Tajuk nak omputih je kan? Tapi intinye berbahasa Melayu? Sangat Urban bukan? Puihhh :P
Kita kembalikan semula kisah semasa di Jay Bee, ah, terlalu banyak makan kenangan manis di sini,kena tulis satu persatu dan susun baru paham =)
Memandangkan aku outstation di JB, aku harus bekerja 24-7 tanpa rehat (ok ni tipu sikit) di sana. Paling AWAL pulang pun pada pukul 8 malam,itu pun pada hari pertama tiba di sana disebabkan kena check-in hotel di sana. Selebihnya pada pukul 10 dan ke atas. Normal katanya =_=''
Tapi,itu tidak bermakna pada hari AHAD aku PERLU bekerja. Sebab mana ada pejabat buka pada hari minggu kan? Jadi kebetulan aku mempunyai kenalan di JB, aku merancang untuk jalan-jalan pusing-pusing satu JB memandangkan aku takde masa nak lakukan itu semua semasa bekerja di Jusco. Paling kuat pun jalan kat tepi Laut Stulang sambil dilimpahi cahaya dari Pulau Singa. Puitis bukan? =P
Seperti yang dijanjikan dengan kenalan aku iaitu Ayie,hari Ahad yang dinanti telah tiba. Macam-macam dia janji dalam mesej, nak bawak pusing Danga Bay la,jalan-jalan pusing JB la,makan Mee Rebus JB la, ke Hutan Bandar la, mesti jeles tak terkira encik Buah Hati sebab aku bersuka ria dengan kawan baik dia,ahaks :P
Ayie sampai kat lobi hotel tepat pukul 9. (Oh ya,aku menginap di Hotel Grand Blue Wave sepanjang berada di sana) Macam dia kata, "kita pergi sarapan dulu,ko tak payah pakai baju lawa-lawa". Ok la,aku pakai baju biasa je,malas nak overdressed karang dia kata aku nak mengorat dia plak,ahaks :P
Sampai-sampai je,tengok muka si Ayie ni rileks je,pastu dia kata;
"On Bluetooth"
Aku pun pelik la. Aik? Kenapa sampai-sampai je kena on gigibiru? Oh,mentang-mentang baru sambar Galaxy Note, dan-dan nak menunjuk animasi/pic terbaru/mp3 terbaru la tu? Ok la,aku pun on jer.
"One picture Received"
Aku tengok tarikh file tu, tarikh harini. Aik? Dia bagi gambar dia baru snap sendiri ke? Aku dah pelik. Ok,aku pun tekan la,open file tersebut.
Tiba-tiba berderau darah aku. Kenapa aku macam kenal orang dalam gambar ni? Kenapa logo kat Van tu macam Logo hotel aku menginap??
Terbeliak biji mata aku. Terus aku toleh kat Ayie.
"Dia ada kat sini ke?? Dia dah sampai kat sini ke?" Macam peluru berpandu aku tanya si Ayie.
Dengan tenang Ayie menjawab,
"Kau ada masa 5 minit untuk cari dia,sekitar dua bangunan sini je,5 minit dari sekarang!"
Pergh! Dah la xsempat aku nak tarik nafas terkejut sebab tengok pic ni,lagi terkejut kena cari si dia dalam masa 5 minit. Kalau orang lemah jantung,mau kojol terus!
Tetiba aku teringat kata-kata Encik Buah Hati beberapa hari malam sebelum kejadian yang berbau mencurigakan;
"Kalau rindu sebut je nama, insyAllah ada kat depan mata"
"Tak percaya? Doa saja,Insya Allah akan termakbul doa tu"
"Nanti Ayie akan bagi task berbentuk Running Man"
"Kalau ada kat depan mata nak buat apa?"
OK,aku dah paham sekarang!! Dia memang ada kat sini! Maka dengan adrenalin yang bergerak pantas aku mencari-cari si dia.
Di pendekkan cerita, di kala tengah payah mencari, ternampak seseorang lalu lalang buat gaya ala-ala PAPARAZZI tak jadi sambil memakai topi. Sah!! Memang dia... Terus aku.... Korang isi tempat kosong dengan jawapan yang senonoh ye :P
Apa yang terjadi seterusnya? Next entry k! Panjang sangat la plak entry harini. To be continued yeeee.. da da da~ ....
(macam ada je yg baca entry ni :P)