Wednesday, April 4, 2012

Khas Untuk Yang Setia: The Vow

BH: Vow tu apa eh?

Haku: Vow? Tunduk hormat kot? Macam bagi penghormatan @ pengiktirafan gitu la kot.

BH: Ooooh.

Sekali tengok sarikata tulis 'Ikrar'. Adeh, kantoi sudah bagi ajaran sesat. Tah mane dapat jawapan tu pon aku xpasti. Yang penting kondifen, eh konfiden tu wajib ada, so aku ada skill meyakinkan orang. Muahahaha.






Sinopsisnya begini;

Kisah si suami yang tak kenal erti jenuh atau serik nak buat isteri dia jatuh cinta kembali kat dia disebabkan isteri dia hilang ingatan akibat satu kemalangan. Si isteri ni memang payah sangat nak ingat kenangan manis diorang bersama, dan konflik bermula apabila bekas tunang si isteri ni datang kembali. Ok, stop setakat ni, nak tahu lebih-lebih, tengok kat wayang berhampiran ye? 

Oh ya, filem ini diinspirasikan dari kisah benar

-------------------------------------

Aku tak berapa kenal Rachel McAdams ni, nama biasa dengar tapi tak pernah tengok satu filem yang dia berlakon yang wat aku ingat. Tapi bila tengok dia dalam layar filem ni, air muka dia ada la sikit iras Jennifer Garner. Ke mata aku kero? Ok abaikan.



Macam sama kan? Cuma J.Garner ni nampak dah berusia sikit. Hihi


Ha, Channing Tatum ni aku ingat sebab dua je; nama dia yang pelik lagi lain dari yang lain (hoho) dan dia ada berlakon filem G.I Joe : Rise Of Cobra. Sebab tu memang ingat. Cuma bila tengok dia berlakon movie lovey dovey agak janggal sebab tengok dia sebelum ni dalam filem aksi kan? Heh :p


Nampak macho bukan ? heh :p


Sedikit spoiler untuk anda,kalau beriya nak tengok sila jangan baca;

  1. Nampak sempoi mereka berkahwin kat tempat (aku pasti bukan di gereja) Muzium/Institut Arts, lepas tuh kawan mereka sendiri yang jadi 'tok paderi' yang me'legal'kan perkahwinan mereka. Pelik tetapi benar
  2. Ex-tunang si Paige ni sanggup lepaskan tunang baru dia semata-mata nak kat Paige ni balik. Omputih ni kalo dah suka sangat susah nak lupa kan?
  3. Jangan berasmara dono di dalam kereta yang diletak di tengah jalan. Sangat bahaya. Lebih-lebih lagi bagi pasangan kekasih yang belum nikah. Take note!
  4. Kagum dengan kesetiaan sang suami yang masih tak cari pengganti si isteri setelah 6 bulan 'legally divorced' . Begitu juga si isteri yang masih mencari-cari siapa dirinya pada si suami tu. Like!
Jadi kalau anda merupakan seorang yang mementingkan kesetiaan dalam perhubungan dan bukan cinta satu malam atau cinta pakai buang, disaran penuh tonton filem ni. gerenti tak mengantuk! =D

Bintang? 3 bintang per 5 keseluruhan =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails