Thursday, April 4, 2013

(Sticky Post) Rumah Kebaya Malaysia: LIMA Pilihan Saya :D

Pesanan: Skroll ke bawah untuk entry baru ye. Ini entri tampalan selama 3 bulan =D

Assalamualaikum dan salam hormat kepada semua rakan taulan sekalian =)

Pada bakal-bakal pengantin / suri / permaisuri / naik pelamin nanti,korang semua pernah dengar x Rumah Kebaya Malaysia? Ok kalau tak pernah dengar sila klik link tu!

1st time masa memula dengar,masa di pameran pengantin (yang ke berapa tak ingat dah),masa tu macam, eh? Rumah Kebaya Malaysia? Jual baju kebaya ke di tengah-tengah pameran pengantin? Masa tu tak tengok lagi booth dia. Biasalah,suka judge dulu tapi tak tengok -_-''

Sekali bila masuk je,wah,ohsem! Serius cantik! Ni kalau ada rezeki lebih ni sanggup ku labur wang ni! Nama pun RKM, sah-sah mereka ni spesialis dalam pembikinan Baju Kebaya! Lebih-lebih lagi Baju Kebaya ni baju tradisional Melayu kita. Memang rugi sangat lah kalau xmerasa pakai sekali seumur hidup kan? At least masa beraya mesti korang pernah pakai. Sila jangan tipu!

Berbalik pada bakal-bakal pengantin, kalau diperhatikan kebanyakan fesyen resepsi mahupun tandang, ramai memilih pakai chiffon / lace yang penuh beads / mutiara naga tu kan? RKM ni pun tak terlepas dari trend sebegini! 

Dan memandangkan daku ni sememangnya peminat baju tradisional Melayu kita ni, tak salah rasanya kita mengangkat Baju Kebaya ni dalam salah satu wishlist masa hari bahagia kita nanti kan?

Entri kalini akan ku tunjuk LIMA gambar yang ku suka. Dan sudah pasti gambar busana kebaya yang ku suka kan? Jom lihat!!~

Dan antara busana Rumah Kebaya Malaysia pilihan kalbu ku ialah :-

(semua foto kredit pada Rumah Kebaya Malaysia)

Pilihan Pertama







Semestinya warna ungu / purple ni memang berada di tangga teratas pilihan hati. Kenapa?


Ada dua sebab utama :

Satu - Warna kegemaran diriku. Tak boleh nampak warna purple mesti meleleh air liur nak membeli (ok yang ni over)
Dua - Memang dah dalam wish list masa resepsi nak pakai busana pengantin berwarna UNGU. Janji UNGU. Warna lain? UNGU gak. Haha. Walaupun sekarang dah fesyen warna block & pastel,tapi UNGU tetap No.1 di hati. =)

Oh ya, tuan punya badan yang menyarung busana kebaya ni pun salah seorang blogger pengantin yang boleh tahan terkenal iaitu Shakina Farhan. Memang minat sangat dengan kerja DIY beliau. Dah ada anak sorang dah pun =)

Pilihan Kedua





Ya, ini namanya Gaun Kebaya. Cantikkan? Melihatkan pada perinciannya,memang teliti sangat!

Dulu masa zaman Universiti,punyalah tak suka warna pink. Bila dah nak menikah ni, mula berubah ke arah kewanitaan sikit. Tersuka pula pada warna pink ni. Kalau dipadankan dengan diriku yang rendah dan rendang ni, sesuai sangat lah pakai Gaun Kebaya ni! Yang penting sopan bagi pengantin bertudung & muslimah seperti diriku ni. Rasa macam princess sekejap ala-ala Liyana Jasmay masa resepsi dia tu. I looike!

Pilihan Ketiga




Ok, yang ni nampak baru pada mataku. Bak kata pujangga, dari mata terus turun ke hati! Eh bukan dengan pengantin lelaki tu ye, dengan busana pengantin perempuan tu. Sedikit info dari Rumah Kebaya Malaysia, ini merupakan Arabian Dress. Kalau tengok perincian dan kain busana tu,memang ada ciri-ciri arabian di situ. Ada kain alas bahu & lengan di attach sekali. Kena pula dengan warna Biru Laut,memang kena sangat! Dan yang penting,aksesori di muka pemakai tu lah yang membuatkan lagi nampak glowing & berseri-seri!

Tapi kalau warna UNGU pun cantik juga kan? =)

Tapi macam biasa la, yang penting busananya mestilah sopan & menutup aurat. Macam yang ni lah. Suka sangat! :D

Pilihan Keempat



Kalau diperlihatkan, semua Kebaya pilihanku berbeza-beza kan? Yang ni pon,salah 1 daripada pilihan kalbu, suka & jatuh cinta dengan kolar kebaya berwarna Emas yang kembang di leher tu. Ditambah dengan aksesori yang menawan hati iaitu penggayaan hijab yang memang superb! Memang nampak seperti ratu jawa kalau ku pakai kebaya ni, dan kebetulan pula diriku ni berdarah jawa :P


Oh ya, model ni merupakan pemenang pencarian model Ratu Kebaya, Noorhayati. Cantikkan?

Pilihan Kelima





Akhirnya, sampai sudah ke pilihan terakhir. Tapi tak bermakna terakhir tu paling tak suka ya. Sudah pastila suka,nama pun Top 5 kan?

Oh yaaaa.. Kalau semua bakal pengantin perasan, model ni pun bakal pengantin juga tau, model popular Linda Roslan. Ala,model tudung Radiusite yang fofuler dan famous tu.

Gabungan warna pink + putih nampak suci sangat, dan yang penting ada pada kelasnya yang tersendiri!Dan inilah salah satu sebab saya suka busana ni, modelnya bertudung & sopan, sama lah dengan diriku, suka gaya yang sopan & nampak macam Gadis Melayu sangat! Dan selitan bunga kat kepala tu penambah seri pada pemakainya! Ceeewah :D

Yang penting,warna putih ni warna universal & sesuai dipakai pada majlis bahagia nanti, nampak lain daripada jemputan sebab namapun Raja Sehari kan? =)


X-----------------------------------------------------------------X

Berakhir sudah busana pilihan diriku. Anda pula bagaimana? Jom sharing kat sini jom? Berminat menjamu mata dengan pelbagai busana RKM,sila ke fanpage dan websitenya ya. Klik je link diberi ni :D

Mana tahu ada rezeki daku,dapatlah sponsor penajaan Busana Rumah Kebaya Malaysia bernilai RM3500 menjadi milikku pada majlis bahagiaku nanti..  Aaaaaamin =)

3 comments:

sarahhernyzar said...

hye dear... sara pun join.
gud luck and all the best ya.
happy preps darla. XOXO~!!!

p dot s: jemput lah ke blog busuk sara,
Hernyzar Helmizan.
hehe. sara letak ur link under lovely bloggers.
nnt check k. XOXO~!!

sharing is sexy. caring is charming.

Honey Lalala said...

gudluck to u too sara! :D

Alyn said...

bestnya dear ! alyn suke sgt yang dusty pink tu . lawa nya T.T

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails