Friday, February 22, 2013

1st GA BY NANA - Spontaneous Picture

Assalamualaikum korang!

Haaaa,sekali lagi daku join GA, dan kalini GA ni merupakan anjuran geng B2B gak.

Jadi,apa salahnya nak turut serta sambil promote blog kekawan, btol x?


Sebelum nak JOIN, baca dulu syaratnya ok?

~KLIK UNTUK KE ENTRY GA NANA NI~

*salintampal dari blog Nana*

Syarat-syarat:

1. Mesti ada blog. Tak kisah lah blog apa pun.
2. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Ada kad pengenalan? OK. Boleh join. :)
3. Sexy, sporting dan berperwatakan menarik (*ok. Ini tipu) muahahaha..




Apa yang anda perlu lakukan?

1. Mestilah follow blog picisan Nana ni. :D
2. Berikan 1 picture yang paling spontan anda dan pasangan.
3. Pasangan tu tak semestinya pakwe, tunang, suami, kekasih gelap atau lain lain. Berpasangan dengan kawan kawan, ibu bapa atau bos pun boleh tapi mesti ada picture contestant. Faham??
4. Buat serba sedikit penerangan tentang picture tersebut.
5. Sila like FB Page Treenea Dealer Senai (as sponsor)
6. Copy and paste kan link GA Nana ni kat entry korang. Maaflah. Nana tak punya banner yang cantik untuk korang copy. Huehuehue.
7. Setelah siap semuanya, sila link kan entry korang ni di ruangan komen yea.



Hadiahnya agak menarik tau! Tak caya?

Hadiah yang bakal korang terima.

Tempat pertama: Satu botol body mist victoria secret. (Boleh pilih perisa)
Tempat kedua: Satu kotak VCOA by Treenea
Tempat ketiga: Satu helai shawl satin. (Boleh pilih color)

3 hadiah saguhati.

*hadiah saguhati di sponsor oleh mhz. Tak tahu dia nak bagi apa. Berdoalah dia bagi benda yang berfaedah. Haha. Lelaki kan... mana tahu pilih barang.



Tarikh tamat 
14 March 2013.

----------------------------------------------------------------

1st- Hani memang dah follow blog Nana :D

2nd - Ok, ni gambar paling spontan. Tapi bukan dengan incik tunang la. Sbb pic kami mostly sume cover-cover cun dan hensem jek. Kalo spontan pun xnampak spontan. Hahaha boleh tak macam tu?


Jadi Hani pilih untuk letak gambar ini.



Tadaaaaa!!


ini bukan spontan dah. Super spontan namanya!

3rd - ya! Ini gambar spontan bersama keluarga. 

4th - Kisahnya begini :-

Gambar ni disnap pada tahun 2008. Lama sudah. Punyalah godek external hard disk gambar paling buruk. Ah jumpa gak! :D

Ni masa malam Raya Pertama 2008,kat kampung belah Abah di Klang. Siapa orang Klang angkat tangan? :p 

Alkisahnya biasalah, pada hari raya dah tentulah satu famili pakai baju kaler sedondon untuk potret raya. Tema kami warna biru gitu. Zaman tu takde Turqoise,Tiffany bagai nih. Time nih kamera DSLR belum cukup meluas digunakan. Facebook apatah lagi kan :p jadi pakai kamera henpon pun jadilah. Masa tu tengah hot Sony Ericsson K800i Cybershot. Iphong, Samsung Galaxy xlahir lagi time tuh. Nasib baik nampak la jugak muka dari tak nampak kan :p

Dalam keterujaan menangkap gambo tu, tetiba Hani rasa nak terbersin. Serius gatal hidung masa tu. Tapi sebab nak tangkap gambar punya pasal, ku tahan jela kegatalan hidung tu. Pastu bajet dah habis snap la kekonon,so kulepas la bersin yang lama bersarang kat hidungku ini.

Malaaaangnya, dah posing baik, posisi dah baik punya cilok. Silap timing daaa. Ku terbersin di kala abah tengah snap gambar ni. 


Maka ni la hasilnya! Wajah tengah asyik masyuk melepaskan bersin. hahaha adik,mak punyalah cover ayu. Sekali anak sulungnya huduh perangai! LOL.

Dah habis snap abah gelak sakan. Pelik la,awatnya kan?

Jeng! Huduh aiiiiii.. 

"Mak! Delete la gambo ni, buruk la. Macam hape dah muka ni"

"Eh,simpan jelah. Mak suka tengok. Kenangan ni. Bukan senang nampak gambaq hang buruk lagu ni"


Mak memang suka bab trolling anak kan. Tengok, mak pun pandai troll. Terpahat la gambar ni dalam external. Mak simpan,sayang lagi tu. Sayang gambo buruk anak dia. =_=''

Papepun i love my family! =)

Ni lah gambar yang spontan xhengat bagi Hani. Dan gambar Hani paling buwok bertapa kat blog ni. Tapi peduli apa? Janji spontan kan? Miahahahahaha. :p :p

5th - dah like dah page tu ! :D

6th - Jadi, pada sesiapa yang berminat nak JOIN, Klik banner ni ye. (saja gedik letak lagi sekali banner) Klik terus gambar tu ok?


7th - Ok dah! Kita postkan entry ni kat entry Nana tu ye :D

So... pada sesiapa yang berminat nak menyertainya.. silakan!! Mari bersaing secara sihat! ;)



1 comment:

Amalina Ali said...

HAHAHA.. nana dpt bayangkan mcm mana lawaknya time ni. serious tergelak tengok pic ni.


rindu zaman study dulu.... :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails