Wednesday, January 30, 2013

Pameran Pengantin Malaysia 2013



Pameran Pengantin Malaysia kalini tiba lagiiii...

1-3 Februari ni a.k.a Jumaat hingga Ahad ni ye, di SACC Mall.. Tempat MEFA event tahun lepas..

Jom!!

Antara Vendor-vendor yang akan ada ialah:-





dan banyak lagiiii....!!


Jumpa di sana yeeee =D

Thursday, January 24, 2013

Official Videographer : Lagu

Assalamualaikum semua!

Bila baca tajuk mesti semua orang duk ingat dah ada Official Videographer a.k.a OV. Padahal belum lagi. Masih dalam peringkat perbincangan samada nak ambil A,atau B, atau C. Dan masih juga membelek-belek sebut harga dari beberapa OV.

Ahh,yang tu biarkan dahulu. Malas mau fikir.

Yang nak difikirkan ialah, pasal lagu.

Lagu memainkan peranan penting dalam sesebuah video. Sebab tu artis kalau nak buat video clip,dia pilih aksi apa yang sesuai untuk genre lagu dia. Takkan lagu rock tapi tunjuk aksi berkejar-kejaran tepi pantai? Pelik kan? =P

So,tengah pening memikir list lagu apa yang sesuai untuk letak dalam video highlight masa hari bahagia nanti. Orang lain fikir nak hire OV,kita pulak duk fikir lagu. Terbalik kot pula =P

Pada kawan-kawan,ada cadangan tak lagu apa sesuai untuk video anda? Gimme some idea please =)

Ada yang suka letak lagu jiwang & bersuara,sebagai contoh Christina Perry (Thousand Years) , Ayat-ayat Cinta & Penghujung Cintaku (Pasha Ungu ft Adelia)

Ada juga video yang kita jumpa lebih suka letak instrumental songs atau tanpa suara penyanyi.

Kita suka tengok & dengar lagu dari video ni (kredit to Imtiaz Motion Art)


Korang pulak camner?

Tuesday, January 22, 2013

Nafas Baru!

Bismillahirrahmanirrahim~~

Kalini blog telah diberi nafas baru,kalau tak sebelum ni warna kusam kusam jer,mood nak update pon malassss jer rasa. So daku tukar templates,bagi warna nampak fresh & riang je rasa. Ok x?

Tetiba mood update blog jadi rajin! ^__^

Header malas nak ubah. Kalau ubah pun maybe letak caption b2b version. Gedik kan? =P

Last but nor least,doakan mak kita sembuh ok? Thanks kalian! =)


Jom follow memfollow di :-

Instagram : honeylalala

Perkembangan Semasa.

Assalamualaikum! Maaf lah entri ku sejak kebelakangan ni menyimpang jauh dari preparation kahwin.. Almaklumlah masih lama lagi. Cuma projek DIY tak bermula lagi.



Copypaste dari blog Alyn (tumpang ye),senang nak monitor (updated 22 Januari 2013)

12 bulan sebelum

1. Tentukan tarikh nikah, resepsi & tandang - done!
2. Booking tempat - done!
3. Booking MUA (Nikah) - done!
4. Booking MUA (Resepsi) - done!
5. Booking Jurugambar (Nikah) - done!
6. Booking Jurugambar (Resepsi & Tandang) - Dalam progress!
7. Booking Juruvideo (Resepsi & Tandang) - Belum lagi!
8. Katering Nikah - Belum lagi!
9. Katering Resepsi - done! 

9 - 8 bulan sebelum

1. Lokasi nikah (Masjid,insya Allah) :D - In progress!
2. Lokasi Resepsi - Rumah jer :D
3. Tema Nikah - done!
4. Tema Resepsi - done!
5. Tema Belah Perempuan - done!
6. Tema Belah Lelaki - N/A

7 bulan sebelum 

1. List down hantaran - done!
2. Baju Nikah - dalam proses jahitan!
3. Baju Resepsi - belum lagik!
4. Baju tandang - dah book! Belum fitting lagi :(
5. Survey kad kahwin ( Patterns, jemputan) - done! FOC, alhamdulillah!

6 bulan sebelum 

1. Booking tok kadi - belum!
2. Survey doorgifts - maybe bulan depan tengok!
3. Selesaikan dokumen rasmi - belum lagi!

5 bulan sebelum 

1. Tempah the invitation cards - Dalam proses!
2. Tentukan pengapit untuk resepsi - dalam progress!
3. Tentukan pengapit untuk tandang - dalam progress!
4. List jemputan - dalam progress!
5. Tempah kasut untuk resepsi/tandang - DIY je kot nanti.
6. Pemilihan gadis2 munge & jejaka jambu - belum lagi! 
7. Survey kek - guna pulut bole? :p

4 bulan sebelum

1. Get tudung nikah/ veil ready - Veil dah, tudung je xde lagi.
2. Plan honeymoon :D - Tix flight done! 
3. Booked / survey tempat tinggal untuk belah lelaki - tak perlu,dekat sangat.
4. Tukang buat hantaran - belum lagi!

3 bulan sebelum

1. Make up bilik pengantin - belum
2. Tulis nama di invitation card -belum
3. HIV test - belum
4. Hantar borang permohonan kahwin -belum
5. Buat guestbook - DIY Jom !

2 bulan sebelum 
1. Post the invitation cards
2. Final fitting solemnization's attire 
3. Final fitting the Reception's attire as well
4. Tempah family badge for family members - DIY je kot?
5. Final check on OP 
6. Final check on OV
7. Final check on wedding cake
8. Final check on MUA for solemnization/ Reception
9. Final check on wedding favor

1 bulan sebelum

1. Discuss dengan pengapit - to do list
2. Pick the flower girls
3. Final check the family theme
4. Inai

2 weeks before 

1. List down tugasan 
                  - Penyambut tetamu
                  - Jaga hadiah
                  - Guestbook corner
                  - Kasi doorgifts
                  - VVIP Majlis (Orang penting)
2. Final check on video montage
3. Final discuss with the catering for both sides
4. Final meeting with the vendor
5. Facial & Spa

5/6 days before 

1. Hair spa, pedicure, manicure
2. Pacak signage a day before
3. Inai tangan 
4. Pelamin siap nearly 70% 4 days before wedding
5. Bilik pengantin siap
6. Doorgifts siap
7. Hantaran siap
8. Baju ready
9. Scaling / bleaching
10. Limau nipis (Mandi)
11. Madu, vaseline a night before wedding ( untuk bibir yang sihat! Tak merekah on your big day)
12. Timun ( mata)

The Big Day  
1. Hantaran dah ready 6 hours before
2. Make up 1 hour before akad nikah
3. Get your OP / VP ready masa you tengah make up - so that ada shot moment tengah make up hehe

-akan diupdate dari semasa ke semasa-

Monday, January 21, 2013

Fefeeling Korea & Jepun Jap!

Assalamualaikum! 

Tutup buku pasal MEFA,dah pun tamat dengan jayanya.. Almaklumlah rumah dah siap kekadang pahat ada yang berbunyi.. Tapi pahat untuk kebaikan pe salahnye kan?? (Apekah peribahasa haku neh..)

Dan dalam 2 minggu lepas actually kami kena pergi Kursus Pra Perkahwinan di Masjid Negara.. Tapi disebabkan adanya KL112 a.k.a Himpunan Kebangkitan Rakyat ni bertempat di Stadium Merdeka,mak terjejaslah program pada hari tersebut.. 

p/s: Nak berdemo tu pergi kat area hujung2 bandar boleh x? Tak kesian ke kat orang2 yang ade majlis kenduri dan lain-lain? Cadangan tempat yang sesuai berdemo ialah Bukit Beruntung ke,Bukit Jalil ke,asalkan bukan kawasan Pusat Bandar boleh? Opsss.. saya bukan peminat fanatik politik ye? (tetibe berbau politik plak,busukkkk.. nak spray jap :P)

Maka dengan itulah kebetulan bertolak dari Puchong,terus la tak jadi masuk KL lepas diberitahu orang kursus tu ditunda pada esok hari,FULL DAY.. 7.30 Pagi - 7.30 Ptg.. Tahniah!! So,kami pergi la One Utama.. Sesajer je nak berjalan-jalan kat sana.. Teringat zaman muda mudi kat UM dulu.. Dekat kot! Ngeee~

Masa tu Hencek Tunang ajak tengok movie.. ON jer,sebab dah lama xtengok.. Tup-tup terlalu kat satu kedai ni.

Gosok mata jap.. Eh?? Ingatkan ada kat Mid Valley jer..
Dubu-Dubu! Kedai Makanan Korea bagi penggemar rancangan tv Korea macam kitorang nih.. Especially Running Man! Selalu lapo kalo tengok cabaran makan diorg tuh!

Hape lagik.. Masuk ar.. Tapi before this ceq tanya "Halal dak?"

Alhamdulillah pekerja kat situ Melayu Islam & cakap memang HALAL.. Masih dalam pemprosesan..

Info: Kebanyakan restoran sekarang dilarang menggunakan sijil HALAL selain JAKIM & akan didenda jika menggunakan logo selain daripada tu.. Nak xnak,kena apply sijil HALAL la.. Hampir kesemua kedai yang pernah tempek logo HALAL Research pekebenda tu sume dah dicabut~


Papepon rancangan nak menonton movie tetap berjalan.. makanya kami bookla satu citer ni dulu;


Boleh consider pergi Kursus Pra Perkahwinan gak la kan? =p

Memula takder idea nak tengok cerita apa. Sudahnya gadis ticketing tu rekemen cerita ni. Komedi ringan & bermesej. BEST!!

Nak tau pasal apa? Meh bagi sinopsis sikit. Sikit jer!

Movie ni pasal sebuah keluarga moden dimana mak ayah 3 beradik ni perlu outstation & meninggalkan anak diorang kepada nenek&atuk yang xpernah  rapat dengan diorang sebelum ni. Alaaaaa dengar pon boleh tawu ending dia kan? Tapi tetap best! Ngeee~


----------------------------------

Ok,back to Dubu-Dubu!

Masuk-masuk je dah pening2 tengok menu!


Korang telenglar pala korang tu eh? Dah tension nak rotate xnak jugak dia tegak!
Daku macam berkenan dengan Soondubu ni. Ala-ala tomyam la tengokkan pic tu. Cuma kelebihan dia,ada telur ala-ala telur mata dalam tu. So aku amik soondobu seafood kimchi set! 

Hencek tunang pulak amik Bulgogi Beef set. Nama nak gempakkk jer! Hewhewhew~



Outcomenya:-

Ni Hencek Syaaquan yang punye! Meriah giler dgn sayur. Makan ker sayur tu? =P
  Sos dia yang merah tu rasa pelik!


Daku punya. Indah khabar dari rupa. Telur ntah kemana T_____T
Muka teruja makan. Lalalala =p
So far, menu-menu makanan Korea ni memang sesuai untuk orang yang berdiet,rasa sup soondubu ni macam takde rasa pun ada. Telur mata dia tengok dah masak da,macam tak boleh nak kacau je dengan kuah dia :(

Tapi kimchi dia sedap! =)


Menu Hencek Tunang pulak, dia memang penggemar makan daging,sedap je dia kata. Bak kata maknya, tolak batu kayu jalan je =p

Cuma nasi dia macam kepulut-pulutan sikit,melekit2 & pelik.


Next time nak beli dish yang ada ciken wing tu lah! Tengok hakak depan meja kami ratah macam kelaparan. Kitorang makan tak habes langsung. Daku lagi la. Nasi xhabis separuh pun. Seoul Garden jela pasni ye cik abang? Ngeeeeehh..

Total cost = Hencek Syaaquan belanja. So xingat. Kalo haku bayar memang ingat sungguh. Mekaseh awak =P



Eh.. Tak habis lagi tau! Disebabkan kami masih lapar lepas menonton Parental Guidance tu (gelak sakan xhengat),kami merayau-rayau la kat AEON, owhhh teringat masa jadi cashier helper rujuk entri ni, memori mengundang sungguh!

Kami makan ni.


Daku makan sikit je =P

Siapa punya la ni... Kuat makan betei!

Ni pon dia balun!
Muka teruja makan buat kali ke-2. Kuat makanlah katekan =P
Bukti si dia kuat makan. Hmmmm habis dibalunnya =P


Kesudahannya,kami menghabiskan hari Sabtu kami yang berharga ni dengan membalun makanan-makanan Asia. Sekali sekala makan selain dari makanan rutin best jugak. Tapi pastikan ianya sedap k! =D

Next entry bakal di up ---> Tanjung Harapan Yang Punah Harapan (soon!)

Friday, January 18, 2013

Malaysian Wedding Festival (MEFA) 2012 Contest - Part 2 Review

Ffffffuhhhh!

Opssss!

Assalamualaikum semua kawan2, da seminggu blog ni berhabuk. Dan seperti yang telah dijanjikan,entry MEFA part 2 kembali menyusul!

Setelah MEFA tamat dengan gilang gemilang,barulah boleh daku mempublish entry ke 2 ni. Lagipun sekarang busy bebenor. Kebelakangan tengah pening dok mendraf kad kahwin. Awal x? haha :p sape nak komen sini ye,nanti kita pos =)

Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Jom sambung entri dari sini. Siapa2 yang baru baca meh baca part 1 ni.

Maaf,entri ini AGAK PANJANG dan MEMBOSANKAN SEDIKIT.

---------------------------------------------

....Sambungan dari tugasan spontan yang terakhir dimana kami perlu mendapatkan risalah penganjur dalam masa yang terhad!

Pada mulanya agak sedih la jadi orang ke-5,itupon memang salah daku sebab :-

  1. Tiada semangat berpasukan dengan incik tunang. Haha sume nak buat sendiri :p
  2. Ingatan sangat lemah. Punya la nk dekat 2 bulan hadap logo penaja leh plak lupa kan?
  3. Tak pusing booth habis2 masa datang. Datang2 je pusing2 kejap pastu pergi kat pentas. Nampak sangat gelojoh kan? :p
Lepas flyers tu dah diberi kepada pihak penganjur untuk difinalisekan,maka kami pun berdiri la kat pentas ala-ala pertandingan pasangan ideal serasi (poyo), pastu MC pun nak mengumumkan pemenang. Eh,macam terkejut harini gak ke nak umum pemenang? Sempat pulak kan diorang nak buat pengumuman?

Tup tup rupanya esok. Fooooine okeh esok ye! Kol 6.30 macam biasa kat SACC Mall. Kami pun pulang. 

Sebenarnya sebelum mula pertandingan kami dah berkenalan kat dalam SACC Mall tu. Siap borak2 & exchange nombor. Siap diskas balik ngan peserta lain duk risau-risau pasal flyers takot salah penaja. Lantak ler labu. Benda dah jadi. Daku malas mau pikir wat stressss jer. T__________T (padahal stress sebenarnya) :p


Jadi,pada keesokan harinya,kami pun datang la dengan semangat besi berani waja apa semua. Pada hari Ahad tu,kami dimaklumkan kena mendaftar pada 4.30 petang.

Emel pertama dari MEFA
Mula-mula kami dimaklumkan yang aturcara program penyampaian hadiah pukul 5.00-6.00 petang.

Emel dari pihak MEFA
Pastu kami diingatkan lagi sekali mendaftar pada pukul 4.30. Ok lah kami datang awal.

Pada masa penyampaian hadiah tu dah mula rasa tak sedap dan tak best. Tengok risalah MEFA memang dinyatakan penyampaian hadiah pukul 5.00-6.00. Masa tu tengah pertandingan mekap model pengantin. Jadi kami tunggu lah. Sampai incik tunang naik solat Asar takut terlepas. 

masa ni penyampaian hadiah make up competition



Contest mekap pun berakhir dalam pukul 6 suku. Turun balik dari solat Asar,dah pukul 6 setengah,MC masih tak panggil-panggil. Masa tu dah ramai peserta menunggu kat kerusi depan. Tercongok je menunggu.

Sampai lah nak dekat pukul 7,MC pun naik lah pentas. Tup-tup, dia kata "Memandangkan markah masih dikira (?),pihak MEFA akan menunda majlis pada pukul 7.45 untuk beri laluan pada solat Maghrib. 

Hmmmm. Masa tu rasa macam geram dah. Sebab tak nak bagitahu awal-awal. Kami pun satu hal,duk duduk tertunggu2 dari tadi. Cuba kira berapa lama kami tunggu? Dari pukul 5 sampai pukul 7. Nak dekat 2 jam dah. Ok lah,kitorang pun beredar la pergi pusing-pusing booth kemudian terus naik untuk solat Maghrib.

teman incik tunang pilih katerer untuk majlis belah lelaki

Selesai je solat Maghrib. Kami pun terus la pergi ke dewan balik. Tunggu balik. Hmmmm padahal penyampaian hadiah je,bukan lama pun kan? Takpelah,alang-alang datang sini tunggu jelah terus.

Masa tu dah nak dekat pukul 8,baru lah MC tu naik buat announcement. Kami pun dipanggil lah naik pentas. Interbiu apa semua ade lah dalam 20 minit camtu.

masa ni MC tengah interbiu peserta
Ok,part ni mood dah down. Sebab apa? MC tu tak cover textcard dia. Maka terdedahla pemenang nya siapa. Memang jelas sangat. Sampai incik tunang boleh nampak markah peserta sekali. Kebetulan abah pun rakam saat ni. Memang nampak riak wajahku yang tak dapat dipura-purakan. I'm not hipokrit =p

Bla,bla,bla apa semua. Tibalah pengumuman pemenang. Dan seperti yang kami dah nampak tu,kami menang tempat Ketiga. Muka serius tak terkejut. Macam dah tahu je. Yela memang dah tahu sebab dah nampak. Hahahaha :p

Dan bermulalah penyampaian hadiah. Oh,masa ni tak snap pic penyampaian hadiah. Terlupa sebab eksaited kononnya :p


dan


Gambar kami jumpa di Facebook MEFA.

Tahniah kepada Nurul Jamaludin kerana memenangi tempat Pertama, diikuti dengan Nurliana Jawawi tempat Kedua dan Nor Azizah Iqbal tempat Keempat.

Dan kebetulan masa dapat sampul hadiah tu, incik tunang sempat buka sampul. Tup-tup hadiahnya 500 pcs kad jemputan dari Seri Sireh Avenue. Eh?? Kami tempat Ketiga kan? Kat luar sampul tulis Ketiga tapi hadiah tak seperti yang DIJANJIKAN.

Hadiah yang dijanjikan


Nampak x? Hadiah nya Pakej Fotografi Tajaan Ohhoo Studio kan?

Masa dah habis majlis tu terus berkumpul dengan pemenang-pemenang sambil bersalam dengan pasangan yang dapat hadiah saguhati tu. 

Pemenang Keempat,Azizah masa tu datang, "Awak,napa kita dapat goodies bag je sedangkan saya pemenang Keempat? Bukan dapat Kad Kahwin ke?"

Eh? Masa tu dah pelik. Daku dpt Kad Kahwin. Ok terus pergi tanya pemenang Kedua,Nurliana. 

"Awak,awak dapat hadiah apa ye?" 

Pastu dia tunjuk,hadiah dia Pakej Fotografi Ohhoo Studio. Aik! Dah pelik ni?? Serius pelik. Terus pergi ke pemenang Pertama, Nurul. Dia dapat dua hadiah. dan salah 1 hadiah tu hadiah Tempat Kedua. Maka kami pergilah berjumpa dengan mungkian salah seorang dari Pihak penganjur MEFA,seorang lelaki berkaca mata.  Kami pun tanya lah.

"Encik,kat dalam website ni tulis ada hadiah untuk tempat Pertama hingga Keempat. Kenapa 3 orang je dapat hadiah dan hadiah dia tak sama dengan dalam website awak?"

maka dia pun terangkan begini;

"Hadiah Utama tu bukan Hadiah Pertama. Kira Hadiah Utama. Jadi Hadiah untuk tempat Pertama akan dapat Pakej Videografi nikah + Sanding tu,baru diikuti Hadiah Kedua Pakej Fotografi bla2.."

Masa tu memang keliru. Dan dah fed up. Kenapa jadi macam ni? Kami pun diskus-diskus sama pemenang. Masih tak puas hati. Pergi ke kaunter pendaftaran penganjur. Last-last ada seorang encik yang lain mengaku silap hadiah dan kami pun tukar la hadiah mengikut apa yang SEPATUTNYA.

Wajah Happy dapat Hadiah :D

Masa ni dah tukar hadiah masing-masing


Dah sudah & selesai bertukar hadiah. Kami pun bergambar la sebagai bukti menukar hadiah. Dan masa dah lewat,booth penganjur pun dah nak tutup. Masa tu daku sempat la jumpa penganjur hadiah iaitu Ohhoo Studio,Alhamdulillah mereka tak tutup lagi booth. Cuma tengah kemas sikit-sikit sebab majlis dah nak tamat.  Alhamdulillah dah close deal dengan akak Elin. Mereka sangat ramah! Tak sabar nak bekerjasama dengan mereka nanti =)

~~~~~

Ok,nak daku buat kesimpulan? Ini kesimpulannya ya.. 

Pertama sekali,terima kasih banyak-banyak pada pihak MEFA kerana menganjurkan pertandingan ini.. Namun ada sejumlah komen yang patut dimaklumkan pada pihak MEFA,antaranya ialah:-

1. Masa 

Pihak MEFA sepatutnya bijak mengendalikan masa terutamanya bagi majlis besar begini. Kami sampai membuang masa terlalu banyak dan yang paling sedih,salah seorang peserta, Nur Faezah terpaksa membatalkan hasrat untuk membeli barang hantaran pada dua hari di sana disebabkan masalah pengurusan masa pihak MEFA. Ada juga segelintir peserta yang sepatutnya ada hal selepas program penyampaian hadiah terpaksa menunggu & menangguhkan hasrat mereka disebabkan terpaksa menunggu sehingga program penyampaian hadiah bermula. Hal ini sepatutnya tidak terjadi memandangan MEFA adalah majlis berprestij dan salah satu penganjuran pameran pengantin yang terbesar di Malaysia. 

2. Hadiah 

Ok, yang ini sangat sedih. Hadiah yang dijanjikan oleh pihak MEFA bagi Tempat Pertama sehingga Ketiga memang seperti yang dijanjikan. Tetapi bagaimana bagi peserta yang kelima sehingga kesepuluh? Hadiah yang mereka dapat hanyalah Goodies beg yang mengandungi MUG,Kalendar dan Majalah Pengantin. Itu sahaja? Ya,kami dimaklumkan hadiah saguhati akan ditambah bergantung pada pihak penaja.

Ya,memang hadiah ini percuma,kami faham. Tetapi sedar atau tidak apa kah objektif MEFA anjurkan pertandingan ini?



"Pertandingan Impian Perkahwinan Edisi ke 2"

Semua peserta adalah peserta yang MAHU BERKAHWIN. Pada pandangan saya,saya tahu mereka hanya dapat hadiah saguhati. Tapi apalah salahnya jika peserta yang tidak bernasib baik ni diberi Kupon atau Baucer Diskaun bagi penaja-penaja atau booth sedia ada di dalam SACC Mall tu? Sebagai contoh ; Diskaun 20% bagi pelamin atau busana ke, kad kahwin ke,itu pun dah memadai. Apa yang boleh mereka lakukan dengan kalendar,cawan & majalah pengantin? Lihat bagaimana KadKahwinMu memberi kupon diskaun kepada semua peserta yang tidak menang. Sekurang-kurang jika dapat kupon/baucar diskaun,dapatlah kurangkan beban pengantin jimat seperti kami ni.




Secara tidak langsung mereka dapat menjimatkan kos perkahwinan dan menggunakan khidmat vendor-vendor di situ,takdelah datang setakat pusing-pusing satu SACC Mall dan pulang dengan tangan kosong. Betulkan saya jika salah. Saya percaya semua peserta yang join PIPE2 MEFA ni hampir 100% pengantin budget seperti saya. Kalau x,mustahil diorang sanggup join & bersengkang mata melaksanakan tugasan.

Sekurang-kurangnya,hadiah biarlah berbaloi dengan usaha kami selama hampir 2 bulan pertandingan berlangsung. Sebabnya kami juga memainkan peranan penting sebagai salah satu tarikan pengunjung yang hadir ke MEFA dengan mempromosi MEFA tanpa HENTI selama hampir 2 bulan melalui Facebook dan ada juga melalui Blog. Sekurang-kurangnya biarlah usaha kami ini dihargai dan berbaloi.

Dan ada sedikit kecacatan pada penyampaian hadiah majlis dimana,hadiah kami disampaikan oleh pihak penganjur MEFA sahaja,bukan bersama penganjur seperti Ohhoo Studio,Pelangi Puteh,Feel (M) dan lain-lain. Bandingkan dengan majlis penyampaian hadiah KadKahwinMu yang berlangsung lebih kurang sama dengan kami,pihak penganjur naik ke pentas bersama PLAK HADIAH dan menyampaikan hadiah bersama pemenang. Barulah rasa dihargai.

Sudahlah penyampaian hadiah pun salah & tidak tepat,itu pun nasib baik kami terus buka sampul dan tengok. Kalau peserta lain balik? Melopong kami tak tahu apa-apa.



3. Tugasan


Kalau diperhatikan apa yang digaris merah oleh saya,sebenarnya kami sememangnya dibebankan dengan menghadap facebook & internet hampir setiap hari.(Ya,saya akui usaha sememangya tangga kejayaan,itulah yang kami lakukan pada waktu itu)

Malahan ada juga tugasan yang kami terlepas,sampaikan ada peserta lain dah buat dahulu disebabkan pihak Admin terlepas pandang memberi emel dan tidak mengingatkan setiap tugasan melalui sms.Itu pun kami sedar selepas kami tgk peserta lain dah buat tugasan dahulu,bila check emel & spam,kami tak terima apa-apa. Sudahnya kami ketinggalan dari segi mata tugasan dan perkara ini sangat-sangat mengecewakan & menyedihkan.

Ye,kami tahu kami hanya peserta & hadiah adalah percuma dan harga untuk dapatkan hadiah lumayan sebegini memang kena banyak berkorban tenaga & masa. Kami tidak kisah. Dan pertandingan seperti ini bermakna besar buat kami dan ia tidak seharusnya dilakukan ibarat melepaskan batuk di tangga. 

Dengan tugasan yang banyak setiap minggu,kami pernah dihina dan dicerca oleh kawan-kawan facebook disebabkan pertandingan ini,namun demi hadiah bernilai RM15,000, kami tebalkan muka sahaja. 

Dan ada sesetengah peserta yang kurang bernasib baik & tidak dapat menghadap facebook setiap masa disebabkan tuntutan kerja yang banyak,maka saya rasa pertandingan melalui facebook yang menggunakan tugasan terlalu banyak di facebook agak kurang relevan. Disebabkan itulah peserta yang ramai tinggal hanya 10 orang sahaja kerana kebanyakan mereka tiada masa yang sangat-sangat lapang kecuali peserta yang terdiri daripada student atau bekerja sendiri. Tidak pekerja makan gaji & kerap outstation macam saya. Alhamdulillah kepada rakan-rakan baik saya & incik tunang yang sentiasa membantu di saat saya kesukaran nak mengonline.


~~~~~~


Jadi,saya ada beberapa idea untuk penambahbaikan bagi contest MEFA yang akan datang:-

  1. Kurangkan durasi pertandingan agar tidak membebankan peserta lain
  2. Pengurusan pertandingan yang adil dan saksama
  3. Hadiah/ganjaran berbaloi dan setimpal dengan usaha peserta
  4. Pengurusan masa & penyampaian hadiah tidak memakan masa lama

Saya percaya MEFA dah cukup berpengalaman (walaupun ini kali kedua bagi MEFA) dalam menganjurkan event seperti ini,jadi melalui adanya komen dan teguran dari kami dapatlah MEFA ambil  perhatian untuk diperbaiki pada masa akan datang. 


Kami tidak minta dilayan seperti VVIP,cuma kami mahu usaha kami dihargai. Itu sahaja,harap jangan salah faham ye. Lagi pun, tidak dinafikan semua orang mengimpikan hadiah Utama,tiada orang yang mahu join untuk kalah. Kalah menang tu adat pertandingan & boleh dijadikan penanda aras di masa hadapan.

Sebarang salah & silap dari pihak kami, saya meminta maaf. Ini juga untuk kebaikan semua pihak,iaitu tidak menguntungkan sebelah pihak sahaja & tidak berat sebelah. MEFA boleh mencontohi mana-mana contest seperti Gerbang Cinta, KadkahwinMu bagaimana cara pengendalian pertandingan online ataupun offline mereka. Harap ianya dapat membantu.

Sekian terima kasih & minta maaf sekali lagi.




APA-APA PUN,HADIAH YANG PALING BERNILAI IALAH PERSAHABATAN & BERJUMPA KAWAN BARU DI PIPE2 MEFA. TERIMA KASIH MEFA SEBAB MENEMUKAN KAMI SEMUA DI SACC MALL =)

BAGI BAKAL PESERTA PIPE3 MEFA,ALL THE BEST! SEMOGA CONTEST TERBARU INI LEBIH MENCABAR DAN MENARIK YE! :)


Ikhlas dari semua finalis PIPE2 MEFA 2012.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails