Saturday, November 3, 2012

Alhamdulillah!!

Assalamualaikum wbt semua! 

Rasanya masih sempat lagi untuk aku berkongsi berita gembira ni kat blogreaders & bloggers sekalian (macam ada orang baca je kan)~

Alhamdulillah, blog ini menang dalam contest Urban Vibe Hottest Blogger Contest!!


Dan yang paling menggembirakan sekali, TEMPAT PERTAMA! 

Memang tak jangka.. Ya,walaupun penyertaan tak seramai contest tahun lepas, tapi peserta-peserta boleh tahan hebat & kreatif! Dan yang penting sekali inilah contest blog writing pertama yang Hani pernah join. I mean, contest berangkai,berepisod-espisod (give away tak termasuk yea..)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Thanks penganjur, Urban Vibe Event! Hani anggap ni rezeki kami nak membina masjid =)

Dan,

Disebabkan terlalu teruja, Hani mengupdate status kat facebook berbunyi begini ;

Alhamdulillah... Syukur.. Terima kasih byk2 ye Pameran Pengantin Malaysia - by Urban Vibe Event!! Rezeki nak membina masjid.. =)

Kebetulan pula, tugasan ke-3 Contest MEFA sedang berlangsung dan Hani memang tengah gigih mempromote kat facebook (Maaf ye kawan-kawan andai anda semua menyampah :P). Tak semena-mena, status tersebut dihujani dengan pelbagai ucapan tahniah, mati-mati diorang ingatkan Hani menang wedding package bernilai RM15,000.00 tu!

Apa-apa pun,amin amin,Hani anggap itu doa la kan. Terpaksa la buat disclaimer kat status yang itu untuk kemenangan blog writing dan bukannya MEFA. Tak pasal2 jer dah buat kontroversi. :P

Papepon,teruskan menyokong Hani dalam contest MEFA ni ye! Pesertanya boleh tahan juga, sebab tu perlu sokongan padu dari kawan-kawan semua sebab semua boleh tahan hebat juga! :D

Jadi,itu jela stori mori nak update. Happy bangat. Sudah lah menang contest, Lunch haritu akak ofis belanja plus pula dengan adik belanja wallet baru sebagai hadiah harijadi. Thanks adik!

So,korang semua, bagi yang baru perasan entri ni, esok merupakan hari last untuk click JOIN di event http://www.facebook.com/events/519497824741635/.

Korang perlu klik je JOIN kat situ,tak perlu pening-pening ok?

Yang peningnya Hani la sebab nak kejar markah JOIN tu berapa ramai. Malas nak tengok peserta lain punya markah sebab taknak stress sangat :P

Till then,assalamualaikum! =)

jom layan pic DD bergelar ratu sehari, Tahniah DD & FK!


pic kredit to Rotikaya

1 comment:

FarizAtie said...

dijemput B2B untuk join contest..^_^

http://miszatie.blogspot.com/2012/10/1st-contest-for-b2b.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails