ni, dalam masa yang sama haku promote butik QyaShop.com ni, dimana beliau wat pre-launch butik kedua beliau ni. Produk yang beliau sedang promote ni pula adalah jubah, dan memang kena la dengan selera haku yang suka bangat pakai Jubah. (Jangan tak percaya kalau pergi kerja naik skuter pon haku selamber rock sarung Jubah ok )

Kenapa haku PATUT dapat Jubah Hoodie Satin yang DA BOMB ni? Okla, haku bagi TIGA SEBAB yang PALING UTAMA je la ye?



Pertama ; Sebab haku suka pakai jubah. Selain daripada baju kurung dan baju kebaya, Jubah merupakan baju kegemaran aku sebab senang nak disarung dan digosok sebab dia satu helai camtu je =)


Kedua; sebab haku terpikat dengan design Jubah Hoodie Satin ni. Jubah konvo, jubah labuh semua jenis jubah aku dah merasa KECUALI Jubah Hoodie ni je haku tak pernah pakai. Jadi memang teriiiiingiiiin sangat sangat bangat nak menyarung Jubah Hoodie Satin 1st di pasaran internet ni. Kalau jubah lain menggunakan kain cotton dan lycra, jubah satin ni sudah semestinya menggunakan kain satin. *wah ayat bodek tak hengat* =p


Cantik kan? Sequin dan manik details kat pinggang tu yang cantik tu. Handmade okeh!

10 jam masa diambil untuk menyiapkan manik ni. Ingat senang?

Info: Kosong Tanpa Manik = RM80.00 | Bermanik = RM110.00

Ketiga; Sebab banyak sangat sangat pilihan warna yang memikat hati


Dah la cantik menarik ko memang da bomb, lepastu warna yang ditawarkan oleh QyaShop.com ni serius memang kena ngan anak tekak citarasa haku! Memandangkan haku baru nak berjinak dengan kaler PINK dan kaler PURPLE sememangnya kaler peberet haku, da tentu haku undi J002 dan J008! =D



dan haku nak mengajak 5 orang rakan untuk menyertai contest Giveaway dari cik Naqiah ni ye; jeng jeng jeng!





dan 



tarikh tutup peluang keemasan ni pada 31 Mac 2012. Moh join! =D Link disini 
*tertakluk pada terma dan syarat*

Akhir kata, selamat maju jaya kepada QyaShop.com & Happy Becoming Birthday kepada ibu kamu! 


Sekian terima kasih ! =)

Monday, March 26, 2012

My Pinky Moments

Assalamualaikum!


Lupakan kejap pasal Running Man tu, meh haku nak habaq mai pasal sesuatu yang aku baru join ni =)

Ini merupakan contest PERTAMA yang haku join untuk tahun ini setelah sekian lama haku xmenjoinkan diri. 


Inilah contest yang haku join kali ini =) 

Punyelah susah nak cari gambar  haku yang berkaitan dengan kaler PINK, sebabnya aku baru mula berjinak-jinak memakai baju yang berkaler 'jambu' ni. Dulu rock,sekarang dah ada taman =p


godek punya godek punya godek,, akhirnya.. YES! Dah jumpa! *girang*


Jeng!

Antara 2 pic yang terpilih untuk haku menyertakan diri dalam contest ni ialah :

Konvokesyen bersama sahabat terbaik semasa di Universiti Malaya. Miss this moment!

Pic ni tak cukup PINK kan? Nak PINK lagi takkk? 


Dannnn~



Menghadiri kenduri kahwin, juga sahabat terbaik zaman Matrikulasi. Diri sendiri terlebih PINK dari pengantin tu. Ohoi~
Pipi ada naik sikit kat pic dua. Bahana tak jaga makan. Ces!


Persamaan dua gambar ini ialah, tudung dalam kedua-dua gambar ni adalah tudung yang SAMA dan tudung ni merupakan TUDUNG PINK haku yang PERTAMA. *kembang kempis*


Jadi welcome to the PINK CLUB bebeh!

Sebagai penutup kata pemanis menaip haku dengan berbesar hatinya nak mengumumkan bahawa contest ni dianjurkan oleh.... *drumroll*

jeng jeng!






.. penaja bersama 







 dan




Jadi sesiapa yang berminat nak menyertai contest ni, jom pakat ramai-ramai join. Terutamanya yang memang suka PINK ni. So korang tak la susah nak mencari pic berkaler PINK macam aku ni ha. Ngehehe =D 

Tarikh tutup 31 Mac 2012 ni, cepat2!



Last but not least, Think Pink!!

Thursday, March 22, 2012

Nak jugak jadi macam Rina ni =)

Harini saja tergerak nak jenguk rumah jiran bloggerku, Rina. Sebabnya tertarik dengan entry beliau ni  ;

Rezeki nak kahwin agaknya..boleh menang contest..syukur


Pantang sikit tengok perkataan 'kahwin', dah gatal kot ;p

so belek punya belek, wahhh.. Tahniah Rina sebab menang contest by Pameran Pengantin Malaysia !!

Tetiba jeles datang menyerang. Bukan jeles dengki busuk hati tu, jeles sebab Rina bertuah sebab rajin sangat-sangat join kontest. sila tunjuk ajar *sambil ikat kain putih kat kepala ;p*

Jadi uols semua,kalau ada masa lapang tu, sila-sila la ringankan tangan join online kontest macam Rina ni, who knows nasib kamu pulak menang kalini kan?

Kini Rina dinobatkan sebagai blogger idola sebab kerajinannya menyertai kontest. (sponsor dah banyak tu,bukan senang dapat penaja ok)

Nak dekat hari bahagia ni kena 'rajin' sikit, dapat saving cost kalau bertuah kan ;p

p/s: Kena mula merancang dengan lebih teliti dan konsisten. Sedang menunggu proposal bajet dari Encik Akauntan ;p

Sunday, March 18, 2012

Renovation in Progress!

Hari ini melawat rumah baru keluarga di Puchong,sudah ada perubahan dari ini :

xjumpa gambar rumah ni secara solo,maaf kerana mencapab sama :p

kepada ini:


ya,rumah ini masih dalam renovation, insya Allah awal tahun depan boleh fully occupied dah rumah ni. =D *gembira*




kegedikan anak tuan rumah jelas kelihatan :p

Sambil menyanyi girang :-

Bertahun dan berzaman sudah ke menunggu dirimu.. akhirnya kau menjadi milikku.. lalala~

Banyak tuan rumah nak jual rumah sebab rumah ni dah 8 tahun terbengkalai termasuklah rumah ni,huhu. Kalau kat KL paling koman pun 400k, kat sini end lot (tanah lapang) pun boleh dapat dengan harga 300k jer. baru je update status kat fb;


klik utk lebih tumbesaran 

Okay,aku leh jd broker rumah dah sekarang :p

Sunday, March 11, 2012

Siapa berminat nak join Kelab Isteri-Isteri Pertama?



Ok. Aku tahu tajuk takde kena mengena pun. :p

Sekarang demam Korea menjadi jadi, kalau zaman sekolah dulu sibuk dengan demam Bollywood,kini demam Korea, Xcukup dengan drama, lagu K-Pop dan group2 K-Pop pun dah jadi kegilaan bebudak zaman sekarang ni walaupun hakikatnya mereka xtahu apa yang mereka nyanyikan kan? Opsss..

Aku pun tak terkecuali, minat jugak kat Korean Drama ni, kalau sesiapa ada Astro Beyond, mesti ada channel 393 ni,iaitu ONE HD. Terbaik wok! Tengok drama puas hati beb! 

Minat,minat jugak, dan ada satu drama yang betul-betul menarik minat aku iaitu drama 104 episod ; First Wives Club atau dibahasamelayukan menjadi Kelab Isteri-Isteri Pertama. Dan bila aku tonton drama ni,sedikit sebanyak aku dah paham budaya orang Korea ni macam mana. 

Oh ya,meh aku menyinopsiskan cerita ini sebelum kita berpindah ke hujah pasal budaya mereka =) Zasss~
-------------------------------------------------------------------------
Versi BM:
Bok Soo menyara kehidupan suami dia utk sambung pelajaran dalam peringkat kedoktoran dengan menjadi penjual ikan. Tapi suami dia xbersyukur malah memandang rendah kat si Bok Soo ni. Dia membacking abangnya yang berkahwin dengan bff nya, Hwa Sin dimana abangnya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain tetapi bffnya cuba berpura-pura bahagia. Apabila dia dpt tahu yang suaminya rupa2nya ada affair dengan ex-gf nya,barulah dia sedar betapa peritnya dicurangi. Dan mak Bok Soo juga menjalani perkahwinan yang xbahagia disebabkan ditipu dek kecurangan suami,dan berkomplot untuk mengajar suami mereka yang curang ittew. 

Versi BI:
Bok-soo (actress Kim Hye-sun) put her husband through medical school by earning a living as a fish seller but her husband does not feel grateful about it and looks down on her instead. She learns that her brother, who is married to her best friend Hwa-shin (actress Oh Hyun-gyung), is having an affair with another woman but she tries to cover it up. When she learns that her husband, Ki-jeok (actor Oh Dae-gyu) is having an affair with a former girlfriend, she finally empathizes with her friend's plight. Her mother, who had to endure an unhappy marriage due to a cheating husband, joins Bok-soo's and Hwa-shin's plan to get revenge on their unfaithful husbands. 
-------------------------------------------------------------

Budaya orang Korea berdasarkan pemerhatian Drama FWC:-

1. Curang
Orang Korea ni kalau salah seorang pasangan berlaku curang, pasangan yang setia ni boleh heret pasangan dia yang curang ni masuk mahkamah dan dipenjarakan. Hebat x? Jadi kemungkinan kalau diorang nak berlaku sumbang/curang pun,buat senyap-senyap. Cuma dalam FWC ni,sang isteri sayang bangat dengan laki dia, laki dia curang depan mata pun dia terima je walaupun dalam hati dia pedih teramat. 

2. Kahwin
Ha, yang ni memang normal kat seluruh dunia kot. Suami kalau dah kahwin, akan bawa isteri pindah rumah keluarga si suami tu. Kemudian, kebanyakan cerita Korea ni kan,ibarat masuk umah mertua ni macam masuk neraka pulak. Asyik kena buli tak pun jadi hamba sahaya kat dalam rumah tu. So,mesej yang nak disampaikan kat dalam FWC ni once ko dah masuk alam perkahwinan,bersiap sedialah jadi hamba. Salah tu!

 

3. Perempuan Simpanan
Menurut hasil tontonan aku dalam FWC ni, kalau dah curang, si lelaki ni leh bawa makwe baru pindah bersekedudukan bersama-sama. Ala-ala suami isteri gittew(sakit hati aku tengok). Dan sang isteri yang dicurangi ni kena la halau merempat la ko di mana-mana. Ini tidak adil! =( Dan si makwe tu pun ambil la alih tugas macam point no.2 ni, jadi la 'isteri' dan hamba kat rumah tu. Yang sadisnya lagi,bapa si lelaki tu pun curang gak,juga ada perempuan simpanan. Maknanya anak dah besar sampai dh berkahwin pun kalau masih berstatus 'perempuan simpanan' ni pun diorang xkisah. Sebab orang Korea ni tak boleh poligami. So,ber'madu' tanpa ikatan sah. What deeee~~.......

4. Penceraian
Hah,yang ni haku konfius sesangat. Orang Korea ni bila dah cerai, dan dah dapat surat pengesahan penceraian/pembatalan perkahwinan, boleh batalkan balik penceraian tuh. Dalam FWC ni, si suami yang curang tu dah bercerai dengan isteri dia, kemudian tetiba dia gila talak nak balik kat ex wife dia padahal ex wife dia dah xnak dia, dia pun pergila ke mahkamah batalkan penceraian tuh tanpa pengetahuan ex wife dia,padahal ex wife dia dah jumpa orang lain dan nak kahwin dah. Habis tu susah la ex wife dia nak kahwin sebab status isteri tu dah 'melekat' balik setelah penceraian tu dibatalkan. Aiyooo~ soooo complicateddd!

hensem kan? Auwww~ :p


love the moustache! droool~ *_*


Dan kebanyakan Korean Drama yang aku tonton banyak berkisar pasal kisah kecurangan dan penceraian. Hubungan luar nikah tu jangan cakap lah,dah macam budaya mereka je tu. Nak tengok boleh,ikut jangan. =)

P/s: Perkara yang tak boleh dimaafkan dalam sesuatu perhubungan ialah kecurangan & penipuan. Curang ni ibarat rumah yang dah tak de tiang. Sekali ko cantas tiang tu, robohlah rumah tersebut,dan bila rumah tu dibina kembali,takkan sama macam rumah dulu tu. =)

 

Oh ya, tengah sibuk nak menggoreng telur, terjumpa ini. Telur kembar namanya. =) Teringin nak anak kembar, Opsss =P #gatal

Sunday, March 4, 2012

Jerejak Outing

Sape tau Pulau Jerejak kat mana sila angkat keyboard! 

Mostly kalau aku tanya, semua akan jawab "Pulau Jerejak? Katner tu?"

T___T

Pulau Jerejak ni lokasinya kat Pulau Pinang, kecil je pulau ni, dulu dikatakan tempat 'brainwash' orang-orang 'wanted',ala-ala ISA gitu.. xtau ISA tu ape? g Google sendiri!

Ini Outing bersama kakitangan department aku,baru tiga minggu lepas sudah,harini baru rajin nak update,hehe. Jadi mari nikmati gambar-gambar yang sempat aku capture ni. Oh ya, outing ni 4 hari 3 malam. Phew!









permandangan dari feri. dekat je pulau ni. seploh minit sampei la.

Keadaan Executive Chalet kami. Jeng jeng jeng!

King Sized Bed. aku tido kat katil ni,heh.

Ruang santai menonton TV

bilik lagi satu, dua single bed


Kemudahan yang terdapat di Jerejak Rainforest Resort & Hotels

Kancil modify jadi xde pintu. Sekali tengok macam caddy car untuk pelanggan golf. Cuma downgraded version la. Kehkeh

  Swimming pool. Xberani cuba sebab banyak makhluk tuhan paling tak seksi berendam.



dalam training room. saja mencapab :p


Eh, tersesat pulak Mee Udang Mak Jah kat entry ni. Saja singgah dalam perjalanan balik ke PD. Balik je dari Jerejak, straight ke PD. Non stop journey.

 To be continued *kalau aku rajin*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails