Sunday, March 11, 2012

Siapa berminat nak join Kelab Isteri-Isteri Pertama?



Ok. Aku tahu tajuk takde kena mengena pun. :p

Sekarang demam Korea menjadi jadi, kalau zaman sekolah dulu sibuk dengan demam Bollywood,kini demam Korea, Xcukup dengan drama, lagu K-Pop dan group2 K-Pop pun dah jadi kegilaan bebudak zaman sekarang ni walaupun hakikatnya mereka xtahu apa yang mereka nyanyikan kan? Opsss..

Aku pun tak terkecuali, minat jugak kat Korean Drama ni, kalau sesiapa ada Astro Beyond, mesti ada channel 393 ni,iaitu ONE HD. Terbaik wok! Tengok drama puas hati beb! 

Minat,minat jugak, dan ada satu drama yang betul-betul menarik minat aku iaitu drama 104 episod ; First Wives Club atau dibahasamelayukan menjadi Kelab Isteri-Isteri Pertama. Dan bila aku tonton drama ni,sedikit sebanyak aku dah paham budaya orang Korea ni macam mana. 

Oh ya,meh aku menyinopsiskan cerita ini sebelum kita berpindah ke hujah pasal budaya mereka =) Zasss~
-------------------------------------------------------------------------
Versi BM:
Bok Soo menyara kehidupan suami dia utk sambung pelajaran dalam peringkat kedoktoran dengan menjadi penjual ikan. Tapi suami dia xbersyukur malah memandang rendah kat si Bok Soo ni. Dia membacking abangnya yang berkahwin dengan bff nya, Hwa Sin dimana abangnya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain tetapi bffnya cuba berpura-pura bahagia. Apabila dia dpt tahu yang suaminya rupa2nya ada affair dengan ex-gf nya,barulah dia sedar betapa peritnya dicurangi. Dan mak Bok Soo juga menjalani perkahwinan yang xbahagia disebabkan ditipu dek kecurangan suami,dan berkomplot untuk mengajar suami mereka yang curang ittew. 

Versi BI:
Bok-soo (actress Kim Hye-sun) put her husband through medical school by earning a living as a fish seller but her husband does not feel grateful about it and looks down on her instead. She learns that her brother, who is married to her best friend Hwa-shin (actress Oh Hyun-gyung), is having an affair with another woman but she tries to cover it up. When she learns that her husband, Ki-jeok (actor Oh Dae-gyu) is having an affair with a former girlfriend, she finally empathizes with her friend's plight. Her mother, who had to endure an unhappy marriage due to a cheating husband, joins Bok-soo's and Hwa-shin's plan to get revenge on their unfaithful husbands. 
-------------------------------------------------------------

Budaya orang Korea berdasarkan pemerhatian Drama FWC:-

1. Curang
Orang Korea ni kalau salah seorang pasangan berlaku curang, pasangan yang setia ni boleh heret pasangan dia yang curang ni masuk mahkamah dan dipenjarakan. Hebat x? Jadi kemungkinan kalau diorang nak berlaku sumbang/curang pun,buat senyap-senyap. Cuma dalam FWC ni,sang isteri sayang bangat dengan laki dia, laki dia curang depan mata pun dia terima je walaupun dalam hati dia pedih teramat. 

2. Kahwin
Ha, yang ni memang normal kat seluruh dunia kot. Suami kalau dah kahwin, akan bawa isteri pindah rumah keluarga si suami tu. Kemudian, kebanyakan cerita Korea ni kan,ibarat masuk umah mertua ni macam masuk neraka pulak. Asyik kena buli tak pun jadi hamba sahaya kat dalam rumah tu. So,mesej yang nak disampaikan kat dalam FWC ni once ko dah masuk alam perkahwinan,bersiap sedialah jadi hamba. Salah tu!

 

3. Perempuan Simpanan
Menurut hasil tontonan aku dalam FWC ni, kalau dah curang, si lelaki ni leh bawa makwe baru pindah bersekedudukan bersama-sama. Ala-ala suami isteri gittew(sakit hati aku tengok). Dan sang isteri yang dicurangi ni kena la halau merempat la ko di mana-mana. Ini tidak adil! =( Dan si makwe tu pun ambil la alih tugas macam point no.2 ni, jadi la 'isteri' dan hamba kat rumah tu. Yang sadisnya lagi,bapa si lelaki tu pun curang gak,juga ada perempuan simpanan. Maknanya anak dah besar sampai dh berkahwin pun kalau masih berstatus 'perempuan simpanan' ni pun diorang xkisah. Sebab orang Korea ni tak boleh poligami. So,ber'madu' tanpa ikatan sah. What deeee~~.......

4. Penceraian
Hah,yang ni haku konfius sesangat. Orang Korea ni bila dah cerai, dan dah dapat surat pengesahan penceraian/pembatalan perkahwinan, boleh batalkan balik penceraian tuh. Dalam FWC ni, si suami yang curang tu dah bercerai dengan isteri dia, kemudian tetiba dia gila talak nak balik kat ex wife dia padahal ex wife dia dah xnak dia, dia pun pergila ke mahkamah batalkan penceraian tuh tanpa pengetahuan ex wife dia,padahal ex wife dia dah jumpa orang lain dan nak kahwin dah. Habis tu susah la ex wife dia nak kahwin sebab status isteri tu dah 'melekat' balik setelah penceraian tu dibatalkan. Aiyooo~ soooo complicateddd!

hensem kan? Auwww~ :p


love the moustache! droool~ *_*


Dan kebanyakan Korean Drama yang aku tonton banyak berkisar pasal kisah kecurangan dan penceraian. Hubungan luar nikah tu jangan cakap lah,dah macam budaya mereka je tu. Nak tengok boleh,ikut jangan. =)

P/s: Perkara yang tak boleh dimaafkan dalam sesuatu perhubungan ialah kecurangan & penipuan. Curang ni ibarat rumah yang dah tak de tiang. Sekali ko cantas tiang tu, robohlah rumah tersebut,dan bila rumah tu dibina kembali,takkan sama macam rumah dulu tu. =)

 

Oh ya, tengah sibuk nak menggoreng telur, terjumpa ini. Telur kembar namanya. =) Teringin nak anak kembar, Opsss =P #gatal

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails