Tuesday, January 8, 2013

Mahukan Wedding Anda Digelar SuperCun Wedding Of The Month? or Year?

Assalamualaikum semua! Yuhhuuu!

Mesti kawan-kawan yang bujang trang-tang tang pelik kan dengan post ku ini. SuperCun? Blogger ni perasan cun ke? Eh tak tak tak,walaupun kekadang diri ini perasan juga,tapi xselalu. :p

Eh,melalut plaks yer. Haaaa. Tadikan, tengah melilau-lilau tgk facebook,ternampak ada member kat facebook share & like fanpage SuperCun Wedding Rental ni. Memula saja la klik nak tengok hapelah yang cun sangat tu kan?

Usya punya usya, hmmmmm no wonder dipanggil SuperCun. Wallaaah! Memang ohsem gila barang-barang kat situ. Nak-nak dekat sangat lokasi butiknya dari kampung ai. Katner tu? --> Kat Meru je noks!

Dan ohmaii... dia mai dah..dia mai dah.. ada GA & Contest utk blogger! Ini yang bikin daku tak keruan ni! Hape lagi.. Hamik peluang! :D


Jujur sejujurnya kalaulah aku nampak iklan ni,dah lama kot ku usya butik tu. Dekat sangat! Tambah2 boleh review terus kat sini. Tapi apakan daya,da tinggal 2 hari je kan? So guna kelebihan yang Allah bagi ni --> Mata! untuk menilai apa yang menarik kat SuperCun Wedding Rental ni!

-----------------------------------------------------

Tajuk haruslah nak gempak je,barulah orang berasa tertarik nak baca kan?

Ok,ni tajuk yang ku pilih :

Mahukan Wedding Anda Digelar SuperCun Wedding Of The Month? or Year?



Tak tahu napa. Idea tajuk ni keluar camtu bila nak buat entry. Selalu nya berfikir-fikir gak la nk tulis tajuk ape la ni Senahh oi. Tapi bila dah diberi hint mesti ada "SuperCun Wedding". Maka lahirlah tajuk yang tak semenggah ni. Ahaks :p

Bismillahirrahmanirrahim.. pembuka bicara (cewahh), bagi ramai yang masih tak tahu atau terawang2 lagi kat blog ni, SuperCun Wedding ni merupakan PAKAR berkaitan dengan majlis perkahwinan/keraian..

  • Photobooth
  • Guestbook Corner & etc..
...especially pengantin BUDGET macam diriku ni.. memang sesuai sangat la! Nak-nak angan-angan nak buat unik la,grand la.. tapi bila tengok poket? (sawang labah-labah yang ada) *bunyi cengkerik jap*


Adalah dalam 2,3 minggu lepas ada seorang kenalan fb meng-update majlis perkahwinan dia.. agak meriah dan unik! (oh ya,mostly item dia memang D-I-Y stuff yang sememangnya sedia ada di rumahnya,dan beliau peminat manga sama macam daku!)

Ni dia :-




See.. cantik kan? cantik kan?

kredit to fb Kak Nab
(oh ya,dia juga pemilik wardrobe rehab )

Masa usha fb Kak Nab ni memang teruja & teringin sangat2 nak ada props cantik camtu! Yela,pada hari bahagia kauorang,bila lagi nak ada benda-benda rare camni? Nak tunggu hari bila? Ceciter ceciter? 

Barang-barang rare camni hanya boleh dibeli lantas disimpan atas beberapa faktor berikut:

  • Umah korang memang luas nak menyimpan barang (terutamanya rumah teres la kan?)
  • Penyimpan barang rare
  • Banyak fulus mengumpul
Malangnya.. diriku ini tidak memenuhi kriteria tersebut T______T
  • Umah sekarang duduk dengan famili.. Umah pangsa,celah mana nak simpan barang rare comels giler tu? Unless korang ada kawan baik hati pinjamkan bilik depa simpan barang korang.. harapan la kan?
  • Aku? penyimpan barang rare? Setelah sekian lama pelekat sailormoon ku hilang dalam simpanan, terus trauma (over tak nyah?)
  • Fulus ofkossss la kurang meriah. Dengan sibuk nak buat persiapan kahwin,rajin pulak nak meluang masa cari barang rare pastuh BELI. Oh nooo.. nanti incik Suami suruh gadai balik barang tu. Tak ke rugi??
Jadiii... Bila difikir-fikir,melihatkan barang-barang yang seunik begini bagi orang macam daku ni, baiklah menYEWA.. ok,nak sewa kat mana??


Kan da cakap,SuperCun Wedding Rental.. ish korang ni.. ni ha linknya.. kelik ok! ---> http://facebook.com/SuperCunWedding


Tak cukup dengan itu,korang leh godek2 kat blog mereka di sini --> http://supercun.blogspot.com

Tak cukup lagi?? Ok sila ke website mereka..-->http://www.supercun.com/

Kat situ memacam boleh korang tengok. Macam aku,ikotkan hati macam-macam nak ku rembat..eh silap! SEWA.. meh jom tengok! zzzasssss...!



memandangkan idolaku Kak Nab.. haruslah mesin taip ni pilihan hatiku!

Harga sewaan: RM30/seketul bagi 5 hari. Siapa nak bagi kauuu? Meh cakap meh!


Nak menambahkan mood ala-ala zaman P Ramlee a.k.a Vintage bebeh! Haruslah beg season ni ada! Angan nak wat photoshoot dengan incik bakal suami ala-ala Saloma version.. ko mampooo? ahaks~

Harga sewaan: Juga RM30 per sebiji beg. Haaaa. See,mampu kan?

Antara wajib ada bagi Photobooth idaman semasa majlis grand (grand ker?) daku ialah.. 


Frame props! Bukan senang nak cari mendalah ni. Sanggup ke korang cabut frame semata-mata nak dapatkan bingkai ni? 

RM5/bingkai. Juga untuk 5 hari.



dan... argh macam2 la pilihan yang berkenan di hati! Rambang mata tgk kat fb mereka ni!



Tuan punya kedai sendiri pon da mengeksperimentasikan diri mereka. See!


Masa akad nikah


Masa Resepsi


One word: Kagum!


Siapa tak mahu wedding mereka digelar wedding paling unik/menarik dan dijadikan penanda aras atau contoh bagi Bride to Be yang lain kan? Nak nak kita mampu buat,tak perlu beli mahal-mahal,pastu simpan terperuk. SuperCun Wedding Rental kan ada?

Ok,lets say korang malaaaaaaaaaaaas nak buat. Diorang leh watkan. Tak percaya?



Tapi.. tapi.. untuk lokasi terpilih jela ye? Yang ni bajet bawah RM500 sahaja.

Tapi kalau korang memang cukup kreatif dari ini,rasa tak salah sewa ala-carte lepastu pandai-pandai la deko. Macam aku,maybe akan sewa ala-carte. Sebab ada bahan-bahan lain kebetulan memang ada di rumah. So memang boleh guna sangat-sangat!

So.. apa lagi kawan-kawan? Kalau masa majlis kenduri doa selamat ke,hari jadi anak-anak ke tak salah pun nak wat benda2 menarik ni. Kenangan sukar dicari betul x?

Insya Allah.. pandai korang geledah butik mereka di Meru,Klang ni.. cukup2 dengan bajet! Tak payah pening2 nak pergi Jalan TAR ke, Home Deco ke, IKEA ke semata-mata nak melabur duit banyak-banyak!

Insya Allah ku harapkan majlis ku berjalan lancar dengan adanya item-item dari SuperCun Wedding Rental ni, sedikir sebanyak mencetus ideaku untuk majlis setaraf SuperCun Wedding of the month.. Year? Insya Allah.. heee :D

------------------------------------------------

Alhamdulillah,tak sedar 100+++ patah ayat ku taipkan ni.. teruja la katakan =p

Diharap adalah rezeki memihak diriku bagi baucar bernilai RM50.. untung sangat2 sebab dah berlegar2 dah idea nak amik apa kat sana nanti :D

Jadi pada kawan-kawan yang baru perasan entri ni.. Jom sertai! Lagi 2 hari je yang tinggal!

Lawat link ni ok? --> Klik sini

Bye & Assalamualaikum ~ ^__________^


2 comments:

AyongAtikah Zaid said...

mmg cun kan...giler punya cun..suka giler! =)

Honey Lalala said...

tau xpe..suka sangat2!! :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails